|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 28
[Copy link]
|
|
Kak-Leen replied at 31-12-2020 02:42 PM
Sedap dah tu.. Akak makan leftovers yg tapaw dari Mabiq je ni. Kikikikikk
Em dapnya makan kat mabiq. Kak beli apa mabiq |
|
|
|
|
|
|
|
Memang mengada dia.. datang mood mengada, kalau penakut lari2 pula
|
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 31-12-2020 03:48 PM
Em dapnya makan kat mabiq. Kak beli apa mabiq
Beli pais patin poyak, gulai patin poyak, daging salai masak kicap & daging salai masak lemak cili padi je, cat. Tak tertapaw pulak sambal poyak dia hari tu sebab ramai org kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 31-12-2020 03:46 PM
Yang ni tebal macam yang getah juga ke kak?
Atas dia tu tebal mcm towel sikit dan a bit rubbery gitu
Skirting dia mcm kain biasa je. Tp tahan juga. Dah 3 tahun akak pakai. Beli sebab cucu akak masa dalam pantang dulu dok sini. Sesekali akak bawa dia nap kat katil akak. |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 31-12-2020 03:47 PM
Hahaha seronok memborong kak
Memang seronok memborong tp yg membayarnya mata dah mcm spring dah.
![](https://funkyimg.com/i/39K1Q.gif)
Tapi sebab sayang isteri punya pasal, x apa. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 31-12-2020 03:06 PM
kopi2 supermarket ni tau ler tp yg kena grind tu semua tak byk tau sbb mls nk layan hampas dia hih ...
Akak suka coffee grind. Bila brew bau harum semerbak sampai luar rumah. Hampas buat scrub badan. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 31-12-2020 03:01 PM
jgn beli yg amaretto almond ni keypo, rasa kopi yg fake mcm ubat!!
perisa lain x pe, mcm caramel, ...
Hazelnut coffee tu favourite akak.
Kalau Mrsj suka yg mana? |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 31-12-2020 02:58 PM
Wah...menarik yg ni
Punya gigih akak cari dulu. Nak yg mcm ni jugak. Tp waterproof. Yg ikea punya ni kain dia pun x panas. Kadang2 bila cabut cadar dan xde org kat rumah, akak baring je beralaskan dia ni. Nyenyak jugak nap tu.. hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
AlifMimNunWau replied at 31-12-2020 02:31 PM
Rupamu jelita menawan umpama purnama .Anda tercantik terjelita .Terima kasih bidadari syurga .Syur ...
Wow...terpelanting burger camni ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 31-12-2020 02:50 PM
Murah la ni kak leen.. kalau Akemi xdpt tu harga tu kan
Kan.. Murah. Cuma nak tanya kot2 siapa pernah try dan nak tahu kain dia mcmana. Ke akak yg kena try beli dulu? Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 31-12-2020 03:17 PM
Punya gigih akak cari dulu. Nak yg mcm ni jugak. Tp waterproof. Yg ikea punya ni kain dia pun x pa ...
Tergolek kekenyangan mkn nasi kerabu pedal & gulai lemak telur itik...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 31-12-2020 04:03 PM
Beli pais patin poyak, gulai patin poyak, daging salai masak kicap & daging salai masak lemak cili ...
Kak leen.. Bantal yg sy beli.. Hahaha. Harap2 dpt ASAP.
![](https://funkyimg.com/i/39K2j.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ni saya pernah beli bantal yg styrofoam tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 31-12-2020 04:27 PM
Bagus ni saya pernah beli bantal yg styrofoam tu...
Harap2 sedap pakai.. Warranty 2 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dok lepak tilam kakak yg boleh lipat 3 tu...belikan ayah dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bod sinun-
Pekerja positif Covid-19, Pelita Shah Alam ditutup sementara
Hans Yusoff
2 hrs ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis ― Restoran Pelita Samudra Pertama terletak di Plaza Masalam, Shah Alam ditutup sementara bagi kerja pembersihan dan proses sanitasi.
Ia susulan terdapat kes membabitkan pekerja restoran berkenaan yang disahkan dijangkiti Covid-19, lapor The New Straits Times (NST).
Hasil ujian saringan dilakukan mendapati pekerja berkenaan menghidap Covid-19 selepas mengalami demam.
“Kami telah mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Keselamatan pelanggan dan pekerja adalah menjadi keutamaan. Ini adalah kali pertama berlaku, kami akan terus memberi kerjasama kepada KKM dalam menangani pandemik Covid-19,” memetik kenyataan restoran berkenaan seperti dilaporkan media.
Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan lebih 110,485 kes positif Covid-19 dengan 87,460 individu sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 31-12-2020 04:34 PM
Ni dok lepak tilam kakak yg boleh lipat 3 tu...belikan ayah dulu...
Tilam lipat tu mudah.. Sy beli gantu tilam yg kena bug bed tu tilam lipat |
|
|
|
|
|
|
|
Bod sinun-
Sembilan pasar, pasar raya terjejas akibat Covid-19
Aidila Razak
Diterbitkan Hari ini 12:09 pm
Semakin banyak premis perniagaan dilapor mengumumkan penutupan sementara untuk proses sanitasi, akibat jangkitan Covid-19 di kalangan kakitangan atau pelanggan.
Sepanjang dua minggu yang lalu, sejumlah pasar raya dan pasar di seluruh negara menghadapi masalah yang sama.
Berikut adalah pasar dan pasar raya yang dilaporkan ditutup sementara untuk pembasmian kuman setelah terdedah dengan wabak itu.
- Pasar Besar Klang, Selangor (17 Dis)
Pasar ditutup untuk pembasmian kuman dan pengesanan kontak setelah 14 penjual ikan diuji positif untuk Covid-19.
Kes-kes tersebut adalah sebahagian daripada kluster Pasar Baru, yang mempunyai 364 kes pada 29 Desember.
- Pasar Awam Larkin, Johor (17 Dis)
Pasar ini diarahkan tutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman setelah ada pekerja didapati positif Covid-19, kata Jabatan Kesihatan Johor.
- EconSave, Forest Heights, Seremban, Negeri Sembilan (20 Dis)
Pasar raya ini ditutup untuk pembasmian kuman setelah kes dikesan berlaku di kalangan kakitangan.
Kes-kes tersebut dikaitkan dengan kluster Persiaran Heights yang mempunyai 77 kes pada 29 Disember.
- Jaya Grocer, Glo Damansara, Selangor (24 Dis)
Pasar raya di pusat membeli-belah di Selangor ini ditutup sementara untuk kerja-kerja pembasmian kuman setelah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.
Anggota kakitangan itu terakhir berada di premis berkenaan pada 18 Disember.
Semua kakitangan lain di cawangan tersebut telah menjalani pemeriksaan Covid-19, kata Jaya Grocer.
- Pasar Bangsar oleh Jaya Grocer, KL Eco City, Kuala Lumpur (27 Dis)
Menurut notis di pasar raya, perniagaan mereka ditutup buat sementara waktu setelah kes Covid-19 dikesan.
Ketika dihubungi, wakil KL Eco City Mall mengesahkan perkara berkenaan dan memberi jaminan bahawa pusat membeli-belah itu telah dibasmi kuman sepenuhnya.
- Pasar Awam Banting, Selangor (27 Dis)
Pasar ini ditutup untuk tujuan kerja-kerja pembasmian kuman dan mengesan kontak sehingga 7 Jan setelah 25 kes didapati berkaitan dengan tempat ini.
Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha'ari Ngadiman berkata, 43 kenalan rapat orang yang dijangkiti telah diuji sementara 101 peniaga akan diperiksa esok.
- Pasar Payang, Kuala Terengganu, Terengganu (28 Dis)
Tiga pelawat di pasar ini yang diuji didapati positif Covid-19, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.
Walau bagaimanapun, 126 peniaga yang disaring telah diuji didapati negatif.
- Jaya Grocer, Quayside Mall, Kota Kemuning, Selangor (29 Dis)
Pasar raya ini semalam mengumumkan penutupan sementara untuk kerja-kerja pembasmian kuman setelah seorang kakitangan diuji positif untuk Covid-19.
Anggota kakitangan itu terakhir berada di pasar raya berkenaan pada 27 Disember.
- Pasar Taman Johor Jaya, Johor (29 Dis)
Pasar ini ditutup untuk kerja-kerja sanitasi selama seminggu bermula semalam setelah seorang penjual ikan didapati positif, lapor Oriental Daily. |
|
|
|
|
|
|
|
Haah...selesa...warna cantik- gold...
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 31-12-2020 02:42 PM
Haah beli kat shoppee je kak.. cari yg free shipping
Memang. Akak skrg kalau shoppee atau Lazada, mesti nak cari yg free shipping atau guna shoppee pay je. Lepas tu kumpul coin. Beli baru ni guna 2967 points. Ni kena kumpul balik la.. kikikiki |
|
|
|
|
|
|
| |
|