CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dino

TBB V.26- Versi Malam Pertama Mawi ~ Ikin : Live at Cenel 877 12.00 Tgh Mlm

 Close [Copy link]
Post time 22-12-2008 11:33 AM | Show all posts
Faizal AF4 tak pernah menyesal bergelar artis

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

TAGLINE 'Senyum Sokmo' lebih popular ketika dua tahun lalu sewaktu zaman kemasyuran juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly menempa nama dalam industri seni ini.

Namun, tidak bermakna populariti Faizal tergugat kini kerana disebalik karektornya yang bersahaja dan suka merendah diri itu, menampakkan dirinya seolah-olah tidak gemarkan sesuatu perkara yang melibatkan publisiti.

Berilah apa sahaja cop dan gelaran kepadanya, Faizal tidak mudah ambil pusing dengan apa yang dikatakan orang kerana dia selesa menjadi diri-sendiri dan tidak akan sekali-kali mengubah pendiriannya itu, jauh sekali berasa menyesal bergelar seorang artis.

“Istilah menyesal tak pernah ada dalam diri saya sebab cita-cita saya memang untuk bergelar penyanyi dari dulu lagi.
Faizal (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran filem Momok The Movie di Finas baru-baru ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA

“Saya memang ditakdirkan menjadi seorang penyanyi dan penghibur. Saya suka menyanyi dan menghiburkan orang.

“Biarlah apa orang nak kata, saya takkan pernah menyesal malah bahagia dengan kerjaya yang saya pilih ini. Yang penting, saya tahu apa yang dilakukan,” luah Faizal yang masih pekat bertutur dalam loghat Terengganu itu.

Tambah Faizal, dia tidak mengira samada diberikan kritikan atau pujian, hanya senyuman yang dilemparkan kerana merasakan dirinya bukanlah seorang yang ‘perfect’ dari segala segi.

“Saya tidak mahu dikatakan terlalu cepat melatah. Saya lebih suka menjadi diri-sendiri dari dulu hingga sekarang. Asalkan saya tidak kacau hidup orang lain,” tutur jejaka berusia 24 tahun ini.
Pelakon filem Momok The Movie adalah Mama Rina AF6 (kiri) dan Abon (dua dari kanan). Turut serta adalah pengarah M. Jamil.

Bertanyakan tentang perkembangannya yang kurang mendapat liputan media sekarang, Faizal berkata dia sibuk dengan persembahan yang banyak dicari sendiri.

“Saya sibuk mengikuti kerja belakang pentas atau sesuatu persembahan. Dalam masa yang sama, secara rasminya saya akan bekerjasama dengan kumpulan Iklim mulai tahun hadapan.

“Saya juga telah merakamkan tiga buah lagu yang turut dimuatkan dalam album mereka.

“Jadi, pada tahun depan, saya akan memberikan tumpuan kepada dua perkara iaitu selain bekerjasama dengan Iklim, saya juga akan memenuhi undangan persembahan sempena Tahun Melawat Terengganu bagi mempromosikan Terengganu.

“Semua persembahan tersebut diuruskan dan dicari oleh saya sendiri. Pada tahun depan, biasalah kalau saya perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu,” ujar Faizal yang tidak pernah bimbang memikirkan dirinya yang tidak mempunyai pengurus atau pembantu peribadi itu.

Jelas anak jati Terengganu yang berasal dari Marang ini, dia lebih senang bergerak sendiri kerana semua pendapatan yang dia dapat akhirnya akan masuk dalam poket sendiri.

“Kadangkala pening juga kepala nak uruskan semua hal sendiri tetapi saya lebih suka seperti ini. Bukan sahaja tak susahkan orang lain, saya juga dapat mengumpul duit sendiri,” kata pelantun lagu Lihatlah ini.

Selain menyanyi, Faizal juga akan membintangi sebuah filem seram arahan M. Jamil iaitu Momok The Movie.

Filem terbitan Galaksi Seni Sdn. Bhd itu akan memulakan pengambarannya pada 15Januari depan dan dijangka menemui penonton sebelum penghujung tahun 2009.
Faizal dikelilingi wanita cantik yang turut berlakon di dalam filem Momok The Movie. Dari kiri: Babyfaralia, Hanis, Mimi Rahzia dan Mariam.

Faizal memegang watak Adlin di samping pelakon lain seperti Nabil Raja Lawak 2, Datuk Aziz Sattar, Abon, Mama Rina AF6 dan Datuk Sarimah Ahmad.

Momok The Movie mengisahkan tentang Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti.

Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong.

Kepulangannya ini untuk bertemu ibunya, Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.

Bersama Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis.

Pelbagai petanda dan insiden yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisha-kisah seram.

Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga turut mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India, pekerja kilang yang diganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

Cerita kisah pontianak, pochong, orang bunian, badi mayat (“Mohini”/ Chandra Murke- Legenda hantu masyarakat Hindu), mayat hidup dilangkah kucing hitam dan sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Kata Faizal, dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk berlakon buat pertama kalinya.

Walau bakal menempa nama sebagai pelakon, Faizal tidak akan sesekali melupakan niat asalnya untuk bergelar penyanyi.

“Alhamdulillah, filem ini merupakan rezeki saya. Terima kasih saya ucapkan kepada M. Jamil dan Finas yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam filem ini.

“Memandangkan filem ini merupakan filem pertama saya, ia mungkin hebat dan mencabar buat diri saya.

“Saya ni jenis orang yang suka mencuba sesuatu yang mencabar. Saya akan buat dulu dan lihat sama ada saya boleh buat atau tidak.

“Rasanya tak salah kalau saya mencuba. Selepas mendapat tawaran untuk berlakon filem ini, terus saya menghadiri ujibakat. Saya rasa mereka memilih saya mungkin disebabkan karektor saya sendiri,” kata Faizal yang pernah berlakon sketsa Raya AF Mai Lagi pada tahun 2006.

Selain itu, Faizal berkata dia akan menamatkan kontrak dengan Maestro mulai bulan Ogos 2009.

“Saya mungkin tidak akan menyambung kontrak dengan Maestro lagi..,” akhiri Faizal sambil tersenyum penuh makna.

Faizal bagaimanapun tidak mengulas lanjut sebab dia enggan terikat dengan pihak pengurusan yang menguruskan artis-artis kelahiran program realiti di bawah kendalian Astro seperti AF dan Raja Lawak itu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #838 Syd's post

patut lah hari ni masuk lambat kan
bersihkan bilek air dulu kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by tikusmondok at 22-12-2008 11:27 AM


next time suh sxam pakai navigation gprs..mung dok pakai propeller alamat tersadai le...kui...kui..kui

hampeh tul
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:34 AM | Show all posts

Reply #841 Syd's post

filem sengal
untuk artis yg sengal

padan dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by chekshu at 22-12-2008 11:31 AM
jadik pusat menternak ayam ke hapa
umah mawi tu nanti????



ternak anak2 ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-12-2008 11:33 AM
Faizal AF4 tak pernah menyesal bergelar artis

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

TAGLINE 'Senyum Sokmo' lebih popular ketika dua tahun lalu sewaktu zaman kemasyuran juara Akademi Fantasia musim keem ...

pandai m jamil nih... sah paejah bwk watak hantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-12-2008 11:31 AM
tpaksa lari masuk bilik air

cari sabun




-/ abe ice yang pecah rahsia nih. yelah..dia dulu kan mekap artis dino


gue speku pakai sabun ekonomi handalan ... power vroooom
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:38 AM | Show all posts

Reply #845 tikusmondok's post

hahahaha

ha'ah le...
anak ayam yg muda2
dah tua2 cam ikin ngan kembar... jadik ayam jer lah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #847 tikusmondok's post

ko nak suh dino punye anu tertanggal?

:@

panasssss tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #848 chekshu's post

buleh laa  yang dah kawin tu

jadik mak ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #849 Syd's post


korang nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:44 AM | Show all posts


ini rupanya rahsia nafsu kuda si dino

isk isk isk


sape nak order, pm dino



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:47 AM | Show all posts


heheh


dunia dunia jugak

world


ayam ayam jugak

solat jgn luferrr

world
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #853 Syd's post

hadhari la katakan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-12-2008 11:41 AM
ko nak suh dino punye anu tertanggal?

:@

panasssss tuuuuu






<aku saja quote post ko nih
aku dah gelak tak hengat ni...>


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 11:55 AM | Show all posts
Dec 21, 2008
Aku catatkan sejarah Anak Melayu Felda Pertama yang BERJAYA "TUTUP" "RUMAH ALLAH" terhadap orang Muslim lain yang bernama WARTAWAN

Pukullah taboh, pukullah taboh, pukul rebana
Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh tidak ke mana
Sampaikan Masjid, sampaikan Masjid jadi kau punya.

Gununglah banang, gununglah banang bercabang dua
Bagaikan pinang, bagaikan pinang dibelah dua
Wartawan kau halau, wartawan kau halau, tidak ke mana

Tanah yang licin, tanah yang licin tidak berduri
Bagaikan cincin, bagaikan cincin, lekat di jari
Apa nak kata, apa nak kata, benda dah jadi
Asal Mawi dan Ekin, asal Mawi dan Ekin bahagia tak terperi.


Kita sayang Mawi lagi tak? Kita kenang lagi tak ratusan ringgit atau puluhan ringgit kita 'laburkan' terhadap Mawi supaya dia boleh menang Akademi Fantasia? Kita kagum tak selepas dia menang Akademi Fantasia, dia "membebaskan" dirinya dari belenggu Felda? Kita bangga lagi tak selepas menang Akademi Fantasia dengan bantuan kita, Mawi jadi popular? Kita seronok tak bila Mawi dah popular dia popular lagi dengan cerita dia putus tunang dengan Ina Naim? Kita terus bangga tak selepas putus tunang, Mawi dapat pulak bernikah dengan Ekin? (entah dari AF yang keberapa aku pun tak ambil peduli).

Dan aku harap kita terus bangga apabila Mawi "tutup" "rumah Allah" yang bernama Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru untuk orang Islam lain yang bernama WARTAWAN sebab Mawi dah "jual" majlis pernikahannya untuk stesen TV yang jadi landasan kepada kegemilangannya itu.

Wartawan yang kerjanya mulia itu rata-rata dihalau, diherdik oleh "orang-orang" milik Mawi hanya kerana menjalankan tugas mereka buat aku "bangga" kerana barangkali Mawilah antara anak Melayu Felda pertama di Malaysia yang berjaya melakukan itu dan barangkali tidak akan ada lagi anak Melayu Felda yang bisa melakukan perkara sebegitu biarpun 1,000 tahun lagi.

Aku tak pasti berapa ramai yang membaca blog ini pernah terbabit dalam "gejala" membantu Mawi menang AF dengan sumbangan SMS korang tapi minta maaf cakaplah....aku hanya mahu katakan apa yang terbuku di hatiku ini kerana aku tahu dan aku dapat "rasa" perasaan teman-temanku yang membuat liputan di majlis pernikahan berkenaan.

Barangkali korang nak kata Mawi tak salahlah. Ini isu Astrolah. Cakaplah apa saja, tapi yang menikah itu ialah Mawi dan Ekin. Dialah Tuan Rumah yang menentukan segala-galanya tetapi komen Mawi berbunyi begini: "Saya tak tahu menahu tentang perkara ini. Cuma saya takut orang akan kaitkan setiap kontroversi seperti ini dengan nama saya. Apa benda yang jadi pun, nama saya akan tetap disebut. Saya harap pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini memahami keadaan saya dan Ekin."

First of all my friend, it's your ****** wedding man. You should be accountable for it. Kau biar orang kau halau wartawan. Kau biar dan "tak tahu" tentang orang kau yang herdik wartawan. Wartawan yang suatu masa lalu asyik menulis tentang betapa hebatnya engkau sebagai seorang anak Melayu Felda yang berjaya.

Dalam laporan di Murai.com juga mencatatkan ini:

Ekin dalam nada yang penuh diplomasi pula berkata, setiap majlis yang besar seperti perkahwinan, tentu akan ada cacat cela kerana ia sudah menjadi lumrah.

And Ekin was quoted saying: "Kita cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang. Saya harap perkara ini tidak akan berlarutan menjadi satu isu yang diperbesar-besarkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang tidak kira untuk meraikan kami dan membuat juga liputan."

Wahai Mawi dan Ekin, korang tak payah risau. Wartawan yang sama itu, yang dihalau oleh orang kalian akan tetap buat liputan tentang kejayaan kalian berdua kerana biar dicaci, dihina, wartawan tetap akan menjalankan tugas dengan penuh disiplin, adil, tanpa ada hasad, tanpa rasa benci, insya-Allah.

Wartawan yang sama yang menulis tentang betapa mereka marah kerana dihalau masih akan mencatatkan "Selamat Pengantin Baru" dan "Semoga Kalian Berkekalan". Wartawan yang sama yang terpaksa berdiri di bawah terik matahari, dilarang masuk Rumah Allah itu tetap akan siarkan tentang kejayaan yang bakal korang kecapi nanti kerana mereka adalah Wartawan.

Aku tak fikir wartawan akan boikot kau ke apa ke. Kalau tak percaya kau buatlah PC (Press Conference) bagi "menjelaskan keadaan sebenar" (ini aku speculate aje ni) dan aku yakin pasti ramai wartawan yang akan hadir.

Kenapa mereka akan terus hadir? Sebab bukan mudah seorang anak Melayu Felda yang tak payah sekolah tinggi sampai ke universiti dapat buat majlis nikah yang lebih hebat daripada anak raja kan? Itu kan satu kejayaan? Dan kejayaan itu kita harus Raikan Bersama.

Seperti mana wartawan-wartawan lain, aku juga akan habiskan posting ini dengan mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Mawi dan Ekin dan "Semoga Kalian Akan Berkekalan Sehingga Ke Anak Cucu."

DONC: Sahabat-sahabatku - Agi Idup Agi Ngelaban. Salam

Kalau korang nak tengok cara-cara nak halang kerja wartawan (terutama halang wartawan beragama Islam untuk masuk ke masjid...sila saksikan video dengan link kepada alamat di bawah ini)

http://www.youtube.com/watch?v=K3UmrjHl6vg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 12:04 PM | Show all posts

Reply #857 Syd's post

ober la wrtwn nih.... tv3 jer ade prob
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 22-12-2008 12:04 PM
ober la wrtwn nih.... tv3 jer ade prob


gue dah lama pangkah tb tigasuku ni..tb yg paling bias..baik tengok 502 awani
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:24 PM | Show all posts
korang tengah citer apa nih?
tak roti den nak nyampuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.203735 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list