Gadis_Venus This user has been deleted
|
Terbongkar dek cara unik tapi tak masuk akal
DUSHANBE (Tajikistan): Seorang pengedar dadah di Tajikistan menggunakan cara paling unik untuk mengedar dadah.
Dia menyembunyikan dadah dalam peti sejuk dan kemudian mengirimkannya ke Moscow melalui syarikat pengiriman ekspres DHL.
Namun, pejabat DHL berasa curiga kerana kos pengiriman peti sejuk ke Moscow jauh lebih tinggi daripada harga peti sejuk di ibu kota Russia itu, lalu memberitahu polis.
Seorang wanita 26 tahun yang mengirim peti sejuk itu dengan 17.4 kilogram heroin di dalamnya telah ditangkap, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Hati terbuka jua apabila si gelap mogok lapar
PATNA (India): Gara-gara kulit calon suami terlalu gelap, seorang wanita enggan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya itu.
Encik Saral Prasad, 23 tahun, bagaimanapun tidak mahu mengalah dan melancarkan mogok lapar di luar rumah calon isterinya, Cik Rajani, 19 tahun.
Selepas dua hari, Cik Rajani berubah fikiran.
'Kami semua terkejut tetapi akhirnya Rajani terharu dengan tindakan calon suaminya dan kemudian berkahwin dengannya,' kata seorang pegawai majlis kampung. - Reuters. |
|
|
|
|
|
|
|
Residents of Jurong West block evacuated due to fire
SINGAPORE : Residents of Block 660C in Jurong West Street 64 were woken up from their sleep and evacuated from their homes after fire broke out in one of the flats early Tuesday morning.
The Singapore Civil Defence Force (SCDF) said they were alerted to the fire shortly before 2 am.
Fire fighters arrived at the scene a few minutes later to find thick smoke bellowing from the bedroom windows of the unit on the 15th floor.
They entered the unit and extinguished the fire within 15 minutes.
One of the female occupants was sent to the National University Hospital for observation.
As a precaution, residents from the 14th to 16th floors were evacuated.
The SCDF said the cause of the fire is currently under investigation. - CNA/ms |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
S'PURA DILIHAT SEBAGAI MODEL PEMBANGUNAN
Oleh
Saini Salleh
Dari Tripoli ( Libya )
LIBYA bukan saja kagum dengan kejayaan dan kemakmuran Singapura, malah berminat menjadikan Singapura sebagai model pembangunannya.
Justeru, negara dengan penduduk seramai 5.7 juta orang dan kaya dengan hasil minyak itu tidak lagi mahu berlengah meningkatkan kerjasama dengan Singapura.
Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Libya, Dr Ali Abdelaziz Al-Issawi, berkata: 'Meskipun Singapura negara kecil, ia telah meraih banyak kejayaan yang boleh negara kami jadikan pelajaran dan mencungkil pengalaman.'
Beliau berkata demikian pada akhir pertemuan sejam dengan Menteri Ehwal Luar, Encik George Yeo, di pejabatnya kelmarin.
Encik Yeo berlepas ke Yaman semalam selepas mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Libya atas undangan rakan sejawatannya, Encik Abdelrahman M Shalgham.
Menurut Dr Ali Abdelaziz, negaranya juga telah menubuhkan sebuah agensi mirip Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) bagi memacu ekonomi dan sebagai enjin menggerakkan perubahan di Libya.
'Saya berharap EDB kami dan EDB Singapura dapat bekerja rapat untuk meneroka potensi besar dalam meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara,' tambahnya.
Encik Yeo ketika merumuskan hasil lawatannya ke Libya berkata negara itu kini giat membuka pintu kepada dunia luar sejak Amerika Syarikat menarik balik sekatan ekonomi ke atasnya dalam 2005.
'Mereka kini berada dalam fasa baru dan mahu bergerak ke depan. Dengan sumber minyak dan gas melimpah ruah, Libya mahu meningkatkan pengeluaran minyak daripada 1.8 juta tong sehari kepada 3.6 juta tong sehari... sama seperti pengeluaran dalam 1970-an,' kata Encik Yeo.
'Tentunya pelaburan besar akan disuntik ke dalam ekonomi Libya dan ini adalah sesuatu yang menarik bagi syarikat Singapura menelitinya. Mentelah lagi, keadaan politik Libya bertambah baik dan sebagai menteri pertama Singapura melawat negara ini, tugas saya ialah membuka lembaran baru dalam hubungan kedua-dua negara.'
Lawatan Encik Yeo, yang padat dengan pelbagai acara rasmi, juga tidak terkecuali daripada kejutan.
Malam kelmarin, beliau dan rombongan diraikan salah seorang anak lelaki pemimpin Libya, Kolonel Muammar Ghaddafi, dalam satu jamuan malam di kediamannya. Majlis selama lebih dua jam yang diberikan Encik Saif Al-Islam itu diadakan secara tertutup. Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam mengesahkannya.
Encik Saif Al-Islam, 36 tahun, adalah lulusan bidang kejuruteraan perbandaran daripada Universiti Al-Fateh, Tripoli, dan disebut-sebut sebagai salah seorang yang paling berpengaruh di Libya. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
LIMA DIPILIH PERINTIS SEKOLAH HARI MUKA
Oleh
Farid Hamzah
LIMA sekolah telah dipilih untuk menjadi pengasas sebagai sekolah masa depan di Singapura.
Para pelajar sekolah-sekolah itu boleh menjangkakan kaedah pembelajaran inovatif menerusi penggunaan meluas Teknologi Maklumat dan Perhubungan (ICT).
Lima sekolah itu ialah Sekolah Rendah Canberra, Sekolah Rendah Beacon, Sekolah Perempuan Crescent, Sekolah Menengah Jurong dan Institusi Hwa Chong.
Antara lain, sekolah-sekolah yang dipilih di bawah inisiatif FutureSchools@Singapore itu akan menggunakan sepenuhnya kaedah ICT seperti permainan berpendidikan, sekitaran virtual dan alat-alat seperti podcast serta papan putih interaktif di dalam kelas sebagai usaha menarik penglibatan para pelajar.
Pada masa yang sama, sekolah-sekolah itu akan menggunakan ICT sebagai sebahagian daripada pembangunan kognitif, emosi dan sosial pelajar.
Segala yang dipelajari, idea, program dan teknologi menerusi pembelajaran sedemikian kemudian akan dikongsi dengan sekolah-sekolah lain.
Mengumumkan demikian semalam, Menteri Negara (Pendidikan), Laksamana Pertama (Kerahan) Lui Tuck Yew, berkata kesemuanya, 15 sekolah akan dipilih dan dibangunkan di bawah inisiatif itu menjelang 2015.
'Kami menerima saranan daripada 26 sekolah untuk fasa pertama inisiatif tersebut pada Januari lalu.
'Sekolah yang tidak berjaya masih berpeluang menghantar saranan mereka untuk dinilai sekali lagi,' katanya.
Laksamana Lui menambah Kementerian Pendidikan (MOE) akan memberikan sokongan berbentuk pembangunan profesional para guru, pembentukan kurikulum dan meneroka peluang dalam teknologi baru menerusi kerjasama dengan syarikat teknologi.
'Setiap sekolah masa depan akan melakarkan program mereka sendiri berdasarkan keperluan para pelajar mereka,' ujar beliau.
Semasa ditemui, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat (IT) Sekolah Rendah Canberra, Encik Shoeb Burhanuddin, berkata bahawa sejauh ini, sekolah itu telah membelanjakan lebih ratusan ribu dolar sejak dua atau tiga tahun lalu untuk infrastruktur dan latihan para guru.
'Sebagai contoh, kami telah mempertingkat seluruh tingkat tiga bangunan sekolah ini menjadi kawasan pembelajaran ICT sejak dua tahun lalu,' jelas beliau. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
KALI PERTAMA DERMA DARAH
INI julung-julung kalinya Abdul Latif Mohamad Sa'at menderma darah.
Tidak hairanlah pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Beatty itu berasa gementar.
'Saya takut jarum,' ujarnya.
Abdul Latif antara 335 penderma darah dalam kempen derma darah anjuran Singapore Press Holdings - SPH Red Apple Day - yang berlangsung di auditorium News Centre dari 11 pagi hingga 5 petang semalam.
Ia dianjurkan bersama Sekolah Menengah Beatty dan Persatuan Palang Merah Singapura. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PM LEE SERU BADAN-BADAN BANTU DIRI KUKUH HUBUNGAN
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menyeru badan-badan bantu diri memikirkan cara mengukuhkan hubungan antara satu sama lain selain menyediakan lebih banyak peluang interaksi bagi anggota masyarakat daripada golongan berbeza-beza.
Usaha ini penting memandangkan pendekatan sedemikian dapat meluaskan ruang persamaan, sekali gus menguatkan lagi jalinan antara kaum dan keharmonian masyarakat beragama, katanya.
Berucap di majlis jamuan malam yang dihadiri sekitar 180 tetamu sempena ulang tahun ke-15 Majlis Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina di Hill Street malam tadi, beliau berkata:
'Apa yang penting adalah bagi pucuk pimpinan kumpulan bantu diri mengelak daripada menjadikan pertubuhan mereka sebagai badan terpencil dan hanya menyediakan khidmat untuk kepentingan sendiri.'
Selain CDAC, tiga lagi badan bantu diri ialah Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Majlis Pembangunan Masyarakat India (Sinda) dan Persatuan Serani.
Encik Lee dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan di atas sumbangan besar tiga pemimpin masyarakat, Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng; Menteri Kanan Goh Chok Tong; dan Encik Wee Cho Yaw; dalam memperkukuh CDAC.
Encik Wong merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah CDAC dari 1992 hingga 2004, sementara Encik Goh adalah penaung badan itu dari 1992 hingga 2006.
Encik Wee pula Pengerusi Lembaga Pengamanah CDAC sejak 1992.
Ketiga-tiga mereka menerima plak penghargaan.
'Di bawah bimbingan dan kepimpinan mereka, dan dengan kerja keras pihak pengurusan dan kakitangan, CDAC telah melangkah jauh dan menjadi pertubuhan yang dihargai dan berkesan,' kata Encik Lee. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
GLENN KNIGHT DITERIMA SEMULA SEBAGAI PEGUAM
BEKAS ketua Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD), Encik Glenn Knight, telah diterima semula sebagai peguam.
Keputusan itu tercapai apabila mahkamah yang berjurikan tiga hakim membenarkan permohonannya.
Encik Knight dilarang melaksanakan tugas sebagai peguam pada 1994 setelah didapati bersalah terlibat dalam rasuah.
Mahkamah tiga juri yang diketuai Hakim Besar Chan Sek Keong mengambil kira tempoh 12 tahun setengah Encik Knight dilarang melaksanakan tugas guamannya.
Hakim Besar turut mengambil kira surat beberapa penyokong (referee), termasuk peguam kanan Encik K. Shanmugam dan Encik Leo Fernando serta bekas rakan sekerja daripada CAD, Encik John Koh, yang berkata beliau 'seseorang yang boleh dipercayai'.
Persatuan Guaman Singapura, yang diwakili peguam Cik Sharmini Yogarajah, tidak menentang permohonan Encik Knight.
Namun, peguam kanan, Cik Valerie Thean, mengesyorkan syarat-syarat dikenakan ke atas Encik Knight agar beliau tidak melaksanakan tugasnya bersendirian selama dua tahun.
Ketua Hakim Chan berkata mahkamah akan membuat keputusan kelak. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
CUBA SELUDUP PIL SUBUTEX DALAM DUBUR
SEORANG lelaki ditangkap oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana cuba menyeludup 100 pil Subutex di dalam duburnya.
Pil Subutex itu bernilai lebih $12,000.
Pegawai CNB menahan lelaki Melayu itu setelah dia dilihat berjalan secara mencurigakan di dewan ketibaan Harbourfront Centre malam kelmarin.
Jika didapati bersalah, lelaki itu menghadapi hukuman penjara minimum lima tahun dan lima sebatan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Lui: Hanya 3.7 kejadian bagi setiap 1,000 pelajar tahun lalu, jadi tidak sekerap yang dipaparkan akhbar
KES-KES buli di sekolah jarang berlaku walaupun ia dipaparkan oleh akhbar-akhbar setempat.
Demikian kata Menteri Negara (Pendidikan), Laksamana Pertama (Kerahan) Lui Tuck Yew, di Parlimen semalam.
Tahun lalu, terdapat lebih 3.7 kejadian buli bagi setiap 1,000 pelajar.
Ini berbanding sebanyak 3.4 kejadian yang berlaku setahun sebelumnya.
Laksamana Lui memberi perangkaan itu semasa menjawab pertanyaan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) yang ingin tahu bilangan kes buli yang berlaku di sekolah dan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menanganinya.
Beliau mengemukakan soalan itu berikutan laporan mengenai seorang pelajar perempuan yang ditelanjangkan dan dibelasah rakan-rakan sekolahnya.
Kes itu telah dilaporkan beberapa akhbar bulan lalu.
Ketika mengulas, Laksamana Lui berkata pihak sekolah telah pun mempunyai garis panduan bagi menangani kes-kes buli.
'MOE menyediakan sekolah-sekolah dengan garis panduan yang menyeluruh untuk mengurus disiplin di sekolah-sekolah.
'Dalam lingkungan garis panduan ini, setiap sekolah boleh melakarkan panduan dan peraturan berdasarkan profil pelajar.
'Fokusnya ialah untuk memastikan sekitaran sekolah adalah selamat untuk semua pelajar,' ujarnya lagi.
Menurut Laksamana Lui, setiap sekolah juga mengambil langkah-langkah pencegahan dan proaktif bagi menangani masalah disiplin di sekolah.
'Sekolah-sekolah mempunyai program untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai masalah disiplin termasuk kes buli dan melengkapi pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi keadaan yang mencabar, seperti mendapatkan bantuan, kawalan diri, pengurusan perhubungan dan membuat keputusan secara bertanggungjawab,' tambah Laksamana Lui.
Beliau menegaskan bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam membantu mendisiplinkan pelajar.
'Sokongan serupa itu akan membantu kanak-kanak mengambil iktibar daripada pengalaman mereka.
'Ia juga akan memudahkan usaha menghalang dan menyelesaikan kes buli dengan lebih berkesan,' tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
LIMA DITERIMA SEKOLAH SENI KERANA BAKAT LUAR BIASA
WALAUPUN tidak layak memasuki aliran Ekspres, lima daripada sekitar 97 pelajar telah diterima masuk ke Sekolah Seni Singapura (Sota).
Kelonggaran tersebut diberikan kerana pelajar-pelajar yang terpilih itu mempunyai bakat seni yang luar biasa, menurut Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Lee Boon Yang, di Parlimen semalam.
'Setelah diterima masuk, Sota komited untuk memastikan potensi semua pelajarnya - baik artistik mahupun akademik - dapat dikembangkan sebaik mungkin.
'Bagi pelajar yang mempunyai bakat artistik yang cemerlang tetapi kurang pencapaian akademik, pelajar-pelajar itu akan menerima latihan tambahan untuk memastikan mereka juga dapat mengejar pencapaian pelajar-pelajar lain,' ujar Dr Lee lagi.
Dr Lee berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai tahap pencapaian Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang diperlukan sebelum pelajar dapat diterima Sota dan sama ada sekolah itu mempunyai sebarang pengecualian.
Menurut Dr Lee, apabila Sota dibuka pada 2008, ia akan menawarkan program pengajian enam tahun dalam bidang seni dan akademik.
'Bagi kelayakan pelajar, Sota mengambil pendekatan menyeluruh dari segi bakat artistik, potensi kreatif dan kebolehan akademik,' katanya.
Daripada ketiga-tiga kriteria itu, Dr Lee menegaskan bahawa Sota menggunakan kriteria bakat artistik sebagai ukur tara pertama diikuti dengan potensi kreatif dan kemudian kelayakan PSLE.
Sekiranya pelajar yang diuji didapati mempunyai bakat artistik dan berpotensi tetapi tidak mempunyai kelayakan PSLE, Sota akan menilai kes-kes pelajar itu secara individu.
'Sebagai contoh, lima daripada sekitar 97 pelajar yang dikenal pasti oleh Sota dan diterima untuk menyertai pelajar Tahun Kedua bagi 2008 mempunyai bakat luar biasa walaupun keputusan PSLE mereka tidak membo lehkan mereka memasuki aliran Ekspres,' tambah Dr Lee. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
KIAN KURANG BUDAK HIDAP PNEUMOKOKAL INVASIF
KES penyakit pneumokokal invasif (IPD) di Singapura semakin berkurangan, menurut Menteri Negara (Kesihatan), Encik Heng Chee How, di Parlimen semalam.
Antara 2004 dengan 2006, kadar pesakit IPD yang menerima rawatan di hospital telah berkurangan hampir satu pertiga.
'Tahun lalu, terdapat 55 kanak-kanak berumur lima tahun yang menerima rawatan di hospital kerana IPD.
'Secara perbandingan, terdapat lebih 200,000 kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital bagi pelbagai penyakit lain,' ujar Encik Heng semalam.
IPD merupakan sekelompok penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae yang tersebar melalui darah dan bersifat merosak (invasif).
IPD termasuk bakteremia (jangkitan bakteria darah), meningitis (jangkitan bakteria membran korda spina dan otak) dan pneumonia bakteremia.
Jika tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, gangguan pembelajaran, kelewatan bertutur, palsi serebrum, kecacatan mental dan kadangkala kematian.
Menurut Encik Heng, kadar kematian akibat IPD sejak lima tahun yang lalu ialah hanya tiga kematian, berbanding 700 kematian di kalangan kanak-kanak di peringkat umur yang sama.
Kadar kanak-kanak yang menerima rawatan akibat IPD juga jauh lebih rendah daripada perangkaan serupa di Amerika Syarikat. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
DUA USUL DIPERTIMBANG BAGI PASTIKAN JUALAN 'EN BLOC' TELUS
PEMERINTAH sedang menimbangkan dua saranan utama untuk memastikan proses penjualan hartanah secara kolektif atau en bloc telus dan terbuka.
Saranan tersebut ialah memastikan pelantikan jawatankuasa penjualan dilakukan dalam mesyuarat umum anjuran pihak pengurusan hartanah dan meletakkan minit mesyuarat jawatankuasa itu di tempat awam bagi pengetahuan semua pemilik.
Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Profesor Madya Ho Peng Kee, ketika menjawab pertanyaan Encik Chiam See Tong (Potong Pasir).
Encik Chiam ingin tahu tentang langkah-langkah yang akan diambil pemerintah untuk memastikan ketelusan proses penjualan tersebut.
Profesor Ho berkata buat masa ini semua penjualan en bloc yang tidak menerima persetujuan 100 peratus pemilik mestilah diluluskan oleh Lembaga Hak Milik Strata (STB).
Seorang pemilik yang tidak setuju dengan penjualan itu juga boleh mengemukakan rayuan kepada lembaga tersebut.
Namun, beliau akur bahawa masih terdapat ruang untuk mengemas kini prosedur penjualan en bloc itu.
Oleh itu, satu pasukan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) untuk menyemak perundangan penjualan en bloc telah menyarankan beberapa saranan penting yang turut melibatkan maklum balas awam.
'Salah satu saranan ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa penjualan en bloc yang mesti dilakukan dalam satu mesyuarat umum yang bersidang atas arahan pengurusan perbadanan.
'Bukan sahaja ini akan meningkatkan tanggungjawabnya, ia juga sebagai memberi notis kepada semua pemilik kemungkinan bermulanya satu usaha penjualan en bloc,' kata Profesor Ho.
Menurutnya, usaha mendapat maklum balas awam mengenai saranan-saranan yang diketengahkan pasukan itu berakhir 12 Mei lalu.
'Kami kini sedang menilai maklum balas yang diterima.
'Saya menjangka banyak saranan yang berguna akan dimuatkan dalam pindaan akhir perundangan itu nanti,' ujar beliau. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
HUKUMAN LEBIH BERAT JIKA GAJI PEKERJA ASING HARAM
PARLIMEN meluluskan usul untuk mengenakan hukuman lebih keras ke atas mereka yang didapati bersalah menggajikan pekerja asing secara haram.
Dalam mengetengahkan rang undang-undang tersebut, Menteri Tenaga Manusia Dr Ng Eng Hen, berkata masalah menggajikan pekerja asing secara haram adalah satu masalah berterusan.
Beliau berkata jumlah pekerja asing haram yang diberkas meningkat daripada 2,148 orang pada 1995 kepada 2,868 tahun lalu.
Oleh itu, menerusi pindaan tersebut, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum $15,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, untuk setiap kes menggajikan pekerja asing secara haram, katanya.
Denda tersebut akan turut dikenakan ke atas warga asing yang bekerja sendiri secara haram dan juga ke atas penghuni yang membenarkan pekerja haram memasuki dan menetap di tapak binaan mereka.
Turut dikenakan denda yang sama ialah mereka yang didapati bersalah memberi maklumat palsu semasa memohon pas pekerja.
Ini termasuk mereka yang memalsukan, berniaga secara haram atau memiliki pas pekerja palsu. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
LEVI AMAH LEBIH TINGGI BAGI KELUARGA KAYA?
HARUSKAH golongan kaya dikenakan bayaran levi amah lebih tinggi untuk mengambil pembantu rumah sementara mereka yang berpendapatan rendah tetapi memerlukan bantuan amah diberi konsesi levi?
Demikian persoalan yang menjadi bahan perdebatan antara anggota pembangkang, Encik Chiam See Tong, dengan Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia), Encik Hawazi Daipi, di Parlimen semalam.
Encik Chiam (Potong Pasir) telah bertanya jika Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dapat menyemak isu levi amah dan melaksanakan levi baru yang mencerminkan kedudukan ekonomi majikan mereka.
Ini di samping mengambil kira keperluan anak-anak dan warga tua dalam sesebuah keluarga yang perlu dijaga.
Menjawab, Encik Hawazi berkata levi amah bukan satu hak dan menekankan keluarga harus cermat dalam menguruskan kewangan mereka sebelum menggajikan pembantu rumah.
'Adalah tidak elok untuk seorang pembantu rumah digajikan oleh keluarga berpendapatan rendah yang sendirinya menghadapi masalah bagi menampung perbelanjaan mereka,' katanya sambil menambah kebajikan pembantu rumah itu juga perlu dijaga.
Menurut beliau, keluarga yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) atau badan-badan kebajikan sukarela (VWO) untuk mendapatkan bantuan.
Tidak puas hati dengan respons itu, Encik Chiam menyarankan agar satu sistem yang lebih saksama dilaksanakan, dengan yang lebih kaya membayar levi amah yang lebih tinggi manakala yang miskin menerima konsesi.
'Mereka yang dalam keperluan harus dibolehkan mendapat pembantu rumah, terutama dalam keluarga yang kedua-dua ibu bapa perlu bekerja dan mereka mempunyai kanak-kanak dan warga tua di rumah yang perlu dijaga,' katanya. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
400,000 DAFTAR BAGI KHIDMAT INTERNET WIRELESS@SG
SEKITAR 400,000 pengguna Internet telah mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan, sebuah rangkaian Internet tanpa wayar yang disediakan di Singapura.
Namun, daripada jumlah itu hanya 82,716 pengguna merupakan pengguna aktif, kata Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Lee Boon Yang.
Menurutnya, Singapura kini mempunyai 2,800 tempat atau hotspot yang menyediakan kemudahan percuma itu, berbanding 900 hotspot ketika ia dilancarkan Disember tahun lalu.
Namun, menjelang September ini, kemudahan itu akan diluaskan kepada 5,000 hotspot.
Dengan peluasan tersebut, perkhidmatan yang menawarkan kelajuan Internet sederas 512 kbps itu dijangka dapat digunakan di kawasan-kawasan awam seluruh Singapura.
Ini termasuk di Orchard Road, Kawasan Pusat Perniagaan dan pusat-pusat bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta kelab masyarakat.
Dr Lee berkata untuk menggalak orang ramai menggunakan kemudahan itu, Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) akan menganjurkan program pendidikan dan kesedaran bagi membantu pengguna memanfaatkan kemudahan tanpa wayar mereka.
'Sedang rangkaian tersebut diperluaskan, kita boleh menjangkakan bilangan pengguna aktif meningkat,' kata Dr Lee dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Cik Penny Low (GRC Pasir Ris-Punggol) di Parlimen kelmarin.
Namun, Dr Lee akur terdapat beberapa masalah yang menghambat pengerahan kemudahan itu, termasuk keengganan pemilik bangunan membenarkan bangunannya digunakan sebagai tempat kemudahan tersebut.
IDA dan tiga pengendali kemudahan itu sedang berusaha memastikan Wireless@SG dapat dilaksanakan dengan licin. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
SUKATAN BARU B. MELAYU SUDAH ADA DI INTERNET
MAKLUMAT mengenai sukatan baru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk peringkat darjah satu hingga empat telah diberitahu kepada umum oleh Kementerian Pendidikan (MOE) menerusi Internet.
Bahkan, Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura juga menyiarkan maklumat mengenai semua mata pelajaran yang diuji di sekolah menerusi laman webnya.
Demikian menurut Menteri Negara (Pendidikan), Laksamana Pertama (Kerahan) Lui Tuck Yew, ketika menjawab pertanyaan Dr Muhammad Faishal Ibrahim (GRC Marine Parade) yang ingin tahu sama ada MOE mempunyai rancangan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalak institusi pendidikan privet mengajar sukatan baru itu.
Menurut Laksamana Lui, MOE bahkan telah memberi taklimat kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tentang perubahan dalam sukatan dan format peperiksaan bagi subjek tersebut.
Ini bertujuan membolehkan Muis mengongsi maklumat tersebut dengan madrasah setempat yang menggunakan sukatan subjek itu bagi PSLE. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Lebih banyak kes HFMD
TERDAPAT lebih banyak kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam lima bulan pertama tahun ini berbanding keseluruhan tahun lalu.
Khususnya, lebih 6,000 kes telah dilaporkan sejauh ini - peningkatan 4 peratus berbanding tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, dalam kenyataan bertulisnya berkata peletusan HFMD kali ini disebabkan virus Coxsackie A16.
Satu kes pula merupakan jangkitan EV-71.
Hampir kesemua kanak-kanak yang terjejas dirawat sebagai pesakit luar. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
25,500 mohon dikecuali Hota
SEKITAR 25,500 warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bukan Islam telah meminta supaya mereka dikecualikan daripada skim Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).
Berusia antara 21 dengan 60 tahun, mereka membentuk 1 peratus daripada kumpulan penderma yang berpotensi, menurut Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, dalam kenyataan bertulisnya semalam.
Menurutnya, jumlah itu agak membimbangkan kerana mereka yang mengecualikan diri itu berpotensi menjadi penderma organ.
Beliau berkata program pendidikan awam akan diteruskan untuk meyakinkan warga supaya menyertai Hota. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
S'pura perjelas peranan untuk elakkan salah faham
Oleh
Nazry Mokhtar
SINGAPURA semalam menjelaskan bahawa ia akan menyerahkan kepada Malaysia bagaimana ia ingin memimpin jawatankuasa bersama yang bakal dibentuk antara kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di Johor.
Langkah ini adalah bagi mengelakkan sebarang salah faham mengenai panel tersebut, yang dianggap sesetengah pihak sebagai satu konsesi kepada Singapura.
Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata Singapura akan meneruskan penglibatannya dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JMC) itu hanya sekiranya pihak berkuasa Malaysia dan Johor mahu ia berbuat demikian.
MFA mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan media Malaysia berhubung penubuhan JMC.
Penubuhan panel itu adalah antara hasil retreat antara Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Langkawi minggu lalu.
Menjawab pertanyaan wartawan berhubung laporan itu, jurucakap MFA berkata kedua-dua perdana menteri bersetuju bahawa panel itu adalah berguna sebagai platform bagi kedua-dua negara meneroka kerjasama dalam projek IDR.
Menurut MFA, JMC tidak akan terlibat dalam pengurusan IDR sebagaimana dijelaskan para pegawai Malaysia sendiri.
Antara lain, menurut MFA, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, telah menyatakan panel itu 'bukanlah berbentuk konsultatif atau mempunyai kuasa mengubal dasar'.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk N. Parameswaran, juga menyangkal 'dakwaan tidak berasas bahawa penubuhan panel Malaysia-Singapura untuk mengawasi kerjasama di IDR akan menjejas kedaulatan Malaysia'.
Mengulas saranan dalam laporan media Malaysia bahawa JMC digunakan untuk menghuraikan isu-isu dua hala yang tergendala, MFA menekankan bahawa JMC adalah sebuah forum yang dibentuk bagi tujuan tertentu iaitu memudahkan kerjasama kedua-dua negara dalam IDR.
Berhubung isu dua hala itu, MFA berkata kedua-dua pemimpin telah pun bersetuju untuk menguruskannya kemudian.
'Seperti Perdana Menteri Lee nyatakan di Langkawi, isu dua hala ini bukanlah mudah untuk dihuraikan.
'Adalah baik kita uruskannya secara berasingan dalam cara yang diterima kedua-dua pihak dan pada masa sama tidak menjejas hubungan dua hala secara keseluruhan,' kata MFA.
MFA seterusnya mengingatkan bahawa kedua-dua pemimpin telah menekankan peri penting hubungan dua hala bukan sahaja demi faedah rakyat kedua-dua negara malah sebagai mangkin pertumbuhan serantau.
Menurut MFA, Singapura menerima undangan Perdana Menteri Abdullah untuk menyokong dan melabur dalam IDR kerana meskipun ia akan mendatangkan tekanan persaingan ke atas Singapura, ia juga membawa kesan sampingan yang berfaedah kepada Singapura.
'Faedah saling menguntungkan inilah satu-satu asas bagi kerjasama jangka panjang kerana setiap projek mendatangkan peluang kerjasama dan persaingan.
'Tetapi sejurus sesudah satu perjanjian dicapai, kedua-dua pihak perlulah mematuhi apa yang dipersetujui.
'Syarat-syaratnya tidak boleh diubah kemudian atas apa sebab sekalipun.
'Langkawi adalah satu permulaan baik dalam usaha melangkah ke tahap kerjasama strategik.
'Singapura berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia dan mencapai kemajuan lanjut dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang,' kata MFA. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|