|
♥Istana V Faizal Ramly♥ Disebalik tabir Momok The Movie @ Astro Ria
[Copy link]
|
|
816# axxie
axxie.....aku punya yg ori laa.....rompak2 ni tk main lahhh:geram:
chunna Post at 15-12-2009 13:43
ooo...dh kuar ehh....
takpe2....sabtu ni kalau jadi aku turun KL....
aku cari dvd ORI tu....
yezzzaaaaaaaaa........ |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah ramai bebudak kencing malam lepas tgk filem paejah separa vogel ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 16-12-2009 08:53
Berita Harian Online hari ni...
Isteri saya bukan pelakon Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
Faizal
| Faizal AF4 perjelas nikah bukan kerana ditangkap khalwat
PADA mulanya dia agak keberatan untuk menerangkan situasi sebenar mengenai status dirinya kini. Jelas selepas beberapa minit perbualan dijalankan, Juara Akademi Fantasia musim ke empat, Mohammad Faizal Ramly mula memberanikan diri untuk menyatakan kebenaran.
Pertemuannya sewaktu sesi pratonton dan tayangan amal filemPulau Asmara minggu lalu bertempat di premis hiburan, KLCC merungkai segala-galanya. Lantas, ia menjawab desas-desus mengenai dirinya yang dikatakan sudah berkahwin.
Penyanyi yang juga pelakon kelahiran Kuala Terengganu itu mengesahkan yang dia sudah berkahwin sejak awal tahun. Bagaimanapun, jejaka berusia 25 tahun itu tetap enggan mengulas lanjut bila pernikahan itu berlangsung dan identiti isterinya.
Malahan Faizal turut menafikan gosip kononnya dia berkahwin dengan gadis pilihannya secara rahsia itu selepas insiden tangkap khalwat di sebuah negeri Pantai Timur. Perkahwinan mereka juga dikatakan tidak mendapat restu keluarga Faizal.
“Sumpah! Saya tidak pernah ditangkap basah. Semuanya hanya gosip semata-mata dan boleh periksa Jabatan Agama Islam untuk sebarang pengesahan. Hakikatnya memang saya sudah berkahwin sejak hampir setahun.
“Sebolehnya saya tidak mahu mengulas soal peribadi dan kerjaya pada masa yang sama demi menghormati banyak pihak. Ia agak sensitif. Daripada saya mengundang maksiat, lebih baik saya berkahwin,” katanya yang sudah berlakon dua buah filem setakat ini termasuk Momok The Movie.
Difahamkan pertemuannya dengan isteri terjadi ketika dia terbabit menjalani penggambaran filem Momok The Movie tahun lalu. Gadis berusia 23 tahun itu adalah pilihan hatinya sendiri. Kebetulan pula nama isterinya hampir sama dengan pelakon dalam filem itu juga.
“Isteri saya hanya orang biasa, bukan pelakon dan berusia 23tahun. Selepas berkahwin, saya juga perlu menjaga hati isteri dan tidak mahu melukakan perasaannya. Tak kisahlah apa orang nak cakap, janji kami bahagia,” katanya yang tidak berniat berselindung mengenainya sebelum ini dan memberitahu majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup.
Berita Harian dalam laporan bertarikh 13 Disember lalu turut memaparkan kenyataan balas ibu bapa Faizal yang agak terkilan dengan tindakan anaknya itu berkahwin secara diam. Mereka hanya mengetahui hal perkahwinan itu selepas dua bulan Faizal berkahwin.
Dalam perkembangan kerjaya seninya, Faizal mengakui rezekinya masih ada dalam bidang itu. Biarpun ada yang melihat populariti Faizal semakin suam-suam kuku, dia masih menerima tawaran membuat persembahan dan berlakon.
“Saya masih boleh ‘hidup’ dengan menjadi anak seni’. Rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting adalah kesungguhan dan usaha untuk terus berjaya. Saya tak peduli apa orang nak cakap dan saya pun malas nak ambil tahu cakap-cakap orang.
“Saya hanya mampu ‘senyum sokmo’ saja. Harapnya selepas ini,hal pernikahan saya tidak akan diperbesarkan lagi. Apa yang lebih penting untuk saya ialah untuk mencari nafkah demi sebuah kehidupan yang dibina,” kata Faizal yang menetap bersama isterinya di KualaLumpur.
Sementara itu, tayangan amal filem terbitan Alakazam Productions itu turut disempurnakan perasmiannya oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Maznah Rais. Turuthadir ialah isteri Menteri Pertahanan, Datin Seri Hamidah Khamis.
Selain Faizal, filem itu turut dibintangi Datuk Aziz Singah,Latif Ibrahim, Sheikh Bolkiah, Leez, Nadia Kesumawati dan Shasha Arsheela. Filem arahan Uttam Kumar Thangiah itu berlatar belakang Langkawi sepenuhnya. Ia akan ditayangkan mulai 17 Disember ini di pawagam berhampiran. |
|
|
|
|
|
|
|
salam axxie...
gambo Pejal nikah ke tu...comel nya....
papepon....tunggulah 21hb nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam ceria semua |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 18-12-2009 12:50
Landasan buat Faizal, ShashaOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar FATAH SULAIMAN
| DUA pelakon utama Pulau Asmara, Faizal dan Shasha Arsheela.
|
DUA pelakon Pulau Asmara ini memulakan langkah seni mereka bukan daripada bidang lakonan.
Jika juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal Ramly, 25, mula dikenali di bidang nyanyian, gadis kacukan Cina - India, Shasha Arsheela yang juga berusia 25 tahun ini pula mula mesra di kaca TV sebagai pengacara Bollywood.com yang bersiaran di TV3 tidak lama dahulu.
Bertemu dalam filem yang menjengah pawagam bermula hari ini, Faizal dan Shasha merupakan antara enam pelakon utama selain Nadia Kesuma,Abby Azis, Leez AF4 dan Sheikh Bolkiah.
Ditemui pada tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung diTGV, KLCC baru-baru ini, baik Faizal mahupun Shasha, masing-masing mengharapkan agar lakonan mereka diterima positif di kalangan penonton kelak.
Sedar masih terlalu hijau di cabang lakonan, Pulau Asmara bagi mereka adalah platform terbaik dalam menterjemah bakat lakonan yang ada pada mereka.
Jika Faizal dengan karakter lucu Sam yang agak gila-gila dan bersahaja, Shasha pula perlu lebih serius dan fokus dalam menghayati watak Rina, seorang gadis yang mengidap kanser.Penyanyi lagu Lihatlah yang baru-baru ini tiba-tiba sahaja menjadi perhatian setelah mengakui telah berkahwin dengan gadis dari Temerloh, Pahang, Nur Ashikin Mior, pada 12 Februari lalu itu bagaimanapun mengharapkan bakatnya tidak didiskriminasikan hanya kerana status dirinya kini.
"Berkahwin adalah perkara yang baik, tidak semestinya apabila berkahwin kita tidak mampu beri yang terbaik dalam kerjaya.
"Apa yang penting, jika nawaitu betul dalam tonjolkan bakat saya yakin Tuhan akan tolong.
"Saya ibaratkan kerjaya lakonan sama seperti seorang pelukis. Kata orang, pelukis yang baik tidak boleh guna kayu pembaris ketika melukis kerana ia bergantung kepada kebolehan dan bakat pelukis itu sendiri.
"Sama seperti saya, dalam lakonan saya perlu pertaruhkan bakat yang ada pada saya," katanya.
Sebagai permulaan, mutu lakonan yang dipersembahkan Faizal dalam filem tersebut agak baik dan meyakinkan.
Bagaimanapun, menurut Faizal, sebagai pendatang baru dia berharap agar diberi ruang dan masa bagi membolehkannya terus mengasah bakat lakonan pada masa akan datang.
"Ini lakonan terbaru daripada saya, harap peminat boleh menerima dan menilai kebolehan saya.
"Selepas Momok The Movie, berbanding lakonan terdahulu kali ini rasa rasa ada banyak peningkatan.
"Saya bermula dengan nyanyian, seperti kebanyakan artis lain, dalam pada menyanyi saya juga mahu mengembangkan kerjaya saya kepada lakonan pula," jelas Faizal lagi.
Merisik perkembangan terbaru Faizal, dia yang merupakan artis sulung di bawah pengurusan Alakazam Productions bermula Oktober lalu bakal lahir dengan album terbaru yang dijangka bakal dilancarkan April 2010. Menurut Faizal, album yang bakal memuatkan 10 buah lagu termasuk single Ole Ole Pulau Asmara dan Keagungan Cinta itu mendapat khidmat daripada komposer ternama termasuk penulis lirik terkenal Habsah Hassan.
Berbeza dengan Faizal, Pulau Asmara merupakan filem pertama bagi gadis yang berasal daripada Pulau Pinang ini. Sebelum ini, bakat lakonan Shasha lebih banyak terarah kepada drama semata-mata. Antaranya ialah Sinopsis Cinta dan Rahsia Sehati di RTM. Melakonkan watak Rina, seorang gadis yang mengidap kanser bukanlah sesuatu yang mudah. Mujur produksi Alakazam Productions membawanya melawat beberapa pesakit kanser bagi membolehkan Shasha menghayati watak tersebut.
"Bagi saya membawa watak pesakit kanser memang berat. Nasib baik berpeluang melawat beberapa pesakit kanser dan daripada situ saya cuba menghayati dan menyelami perasaan mereka.
"Memang susah rasanya nak menghayati watak, bagaimanapun babak terjun ke laut adalah antara yang paling mencabar buat saya," kata Shasha yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Cuma kata Shasha, dia agak kecewa kerana terdapat beberapa babak dalam filem tersebut yang dirasakannya boleh diperbaiki lagi. Menganggap bidang perfileman masih lagi asing buat dirinya, namun,dia berhasrat melakukan yang lebih baik sekiranya masih diberi peluang. Graduan undang-undang dari University Of London itu bagaimanapun bersyukur kerana langkah permulaan ke bidang lakonan terus membawa namanya ke aliran perfileman Melayu. Cabaran pastinya lebih besar buat Shasha kerana selepas ini dia perlu mempertahankan namanya di gelanggang seni perfileman Melayu yang jarang sekali mampu ditembusi oleh barisan pelakon bukan Melayu.
Dalam perkembangan lain, Shasha baru sahaja menerima tawaran berlakon sebuah filem aksi terbitan Alakazam Productions dan bakal bergandingan dengan Faizal AF4 tidak lama lagi. Baru-baru ini, Shasha juga baru sahaja menjalani uji bakat lakonan bagi sebuah drama 300 episod yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia kahwin dia tidak membuat maksiat ... doakan yang terbaik untuk faizal .... faizal still the best |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua.....
semoga hari ni mendapat khabar yg gembira |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer warga istana faizal senyum sokmo......:pompom: baru balik cuti ni......aku terbaca pasal review pulau asmara.....wah! review tu x de la komen yg buruk2 pasal lakonan faizal.....kalo digarap dgn lebih baik....performance faizal can be better.....ok la tu.....hehehe not bad 4 a new comer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 21-12-2009 21:01
borakPaknil: Cerdik biar bertempat (Metro online)
Rap | ASSALAMUALAIKUM! Ke mana saja Paknil pergi, ramai tanya cerita perkahwinan Faizal Ramly. Ewah, Faizal yang senyap buat beberapa ketika tiba-tiba menjadi perhatian dengan cerita perkahwinan. |
Paknil sebelum ini ada juga terdengar dan terbaca gosip mengenai kisah seorang juara rancangan realiti yang berkahwin secara senyap-senyap. Ada juga cerita yang bukan-bukan Paknil dengar disebalik cerita perkahwinan itu.
Ketika 10 minggu di Akademi Fantasia (AF) empat tahun lalu, tidak bermakna Paknil benar-benar mengenali anak muda dari Terengganu ini. Secara peribadi, Faizal menghormati orang.
Kalau ada di majlis sama, Faizal akan memulakan usaha untuk menegur. Kalau bersalam pun, Faizal tak lepas untuk mencium tangan kita. Tinggi budi bahasa si juara AF4 ini.
Perkataan pertama yang selalu muncul dari mulut Faizal adalah “Abang sihat?” Selalunya Faizal banyak bertanyakan nasihat dan panduan mengenai aktiviti seninya pada Paknil.
Ada ketikanya Faizal turut bertanya sama ada kerja sebagai anak seni bagus untuknya. Melihat bakat nyanyiannya, Paknil yakinkan Faizal untuk percaya kepada diri sendiri. Paknil selalu pesan supaya tidak takut kepada keadaan sekeliling apabila kita benar-benar jujur dan ikhlas.
Setelah muncul sebagai juara, kami jarang bertemu dan berhubung. Perkembangan Faizal banyak Paknil baca di akhbar saja. Faizal juga jarang kirim SMS lagi. Mungkin juga kerana Paknil terlepas membalas mesejnya sebelum itu.
Paknil pernah terbabit dalam beberapa siri Konsert Gempak Astro bersamanya dan Paknil dapati Faizal seperti suka menyendiri. Faizal kurang bergaul dengan rakan artis. Ketika itu ada Vince, Zahid, Mawi, Adibah Nor, Anuar Zain dan Erra Fazira.
Mungkin juga ketika itu Faizal diberitakan ada masalah disiplin apabila sering dilaporkan diakhbar yang dia pernah beberapa kali gagal dalam temujanji, terutama dengan wartawan.
Faizal juga ketika itu dalam proses mencari pengurus yang sesuai. Sebelum itu Faizal pernah diurus oleh pakciknya selain pegawai perhubungan Maestro. Namun, mungkin sukar mencari kesesuaian, Faizal terus bertukar-tukar pengurus.
Selepas itu Paknil kurang mendengar cerita Faizal, lebih-lebih lagi apabila muncul pula Juara AF5, Mila. Mungkin Faizal tidak pernah putus asa dan berusaha mengekalkan dirinya antara yang terbaik dan tidak pernah putus idea untuk mengangkat kerja nyanyiannya.
Faizal turut terbabit dengan projek khas kumpulan Iklim hinggakan ketika bertemu, Paknil yakin Faizal akan menjadi penyanyi tetap untuk kumpulan rock legenda itu. Paknil rasa seolah-olah Faizal ketemu landasan seni yang sesuai untuknya ketika itu.
Dalam diam, masa berjalan pantas sehingga Paknil terlepas pandang aktiviti Faizal.Sekejap Paknil dengar dia ada di kampungnya, sekejap ada di KualaLumpur.
Namun bila terdengar gosip mengatakan Faizal bernikah secara senyap, Paknil anggap ia sebagai gosip biasa. Hinggalah Faizal membuat pengakuan ketika ditanya wartawan pada sidang akhbar untuk filem Pulau Asmara, baru-baru ini.
Mengikut pengakuan Faizal, beliau berumahtangga sejak 10 bulan lalu dan tidak mahu menghebahkannya atas alasan peribadi. Namun katanya, perkahwinannya mendapat restu kedua-dua belah pihak dan bukan kerana ditangkap khalwat.
Selang beberapa hari selepas itu ayah dan ibu Faizal pula membuka mulut mengatakan mereka baru tahu mengenai berita perkahwinan itu dua bulan lalu. Di situ sudah ada percanggahan cerita.
Menurut ayah Faizal, Abang Ramly (panggilan Paknil kepadanya) berita perkahwinan itu disampaikan oleh Faizal melalui telefon.
Menurutnya, mungkin jodoh Faizal sudah tiba walaupun perkahwinan itu disembunyikan. Namun seperti ibu bapa lain, tentu mereka mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Daripada laporan itu ramai tertanya-tanya apakah cerita sebenar sedangkan sebelum itu Faizal mengatakan ibu bapanya ada ketika pernikahan.
Tidak cukup dengan itu, ada pula laporan menyusul daripada Faizal mengatakan ayahdan ibunya tidak berkata benar kerana mungkin mereka tidak tahu menangani soalan pihak akhbar. Faizal juga turut berjanji untuk memperkenalkan isterinya kepada wartawan apabila isterinya selesai melahirkan anak sulung mereka bulan depan. Menurut Faizal, isterinya bernama Nur Ashikin, 23, pelakon tambahan dalam Momok The Movie, juga filem sulung lakonan Faizal.
Kesan daripada pengakuan Faizal, muncul pula ibu kepada pelakon tambahan filem ‘Momok The Movie’ yang juga bernama Nur Ashikin yang menafikan anaknya adalah wanita yang dimaksudkan sebagai isteri Faizal.
Nampak gayanya, pelbagai cerita pengakuan dan penafian muncul daripada rentetan cerita perkahwinan Faizal. Betullah tuntutan agama supaya menguar-uarkan perkahwinan supaya tidak muncul cerita fitnah di belakang hari. Lebih-lebih lagi tuntutan ini pada artis yang dikenali ramai kerana mereka setiap masa menjadi perhatian ramai.
Paknil tidak kisah cerita siapa betul dan siapa salah dalam hal ini tetapi jika Faizal berterus terang dari awal, cerita ini menjadi lebih senang dan tidak digembar-gemburkan.
Jika menurut ayah Faizal, tujuan Faizal merahsiakan hal perkahwinannya kerana bimbang popularitinya akan menurun. Paknil rasa tindakan ini kurang bijak kerana dunia hiburan tanah air kita terlalu kecil.
Memanglah artis itu ada hak untuk menyorokkan perkahwinan, tetapi tiada siapa boleh menahan wartawan menjejaki cerita sebenar kerana itu tugas mereka. Lambat-laun berita itu akan dihidu juga. Namun Paknil harap yang tidak tahu berita sebenar dapat beri ruang untuk Faizal menyelesaikan masalah ini.
Cuma Paknil ingin pesan kepada adik artis Paknil yang lain supaya mengambil cerita Faizal sebagai iktibar. Lebih kita ingin sembunyikan sesuatu, semakin bersemangat pula pihak tertentu ingin mencari cerita. Sememangnya kita ada hak pada cerita peribadi yang kita tidak mahu kongsi kepada umum, tetapi kenalah berhati-hati ketika memberi kenyataan.
Dunia kini serba canggih dan teknologi informasi bergerak pantas. Segala maklumat tersebar cepat dan mudah diperoleh dengan hanya menekan satu butang di komputer. Tambahan pula dengan teknologi komunikasi telefon yang canggih, berita sebegini lebih cepat tersebar dari mulut ke mulut.
Oleh itu kita harus mengambil iktibar daripada artis yang sebelum initurut melalui waktu sukar apabila menyorokkan status mereka. Ada yang berjaya menyorokkan status mereka daripada pengetahuan ramai bertahun-tahun lamanya.
Apabila kita terbabit dalam glamor,secara automatik diri kita menjadi milik masyarakat. Setiap yang kita lakukan mendapat perhatian. Sampai bila kita ingin mengaku anak sebagai adik dan isteri sebagai kawan?
Contohi Rosyam Nor yang berterus terang mengenai kehidupan rumah tangganya. Cuma beliau meminta supaya isteri dan anaknya tidak diberi publisiti kerana mahu keluarganya melalui kehidupan seperti orang lain. Wartawan juga faham serta hormat permintaan Rosyam dan memberi privasi kepada keluarganya.
Seperti Paknil pula, banyak pihak meminta Paknil memperkenalkan anak,namun Paknil menghormati permintaan anak yang kurang selesa dengan publisiti. Itu sebabnya kadangkala Paknil turut rasa serba salah, namun Paknil berterima kasih kepada wartawan yang memahami. Namun jika ada yang terserempak Paknil bersama anak di luar, Paknil tidak pernah menidakkan mereka, malah tidak akan mengelak untuk memperkenalkan mereka.
Kini jangan terperanjat pula jika ada yang bertemu Paknil dengan bayi comel kerana itu adalah anak angkat Paknil. Nak bergambar? Maaf, dengan Paknil sajalah ye… Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik Faizal pnh jadi pengurus dia....??? Hahaha....
Siapa pakcik Faizal tu...?
Adakah dia yang selalu mengutuk Faizal sekarang...??
Atau dia yang songlap duit Faizal..??
Atau dia umpama musuh di dalam selimut...??
jeng....jeng....jeng.....
Siapa yang nak tolong jawab ni....
Aku kelirewwww sokmo.....
|
|
|
|
|
|
|
|
salam semua....
axxie....ni, kena tanya org yg rapat ngan Pejal....
tp...manusia bertopeng nih, mmg ramai kat muka bumi Allah ni.....
so, kena waspada sokmo..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|