Edited by dani-rox at 8-8-2017 03:40 AM
BERSAMBUNG~
Suspek: Bekas Pekerja Keluarga Talwar
Pd 19 Mei, polis menamakan Vishu Sharma, seorg bekas pembantu domestik Talwar berbangsa Nepal sbg suspek. Dia pernah bekerja sbg pembantu rumah dan juga di klinik pasangan itu selama 10thn. Setiap kali Vishnu bercuti panjang, dia akan menyuruh salah seorg saudaranya bekerja di tempatnya sbg ganti buat sementara waktu. Apabila dia mengambil cuti selama 8 bulan sebelum pembunuhan2 itu, dia memperkenalkan Hemraj kpd pasangan Talwar utk menggantikan dirinya. Namun, sekembalinya drpd bercuti Vishnu telah dipecat kerana pasangan itu telah memilih Hemraj sbg pekerja tetap mereka. Pihak polis syak bahawa Vishnu sgt marah dgn perkembangan baru itu, lantas membunuh Hemraj sbg balasan kerana ‘mencuri’ pekerjaannya. Aarushi pula dikorbankan kerana dia mungkin saksi kpd kejadian itu. Maka Vishnu bersama beberapa bekas pekerja Talwar yg lain dibawa ke balai utk disoalsiasat. Walau bagaimanapun, polis gagal mendapatkan bukti utk mengaitkan lelaki itu dgn pembunuhan2 tersebut. Malah Vishnu disahkan sedang berada di Nepal ketika kejadian.
Suspek: Ibu Bapa Aarushi
Pd 21 Mei, polis Delhi mula membantu polis Uttar Pradesh dlm siasatan kes ini. Dlm masa yg sama, pihak polis dan media mengesyaki Rajesh dan Nupur Talwar berdasarkan bbrp perkara;
- Kedudukan bilik tidur pasangan Talwar dan bilik Aarushi yg bersebelahan, tetapi kedua2nya menyatakan mereka tidak terdengar apa2 yg pelik drpd bilik tidur anak mereka.
- Tiada tanda pecah masuk ke bilik Aarushi. Kunci yg sepatutnyadisimpan oleh Nupur ditemui di ruang tamu. Pasangan tersebut tiada penjelasan bagaimana ia boleh berada di situ.
- Kelakuan Rajesh yg memaksa2 polis utk memburu Hemraj hingga kekpg halamannya di Nepal. Penyiasat beranggapan ini mungkin muslihat Rajesh utk mempengaruhi siasatan polis supaya tertumpu kpd Hemraj saja.
- Pembakaran mayat yg tergesa2
- Pasangan Talwar dikatakan tidak menunjukkan sebarang emosi dan kelihatan ‘gementar’ semasa disoalsiasat oleh polis pd 16 Mei.
- Hemraj pernah memberitahu mengenai nyawanya yg terancam. Polis merasakan lelaki itu tahu mengenai ‘hubungan sulit’ Rajesh dan majikannya itu telah mengugut Hemraj utk merahsiakannya.
Teori Pertama: - Hemraj tahu psl hubungan sulit Rajesh, lantas mengugut majikannya itu - Rajesh mengajak Hemraj ke tingkat teres, konon2nya utk berbincang mengenai hal tersebut. - Dia pun membunuh Hemraj - Aarushi pula dibunuh kerana menyaksikan pembunuhan pekerja Nepal mereka itu, dan juga kerana menghalang hubungan sulit ayahnya.
Teori Kedua: - Rajesh mempunyai hubungan sulit dgn rakan kongsi klinik mereka Anita Durrani. Aarushi mendpt tahu dan membantah perbuatan ayahnya. Kecewa dgn kecurangan ayahnya, Aarushi meluahkan perasaan sedihnya (atau memulakan hubungan asmara) dgn Hemraj. - Pada mlm kejadian Rajesh ternampak anaknya dlm keadaan yg tidak senonoh bersama Hemraj. - Rajesh menarik Hemraj hingga ke tingkat teres, memukulnya dgn objek berat, dan kemudian mengelar lehernya. - Dia mengunci pintu teres, dan minum wiski Scotch. - Akhirnya dia membunuh anaknya sendiri
Dlm kedua2 teori, Nupur Talwar pula dituduh sbg rakan subahat,membersihkan tempat kejadian.
Rentetan drpd pembentangan hasil siasatan polis ini ramai,sokongan org awam terhadap pasangan itu mula berkurangan. Rakan2 rapat punmenjauhkan diri.
Akhbar2 tabloid pula bukan saja menyebarkan khabar angin (berdasarkansekadar teori2 polis) memburuk2kan kehormatan Aarushi, mereka juga mendakwa Rajesh dan Nupur Talwar adalah ahli kelab bertukar2 pasangan – mereka dikatakan pernah mengunci Aarushi di dlm biliknya semasa ‘perjumpaan’ diadakan di rumah mereka. Ada juga akhbar yg menyatakan bahawa pd mlm kejadian, pasangan suami isteri itu sedang bersuka ria di majlis kelas atasan di sebuah hotel mewah di Delhi selatan.
Berang dgn kenyataan2 media itu terutamanya gosip mengenai hubungan seksual antara Aarushi dan Hemraj, rakan2 sekolah dan ahli2 keluarga gadis itu menuduh pihak polis bersekongkol dgn pihak akhbar utk mencemarkan nama baiknya. Bagi mereka polis cuma mengada2kan cerita bg memadankan teori ygtidak masuk akal itu.
PasanganTalwar Membela Diri
Rajesh merasakan dirinya adalah mangsa siasatan polis yg goyah dan lemah. Atas permintaan pasangan Talwar, kes itu berpindah tangan dan diuruskan oleh Agensi Biro Siasatan (CBI) pd 31 Mei.
Suami isteri itu menjelaskan kenapa mereka tidak terdengar apa2drpd bilik Aarushi; pd mlm kejadian cuaca sgt panas, maka kedua2 bilikmenghidupkan penghawa dingin. Bunyi itu mungkin menghalang mereka terdengar jeritan Aarushi atau apa saja bunyi di luar bilik mereka. Lagi pula Aarushi pd mlm itu mengalami sakit tekak – mungkin dia tidak mampu menjerit dgn kuat. Setelah melakukan eksperimen di rumah Talwar, pakar bunyi CBI mengesahkan cerita mereka.
Pemandu Rajesh yg masuk sebentar ke dlm apartment pd mlm itu mengatakan pakaian yg dipakai pasangan tersebut adalah sama spt yg mereka pakai pd pagi berikutnya, selepas menemui mayat Aarushi. Tiada kesan darah langsung. Jadi pembunuhan berlaku yg dikatakan berpunca drpd kemarahan yg tiba2 adalah tidak berasas. Tuduhan ‘pembunuhan maruah’ (honor killing) juga tidak betul, kerana Rajesh dan Nupur datang drpd keluarga yg mendpt didikan liberal – Kedua2nyajuga berkahwin dgn restu w/pun mereka dr kasta berbeza.
Menjelaskan bagaimana pembunuh dpt masuk ke bilik Aarushi, Nupurmerasakan dia mungkin tertinggal anak kunci pd tombol pintu semasa dia masuk utk menghidupkan router internet. Dia terus terlupakannya apabila kembali ke biliknya.
Pasangan Talwar dan pasangan Durrani menafikan sekeras2nyahubungan sulit antara Rajesh dan Anita. Keempat2 mereka berkawan baik, bukan saja kerana berkongsi menjalankan bisnes dua buah klinik, mereka juga sama2membesarkan anak perempuan yg meningkat remaja.
Prafull dan Anita Durrani
Selain itu, tiada cap jari pasangan itu ditemui pd botol arak atau pd pakaian mangsa.
Rajesh juga mendesak polis mencari Hemraj kerana kehilangannya yg tiba2 itu menimbulkan syak wasangka. Dan kesan tapak kasut di teres adalahsaiz 8 atau 9, manakala saiz Rajesh pula adalah 6.
Suspek:Krishna, Rajkumar & Vijay
Menurut suami isteri itu, ura2 bahawa Aarushi dan Hemraj mempunyai hubungan dan Rajesh mempunyai hubungan sulit telah dimulakan oleh Krishna Thadarai, seorg pembantu di klinik Talwar. Rajesh menyatakan 2 hari sebelum pembunuhan, dia telah memarahi Krishna kerana membuat kesilapan dlm tugasannya. Kenyataan ini disokong oleh Anita Durrani. Pemandu Rajesh, Umesh Sharma pula menambah yg dia pernah terdengar ketika di dlm kereta, Krishna danHemraj berbual dgn kuat dlm bahasa Nepal. Apabila ditanya, Krishna mengatakanyg dia akan ‘berdepan dgn Rajesh’. Dikatakan Krishna juga tinggal di kawasan yg sama dgn keluarga Talwar.
Pada 7hb Jun, Krishna ditahan oleh pihak polis. Melalui beberapa ujian siasatan yg dilakukan termasuk poligraf dan analisis Narco (suspek diberikan beberapa jenis dadah yg menyebabkan mereka hanya mampu berkata benar), Krishna mendedahkan pembunuh yg kedua – Rajkumar, pembantu keluarga Durrani.
Seperti Krishna, Rajkumar juga disiasat dgn ujian2 yg sama. Menurut pasangan Durrani, darah pd pakaian Rajkumar yg diambil oleh polisa dalah kemungkinan besar datang drpd luka kudis lelaki itu sendiri. Pd hujungJun 2008, Rajkumar juga ditahan oleh polis.
Tidak lama kemudian, Vijay Mandal (Shambu) seorg lg rakanKrishna turut ditangkap. Dia merupakan pemandu dan pembantu rumah jirankeluarga Talwar iaitu Puneesh Tandon. Ketiga2 suspek adalah rakyat Nepal,direkrut oleh Vishnu (bekas pekerja Talwar).
Penyiasat CBI pun membina teori hasil drpd siasatan ke atas Krishna, Rajkumar dan Shambu;
Hemraj mengajak ketiga2 lelaki ke biliknya di apartment Talwar,dan mereka tiba di situ sekitar tengah mlm. Menurut hasil siasatan ujian Narco Rajkumar, Shambhu hanyalah pekerja kpd jiran Talwar tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dgn pembunuhan2 itu. Mereka berempat mula meminum arak. Pd masa itu, Krishna meluahkan rasa marahnya selepas dimalukan oleh Rajesh Talwar dan bercadang utk membalas dendam. Secara kebetulan, bilik Aarushi tidak berkunci.
Apa yg berlaku selepas itu yg menjadi masalah kpd para penyiasat. Terdpt pelbagai versi yg saling bercanggah;
Versi Rajkumar: - Aarushi mengugut utk memberitahu ayahnya mengenai apa yg dibincangkan oleh suspek2 itu, Krishna pun mengeluarkan kukri dan terus membunuh gadis itu - Ketika mereka bercadang utk melarikan diri, Hemraj rasa bersalah dan takut dan memberitahu akan mendedahkan perbuatan mereka. - Krishna dan Rajkumar mengheret Hemraj ke teres dan membunuhnya di situ - Kedua2 telefon bimbit Aarushi dan Hemraj dimusnahkan
Versi Krishna 1: - Rajkumar dan Krishna memasuki bilik Aarushi, dan Rajkumar cuba memperkosanya. - Apabila Aarushi melawan, Krishna mengeluarkan kukri dan membunuh Aarushi. - Kemudian, kedua2 lelaki itu mengheret Hemraj dan membunuhnya kerana dia telah menyaksikan pembunuhan Aarushi.
Versi Krishna 2: - Rajkumar dan Shambhu memasuki bilik Aarushi dan cuba merogolnya - Apabila Aarushi melawan, Shambhu memukul kepalanya dan Rajkumar mengelar lehernya dgn kukri - Senjata pembunuhan telah dibersihkan dgn kertas tisu, yg kemudiannya di pam ke dlm tandas di bilik Aarushi. - Krishna, Rajkumar dan Shambhu membawa Hemraj ke teres dan membunuhnya. - Ketiga2 lelaki itu “melarikan diri melalui bumbung setelah mengunci pintu teres”.
Versi Krishna 3: - Rajkumar berjalan menuju ke bilik Aarushi, sambil diekori Krishna dan Shambhu . - Rajkumar cuba merogol Aarushi - Apabila gadis itu melawan, Krishna mengelarnya dgn kukri, potongan yg terlalu kuat itu menyebabkan leher Aarushi terbuka besar dan dia terus mati. - Hemraj yg ketakutan, memberi amaran akan memberitahu ibu bapa Aarushi. Jadi lelaki itu membawanya ke teres dan membunuhnya. - Krishna, Shambhu dan Rajkumar cuba memasuki bilik pasangan Talwar tetapi mendapati pintu terkunci.
Rajesh Talwar akhirnya dilepaskan selepas berada di dlm lokap selama 50 hari. Kedua2 suami isteri itu berpindah ke rumah ibu bapa mereka. Tiga org suspek pula masih ditahan tp pengakuan hasil ujian Narco tidak cukup utk mendakwa mereka.
Setelah diperiksa, alibi ketiga2nya sgt kuat. Pada mlm kejadianKrishna bersama ahli keluarga dan tuan rumahnya. Majikan Shambhu (Vijay Mandal)iaitu Puneesh Tandon mengesahkan bahawa pembantunya berada di garaj. Rajkumarpula dlm perjalanan kembali dari stesen keretapi bersama majikannya, PrafulDurrani setelah menjemput isterinya Anita.
Sebenarnya ujian Narco tidak boleh dipercayai, dan mahkamah menolak sebarang pengakuan yg diperolehi drpd ujian ini. Sbg cth, dlm laporan Narco Krishna dan Rajkumar; telefon bimbit Aarushi berada di Nepal. Namun ia ditemui di India oleh wanita bernama Kusum pd 2008.
Kontroversi turut melanda siasatan kedua ini apabila pihak CBI dituduh oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyeksa ketiga2 suspek utk mendapatkan pengakuan. Mereka juga menerima video rakaman bagaimana para penyiasat mengajar suspek utk mengaku dan kemudian memukul ketiga2 lelaki itu,yg datang drpd keluarga miskin – Mungkin utk melindungi pasangan Talwar,golongan profesional dan kaya. Berdasarkan video asal ujian Narco, Krishna mengakui dia tidak pernah melakukan sebarang jenayah tetapi ketua penyiasat mengarahkannya utk mengaku yg dia melakukan pembunuhan2 tersebut.
Tiada bukti kukuh menunjukkan lelaki2 itu berada di apartment Talwar, tiada DNA dan tiada cap jari. Tiada bukti fizikal dan rekod telefon antara Hemraj dan tiga suspek itu pd hari kejadian. Tambahan pula, Rajkumar dan Vijay tidak pula cuba melarikan diri apabila mengetahui Krishna telah ditangkap oleh polis.
Pada 9 Ogos 2008, Pengarah CBI menyatakan kes itu masih belumt erungkai. Dia juga menegaskan bahawa Rajesh Talwar tidak bersalah. Pada September 2008, Rajkumar, Krishna dan Vijay juga dilepaskan.
SiasatanCBI yang Kedua
Genap setahun kemudian pd Sept 2009, kes pembunuhan berkembar ini dipindahkan kpd pasukan CBI yg baru. Kali ini mereka mula menumpukan perhatian kpd pasangan Talwar saja.
Selain drpd fakta2 yg telah dikumpul sebelumnya, CBI melihat semula laporan bedah siasat Aarushi yg telah ‘diganggu’ oleh tangan2 ghaibyakni abang Rajesh, Dinesh Talwar yg berpengaruh. Para penyiasat jua meneliti kayu golf Rajesh, yg bagi mereka menepati bentuk dan saiz darah beku kepala Aarushi.
Sekali lg tabloid menuduh pembunuhan itu sbg ‘honour killing’ –Rajesh Talwar pun mendapatkan perintah mahkamah utk menghentikan media drpd terus menyebarkan fitnah dan khabar angin.
Namun CBI mencadangkan agar kes ini ditutup atas dasar bahan bukti yg tidak mencukupi. Juga tiada motif kukuh bg kedua2 pasangan suami isteri itu membunuh anak dan pembantu rumah mereka;
- Tiada bukti Hemraj dibunuh di bilik Aarushi - Tiada kesan darah Hemraj pd pakaian pasangan Talwar - Tiada senjata ditemui. W/pun ada kemungkinan kayu golf Rajesh digunakan dlm kejadian itu tetapi tiada DNA atau kesan darah ditemui. Begitu juga dgn kukri yg digembar gemburkan sebelum ini. - Pakaian penuh darah, kain digunakan utk mengelap darah dan cadar utk mengheret mayat Hemraj juga gagal ditemui - Cap jari pd botol wiski tidak dpt dikesan - Keterangan pengawal keselamatan Jalvayu Vihar bahawa mereka tidak melihat sesiapa keluar masuk adalah goyah. - Ujian saintifik gagal menunjukkan penglibatan Rajesh dan Nupur dlm jenayah itu. - Rentetan peristiwa pd tgh mlm hingga 6 pagi pd 16 Mei kurang jelas - Tiada bukti yg nyata yg mengaitkan Rajesh atau Nupur secara individu dlm pembunuhan2 itu. - Ketiadaan motif yg kukuh
Namun salah seorg penyiasat utama CBI berkeras utk mendakwa pasangan itu, w/pun pihak atasannya telah memfailkan utk menutup saja kes tersebut.
Pd Januari 2011, Rajesh dan Nupur Talwar membantah cadangan CBI utk menutup kes itu. Namun petisyen mereka telah ditolak oleh Majistret Preeti Singh di mahkamah khas CBI. Pd Feb 2011, majistret itu mengubah laporan penutu psiasatan CBI kpd kertas pendakwaan yg meletakkan pasangan Talwar sbg org yg didakwa. Pasangan itu sgt marah dan berpendapat CBI cuba menjadikan mereka sbg kambing hitam. Rajesh pula diserang oleh seorg lelaki bernama Utsav Sharma, dgn menggunakan pisau pemotong daging, ketika berada perkarangan mahkamah. Dia mengalami kecederaan pd muka dan kedua2 belah tangannya. Dikatakan Sharma ‘amat kecewa’ dgn perkembangan kes yg perlahan.
Rajesh Talwar semasa diserang
Tiga thn selepas kes pembunuhan itu berlaku, pd Mac 2011 isteri Hemraj, Khumkala seorg rakyat Nepal datang ke India. Dia memberitahu mahkamah CBI yg dia mengesyaki pasangan Talwar adalah pembunuh sebenar. Menurutnya, Hemraj melayan Aarushi spt anak sendiri, tetapi mempunyai hubungan yg tegang dgn Rajesh. Khumkala juga menceritakan ketika Hemraj melawatnya di Nepal pd 2007, suaminya menggambarkan Rajesh sbg seorg yg panas baran – yg tiba2 naik darah dan memarahinya atas hal2 kecil. Malah Rajesh pernah mengejar utk memukul Hemraj. Tambah Khumkala lg, Hemraj telah menghubunginya 15 hari sebelum pembunuhan, mengatakan Rajesh dan Nupur merasakan yg dia telah membongkar rahsia keluarga itu. Semasa abang Rajesh, Dinesh Talwar melawat apartmen tersebut, dia juga memandang Hemraj dgn penuh syak wasangka. Ketiga2nya mengugut utk membunuhnya sekiranya dia memberitahu maklumat peribadi keluarga itu kpd org luar. Khumkala turut memberitahu Hemraj tidak pernah menghantar wang ke kpg sejak Disember 2007 – Kata Hemraj, wangnya telah disimpan oleh pasangan Talwar. Namun Rajesh dan Nupur tidak langsung mengirim wang gaji dan simpanan Hemraj selepas kes itu. Apabila ditanya kenapa mengambil masa yg lama utk mendedahkannya kpd pihak berkuasa, wanita itu menyatakan yg dia percaya dgn sistem undang2 India hinggalah bbrp thn kemudian. Menurut peguamnya, Khumkala datang drpd keluarga miskin dan tiada pendidikan.
Walau bagaimanapun, bg pihak pembelaan keterangan itu belum cukup kuat utk membuktikan mereka sbg pembunuh. Sepanjang perbicaraan, ada sajakelemahan dan kekurangan siasatan termasuklah perkembangan terbaru mengenaibedah siasat Aarushi yg telah ‘tercemar’.
Berikut adalah teori terakhir dlm siasatan kes ini, yg dibina oleh penyiasat CBI;
- Rajesh terdengar bunyi bising dan pergi ke bilik Hemraj - Dia tidak menemui Hemraj di dlm biliknya, tetapi mendapati bunyi itu datang drpd bilik Aarushi. Dia mencapai kayu golf dr bilik Hemraj dan menuju ke bilik Aarushi. - Dia ternampak Aarushi dan Hemraj dlm keadaan yg tidak senonoh di atas katil Aarushi - Dlm keadaan marah Rajesh pun memukul kepala Hemraj dgn kayu golf. Pd hayunan kali kedua, Hemraj mengelak dan pukulan itu terkena pada Aarushi. - Nupur yg terbangun dgn bunyi bising itu pun pergi ke bilik Aarushi. Waktu itu kedua2 mangsa dlm keadaan nazak. - Pasangan tersebut menyembunyikan mayat Hemraj utk membuangnya pd masa ygsesuai. Mayat itu dibalut dgn cadar dan diheret ke teres. Mereka mengelar lehernya dan menutup mayat dgn cooler panel. - Mereka kembali ke bilik Aarushi, mengemas tempat kejadian dan mengelar leher anak gadis mereka bg memastikan kecederaan kedua2nya kelihatan sama. - Kemudian mereka membersihkan kesan darah di lantai. Mereka jugamengumpul kesemua pakaian yg berdarah dan ‘senjata tajam’ utk dibuang. - Pasangan Talwar juga keluar drpd apartment, menutup selak pintu tengah dr luar dan masuk semula ke rumah melalui bilik Hemraj, bg mengelirukan para penyiasat. - Rajesh seterusnya meminum wiski Scotch.
Sekali lg teori itu sama spt yg telah dibentangkan ketika penyiasatan awal dahulu cuma ditokok tambah. Namun kali ini, pasangan Talwar akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pd November 2013. Para pengkritik polis dan CBI, dan penyokong Rajesh dan Nupur Talwar mengatakan penghakiman adalah berdasarkan bukti yg sgt lemah dan berat sebelah. Pasangan itu sedang membuat rayuan ke MahkamahTinggi Allahabad.
Rajesh bersama Aarushi ketika bayi
|