Selasa, 5/1/2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Sudah puas bercuti ya. Sekarang masuk kuliah kita yang ke-4.
Saya menggantikan Assoc Prof. @ismaha yang sedang sibuk menguruskan hal-hal luar.
Hari ini membicarakan tentang keputusan TOP 5 CARI K drama Awards dan juga persediaan untuk menyiapkan RESEARCH PROJECT yang akan berakhir pada 10/1/2016 ini.
Seperti yang anda ketahui, majlis akhir akan dibuat pada malam hari sabtu pada bulan Jan di mana pemenang-pemenang akan diumumkan satu persatu.
KEPUTUSAN TOP 5 CARI KDRAMA AWARDS
Sesi kuliah kita akan memfokuskan pada teks berikut.
1. Keputusan Top 5 CARI Kdrama Awards :Lampiran
2. Artikel Rumusan Top 5 CARI Kdrama Awards : Artikel
3. Arkib CARI Kdrama Awards : Arkib
Pastikan anda sudah baca dan fokuskan dengan teliti penjelasan yang dikupas oleh pengarang.
Quiz:
1. Pilih salah satu kategori terbaik/popular top 5 yang anda tahu tentang perihal calon-calonnya.
Kemudian, KUPASKAN secara logik mengikut fikiran anda , apakah yang membuatkan calon-calon tersebut boleh menduduki top 5 kategori tersebut setelah ianya dipilih oleh fans kdrama Malaysia secara konsesus? Siapakah anda rasa layak memenangi kategori tersebut ?
Anda boleh gunakan info daripada teks berkenaan atau dari sumber luar. Anda juga boleh bandingkan dengan cari kdrama awards sebelum ini.
[assignment : 0-3 kredit]
2. Cari SATU 'trivia' menarik yang sesuai untuk gabungkan segala maklumat mengenai CARI Kdrama Awards. Pastikan trivia itu belum lagi disebut di dalam benang ini: CARI K Drama Awards (Results & Trivias)
Contoh:
1. "Joo Won menjadi satu-satunya pelakon yang tercalon sebanyak tiga kali sejak kali pertama CARI K drama Awards dianjurkan pada tahun 2012"
2. "Song Joong Ki (Nice Guy) merupakan pelakon lelaki termuda memenangi Best Actor CARI Kdrama Awards iaitu pada tahun 2012"
3. "Moon Embraces The Sun menjadi satu-satunya drama yang tercalon dalam empat kategori acting : Best Actor, Best Actress, Best Supporting Actor & Best Supporting Actress tetapi hanya menang Best Supporting Actress melalui Kim Yoo Jung sahaja"
[assignment : 0-1 kredit]
PERINGATAN: RESEARCH PROJECT BERAKHIR 10/1/2016 !!!!
Sila fahami prosedur 'Research Project' yang telah dijelaskan di Kuliah ke-3 .
SEKIAN SAHAJA.. WASSALAM
NEXT LECTURE 05: Assoc Prof @ismaha
students:
@ayushuhada04 @MellyNad @naqibnasuha @anissa_kyra @rukiaichigo @zanierpk @YoonArang @WeAiNe @ichi @plain @runaway_dida @nohas @thafly@masdiana-ana @spankee_fili @Blueberri @plasterhati |