|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: NEVER LET THE THINGS YOU WANT, MAKE YOU FORGET THE THINGS YOU HAVE
[Copy link]
|
|
To page 50 |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan pagi, sekarang panas
|
|
|
|
|
|
|
|
Though we have to say goodbyeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Anwar ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di Ipoh hari ini. - Foto NSTP/L MANIMARAN
IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara. Beliau berkata, sikap obsesi dan keghairahan kelompok terbabit yang menganggap kejayaan dan kepintaran hanya boleh dicapai dengan penguasaan Bahasa Inggeris adalah salah. "Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) Bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri. "Saya ingin mengingatkan mereka ini terlalu taksub dengan Bahasa Inggeris. Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari; Sasterawan Negara, Datuk Zurinah Hassan dan Datuk Rahman Shaari. Anwar berkata, pelbagai kaum di negara ini seharusnya melupakan pertelingkahan mengenai bahasa sebaliknya menguatkan iltizam dan mengambil satu pendirian serta komitmen untuk mememperkasakan Bahasa Melayu. "Apabila ini dilakukan, kita akan lebih mudah memberi penumpuan kepada pemerkasaan Bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain," katanya. Beliau juga berkata, pemerkasaan ekonomi sesebuah negara juga perlu seiring dengan pemerkasaan budaya dan tamadun termasuk bahasa, seni dan sastera. Katanya, kerajaan MADANI di bawah pimpinannya akan terus komited dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu tanpa meminggir bahasa-bahasa lain. "Dikatakan Kerajaan MADANI meminggirkan bahasa (Melayu), tetapi di mana sebenarnya peminggiran itu?. Tumpuan kita berikan kepada DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) dan pendidikan, ketimbang tahun-tahun sebelumnya, jelas sekarang peruntukan dan ruang lebih diberikan," katanya. Sementara itu, pada majlis sama, Anwar turut menyampaikan anugerah Ikon Bahasa kepada tiga penerima iaitu penyanyi lagu-lagu rakyat Roslan Madun, pengacara Ahmad Fetri Yahya dan penyanyi etnik kreatif Hazwan Hazif Rosebi. Selain itu, beliau turut menyampaikan pemenang Hadiah Karya Ilimiah kepada dua penerima iaitu Prof Shamsul Bahari Abdul Razak melalui buku Kelulutologi: Merungkai Misteri Kelulut Alam dan Kehidupan Manusia dan Dr Nafishah Mat Rabi melalui karya Rawatan Alternatif Untuk Kanak-Kanak Autistik. Semua penerima menerima wang tunai dan sijil penghargaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307292/anwar-tegur-kelompok-elit-taksub-bahasa-inggeris-fobia-bahasa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sis @nona84 mesti suka baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan tabur fitnah, CEO MDEC bukan adik saya, ejaan nama bapa saja sama...'
Fahmi pada program Sesi Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang semalam. NSTP/MIKAIL ONG
GEORGETOWN: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menepis dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil adalah adiknya. Beliau yang menolak tohmahan kononnya ada kaitan dengan pelantikan Anuar Fariz, berkata MDEC adalah agensi peneraju ekonomi digital negara yang bukan di bawah Kementerian Komunikasi, sebaliknya di bawah Kementerian Digital diterajui Gobind Singh Deo. "Anuar Fariz Fadzil bukan adik saya, dia tiada apa-apa kaitan dengan saya, nama saja sama, sepupu pun bukan, bau-bau bacang pun tiada. Saya tiada kaitan dengan pelantikan itu. "Jadi, jangan cuba fitnah saya dalam hal ini, mereka perlu sedar... Jangan mudah tabur fitnah. Ini adalah pengajaran untuk kita semua supaya sentiasa berwaspada dengan maklumat," katanya berucap pada Program Sembang Santai Komuniti Madani Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Khamis lalu, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menerusi laman Facebook bertanya sama ada Anuar Fadzil adalah adik kepada Fahmi. Namun, beliau mengemas kini hantaran itu dalam satu tulisan bertajuk Ralat Adik Fahmi Fadzil dan menyatakan tidak membuat tuduhan atau fitnah terhadap kedua-dua individu terbabit, sebaliknya hanya mempersoalkan perkara itu selepas tular dan kecoh di platform TikTok kononnya adik Fahmi dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MDEC. Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau mempunyai seorang abang yang bekerja dalam syarikat penghasilan bahan kimia dan seorang adik berkecimpung dalam industri seni sebagai pemuzik. "Adik saya seorang pemuzik dan tidak pernah dapat satu sen pun (dana) di bawah program berkaitan kementerian, saya tidak akan membenarkannya," katanya Fahmi berharap, perkara itu dapat menjadi pengajaran kepada semua, selain mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dengan sebarang maklumat yang diterima mereka.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307289/jangan-tabur-fitnah-ceo-mdec-bukan-adik-saya-ejaan-nama-bapa-saja
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pengunjung hairan 'khemah biru' tegar di pantai Teluk Kemang selepas EXCO tegur
Tinjauan semalam mendapati deretan ‘khemah biru’ masih dipasang di pantai Teluk Kemang. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
PORT DICKSON: Pengunjung pantai Teluk Kemang hairan kerana pengusaha terus tegar memasang khemah sewa di lokasi tumpuan perkelahan itu walaupun isu terbabit telah mendapat perhatian dan teguran EXCO kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, baru-baru ini dilapor mengesahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sudah diarahkan merampas khemah sewa yang dipasang secara haram di kawasan awam pantai itu. Sebelum ini, media sosial 'kecoh' dengan isu pengusaha khemah sewa di pantai Teluk Kemang didakwa melarang pengunjung menghampar tikar untuk berkelah, sehingga menyebabkan ramai tidak berpuas hati kerana itu adalah kawasan awam.
Namun, kegiatan itu masih berlarutan di pantai Teluk Kemang yang diberi jolokan 'Teluk Khemah' oleh netizen sejak hampir 10 tahun lalu. Seorang pengunjung hanya mahu dikenali sebagai Rahim, 36, yang datang bersama keluarga dari Kuala Lumpur, berkata keadaan itu menyebabkan pengusaha terbabit dilihat seolah-olah 'kebal'. "Cuma sebelum ini, mereka menegur jika ada pengunjung membentang tikar berhampiran khemah yang dipasang atas tempahan pengunjung lain, namun sekarang tiada lagi teguran. "Saya tidak rasa mereka terkesan dengan 'situasi hangat' ini kerana menggunakan alasan khemah itu dipasang atas kehendak penyewa yang beriadah di sini. "Saya juga nampak seolah-olah tiada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), itu yang pelik," katanya. Pengunjung dari Bangi, Selangor, Rohana Abdullah, 46, juga senada hairan melihat 'khemah biru' masih dipasang di pantai berkenaan. "Saya berpandangan jika PBT bertindak, mereka pasti tidak akan memasang khemah biarpun ada permintaan daripada pengunjung. Sebaliknya, kegiatan ini masih berleluasa seolah-olah mereka tidak boleh lagi ditegur. "Yang saya hairan ialah bagaimana mereka boleh terus berani memasang khemah biru ini sedangkan EXCO kerajaan negeri sudah menegur supaya ia dihentikan kerana menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya. Pengunjung dari Melaka, Daniel Armin, 31, berkata beliau juga terkejut melihat khemah sewa berkenaan masih dipasang selepas Arul Kumar memberikan teguran. "Mereka memang berani tidak menghiraukan teguran dibuat pemimpin. Malah, saya hairan kerana tidak nampak penguat kuasa MPPD melakukan operasi terhadap mereka," katanya. Sementara itu Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengadakan libat urus serta berunding dengan pengusaha agar mereka akur arahan yang diberikan, dan ia dijangka selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307306/pengunjung-hairan-khemah-biru-tegar-di-pantai-teluk-kemang-selepas
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Arwah seorang bapa penyayang, saya mahu mandikan jenazah sahabat saya ini...'
Pesara guru mati ditikam anak kandungnya yang OKU di Kampung Senaling, petang semalam. - NSTP/AHMAD HASBI
SEREMBAN: "Arwah seorang bapa yang sangat penyayang dan mesra dengan semua anak terutama anak kurang upayanya (OKU) itu. Justeru, apabila berita dia dibunuh oleh anak OKU itu diterima menerusi WhatsApp, ia memang mengejutkan saya yang mengenali arwah sejak kecil," kata lelaki hanya mahu dikenali sebagai Norazizan yang juga rakan kepada pesara guru yang mati ditikam petang semalam. Norazizan berkata, beliau mengenali arwah sejak kecil ketika keluarga mereka tinggal di Kampung Gamin, dekat Kuala Pilah, sebelum mangsa berpindah ke Kampung Senaling selepas berkahwin, manakala dia pula berpindah ke Seremban. "Saya memang tak percaya ketika mendapat berita mengenai kejadian menimpa arwah dan keluarganya itu, jadi saya bertanya kepada rakan serta keluarga saya untuk pengesahan. "Selepas mengetahui kesahihan berita itu, ia sangat menyedihkan kerana hubungan kami rapat sejak kecil. Hari ini saya datang ke bilik mayat untuk bertemu sahabat saya yang sudah terbujur kaku," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, hari ini.
Media malam tadi melaporkan seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika warga emas berusia 65 tahun itu memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad OKU mental yang dikatakan mahu membunuh diri. Suspek berusia 32 tahun yang meninggalkan lokasi selepas kejadian itu menggunakan kereta kemudian ditemui terbaring di tepi jalan dekat Pekan Senaling dan disahkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sebelum itu dikatakan cuba memujuk anak lelakinya yang cuba membunuh diri. Norazizan,66, berkata beliau juga bertemu dengan anak arwah untuk mengetahui kejadian sebenar menimpa dua beranak terbabit. "Kalau boleh saya mahu membantu memandikan jenazah arwah sahabat saya ini kerana ada pengalaman menguruskan jenazah, selain menggalakkan anaknya yang lain turut sama memandikan arwah," katanya. Mengulas keperibadian arwah, lelaki itu berkata, mangsa seorang yang ramah, selain sangat mementingkan pendidikan semua anaknya. "Setahu saya semua anaknya graduan universiti. Dia seorang bapa penyayang terutama kepada anak OKU itu. "Saya harap keluarga ini tabah menghadapi dugaan kehilangan dua insan yang disayangi dan menerimanya dengan reda," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307313/arwah-seorang-bapa-penyayang-saya-mahu-mandikan-jenazah-sahabat-saya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu kemalangan acu pisau pada polis cuba bantu selamatkan dari kereta
Anggota polis cuba memberi bantuan dan mengeluarkan pemandu dari Myvi yang terbabas ke dalam parit, namun diacu pisau yang kemudian berjaya dirampas (gambar kecil). - Foto ihsan PDRM
KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki ditahan kerana mengacu pisau pada anggota polis yang cuba membantunya selepas terbabit nahas di Jalan Expressway Samarahan-Kuching, berhampiran sebuah pusat beli belah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin, berkata kejadian berlaku sekitar jam 11:35 pagi setelah anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) dikerah ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai sebuah kereta jenis Myvi terbabas ke dalam parit di tepi jalan. Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan dalam perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan sebelum didakwa melanggar empat kenderaan lain lalu terbabas. "Ketika anggota polis cuba memberi bantuan dan mengeluarkan pemandu itu dari kenderaannya, tiba-tiba individu berkenaan mengacu pisau pada mereka.
"Lelaki terbabit cuba ditenangkan tetapi gagal memberikan kerjasama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Susulan itu, Jaimi berkata, pemandu berusia 24 tahun terbabit ditahan dengan bantuan anggota bomba yang turut berada di lokasi, manakala sebilah pisau pemotong sayur digunakan suspek dalam kejadian berkenaan turut dirampas. Beliau berkata, suspek akan direman esok bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307369/pemandu-kemalangan-acu-pisau-pada-polis-cuba-bantu-selamatkan-dari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan tak akan ubah status Islam agama rasmi Persekutuan - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di Ipoh hari ini. - Foto NSTP/L MANIMARAN
IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang. Perdana Menteri berkata, dakwaan itu bersifat tuduhan palsu untuk sengaja mencetuskan ketakutan dalam kalangan rakyat supaya membenci kerajaan. "Baru-baru ini, ada seorang tokoh pembangkang yang guna lambang Islam... katanya, kerajaan ini akan meninggalkan landasan, menukar prinsip Islam dalam Perlembagaan. "Ini khayalan apa? Perbincangan yang membawa kebencian berdasarkan pemalsuan fakta.
"Tidak pernah mana-mana pemimpin kerajaan menolak prinsip bahasa Melayu, agama Islam, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-Raja sepanjang saya menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun ini. Tidak pernah disuarakan atau dibicarakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, hari ini. Yang turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari. Menegaskan lanjut, Anwar berkata, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak mengkritik kerajaan tetapi itu tidak bermakna boleh memfitnah, terutama menyentuh isu kaum, agama dan raja (3R). "Kritiklah dasar ekonomi kita, kritiklah ringgit, kritiklah Perdana Menteri tidak bijak dalam banyak hal. "Namun, tidak boleh khianat, dusta, fitnah, menakutkan rakyat seolah-olah kita sudah merosakkan soal bahasa, bangsa, agama atau raja. "Dalam sejarah manusia, ada disebut 'tyranny of minority' merujuk kalangan penghasut, pengganas, kelompok yang menggunakan saluran dan suara kebencian permusuhan, menggunakan payung agama atau bangsa serta menipu rakyat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307320/kerajaan-tak-akan-ubah-status-islam-agama-rasmi-persekutuan-anwar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kecoh di WTKL: Wanita Palestin mohon maaf, menyesali perbuatan
Tangkap layar daripada rakaman video yang memaparkan Aminah memohon maaf.
KUALA LUMPUR: "Saya minta maaf... saya minta maaf... saya minta maaf.. dan saya berharap kamu akan menerima permohonan maaf saya." Demikian diluahkan Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah, salah seorang wanita Palestin yang terbabit dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), baru-baru ini. Selain memohon maaf, wanita terbabit juga mengaku menyesali perbuatannya itu yang tercetus berikutan beliau hilang kawalan kerana bimbang akan keadaan anaknya yang masih berada di Gaza dan gagal dihubungi. "Saya minta maaf dan sangat menyesali apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Allah SWT bahawa saya tidak buat dengan sengaja. Kami sedang melalui situasi dan keadaan sangat sulit yang hanya Allah tahu.
"Saya adalah ibu kepada tiga anak syuhada (anak syahid). Selain itu, sudah seminggu saya tidak boleh hubungi anak-anak saya (yang masih berada di Gaza)... tiada komunikasi dan saya tidak dapat tahu apa-apa mengenai mereka di sana, demi Allah," katanya. Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @tahreergh, malam tadi. Dalam pada itu, Aminah menggambarkan rakyat Malaysia sebagai orang yang baik, murah hati dan menghormati satu sama lain, selain berterima kasih kerana masyarakat negara ini menerima serta memberikan layan baik kepada mereka. "Kamu melayan kami dengan segala kebaikan, hormat dan penghargaan. Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia). "Saya bersumpah dengan nama Allah SWT dan sekali lagi memohon maaf kepada anda atas apa yang saya lakukan, dengan penuh penyesalan besar," katanya. Aminah ialah antara 127 rakyat Palestin tiba di negara ini pada 16 Ogos lalu atas tujuan rawatan bagi kecederaan dialami akibat peperangan di Gaza yang menyaksikan Israel melancarkan serangan berterusan. Mereka terdiri daripada 41 rakyat Palestin cedera bersama 86 waris yang dibawa menggunakan dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir. Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video yang memaparkan kekecohan di WTKL membabitkan sekumpulan rakyat Palestin. Mereka dipercayai bertindak sedemikian kerana kecewa tidak dibenarkan menginap di luar WTKL. Susulan itu, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali, tampil memohon maaf berhubung insiden berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307315/kecoh-di-wtkl-wanita-palestin-mohon-maaf-menyesali-perbuatan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelaksanaan VEP: Kemasukan kenderaan Singapura kembali pulih - Loke
JOHOR BAHRU: Jumlah kenderaan asing berpendaftaran Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) kembali pulih susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dilakukan secara berfasa bermula 1 Oktober lalu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penurunan kemasukan kenderaan dari republik itu dikesan pada dua hari pertama VEP dikuatkuasakan. Namun, katanya, selepas Malaysia memberikan jaminan tindakan saman masih belum dilaksanakan, kemasukan kenderaan dari republik itu hampir kembali normal pada hari ketiga dan seterusnya. "Laporan harian yang diperoleh mendapati jumlah kenderaan Singapura yang masuk ke negara ini melalui laluan darat di Tambak Johor dan Linkedua kembali pulih dan normal sebaik jaminan tiada tindakan saman dikenakan dalam tempoh terdekat.
"Tindakan penguatkuasaan termasuk saman hanya akan dilakukan secara berfasa dengan notis peringatan dikeluarkan kepada pemilik dan pemandu kenderaan yang belum mendaftar. "Kita berikan mereka tempoh lagi untuk memohon sebelum tindakan diambil yang akan diumumkan nanti," katanya selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor di Eko Flora, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan timbalannya, Teo Nie Ching. Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 112,658 tag identifikasi frekuensi radio (RFID) VEP kepada kenderaan persendirian dan komersial bernombor pendaftaran Singapura setakat 30 September lalu. Daripada jumlah itu, sejumlah 75,412 tag RFID sudah diaktifkan digunakan sejak pelaksanaan VEP di laluan darat Malaysia-Singapura, manakala 37,246 tag lagi masih belum diaktifkan. Sebelum ini, Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Johor mendakwa menerima laporan jumlah pengunjung ke hotel mereka berkurangan, khususnya di sekitar Johor Bahru selepas penguatkuasaan VEP. Dalam pada itu, Loke berkata, setakat ini pihak kementerian tidak menetapkan tempoh tertentu untuk melaksanakan penguatkuasaan penuh. Katanya, pemilik kenderaan Singapura diminta supaya segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika memasuki dan keluar dari Malaysia. "Kita menggesa pihak vendor untuk memperbanyakkan lokasi pendaftaran bagi memudahkan lagi permohonan dan mengelakkan kesesakan. "Kita tak boleh sediakan lokasi pendaftaran di Singapura kerana pendaftaran ini bidang kuasa kita, melainkan ada kerjasama dengan syarikat di sana, itu biar vendor yang fikirkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307334/pelaksanaan-vep-kemasukan-kenderaan-singapura-kembali-pulih-loke
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melaka tawar diri tuan rumah pelancaran VM2026
Ab Rauf (berdiri, tengah) bersama pemenang Explorace Melaka 2024. NSTP/AMIR MAMAT
AYER KEROH: Melaka menawarkan diri sebagai tuan rumah bagi pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sempena Hari Pelancongan Dunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) yang dijadual berlangsung September tahun depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata cadangan itu disuarakan beliau kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk dibawa kepada perbincangan pada peringkat Kerajaan Persekutuan sejajar kejayaan Melaka dalam pelaksanaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) Ketika ini. "Saya memohon cadangan ini dibawa ke peringkat Persekutuan susulan 151 menteri pelancongan dari seluruh dunia akan berada di Melaka tahun depan, jadi sesuai jika ia dipertimbangkan supaya pelancaran VM2026 diadakan di Melaka sempena WTD dan WTC," katanya selepas menutup Explorace Melaka 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Timbalannya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), Datuk Seri Wong Chun Wai. Melaka Explorace 2024 yang julung kali diadakan di Melaka itu disertai kira-kira 300 peserta dari seluruh negara yang menjelajah ke seluruh negeri membabitkan tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Selain dapat menikmati suasana lokasi pelancongan di negeri bersejarah itu, peserta juga dapat merapatkan silaturahim antara pengamal media dan pada masa sama memberi peluang peserta meneroka sejarah serta khazanah unik di Melaka. Peserta menyempurnakan misi diberikan secara berjalan kaki, berkenderaan, menaiki beca dan Melaka River Cruise. Sementara itu, mengulas TMM2024, Ab Rauf berkata, berkata walaupun kempen dan sambutan itu berakhir 31 Disember ini, namun pelbagai program berkaitan aktiviti pelancongan tetap dilaksanakan bagi menyokong dan menjayakan MTD serta WTC. Katanya, aktiviti terbabit diteruskan menerusi pelbagai program menjurus kepada aktiviti pelancongan dengan pengiktirafan Melaka sebagai tuan rumah kepada kedua-dua acara dunia berprestij itu. "Melaka akan menggunakan WTD dan WTC ini sebagai platform mempromosikan negeri pada peringkat dunia, selain bersama-sama meraikan VM2026," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307377/melaka-tawar-diri-tuan-rumah-pelancaran-vm2026
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah filem Abang Adik teruja, anggap satu penghormatan
Jin Ong (tengah) sifatkan pemilihan filem Abang Adik bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa pada Oscar sebagai satu pencapaian cukup memberangsangkan. - Foto Arkib NSTP
KUALA LUMPUR: Pengarah Abang Adik, Jin Ong sifatkan pemilihan filemnya bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa pada Anugerah Akademi Ke-97 atau Oscar sebagai satu pencapaian cukup memberangsangkan. Jin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk dia berharap apa-apa, namun sangat berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana memberi kepercayaan kepada karyanya. "Saya sangat gembira dan teruja filem saya dihantar. Satu penghormatan dipilih mewakili penyertaan untuk Malaysia. Terima kasih Finas, pasukan saya dan barisan pelakon. Mereka semua beri sokongan padu. "Saya tak boleh nak cakap apa yang bakal berlaku lagi. Paling penting, kita sudah melangkah setapak ke depan, jadi fokus seterusnya untuk raih pencalonan dan ke mana ia pergi," katanya.
Bagi Jin, menjadi satu impian teratas buatnya jika Abang Adik akan tembus dalam pencalonan anugerah Oscar. Dia memang tak nafikan berharap ia menjadi kenyataan. "Anugerah Oscar adalah pengiktirafan paling tinggi dalam dunia perfileman dan semestinya saya berharap kita diberikan peluang itu. Tapi untuk sekarang, kita langkah satu-persatu dan terus maju ke depan," katanya. Terdahulu, Finas memaklumkan pemilihan Abang Adik dibuat menerusi beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas terdiri daripada barisan profesional bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan ditetapkan oleh penganjur. Filem Abang Adik mencetus fenomena tahun lalu dengan kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi. Sementara di Malaysia, filem Abang Adik mencatat kutipan RM5.7 juta ketika ditayangkan pada Disember tahun lalu. Filem ini menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren. Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1307070/pengarah-filem-abang-adik-teruja-anggap-satu-penghormatan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Go with the choice that scares you the most, because that’s the one that is going to help you grow.” – Caroline Myss
|
|
|
|
|
|
|
|
“The man on top of the mountain didn’t fall there.” – Vince Lombardi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|