CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:50 PM | Show all posts
PETI SEJUK, PENDINGIN HAWA PERLU LABEL
SEMUA alat hawa dingin dan peti sejuk perlu mempunyai label tenaga menjelang 1 Januari tahun depan.

Ini bakal dilaksana menyusuli pindaan pada rang undang-undang Kawalan Pencemaran Persekitaran di Parlimen semalam.

Membentangkan pindaan itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim, berkata skim demikian yang ditawarkan secara sukarela sebelum ini telah menerima respons yang kurang memberangsangkan.

Kurang daripada 25 peratus model alat hawa dingin dan peti sejuk di pasaran dilabelkan.

Penjimatan tenaga akan banyak membantu warga Singapura menjimatkan kos serta mengurangkan penggunaan tenaga, kata beliau lagi.

Para pembekal akan diberi tempoh enam bulan untuk menjual semua stok yang ada sebelum sistem baru itu mula dilaksana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:52 PM | Show all posts
Jual beli tanah lebih telus

PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas) akan bekerjasama bagi meneliti bagaimana memaparkan urusan jual beli tanah yang lebih telus bagi semua projek perumahan privet baru kepada orang ramai.

Menyatakan demikian semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, berkata langkah itu akan meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pasaran hartanah Singapura dan membantu pembeli dan penjual membuat keputusan.

Baru-baru ini, terdapat laporan media yang menyatakan beberapa pemaju mencatatkan rekod harga tertinggi bagi projek-projek hartanah mereka.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:53 PM | Show all posts
36,000 dapat PR setahun

SECARA purata, kira-kira 36,000 orang setahun diberi status Penduduk Tetap (PR) Singapura dari 1997 hingga 2006.

Menyatakan demikian dalam jawapan bertulisnya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, berkata kebanyakan mereka itu berasal dari Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.

Beberapa mereka pula datang dari rantau-rantau seperti Amerika, Oceania dan Eropah.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Siew Kum Hong, Encik Wong berkata jumlah PR yang ditawarkan itu menunjukkan trend meningkat, dengan tahun 2005 dan 2006 menyaksikan jumlah orang mendapat PR Singapura melebihi 50,000 orang.

Sepanjang 10 tahun lalu pula, purata 8,500 PR Singapura menjadi warga negara ini.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:54 PM | Show all posts
36,000 dapat PR setahun

SECARA purata, kira-kira 36,000 orang setahun diberi status Penduduk Tetap (PR) Singapura dari 1997 hingga 2006.

Menyatakan demikian dalam jawapan bertulisnya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, berkata kebanyakan mereka itu berasal dari Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.

Beberapa mereka pula datang dari rantau-rantau seperti Amerika, Oceania dan Eropah.

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Siew Kum Hong, Encik Wong berkata jumlah PR yang ditawarkan itu menunjukkan trend meningkat, dengan tahun 2005 dan 2006 menyaksikan jumlah orang mendapat PR Singapura melebihi 50,000 orang.

Sepanjang 10 tahun lalu pula, purata 8,500 PR Singapura menjadi warga negara ini.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:55 PM | Show all posts
JURONG AKAN MEMPUNYAI SEBUAH HOSPITAL
Oleh
Azahar Mohd

RANCANGAN membina sebuah hospital di barat Singapura akan diteruskan bagi memenuhi keperluan perubatan penduduk kawasan Jurong dan meringankan kesesakan katil di hospital-hospital.

Mengumumkan ini di Parlimen semalam, Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, berkata sekiranya sebuah hospital tidak dibina di kawasan barat, Hospital Universiti Nasional (NUH) akan jadi sesak dengan pesakit, seperti di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Sebelum ini rancangan itu ditunda selepas Pemerintah memutuskan untuk membina sebuah hospital baru di Yishun.

'Rancangan kami ialah mengekalkan Hospital Alexandra buat beberapa tahun lagi sedang sebuah hospital baru dibangunkan di barat Singapura. Namun, bila dan di mana hospital baru itu akan dibina masih dalam peringkat perbincangan,' ujar Encik Khaw.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah bilangan katil mencukupi bagi memenuhi permintaan tinggi, terutama kerana penduduk Singapura semakin tua.

Encik Khaw berkata permintaan bagi katil kini amat tinggi, terutama di TTSH, hingga menjejas hospital lain, terutama Hospital Besar Changi (CGH) dan NUH.

Tahun ini saja TTSH dan NUH telah menambah 81 katil, kesemuanya katil bersubsidi. Sejumlah 67 katil bersubsidi akan ditambah di NUH dan CGH dalam separuh kedua tahun ini.

'Kita akan terus menambah bilangan katil jika perlu sehingga sebuah hospital baru di Yishun dibuka dalam tempoh tiga tahun ini,' ujar Encik Khaw.

Menurutnya, sekalipun dengan pembinaan hospital baru yang akan menambah lebih 550 katil, permintaan akan terus meningkat kerana penduduk Singapura semakin ramai dan bilangan warga tua pula meningkat.

Namun, beliau menolak gesaan agar MOH membina lebih banyak hospital. Hospital baru akan dibina hanya jika yang ada menikmati kadar penginapan tinggi.

'Dengan cara ini, kita dapat memastikan kos penjagaan kesihatan boleh dikekalkan pada paras rendah. Kita tidak mahu menambah jumlah hospital sewenang-wenangnya hingga membawa kepada pembaziran, lantas menambahkan lagi kos penjagaan kesihatan,' kata beliau.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:57 PM | Show all posts
KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA Oleh
Shamsul Jangarodin

SELAMA enam bulan hidup Nur Ain Abdul Rahim tidak menentu gara-gara melarikan diri dari rumah.

Masanya banyak dihabiskan merayau-rayau tanpa haluan. Ada kalanya untuk melepaskan rindu, Nur Ain menelefon rumah - tetapi tidak bersuara - hanya untuk mendengar suara dua adiknya.

Namun Ahad lalu, remaja berumur 15 tahun itu memberanikan diri pulang ke rumah di Woodlands. Ketika ditemui semalam, dia dilihat tidak lepas memeluk adik bongsunya, Nurul Emilia, tiga tahun.

'Saya pulang kerana terlalu rindukan adik. Lagipun hidup sendirian di luar susah. Saya serik dan menyesal dengan perbuatan saya. Tak nak buat lagi,' ujarnya.

Nur Ain lari dari rumah mak ciknya pada 14 Disember tahun lalu. Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu dijaga mak ciknya kerana ibu bapanya bekerja.

Dia mendakwa melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan hidupnya yang bertemu ibu bapanya hanya sekali dalam dua minggu.

Berita mengenai kehilangan Nur Ain, yang sepatutnya menuntut di menengah empat aliran Ekspres Sekolah Menengah Bedok North, disiarkan Berita Harian Sabtu lalu.

Sepanjang melarikan diri Nur Ain bekerja sambilan dan berteduh di rumah seorang wanita yang kasihankannya dan membawanya pulang ke rumahnya di Bukit Panjang, dan, sejak dua minggu lalu, di rumah kawannya di Hougang.

Kawannya itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Fatimah, tidak mahu ditemu ramah.

Menurut Nur Ain, Cik Fatimah sekeluarga hanya menyedari dia lari dari rumah setelah membaca laporan Berita Harian.

Bapa Nur Ain, Encik Abdul Rahim Iyet, 50 tahun, seorang pegawai kanan khidmat pelanggan, berkata: 'Saya amat bersyukur kerana Nur Ain sudah pulang. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat mencari anak saya dan kepada Cik Fatimah, yang telah menjaga anak saya dengan baik.

'Saya sekeluarga akan berusaha memperbaiki keadaan keluarga dan berdoa agar semua ini tidak berulang.'

Kini harapan Nur Ain ialah untuk kembali ke sekolah.

Dengan gembiranya Nurul Emilia pula berkata: 'Malam ini saya dapat tidur dengan Kak Ain.'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:58 PM | Show all posts
BAYI YANG DISAH MATI HIDUP KETIKA DIKAPAN
JITRA: Penduduk Kampung Padang di sini yang menghadiri majlis pengebumian seorang bayi perempuan yang disahkan mati oleh doktor di Hospital Jitra kerana tidak cukup bulan, gempar apabila bayi itu tiba-tiba bergerak.

Kejadian berlaku sekitar 12 tengah hari kelmarin, di rumahnya di kampung berkenaan, ketika bayi yang dilahirkan selepas enam bulan dalam kandungan, dikapan.

Bayi itu kemudian dibawa semula ke Hospital Jitra dan dimasukkan semula ke dalam inkubator di wad kanak-kanak sekitar 1 petang.

Ibunya, Cik Nordewiyana Din, 28 tahun, pula dihantar ke Hospital Alor Star untuk rawatan lanjut kerana komplikasi ketika bersalin.

Bapa bayi itu, Encik Azmi Masiron, 26 tahun, berkata anak keduanya itu dilahirkan sekitar 11 pagi kelmarin dengan berat kira-kira 330 gram dan 15 sentimeter panjang tetapi doktor memaklumkan dia meninggal dunia sebaik saja dilahirkan.

'Isteri saya menunggu di unit kecemasan sejak 7.50 pagi dan dibenarkan masuk ke bilik bersalin kira-kira 11 pagi. Beberapa minit kemudian, doktor memanggil saya dan memaklumkan bayi saya sudah meninggal dunia lalu meminta kami menguruskan pengebumiannya,' katanya.

Encik Azmi kemudian menghubungi bapa mentuanya, Encik Din Ahmad, 65 tahun, supaya membuat persediaan untuk mengebumikan anaknya itu termasuk menggali kubur.

Sepanjang perjalanan van dari hospital ke rumahnya sejauh lima kilometer, dia memangku bayinya dalam keadaan bertutup.

'Bagaimanapun, ketika bapa mentua saya mahu meletakkannya di atas kain kapan, bayi itu bergerak dan penduduk kampung terkejut,' katanya yang kemudian terus menghubungi ambulans untuk membawa semula anaknya itu ke hospital.

Encik Azmi, yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia sembilan bulan, kesal dengan kejadian itu dan bercadang melapor kepada polis.

'Mujur anak saya belum dikebumikan lagi, jika tidak mungkin saya akan menyesal sepanjang hidup,' katanya.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Hasnah Ismail, ketika dihubungi berkata beliau akan menyiasat perkara berkenaan dan belum menerima sebarang laporan. - BHM, Harian Metro.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:59 PM | Show all posts
ANWAR JAWAB NAFI TERLIBAT DALAM SKANDAL WOLFOWITZ
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menafikan laporan bahawa beliau telah melantik Cik Shaha Ali Riza, teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Encik Paul Wolfowitz, ke Yayasan bagi Masa Depan.

'Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke yayasan (itu). Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi pengerusi,' kata Datuk Seri Anwar, yang merupakan pengerusi yayasan itu dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin menggesa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Encik Wolfowitz yang terbabit dalam skandal Bank Dunia tersebut.

Menurut Encik Khairy, media telah melaporkan Datuk Seri Anwar ada campur tangan dalam skandal itu, memandangkan pada tahun lalu, yayasan itu menulis surat kepada Bank Dunia meminta Cik Shaha Riza dipindahkan daripada Jabatan Negara Amerika ke yayasan itu.

Menurut Datuk Seri Anwar, yayasan itu dijadualkan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu depan.

'Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan daripada media kawalan Umno, saya memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini.

'Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, yayasan tidak akan teragak-agak memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit,' katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menambah yayasan tersebut merupakan sebuah badan bebas yang menyokong badan-badan bukan pemerintah dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Katanya, yayasan itu tidak pernah menerima sebarang dana daripada Amerika Syarikat. - Agensi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 12:59 PM | Show all posts
KHAIRY: PAS GADAI MARUAH RAKYAT
KOTA BHARU: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, mendakwa kerajaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggadai maruah rakyat apabila membenarkan warga asing dari Singapura menguasai khazanah alam negeri itu menerusi tanah di Lojing.

'Ia petanda buruk kepada rakyat negeri ini. Pencemaran alam sekitar yang berlaku memberi kesan buruk kepada rakyat Kelantan sendiri. Ia bukti kerajaan negeri tidak mampu menguruskan negeri.

'Di negeri lain, pembalakan dibuat di kaki bukit tetapi di Lojing, pembalakan di puncak gunung. Dulu kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya beri konsesi balak kepada syarikat tempatan atau agensi kerajaan tetapi PAS beri kepada syarikat yang dikuasai rakyat Singapura,' katanya.

Sementara itu, Encik Khairy berkata Jawatankuasa Khas Malaysia dan Singapura tidak akan menjejaskan hak dan kedaulatan Malaysia dalam membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di Johor.

Menurutnya, jawatankuasa itu hanya memudahkan logistik membabitkan pergerakan rakyat antara kedua-dua negara dan Malaysia tidak perlu meminta pandangan atau keizinan republik itu menerusi jawatankuasa berkenaan mengenai pembangunan yang hendak dilaksanakan dalam WPI.

'Perdana Menteri sudah menjelaskan jawatankuasa khas itu adalah untuk membincangkan logistik. Berikutan itu, Pemuda Umno tidak ada sebarang masalah mengenainya,' jelasnya. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:02 PM | Show all posts
44 MAUT AKIBAT DENGGI
PULAU PINANG: Rakyat Malaysia diminta membantu menghapuskan tempat pembiakan se rangga pembunuh nombor satu negara, Aedes, ekoran 44 kematian akibat wabak denggi dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.

Ia merupakan peningkatan 100 peratus berbanding 21 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon, berkata purata kes yang disyaki denggi turut menunjukkan jumlah yang tinggi iaitu 900 di seluruh negara pada minggu lepas dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi mencecah lebih 200, diikuti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kenaikan itu dipercayai berpunca daripada faktor cuaca yang tidak menentu yang menggalakkan pembiakan Aedes, kata Datuk Lee.

Beliau berkata sukar bagi pihaknya menurunkan angka kes denggi jika masyarakat tidak turut serta membantu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata Setapak menjadi kawasan paling serius diancam denggi di Kuala Lumpur dengan 1,213 kes disyaki demam denggi dan denggi berdarah. Enam kematian dicatatkan sehingga 12 Mei. - Bernama, Utusan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:05 PM | Show all posts
PM UMUM KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus berkuat kuasa 1 Julai.

Kerajaan juga me naikkan kadar bantuan sara hidup (Cola) sebanyak 100 peratus dan memberi kenaikan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 20 peratus di atas peratusan kenaikan gaji itu.

Secara keseluruhannya, kenaikan gaji itu berjumlah RM3.4 bilion ($1.52 bilion) sementara peningkatan kadar Cola pula melibatkan perbelanjaan tambahan RM600 juta.

Datuk Seri Abdullah berharap ini dapat meringankan beban menanggung kos kehidupan yang meningkat.

Namun, harapan rakyat dan kerajaan terhadap sektor awam akan juga meningkat.

'Selain menyediakan perkhidmatan terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah termasuk mengurangkan kerenah birokrasi, sentiasa mesra, telus, responsif, kreatif dan sentiasa mementingkan pelanggan,' ujarnya. - Bernama.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:06 PM | Show all posts
Program beri jarum, kondom

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan memperluas program memberi jarum suntikan dan kondom percuma serta penggunaan metadon kepada penagih dadah bagi mengurangkan kes HIV/Aids.

Timbalan Pengarah di Jabatan Kesihatan Awam, Dr Jalal Halil Khalil, berkata analisis projek perintis sebelum ini menunjukkan perkembangan positif. - BHM
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:07 PM | Show all posts
Wanita Melayu jejak Everest

KATHMANDU: Enam rakyat Malaysia berjaya ke puncak Gunung Everest, pagi semalam.

Peserta pertama tiba ialah jurukamera Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Encik Idris Said, 51 tahun.

Penolong Penerbit RTM, Cik Marina Ahmad, 25 tahun, mencatat sejarah sebagai wanita Melayu pertama menawan Everest. - Bernama.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:09 PM | Show all posts
Pertempuran tentera dan militan paling teruk sejak 1990

BEIRUT: Sejumlah 65 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera dan kumpulan militan di utara Lebanon.

Ini keganasan dengan korban tertinggi sejak perang saudara 1975 hingga 1990 di negara itu, kata sumber-sumber perubatan dan keselamatan semalam.

'Dua puluh tujuh askar terbunuh dan 40 cedera pada Ahad,' kata seorang pegawai tentera kanan kepada agensi berita AFP.

Semalam pertempuran terbaru antara tentera dengan kumpulan militan Palestin, Fatah al-Islam, berlaku di sekitar khemah pelarian Nahr al-Bared di luar bandar utara Tripoli, namun tiada terbunuh.

Sumber-sumber rakyat Palestin dalam khemah itu berkata 17 anggota Fatah al-Islam, yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Qaeda dan khidmat risikan Syria, terbunuh kelmarin.

Sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh, kata polis.

Sejumlah 112 orang tercedera, iaitu 40 askar, 20 anggota polis, 12 orang awam Leba non dan 40 pelarian awam Palestin, kata polis dan pihak medik.

Pada Januari 2000, pertempuran antara tentera dan kumpulan militan Sunni Takfir wal-Hijra di kawasan Dinnieh, utara Lebanon, mengorbankan 45 jiwa.

Seorang pegawai keselamatan Lebanon berkata salah seorang anggota militan yang terbunuh adalah suspek dalam rancangan mengebom kereta api yang gagal.

Mayat Saddam el-Hajdib adalah antara 10 mayat anggota Fatah al-Islam yang ditemui dalam sebuah bangunan selepas ia diserbu tentera dan polis Lebanon kelmarin, katanya.

El-Hajdib pegawai keempat tertinggi dalam Fatah al-Islam, kata pegawai itu, yang enggan mendedahkan namanya.

Dia sedang dibicara di Lebanon berkaitan komplot mengebom kereta api Jerman yang gagal itu. - AFP, AP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:10 PM | Show all posts
THAI TARIK BALIK TUDUHAN PELAMPAU INDON, KEMBOJA LATIH PEMISAH DI SELATAN
BANGKOK: Thailand semalam menarik balik kenyataan bahawa pelampau dari Kemboja dan Indonesia melatih pemberontak pemisah di wilayah selatannya, selepas tuduhan itu menimbulkan kemarahan Kemboja.

Jeneral Watanachai Chaimuanwong, penasihat keselamatan kanan perdana menteri Thai, minggu lalu berkata pakar-pakar asing menyediakan latihan senjata dan membuat bom di wilayah selatan Thai, yang majoriti penduduknya Muslim.

Namun semalam beliau berkata kerajaan Thai tiada bukti untuk menyokong dakwaan-dakwaan itu dan menambah bahawa ia satu 'isu yang sensitif'.

'Laporan-laporan risikan menunjukkan ke arah pakar dari Indonesia dan Kemboja melatih pemberontak di selatan Thailand, tetapi kerajaan tidak dapat membuktikan atau mengesahkan kerakyatan mereka kerana kami belum mempunyai bukti yang jelas,' kata Jeneral Watanachai kepada pemberita.

Khamis lalu beliau berkata pihak berkuasa Thai sedang menyiasat laporan bahawa ratusan rakyat Islam Kemboja yang mempunyai hubungan dengan rangkaian kumpulan pelampau Jemaah Islamiyah mungkin berjaya masuk ke Thailand.

Ulasan beliau itu tidak diterima oleh kerajaan Kemboja.

Jurucakap kerajaan Kemboja, Encik Khieu Kanharith, berkata ia adalah satu 'tuduhan melulu' dan menuduh kerajaan Thai cuba menyalahkan negaranya bagi keganasan yang berlaku di wilayah selatan Thailand.

Semalam, Jeneral Watanachai juga berkata kerajaan Thai, yang dibentuk selepas kudeta pada September lalu, sedang mencuba melancarkan satu pusingan rundingan dengan kumpulan pemisah, dalam usaha terbaru untuk menghentikan keganasan.

Namun, beliau memberi amaran ia mungkin tidak dapat dihurai dalam tempoh penggal kerajaan sekarang. - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:12 PM | Show all posts
'RAMBO' DIDENDA BAWA MASUK HORMON TERLARANG
SYDNEY: Sylvester Stallone, bintang Hollywood berbadan ahli bina badan yang terkenal dengan filem aksi lasak seperti Rocky dan Rambo, semalam didenda A$2,975 ($3,738) kerana membawa masuk bahan hormon pertumbuhan manusia yang diharamkan ke Australia.

Pelakon berusia 60 tahun itu menghadapi denda maksimum A$22,000 tetapi hakim majistret memerintahkan dia membayar hanya 13 peratus daripada jumlah tersebut kerana telah menunjukkan bahawa dia menyesali perbuatannya.

Namun, Timbalan Ketua Majistret, Hakim Paul Cloran, juga memerintahkan Stallone, yang tidak haadir di Mahkamah Sydney, supaya membayar kos pendakwaan sebanyak A$10,000.

Minggu lalu Stallone meminta maaf kepada mahkamah kerana membawa 52 bebuli bahan hormon pertumbuhan manusia dan testosteron, hormon lelaki bagi menambahkan jisim otot, apabila dia ke Australia untuk mempromosikan filem terbaru siri Rocky.

Stallone berkata dia mengambil bahan itu atas arahan doktor sejak bertahun-tahun lama bagi tujuan perubatan, yang tidak didedah di mahkamah, dan tidak mengetahui ia diharamkan.

Bagaimanapun, majistret berkata Stallone gagal membuktikan dia ada preskripsi sah bagi hormon pertumbuhan itu, yang didapati dalam bagasinya di lapangan terbang Sydney. - AFP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:13 PM | Show all posts
Ancam serang ketua Hamas

GAZA CITY: Israel semalam mengancam akan menyerang pemimpin Hamas kecuali serangan roket dari Gaza dihentikan, sedang sembilan lagi jiwa terkorban dalam serangan udaranya ke atas wilayah itu.

Israel sedia membunuh pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal, dan mungkin juga Perdana Menteri Palestin, Encik Ismail Haniya, ancam Menteri Keselamatan, Encik Avi Dichter. - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:14 PM | Show all posts
Rancang siasat semula Tommy

JAKARTA: Indonesia merancang untuk membuka semula siasatan kes rasuah anak lelaki bongsu mantan presiden Suharto, Tommy, menurut pejabat Peguam Negara semalam.

Tommy sejauh ini terlepas daripada dibicarakan berhubung rasuah jutaan dolar berkaitan monopoli perniagaan bunga cengkihya pada 1990, yang memaksa syarikat-syarikat rokok membeli bahan itu daripada syarikatnya. - AFP
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:15 PM | Show all posts
Amaran ambil tindak balas

HYDERABAD: Kumpulan-kumpulan Islam semalam memberi amaran satu tindak balas akan tercetus jika polis India menahan penduduk Islam tidak bersalah semasa menyiasat pengeboman Masjid Makkah di Hyderabad Jumaat lalu, yang membunuh 11 orang.

Penyiasat sedang mencari bukti pengeboman masjid yang dibina pada abad ke-17 itu. - AP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-5-2007 01:16 PM | Show all posts
Amaran ambil tindak balas

HYDERABAD: Kumpulan-kumpulan Islam semalam memberi amaran satu tindak balas akan tercetus jika polis India menahan penduduk Islam tidak bersalah semasa menyiasat pengeboman Masjid Makkah di Hyderabad Jumaat lalu, yang membunuh 11 orang.

Penyiasat sedang mencari bukti pengeboman masjid yang dibina pada abad ke-17 itu. - AP.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058246 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list