|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: HEALING ARTS
[Copy link]
|
|
rumah sudah ada goyang2 skit |
|
|
|
|
|
|
|
smlm page 48 jer terus 100 |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang nak menolak ke? ke santai2 jer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire replied at 12-11-2024 08:02 AM
dah page 42
Dah page 43 |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia sedia anjur Mesyuarat Penyelarasan Pertama Malaysia-Arab Saudi peringkat Menteri Luar - PM
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Anwar mengadakan pertemuan dengan Mohammed bin Salman sebelum kembali ke Kaherah, Mesir. - Foto ihsan FB Anwar Ibrahim
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Pertama antara Malaysia-Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama kedua-dua negara dengan lebih lanjut, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebelum kembali ke Kaherah, Mesir. "Saya zahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan Kerajaan Arab Saudi terkait penganjuran Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam termasuk usaha-usaha berterusan dalam membantu saudara Islam yang ditindas. "Dalam pertemuan ini, kami menyentuh pelbagai aspek terkait hubungan Malaysia-Arab Saudi yang perlu diperluas khususnya menyentuh soal perdagangan dan pelaburan termasuk kerjasama dalam beberapa bidang baharu antaranya kecerdasan buatan (AI), ekonomi hijau, tenaga bersih, serta petrokimia," katanya di laman sosial rasminya hari ini. Katanya, beliau juga sempat bertukar pandangan berkenaan situasi serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama. "Kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk menjemput Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Kuala Lumpur.
"Saya optimis bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi dapat menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya, Insya-Allah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322711/malaysia-sedia-anjur-mesyuarat-penyelarasan-pertama-malaysia-arab
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan segera disalur ke Hospital Papar
[size=14.399999618530273px]Kakitangan Hospital Papar memindahkan pesakit susulan kebakaran di stor farmasi hospital itu malam tadi. - Foto X Dr Dzulkiffli
[size=14.399999618530273px]
KOTA KINABALU: Bantuan segera disalurkan kepada Hospital Papar selepas insiden kebakaran yang memusnah stor farmasi hospital itu, di sini, malam tadi. Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata beliau sudah mengarahkan kakitangan di pejabat Parlimennya turun membantu sejurus menerima berita itu. Beliau berkata, kakitangan di Pejabat Parlimen Papar akan terus membantu situasi di hospital itu, termasuk menyediakan makanan kepada pesakit memandangkan dapur Hospital Papar turut terjejas dalam kebakaran berkenaan. "Sekitar jam 7.10 malam tadi saya dikhabarkan dengan insiden kebakaran yang berlaku di stor perubatan farmasi Hospital Papar. "Sejurus mendapat makluman, saya terus menugaskan kakitangan Parlimen Papar untuk bergegas turun padang membantu mangsa.
"Buat masa ini, khemah sementara sudah didirikan untuk menempatkan pesakit dan kakitangan hospital yang terkesan dan makanan serta minuman juga diberikan," katanya menerusi perkongsian di Facebook. Insiden kebakaran di hospital itu dilaporkan bermula pada kira-kira jam 7 malam tadi sebelum 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan BBP Kimanis dikejarkan segera bagi melaksanakan operasi pemadaman. Armizan yang menghadiri persidangan Parlimen semalam, berkata kebakaran dilaporkan dapat dipadam pada jam 11 malam tadi, namun punca kebakaran masih dalam siasatan. "Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan pesakit terkesan juga sudah dipindahkan ke wad lain," katanya. Katanya, bermula hari ini, Pejabat Parlimen Papar akan membantu membekalkan makanan dan minuman kepada pesakit sehingga pihak hospital dapat menyediakan makanan melalui pihak pembekal luar. Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menerusi perkongsian di Facebook beliau, berkata proses evakuasi pesakit berjalan lancar, termasuk ke hospital berhampiran. Katanya, perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan setelah siasatan dibuat dan segala pengesahan diperoleh daripada pihak berwajib.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322696/bantuan-segera-disalur-ke-hospital-papar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[size=14.399999618530273px]Situasi di pekarangan Hospital Papar ketika operasi pemindahan pesakit dan peralatan hospital akibat kebakaran di Papar, malam tadi. - Foto ihsan Pejabat Parlimen Papar
|
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Luar nasihatkan rakyat Malaysia waspada susulan letusan gunung berapi di Flores
[size=14.399999618530273px]Foto pada 9 November menunjukkan letusan Gunung Lewotobi Laki Laki dilihat dari kawasan rehat Eputobi, Nusa Tengggara Timur. - AFP
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada atau melawat Indonesia dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini berhubung letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur. Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan itu berada dalam keadaan selamat, sambil menambah bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan maklumat terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Kementerian turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian menerusi E-Konsular bagi memastikan mereka menerima sokongan dan kemas kini tepat pada masanya.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau menerusi e-mel di [email protected].
Setakat ini, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 10 kematian akibat letusan itu.
Letusan itu turut menyebabkan awan abu tebal, mengakibatkan penutupan lapangan terbang di kawasan terjejas.
Sejak 4 November, selepas letusan awal, gunung berapi itu telah memberi kesan kepada enam kampung di Daerah Wulanggitang dan empat kampung di Daerah Ile Bura, melibatkan anggaran 10,000 orang. Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran bagi Gunung Lewotobi Laki-Laki ke tahap tertinggi, memandangkan gunung berapi itu mengeluarkan tiang abu coklat tebal setinggi dua kilometer setiap hari sepanjang minggu lepas. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322679/kementerian-luar-nasihatkan-rakyat-malaysia-waspada-susulan-letusan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Luar nasihatkan rakyat Malaysia waspada susulan letusan gunung berapi di Flores
[size=14.399999618530273px]Foto pada 9 November menunjukkan letusan Gunung Lewotobi Laki Laki dilihat dari kawasan rehat Eputobi, Nusa Tengggara Timur. - AFP
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada atau melawat Indonesia dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini berhubung letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur. Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan itu berada dalam keadaan selamat, sambil menambah bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti dan memberikan maklumat terkini yang diperlukan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Kementerian turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian menerusi E-Konsular bagi memastikan mereka menerima sokongan dan kemas kini tepat pada masanya.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, melalui telefon di +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau menerusi e-mel di [email protected].
Setakat ini, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 10 kematian akibat letusan itu.
Letusan itu turut menyebabkan awan abu tebal, mengakibatkan penutupan lapangan terbang di kawasan terjejas.
Sejak 4 November, selepas letusan awal, gunung berapi itu telah memberi kesan kepada enam kampung di Daerah Wulanggitang dan empat kampung di Daerah Ile Bura, melibatkan anggaran 10,000 orang. Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran bagi Gunung Lewotobi Laki-Laki ke tahap tertinggi, memandangkan gunung berapi itu mengeluarkan tiang abu coklat tebal setinggi dua kilometer setiap hari sepanjang minggu lepas. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322679/kementerian-luar-nasihatkan-rakyat-malaysia-waspada-susulan-letusan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Piala Malaysia: JDT, TFC dapat laluan mudah
[size=14.399999618530273px]Undian perlawanan Piala Malaysia 2024. - Foto MFL
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Finalis Piala Malaysia musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) tampak berdepan laluan mudah untuk lolos ke suku akhir musim ini. Ia selepas JDT yang juga juara empat kali dan juara edisi 2001, TFC diundi berdepan wakil Liga A1, Kuala Lumpur Rovers dan Melaka FC di pusingan 16 yang akan berlangsung secara timbal balik. Untuk rekod, Harimau Selatan tampil dalam saingan Piala Malaysia musim ini selaku juara bertahan apabila menjulang trofi kejohanan tertua di rantau Asia itu musim lalu selepas menewaskan skuad Penyu 3-1 di final. Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor dilihat berdepan laluan sukar apabila diundi menentang Sri Pahang dalam majlis undian yang berlangsung, sebentar tadi. Pasukan yang kini berada di tangga ketiga Liga Super, Sabah pula dianggap bertuah seperti JDT dan TFC apabila skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan berdepan cabaran satu lagi wakil Liga A1, PT Athletic FC. Juara edisi 2021, Kuala Lumpur (KL) City diundi menentang pasukan sedang bergelut dengan isu kewangan yang juga juga juara lima kali, Kedah Darul Aman (KDA) FC. Sementara itu, tiga lagi perlawanan peringkat 16 menyaksikan pertembungan wakil Liga Super dengan Perak menentang Kelantan Darul Naim (KDN), Kuching City berdepan Penang dan PDRM bertemu pasukan tercorot Liga Super, Negeri Sembilan. Mengikut perancangan awal Liga Bolasepak Malaysia (MFL), perlawanan pertama pusingan 16 dijangka bermula pada 20 November, namun tertakluk kepada perubahan. Bagi pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir, mereka secara automatik akan bertanding di pentas Piala Cabaran MFL
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/11/1322619/piala-malaysia-jdt-tfc-dapat-laluan-mudah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semekom
Mama kiter dah 79K pagi ni
Hari ni nak tukau level
~KuKu~ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alif nasihat Aisha usah putus asa
[size=14.399999618530273px]Alif menganggap Aisha berbakat besar. Foto NSTP Hazreen Mohamad
[size=14.399999618530273px]
SHAH ALAM: Alif Satar, 34, memuji bakat Aisha Retno dan berharap penyanyi itu tidak berputus asa biarpun konsert solo yang dirancang, dibatalkan. Alif menganggap pembatalan konsert berkaitan prestasi jualan tiket adalah perkara biasa yang dilalui ramai artis. "Aisha sangat berbakat. Kalau hendak dibandingkan dengan saya, dia boleh main piano, gitar, menari, rap dan menyanyi lagu Korea. Saya tidak boleh nyanyi lagu bahasa Korea. "Untuk saya berada pada ini, saya kena melalui banyak perkara. Setakat tak jual tiket (konsert) itu dianggap normal. Saya pernah kena 'boo' dengan 3,000 penonton. Jadi, bagi saya, masanya akan tiba dan Aisha akan bersedia. "Saya fikir artis macam Aisha, kalau menyanyi saduran pun orang akan pergi tengok. Jadi, mungkin ada kesilapan teknikal atau perancangan pemasaran… Kita tidak tahu. Kalau ikut bakatnya, saya akan bayar untuk tonton Aisha. Dia sangat berbakat dan daripada segi persembahan pun, dia baik," katanya pada majlis pelancaran kepingan emas dan dinar One Ummah GB Gold Malaysia di GB Gold Malaysia di sini, hari ini. Alif bagaimanapun memberi nasihat kepada Aisha dalam merancang kerjayanya.
"Kalau saya boleh bagi nasihat jujur, mungkin hasilkan sebuah album dahulu. Jadi, kita lebih seronok hiburkan orang," katanya. Alif juga menasihatkan Aisha agar tidak berputus asa dan percayakan rezeki. "Ada seorang penyanyi yang pernah bersama saya hadiri uji bakat. Ketika itu, dia tidak diterima. Namun, apabila dia pergi ke Amerika Syarikat (AS), dia 'meletup'. Jadi, kita tidak tahu rezeki kita," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1322579/alif-nasihat-aisha-usah-putus-asa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
slow pagi ni moon..
semua bz yer
|
|
|
|
|
|
|
|
check in
thanks tashu |
|
|
|
|
|
|
|
The world’s longest concert lasted 453 hours.
|
|
|
|
|
|
|
|
It’s impossible to hum while holding your nose.
|
|
|
|
|
|
|
|
Africa is the only continent in all four hemispheres.
|
|
|
|
|
|
|
|
All mammals get goosebumps.
|
|
|
|
|
|
|
|
Japan has one vending machine for every 40 people.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|