Graduan jangan pilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
[size=14.399999618530273px]Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada, khususnya dalam menghadapi persaingan sengit daripada pekerja asing. Baginda bertitah bahawa sikap terlalu memilih bukan sahaja merugikan diri graduan sendiri tetapi turut memberi kesan negatif kepada pembangunan negara. "Jika terlalu memilih (pekerjaan), para graduan akan kekal menjadi 'pengganggur terhormat' dan peluang yang ada akan direbut pekerja asing. Akibatnya awak semua, dan negara yang akan rugi," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM di sini hari ini. Sultan Ibrahim turut bertitah menasihati para graduan agar tidak mengamalkan sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, kerana ia akan melahirkan generasi yang lemah dan pasif.Baginda seterusnya menzahirkan penghargaan kepada UiTM atas usaha membina generasi graduan yang kompeten dan berharap universiti itu akan terus memainkan peranan sebagai pusat ilmu yang memacu kemajuan bangsa. "Syabas dan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian," titah Sultan Ibrahim. Pada majlis itu Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM yang ketujuh. Turut berangkat ke istiadat hari ini ialah Pro-Canselor UitM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib. – BERNAMA"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323316/graduan-jangan-pilih-kerja-elak-jadi-penganggur-terhormat-sultan
|