CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] 7.1.14 - UPDATE Kes Sri Wani selesai !_Post 833#

  [Copy link]
Post time 5-7-2012 10:04 AM | Show all posts
yup iols pun nak tahu ttg DNA dia samada dia pompuan atau sebaliknya, klu terbukti dia pompuan bolehlah bersihkan nama dia dan kira sebaliknya minta dia bertaubat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 04:52 PM | Show all posts
Mahkamah tolak empat permohonan suami pertikai jantina Sri Wani
SITI AZIELAH WAHI
30 Ogos 2012


Sri Wani Choo Abdullah

KUALA LUMPUR - Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas jantinaya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.

Berikutan itu, mahkamah mengarahkan Baharom untuk membayar kos kepada plaintif sebnyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan.

Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan.

“Responden telah gagal memberikan bantahan dan menyerahkan affidavit kepada mahkamah walaupun mahkamah telah memberikan tempoh yang mencukupi kepada pihak responden,” katanya.

Abdul Walid berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang difailkan pemohon, sekali gus membatalkan keempat-empat permohonan Baharom.

Hakim turut menolak apabila peguam Baharom cuba membantah keputusan berkenaan, dan meminta mereka membuat rayuan dalam tempoh 14 hari sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan pihak responden tidak serius dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Baharom yang diwakili peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid terdahulu memberitahu mahkamah, alamat yang digunakan anak guamnya di Taman Datuk Senu sememangnya bukan bukan rumah miliknya, sebaliknya Baharom hanya menyewa salah sebuah bilik di rumah itu.

Pada 6 Julai lalu, Sri Wani memfailkan permohonan di Mahkamah tersebut untuk menggantung prosiding perbicaraan dan soal balas permohonan komital bekas Dekan Profesor Dr Baharom Sanugi terhadap isterinya, Sri Wani Choo Abdullah sehingga mendapat keputusan sama ada kuasa mahkamah mendengar kes pasangan itu atau sebaliknya.

Isu bidang kuasa mahkamah ditimbulkan Sri Wani pada prosiding sebelum ini kerana dia mendakwa suaminya menipu alamat penyampaian di Kuala Lumpur dalam semua dokumen kes itu, sedangkan alamat sebenar adalah di Batu Caves.

Baharom Sanugi, 61, mengesyaki Sri Wani  lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan  selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu,  seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Pasangan tersebut bernikah pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Sementara itu, Sri Wani, yang ditemani peguam Boestamam Ahmad, ketika ditemui media menyatakan kesyukuran kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini.

“Segala hinaan selama ini saya telan, walapun sangat pahit untuk saya lalui. Alhamdulillah hari ini saya bebas kerana ALLAH masih sayangkan saya.

Selama ini saya terpaksa menutup mulut dapada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, kerana saya dalam injunksi mahkamah, hari ini saya bebas. Hanya Allah balas jasa baik semua,”katanya.

Turut hadir peguam Sri Wani, Ahmad Izuddin Fakhrullah dan wakil Sukaguam, Nur Hafidzah Mohd. Yusuff.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 04:59 PM | Show all posts
hebat Sri wani nih... seorang pejuang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 05:00 PM | Show all posts
Manami posted on 30-8-2012 04:52 PM
Mahkamah tolak empat permohonan suami pertikai jantina Sri Wani
SITI AZIELAH WAHI
30 Ogos 2012

cantik muka dia...tak nampak mcm lelaki...

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 05:03 PM | Show all posts
  1. Mahkamah tolak empat permohonan suami pertikai jantina Sri Wani
Copy the Code
tak faham..maksudnya mahkamah tolak sebab masalah teknikal..dan ujian DNA belum dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 05:24 PM | Show all posts
sapp73 posted on 30-8-2012 05:03 PM
tak faham..maksudnya mahkamah tolak sebab masalah teknikal..dan ujian DNA belum dibuat

Dpd artikel tu ;

Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan.

Responden telah gagal memberikan bantahan dan menyerahkan affidavit kepada mahkamah walaupun mahkamah telah memberikan tempoh yang mencukupi kepada pihak responden,” katanya.

Abdul Walid berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang difailkan pemohon, sekali gus membatalkan keempat-empat permohonan Baharom.

Ada masalah teknikal yg semua ke-empat2 permohonan tu tak boleh dibuat/difailkan kat mahkamah persekutuan... Dah melangkawi batas judiciary region kot.. iols pon x paham sgt.. Ni semua berkaitan teknikal & prosedur rasanya.. Tu yg tertolak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2012 05:25 PM | Show all posts
noor2 posted on 30-8-2012 05:00 PM
cantik muka dia...tak nampak mcm lelaki...

Kuasa make-up & photoshop kak Noor... Tu ramai jantan kabur/kelabu mata
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 05:26 PM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 30-8-2012 04:59 PM
hebat Sri wani nih... seorang pejuang...

Pompuan ni once dah diback-stabbing kaa dizalimi ka happa mmg akan bertindak sampai hati kering punya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 05:27 PM | Show all posts
Manami posted on 30-8-2012 05:25 PM
Kuasa make-up & photoshop kak Noor... Tu ramai jantan kabur/kelabu mata

kalau realiti? tak sama ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 07:47 AM | Show all posts


Mahkamah batal kes Sri Wani

Oleh WAZIHA WAHID

KUALA LUMPUR –  Pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah berkali-kali mengucapkan kesyukuran apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan bantahannya bagi membatalkan empat kes yang difailkan suaminya sebelum ini.
“Alhamdulillah, segala telah terbela, terima kasih kepada yang mendoakan saya,” katanya tersenyum gembira serta turut berterima kasih kepada peguam, Boestamam Ahmad yang mewakilinya.


Apa yang lebih menggembirakan Sri Wani, 37, ialah Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan turut mengarahkan Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, membayar sebanyak RM12,000 iaitu RM3,000 untuk setiap kes kepada Sri Wani sebagai kos mahkamah.


Beliau memutuskan demikian selepas mendapati mahkamah tinggi di sini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar atau membicarakan kes tersebut.


Ini kerana, jelas Abdul Walid, pihak responden iaitu Bahrom tidak langsung membalas atau memasukkan sebarang jawapan serta afidavit yang menyangkal dakwaan pemohon (Sri Wani) bahawa alamat penyampaian saman bukan alamat tetap responden.


Sri Wani dalam bantahan awal sebelum ini menimbulkan isu bidang kuasa mahkamah selepas mendakwa Bahrom menipu alamat penyampaian di Kuala Lumpur dalam semua dokumen kes tersebut sedangkan alamat sebenar adalah di Batu Caves, Selangor.


Sehubungan itu, Abdul Walid membatalkan empat kes permohonan Bahrom iaitu antaranya pengesahan nikah untuk memfaraqkan (memisahkan perkahwinan), perintah untuk menjalani ujian DNA terhadap Sri Wani dan permohonan komital untuk penjarakan pemohon kerana melanggar perintah mahkamah.


Sementara itu, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu pihaknya akan membuat rayuan berhubung kos bayaran RM12,000 tersebut Isnin depan selain bercadang memfailkan kes pengesahan nikah dan faraq yang baharu di Negeri Sembilan.


Merujuk kepada tindakan pihaknya yang tidak memfailkan sebarang jawapan terhadap bantahan pemohon, peguam itu mengakui anak guam hanya menyewa di sebuah bilik di alamat tersebut (Taman Dato’ Senu) kerana pada ketika itu dia mendakwa diancam bunuh oleh Sri Wani.


Bahrom yang hadir bersama isteri keduanya kelihatan tenang dengan keputusan mahkamah.


Kes pasangan ini menjadi buah mulut masyarakat apabila Bahrom, bekas dekan di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan mendakwa isteri ketiganya, wanita mualaf yang dikahwini selama setahun pada 2009 adalah seorang lelaki.


Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak dan mereka diarah berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.


p/s so , tak jadi selak kain nak tentukan lelaki atau pompuan...? Mesti TSJ kecewa...



Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 07:59 AM | Show all posts
masyallahhhhhh....baru perasannn...yang last picture ni..mmg sahhhh...kakak ni buka butik kecantikan kat Jusco Setiawangsa or AU2.
kedai dia sebaris ngn COSWAY nyer kedai tu..pernah beberapa kali gak masuk kedai dia.nampak kosong..barang sikit jer..but seriously..i ingat dia mak nyah bertudung uolz..badan dia besar cam jantanz..suara garau2...but kulit putih gebu la..but tak la secantak dalam gambar ni..n sangat2 pelik camner dekan tu bleh tak perasan...

dari luaran..mmg nampak la ke "maknyah"an dia tu..but sama ada dia betui2 prempuan but hormon lelaki terlebih or mmg betui2 maknyah..hanya tuhan jer la kot yang tau
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 08:07 AM | Show all posts
btw...so called minah ni before buka butik sendiri.dia kerja kat kedai jamu2 herba kat carefour wangsa maju.kalau tak salah sejak 5 tahun lepas slalu gi situ..n slalu gak seek her/his advice on jamu2 kat situ..masa tu dia dah pakai tudung dah.meaning dia dah pakai tudung before kawen lagi.maybe after kawen ngn prof ni baru dia bukak kedai sendiri kot..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:12 AM | Show all posts
Masalah teknikal aje.
Tak faham le technicality ni.
Pasal address pun boleh batal kes. Apa relevantnya.
Sesiapa mahir dlm bidang ni boleh tolong explain
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:24 AM | Show all posts
sashin posted on 31-8-2012 07:59 AM
masyallahhhhhh....baru perasannn...yang last picture ni..mmg sahhhh...kakak ni buka butik kecantikan ...

masalahnyer dah kawen brp lama baru sedor tuh...klu kata sehari terus terperanjat xpe gak...ni dah....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:44 AM | Show all posts
sashin posted on 31-8-2012 07:59 AM
masyallahhhhhh....baru perasannn...yang last picture ni..mmg sahhhh...kakak ni buka butik kecantikan ...

pic yg ni ku tgk pon cam lelaki ... lelaki cantek gitu ... tp kalo camtu, caner pakcik prof idak perasan ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:49 AM | Show all posts
X sempat nk wat ujian dna...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 10:07 AM | Show all posts
Manami posted on 30-8-2012 05:26 PM
Pompuan ni once dah diback-stabbing kaa dizalimi ka happa mmg akan bertindak sampai hati kering pu ...

Hell hath no Fury like a woman scorned?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 10:39 AM | Show all posts
missus_meow posted on 31-8-2012 09:44 AM
pic yg ni ku tgk pon cam lelaki ... lelaki cantek gitu ... tp kalo camtu, caner pakcik prof idak p ...

Pakcik jawa itu pun sangap, syok lah tu kena hisap zakar beliau itu yg buat buat tidak perasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2012 10:02 AM | Show all posts
Changa posted on 31-8-2012 10:39 AM
Pakcik jawa itu pun sangap, syok lah tu kena hisap zakar beliau itu yg buat buat tidak perasan.

sedap ker kena isap lemang daging?

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 10:07 AM | Show all posts
kut dah buat pembedahan siapa boleh perasan...tp tula..hanya suami dia kut yang tahu...mula2 mungkin konpius..lama2 agaknya dia makin yakin..eiii entahla...hanya sriwani yang lebih tahu siapa dirinya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.484926 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list