Author|Post time 15-8-2020 02:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
keypochino replied at 15-8-2020 01:28 AM
agak2 kenapa mati.. xserasi dgn air baru ke atau cuaca panas sgt?
Sy xbeli lagi cumi.. nnt la car ...
Hair tu mengering. Selama akak di Melaka, Kluang panas terik. Husband pulak demam selsema dan batuk. Sekali dgn sakit kepala.. So sepjg dia berdua dgn si bongsu di sini, memang dia x siram pokok. X perasan air dah kontang. Tambah 3 hari di kampung lepas tu.. Memang layu la jawapnya..
Author|Post time 15-8-2020 02:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 01:32 AM
Suka baca pengalaman hidup Kak-Leen...Alhamdulillah...baik penyudahannya
Mudah2an bila akak dah tiada, ahli keluarga dan sahabat handai baik yg dekat atau jauh akan ingat perlakuan yg baik2 sahaja. Akak sedar akak banyak kelemahan dan kesilapan samada dalam sedar atau tak. Usaha untuk meminta masf dan memaafkan walau bukan kita puncanya. Sebab x nak ada terbuku dalam hati. Takut lama2 hati kita sendiri mati.
Moga kita semua sama2 diingati atas perkara2 dan perlakuan2 yg baik2 saja.
Author|Post time 15-8-2020 02:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 01:34 AM
Sedap sebab daging cencaru kena gulai lemak cam tongkol
Akak pun x pernah try masak lemak ikan cencaru ni tau.. Bangun subuh tadi terus terfikir apa rasanya. Husband kata, mesti la rasa berlemak dan rasa ikan. Akak mampu angkat kening bak Ziana Zain aje kat dia.
Author|Post time 15-8-2020 02:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 15-8-2020 02:31 AM
Uish.. Sedapnya nasi lemak.. Lama x makan.. Sejak makan nasi lemak kak j dah tak kick mcm dulum
Masak sendiri je Sarah. Akak kalau masak nasi lemak, suka letak air kelapa sekali. Rasanya manis2 air tu dan lemak dia lebih sedap. Memang setiap kali nak buat nasi lemak, akak akan beli kelapa dan bila nakdibelah, akak sensiang dah tadahkan plastik kat budak kedai tu. Pernah ada org tengok akak book air kelapa sebotol 5 litre, dia tanya utk apa air kelapa? Akak cakap utk buat nasi lemak. Dia ingat utk sambalnya. Akak suruh dia try isi dalam nasi bila nak tanak tu. Kebetulan isteri dia memang jual nasi lemak. The next time dia nampak akak di pasar, jauh dia panggil. Dia kata memang sedap.
Dalam nasi pun akak hanya letak sikit halia, garam, daun pandan dan santan sikit sebab lemak dari air kelapa dah mencukupi. Org Kedah style lain kan? X silap akak ada letak bawang merah. Ke tu belah Kelantan? Johor ada letak halba sikit.
Author|Post time 15-8-2020 03:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 15-8-2020 02:32 AM
Keris tu lambang hati kering Melayu la kak leen.. Dibuat berlok2 supaya bila tarik keluar keris tu ...
Memang terseksa bila dihunus keris kita yg berlok2 tu. Ayah akak dulu ada simpan beberapa keris yg dibuat oleh Atok dulu. Berlok2 buatannya. Ada satu tu lok dia rapat2. Akak pernah nampak keris tu dilimaukan, dibalut dgn kain dan disimpan di atas almari yg tinggi. Ayah memang x kasi sesiapa alihkan. Katanya keris2 tu bahaya. Bila ayah sakit, dia nak serahkan kpd husband akak sebab husband akak seorang pesilat di kampung dan guru silat di asrama semasa bersekolah tp dia x nak. Akak x faham kenapa dia menolak dan rasa sedikit kecil hati masa tu. Bila husband cakap keris tu kena jaga, baru akak faham. Lepas berbincang dgn family terdekat, ada anak2 buah ayah yg ambil. Adik ipar akak ambil satu tapi akak x pernah nak tanya apa2 tentang keris tu.
Author|Post time 15-8-2020 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
keypochino replied at 15-8-2020 02:37 AM
tula.. xreti mkn bhgian pelik2.. keting akk msk apa?
Keting kita buat asam pedas gerang, keypo. Sedap asam pedas tu bila ada paru, tetel, keting, perut kitab & lidah dalam tu. Kalau x rajin, buat sup aje. Hehehe.. Tu kira dah x larat le tu..
Author|Post time 15-8-2020 03:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 05:30 AM
Saya yang kucing ala Garfield lemas pun sedih...setahun dua je...
Allahu.. Mcmana dia boleh lemas, Sb? Sedihnya kan bila haiwan peliharaan kita mati. Akak x nak lalui benda2 tu. Bila Allah ambil Ayah, Atok & Makwe serta Papa akak pun akak ambil masa yg sangat lama utk overcome and face the reality. Tu tempt kita bermanja. Ni tempat kita manjakan.. huhuhuhu
Author|Post time 15-8-2020 03:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 05:32 AM
Saya pun dah ke Lala land balik tadi
Akak ke LalaLand dengan tenang sekali pagi tadi. Lambat tidur macamana pun , mesti terbangun paling lewat 6am. Org kata x cukup waktu akak tidur tu tp nak paksa2 cukup 6-8 jam tu mcm susah. Lagi dipaksa, lagi x menjadi..
Author|Post time 15-8-2020 03:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 05:35 AM
Ni dok segar mamai2 merempit ni
Sb merempit sendiri ke? Moga sb sentiasa dilindungi Allah dalam setiap perjalanan yg dibuat.
Akak sejak kahwin x pernah dapat rempit sendiri. Jadi minah rempit tu dulu biasa le.. Durian Tunggal-Pekan Pagoh setiap Isnin jam 3am selama 8 bulan.. Mcm Zack & Azura la kiranya. Hihihi
Author|Post time 15-8-2020 03:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 05:39 AM
Yezzza good idea....tanam lemon dan limau2...
Akak dulu tanam lemon. X berbuah. So akak matikan pokok tu. Pindah sini pun beli pokok lemon yg dah tinggi 3 kaki. 5 tahun bela tp x pernah berbuah walhal seller tu kata pokok dia berbuah dalam masa 6 bulan ke setahun bila dah capai tinggi gitu. Akak anggap keriga2 pokok tu jantan dan x boleh menghasilkan buah. So, matikan juga.. Akak memang xde rezeki dgn pokok lemon ni walau lemon ni akak banyak gunakan seharian.. Allah kasi akak bantu peniaga2 lemon di sini la tu..
Author|Post time 15-8-2020 03:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 05:41 AM
Diabetic ni suka sweet thing, x leh nak forgo....rujuk hal dia kat doc@ipes2, Kak-Leen..
Akak sendiri diabetic, sb. Once you are one, kena ubah cara hidup. Makan dan minum tu antara aspek paling utama dalam hidup yg kita kena ubah. Skrg ni akak tgh cuba boost adik utk dia sendiri sedar perlunya dia mengubah cara hidup. Kena start fresh. Kenal makanan2 kita. Kenal diri kita dan kena kenalkan diri kita kepada orang sekeliling. Jangan harapkan orang lain utk remind kita tentang pemakanan, tentang diri dan tentang orang sekeliling. Bila kita dah kenal semua yg kita perlu kenal, baru kita boleh ke sana sini dengan aman dan baik. @ipes2 memang jadi tempat rujukan akak beberapa tahun ni.
Author|Post time 15-8-2020 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 15-8-2020 05:42 AM
Berselera kan anything tempoyak...
Kalau kat negeri asal Sb, tempoyak fresh dimakan dgn cili tumbuk mcm sambal je. Tu first time akak dikenalkan kepada tempoyak dulu oleh kawan husband yg asal orang Kuala. So sedappppp....