Gadis_Venus This user has been deleted
|
Tan bersalah menembak mati pemilik kelab malam LELAKI bergelar 'naga mata satu', Tan Chor Jin, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi semalam setelah didapati bersalah menembak mati seorang pemilik kelab malam, tahun lalu.
Tan, 41 tahun, didapati bersalah melepaskan enam das tembakan daripada pistol .22 kalibernya dengan niat mencederakan Encik Lim Hock Soon, 40 tahun, di flatnya di Blok 223, Serangoon Avenue 4 pada Februari lalu.
Lima peluru yang ditembak oleh Tan mengenai Encik Lim - sehingga beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Tay Yong Kwang, ketika membuat keputusann hukuman mati menolak sekeras-kerasnya bahawa Tan secara tidak sengaja melepaskan enam das tembakan kepada mangsa dan menganggap itu hanya satu fantasi Tan semata-mata.
'Berdasarkan bukti yang kukuh, tertuduh telah gagal membuktikan hujahnya,' ujar Hakim.
Dalam pembelaannya, Tan berkata tembakannya itu tidak sengaja mengenai Encik Lim setelah Encik Lim menyerangnya dengan kerusi.
Dia juga mendakwa dia mabuk ketika itu dan tidak tahu apa yang dia lakukan.
Pembunuhan itu berlaku sekitar 7 pagi pada 15 Februari tahun lalu.
Tan yang bersenjatakan pistol dan pisau menceroboh masuk ke flat Encik Lim.
Dia melarikan diri dan diberkas polis Malaysia bersama dua lelaki lain dan tiga wanita di Kuala Lumpur hasil serang hendap sekitar 4 pagi Mac tahun lalu.
Polis Malaysia menyerahkannya kepada polis Singapura.
Apabila keputusan dibuat oleh Hakim semalam, soalan pertama yang diajukan oleh Tan adalah: 'Adakah saya akan digantung esok? Atau saya harus menunggu?'
Hakim berkata dia masih boleh membuat rayuan ke atas hukumannya itu.
Tan yang tidak mendapatkan khidmat peguam dan membela dirinya sendiri kemudian meminta izin untuk merokok dalam penjara.
Hakim memberitahunya bahawa dia boleh mendapatkan keizinan daripada penyelia penjara sama ada boleh merokok atau tidak.
Isteri Encik Lim, Cik Kok Pooi Leng, yang turut berada di mahkamah ketika mendengar hukuman mati itu agak terganggu emosinya dan dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota keluarganya.
Isteri Tan tidak hadir di mahkamah semalam.
Apabila Tan, yang buta sebelah mata, dibawa keluar dari mahkamah pula, adik Encik Lim pula sempat mengherdiknya dengan berkata:
'Kau nak merokok? Kau dah tak ada peluang lagi!'
Ibu Encik Lim yang mena ngis di mahkamah dibawa keluar oleh adik Encik Lim dan keluarganya berkata keputusan mahkamah adalah adil dan 'naga bermata satu' wajar menerima hukuman sedemikian. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Kereta kebal dan meriam terus bedil kem pelarian Palestin
NAHR AL-BARED (Lebanon): Kereta kebal dan meriam tentera Lebanon membedil kem pelarian Palestin, Nahr al-Bared, buat hari ketiga berturut-turut semalam, bagi menumpaskan kumpulan militan Fatah al-Islam.
Pemerintah Lebanon memberi kebenaran kepada pasukan tentera untuk 'menghapuskan' kumpulan militan itu yang bertempur dengan askar Lebanon sejak Ahad lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 militan, 32 askar dan 27 orang awam terkorban.
Lebih 150 orang, termasuk 55 askar, turut cedera dalam pertempuran, manakala berpuluh rumah musnah, kata para saksi.
Menteri Penerangan Lebanon, Encik Ghazi Aridi, berkata lewat kelmarin bahawa Kabinet menegaskan 'perlunya menamatkan gejala pengganas yang bertentangan dengan nilai dan sifat rakyat Palestin'.
Asap hitam berkepul naik ke udara sewaktu tentera Lebanon membedil kedudukan Fatah al-Islam, sebuah kumpulan militan Sunni yang disyaki ada kaitan dengan Al-Qaeda, dan sedang berkubu di kem pelarian Palestin di Nahr Al-Bared.
Seorang panglima tentera Lebanon, Brigedier Saleh Haj Suleiman, dalam satu wawancara dengan Bloomberg berkata, anggota militan yang terkorban 'termasuk rakyat Arab Saudi, Tunisia, Afghanistan, Jordan, Syria dan Lebanon'.
Pertempuran meletus semula beberapa jam selepas pemerintah Lebanon pimpinan Perdana Menteri Encik Fouad Siniora, menegaskan peri perlunya menumpaskan kumpulan Fatah al-Islam, yang ada kaitan dengan Al-Qaeda.
'Tentera Lebanon bersedia menghentikan bedilan jika pihak sana melakukan yang sama. Kami tidak akan melepaskan tembakan jika tidak diserang,' kata satu sumber pemerintah kelmarin.
Seorang jurucakap Fatah al-Islam, Abu Salim Taha, sebaliknya berkata, 'Jika tentera Lebanon meneruskan serangan, pejuang kami bersedia berjuang ke titisan darah terakhir'. - AP, AFP, Reuters, Bloomberg |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
BUSH MAHU WARGA AS GANTI WOLFOWITZ SEBAGAI PRESIDEN BANK DUNIA
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, kelmarin berkata beliau mahu seorang rakyat Amerika menggantikan Encik Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia, sekali gus menolak spekulasi bahawa beliau mungkin menyerahkan jawatan itu kepada Perdana Menteri Britain, Encik Tony Blair, yang bakal bersara tidak lama lagi.
'Kami lebih suka Presiden Bank Dunia seorang rakyat Amerika,' kata Encik Bush dalam satu wawancara dengan Reuters.
Pengumuman peletakan jawatan Encik Wolfowitz minggu lepas mencetuskan gesaan daripada negara-negara Eropah agar seorang daripada rakyat mereka menjadi presiden Bank Dunia yang baru.
Menurut Encik Bush, Setiausaha Perbendaharaan, Encik Henry Paulson, telah ditugaskan mencari pengganti Encik Wolfowitz dan akan mengemukakan senarai mereka yang difikirkan layak bagi jawatan itu kepada Encik Bush.
Sewaktu ditanya adakah sekutu rapat beliau, Encik Blair, termasuk antara calon yang bakal dipertimbangkan, Presiden Bush berkata:
'Saya belum bercakap dengan (Encik) Tony Blair. Tetapi saya fikir lebih baik seorang rakyat Amerika yang memimpin bank tersebut,' tegasnya.
Selain Encik Blair, calon lain yang disebut-sebut termasuk Encik Ashraf Ghani, mantan Menteri Kewangan Afghanistan; Cik Ngozi Okonjo-Iweala, mantan Menteri Kewangan Nigeria; dan Menteri Luar Afrika Selatan, Encik Trevor Manuel.
Namun mengikut tradisi, Amerika memilih Presiden Bank Dunia dan Kesatuan Eropah memilih Presiden Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). - AP, AFP, Reuters. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
WANITA ISRAEL KORBAN ROKET HAMAS
BANDAR GAZA: Seorang wanita rakyat Israel terkorban dalam serangan roket dari Gaza lewat kelmarin selepas Israel mengancam hendak menyerang para pemimpin Hamas.
Sementara itu lima militan Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaru Israel.
Wanita berusia 35 tahun itu mati dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya selepas roket Hamas mengenai kereta yang dipandu beliau di bandar Sderot, selatan Israel.
Dua orang lain turut cedera dalam serangan itu.
Beliau merupakan wanita rakyat Israel yang pertama terkorban akibat serangan roket Hamas sejak November.
Serangan itu berlaku sewaktu Menteri Luar Israel, Cik Tzipi Livni, bermesyuarat dengan ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Encik Javier Solana di Sderot, tetapi mereka selamat.
Kumpulan Hamas melancarkan lapan roket ke wilayah Israel Isnin malam dan 15 lagi pada siang harinya, menjadikan kesemuanya 110 roket sejak minggu lepas.
Sebagai tindak balas, Israel sejak Rabu lalu menyerang sasaran Hamas di seluruh Gaza, menyebabkan 11 orang awam Palestin dan 25 militan terkorban, kebanyakan mereka anggota Hamas.
Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Encik Ephraim Sneh, sewaktu ditanya adakah Perdana Menteri Palestin, Encik Ismail Haniyeh, termasuk senarai pemimpin Hamas yang akan diserang, berkata:
'Tidak ada seorang pun yang dalam lingkungan panglima dan pemimpin Hamas kebal dari serangan kami.
'Apabila seseorang berkata Israel patut dimusnahkan, dia bukan pemimpin politik, tetapi pengganas berpakaian kemas,' tegasnya. - AP, AFP, Reuters |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Jurugambar 'Time' cedera
YALA: Seorang wartawan foto majalah Time, Encik Philip Blenkinsop, cedera dalam satu letupan bom di sini semalam.
Warga Australia itu merupakan wartawan asing pertama yang cedera dalam keganasan di selatan Thailand.
Bom buatan sendiri itu meletup apabila satu pasukan polis sedang memeriksa mayat seorang lelaki Buddha yang ditembak dan dibakar, menyebabkan enam orang lain cedera.
Anggota kumpulan pemisah dikatakan sengaja memasang perangkap ke atas pasukan polis yang ke tempat kejadian. - AFP, AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Siasat penipuan pilihan raya
MANILA: Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina berkata ia akan menyiasat dakwaan bahawa para penyokong pemerintah telah melakukan penipuan besar-besaran dalam pilihan raya separuh penggal minggu lalu.
Penipuan paling serius didakwa berlaku di wilayah Maguindanao.
Akhbar dan media setempat telah menukil para saksi yang berkata mereka dipaksa mengundi calon propemerintah yang bertanding bagi 12 kerusi Dewan Senat. - AP |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Terus perangi pengganas
PARIS: Perancis masih berdepan dengan ancaman serangan pengganas, kata Menteri Dalam Negeri yang baru, Cik Michele Alliot-Marie.
Beliau menegaskan usaha memerangi pengganas akan menjadi antara tumpuan utamanya.
Cik Alliot-Marie, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan Perancis, dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri dalam pemerintah baru Presiden Nicolas Sarkozy. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
POLIS, ASKAR IKRAR KHIDMAT TERBAIK
PUTRAJAYA: Kira-kira 250,000 anggota tentera dan polis Malaysia yang akan menikmati kenaikan gaji antara 9 dengan 42 peratus, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada kakitangan awam lain, berikrar akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tambahan kepada kadar kenaikan gaji kakitangan awam itu akan memberi lebih keselesaan dan motivasi kepada anggota polis, terutama yang berpangkat rendah.
Beliau memberi jaminan akan memastikan anggota polis memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar kenaikan gaji itu.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Aziz Zainal, pula menyifatkan semakan dan kenaikan gaji itu amat baik untuk kebajikan anggota tentera.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan gaji bagi lebih sejuta kakitangan awam di antara 7.5 peratus dengan 35 peratus dan penambahan Bantuan Sara Hidup (Cola) sebanyak 100 peratus mulai 1 Julai ini.
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM diberi tambahan 20 peratus daripada peratusan kenaikan gaji pokok itu sebagai pengiktirafan beban tanggungjawab dan cabaran tugas pasukan keselamatan pada masa ini.
Sementara itu, para pemimpin pembangkang menyifatkan bahawa langkah kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sebagai petunjuk bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pengumuman kenaikan gaji itu tidak mengejutkan kerana ia memang sepatutnya sudah diberikan sejak lama dulu kerana sudah lama tidak dikaji semula.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pula berkata kenaikan itu tidak memberi banyak makna dan sengaja diumumkan Perdana Menteri bagi menarik sokongan rakyat sebelum pilihan raya diadakan.
'Ini hanya helah pilihan raya, tidak ada apa-apa. Namun, saya sukacita kerana pegawai kerajaan akan mendapat faedah,' katanya. - BHM. |
|
|
|
|
|
|
|
I keep chasing her away
By Mindy Tan
May 23, 2007
Miss Nurliana Ramlan, carrying her 4-month-old baby. She is flanked by her other daughters, aged 1 1/2 and 3.
FOR an agonising 15 hours, she waited anxiously for news of her missing baby, praying that nothing bad had befallen the 4-month-old.
Neighbours had seen two teenage girls fleeing with the baby after hearing the young mother's screams for help.
The teenagers had visited Ms Nurliana Ramlan, a 20-year-old single mother of three, at her Woodlands Circle flat last Saturday night.
Witnesses said the girls were passing the baby to and fro as they sprinted down a 500m stretch.
The girls were seen loitering suspiciously in the void deck just 10 minutes before the baby-snatching.
After 15 long hours, Ms Nurliana finally received good news. Police had found her baby unharmed in a unit in Block 65 Teban Gardens.
The two teens - a 15-year-old Secondary 3 student and a 16-year-old, believed to be a waitress, were arrested for abduction from lawful custody, a police spokesman said.
Ms Nurliana told The New Paper that the student, Jane (not her real name), had turned up uninvited at her 4-room flat around 9.45pm last Saturday.
It was Jane's third surprise visit in about three weeks.
Each time, Jane, believed to be a runaway, would insist on playing with Ms Nurliana's daughters, aged 3 years, 18 months and 4 months. She would also hang around to watch TV till late.
On Saturday, Jane showed up with another girl whom Ms Nurliana did not know.
Ms Nurliana's mother, Madam Anna, 41, a retail assistant, had taken her three-year-old granddaughter to the mosque. The rest of the family - her step-father, 36, and two siblings - were at work.
She was not thrilled by the unexpected visit but let Jane in. The other girl remained outside.
When her second child complained of a stomachache, Ms Murliana took her to the toilet, and asked Jane to feed her youungest from a milk bottle.
When she came out, her flat was unlocked and her baby and the girls were gone.
She told Lianhe Zaobao: 'When I couldn't hear my baby's cries, I knew immediately that something was wrong.
'I shouted Jane's name down the corridor but there was no reply. I took a lift down to the void deck.'
She called her mother who returned in a few minutes.
She also informed her boyfriend, Mr Salleh Roslan, 20, the NSman father of her three children (nasib baik 3 anak 1 bapak...kalau 3 anak 3 bapak??), who searched Ang Mo Kio Central where Jane was believed have been staying with a friend since she ran away from her Hillview home.
FLEEING
Jane's mother was also alerted and turned up at the void deck 30 minutes later.
Meanwhile, neighbours approached Ms Nurliana and Madam Anna, both of whom were in tears.
Housewife Rosnah Kasim, 41, who was sitting on a swing outside her ground-floor unit, saw the girls fleeing with the baby.
'They were hugging the baby very tightly. One girl in black was running across the block, holding the baby's head to her chest.
'When a voice shouted from above, she passed the baby to a girl in brown (Jane). She ran ahead while the other tried to catch up.'
Said another housewife Normala Ismail, 47: 'We noticed the two girls walking past suspiciously about 10 minutes earlier.'
While MD Firdauz, 20, took off on his motorbike for a 30-minute search around Woodlands Circle to look for the culprits, Freda Ismail, 14, followed Ms Nurliana to search the carpark.
Others, including an elderly couple from the opposite block and an elderly woman also joined in the search.
At 10.45pm, a police report was made and a search was launched.
Neighbours called off their search by 11pm (asal search 15 minit je??)and waited at the void deck till 2am for news.
After failing to find Jane, Mr Salleh returned to his home at around 3am.
While Ms Nurliana gave up waiting by 4am and went to bed, Madam Anna could not sleep the whole night.
A police spokesman said: 'Using our resources at hand, we subsequently found the baby at Block 65 Teban Gardens, at about 12.30pm on 20 May.'
According to Ms Nurliana, police located Jane through her EZ-link card.
She turned up at the Jurong Police Division at 2.30pm with her family members, milk bottle and food to feed her hungry baby, who was later cleared at a hospital checkup at 4.30pm.
The young mother befriended Jane in March at a friend's flat.
She was working as a production operator and left her baby in the care of her colleague's mother in Taman Jurong.
One day after work, Ms Nurliana and her colleague went to a friend's flat in Bukit Panjang where she met Jane. She also spoke to Jane's mother once when she turned up to look for Jane.
Since then, the mother had been calling Ms Nurliana whenever Jane went missing.
Said Ms Nurliana: 'Jane told her mother that she likes playing with my children, so she always calls me.'
She has no clue how Jane obtained her address when she first visited her on 30 Apr, and she never asked.
Jane lingered at her place till 11pm that day and had to be chased away.
Madam Anna said: 'I dislike her (Jane). She was in my house watching TV and did not want to leave. She did not acknowledge me when I returned home, nor show any respect.'
Jane turned up uninvited again early on 14 May, Ms Nurliana claimed. They did not converse much because Jane's was preoccupied with the children.
Said Ms Nurliana: 'She kept saying that she was very stressed. But I don't know what she was stressed about.'
Jane, a fair-skinned girl with chin-length hair, is understood to be an only child who had been periodically missing from home over the last few months. She is believed to have found out recently that she was adopted.
According to Ms Nurliana, Mr Salleh knew Jane separately - a fact that the young mother only found out later.
'They are friends too,' she said. entah |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
NIK AZIZ HARAPKAN PEMIMPIN MUALAF DALAM PAS
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap agar satu hari nanti ada pemimpin penting dalam parti itu daripada kaum Cina.
Katanya, beliau suka dengan sikap orang Cina yang lebih tekun dan suka belajar apabila masuk Islam berbanding orang Melayu.
'Orang Melayu masuk Islam kerana datuk neneknya orang Islam, masuk Islam automatik dan mereka hanyut begitu sahaja,' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini, kelmarin.
Turut hadir ialah Presiden PAS, Encik Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Sementara itu, Encik Abdul Hadi berkata PAS menyasarkan untuk menawan negeri-negeri di utara Semenanjung pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau lagi, pada pilihan raya itu pihaknya mahu menonjolkan kejayaan Kelantan sebagai negeri terbaik di bawah pemerintahan kerajaan PAS.
'Kita pernah menawan Terengganu sebelum ini dan tidak menjadi masalah kepada PAS untuk menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang,' ujarnya.
Ditanya mengenai kerajaan bayangan PAS, beliau berkata pihaknya belum membayangkannya setakat ini. - Utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
'BAYI MASIH HIDUP DIKAPAN' MENINGGAL
JITRA: Bayi perempuan tidak cukup bulan yang masih hidup ketika hendak dikapankan meninggal dunia malam Ahad lalu selepas lebih lapan jam dimasukkan semula ke Hospital Jitra di sini.
Bayi yang dilahirkan pada usia kandungan ibunya 20 minggu enam hari itu meninggal sekitar 8.40 malam ketika dirawat dalam inkubator.
Bapa bayi itu, Encik Azmi Masiron, 26 tahun, berkata beliau dimaklumkan mengenai kematian anak keduanya itu sekitar 10.30 malam.
Encik Azmi mendakwa Pengarah hospital berkenaan memohon maaf atas kejadian itu ketika menemuinya.
'Saya sedih kerana kami memang mengharapkan mendapat anak perempuan,' katanya yang masih menuntut penjelasan Jabatan Kesihatan bagaimana bayi itu yang sebelum ini masih hidup dilaporkan meninggal dunia.
Encik Azmi membuat aduan di Balai Polis Jitra dan bercadang mengambil tindakan undang-undang.
Sebelum ini, penduduk Kampung Padang di sini yang menghadiri majlis pengebumian bayi itu gempar apabila ia tiba-tiba bergerak ketika hendak dikapankan.
Bayi itu kemudian dimasukkan semula ke inkubator pada 1 petang Ahad lalu.
Doktor sebelum itu memaklumkan bayi tersebut meninggal dunia sebaik dilahirkan sekitar 11 pagi Ahad lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Hasnah Ismail, dalam kenyataannya kelmarin berkata hasil siasatan awal mendapati doktor sudah memeriksa bayi itu dan tiada tanda denyutan jantung dan pernafasan selepas sejam 55 minit dilahirkan. - BHM, Harian Metro. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Budak rentung dalam nahas
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak rentung sementara ibu dan adik bongsunya melecur hampir seluruh badan setelah kereta yang dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah bas ekspres sebelum dilanggar dengan kereta lain di Kilometer 16, Jalan Labu-Seremban di sini kelmarin.
Mangsa, Nor Azian Ishak, sembilan tahun, yang hangus seluruh badan, meninggal di tempat kejadian. - Utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Sukar dapat amah Indon
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dikatakan perlu membayar sehingga RM6,000 ($2,708) untuk mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia melalui 'saluran belakang' berikutan kekurangan bilangan mereka yang mahu bekerja di negara ini sejak akhir-akhir ini.
Masalah itu berpunca daripada tindakan ejen di negara tesebut yang tidak menggalakkan kedatangan pembantu rumah warga Indonesia ke negara ini 'kerana gaji yang rendah'. - Utusan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
'Potong jalan' nak cepat kaya
BANGKOK: Gara-gara ingin mendapatkan pampasan daripada syarikat insurans, seorang lelaki dari Phuket sanggup memotong salah satu daripada ibu jarinya.
Jumlah insurans yang dituntut Encik Pichet Porntantipong, 38 tahun, daripada 30 syarikat insurans itu dilaporkan berjumlah 16 juta baht ($745,302).
Bagaimanapun, doktor yang merawat Encik Pichet meragui dakwaannya yang beliau terpotong ibu jarinya itu ketika memasak.
Polis kemudian dimaklumkan dan hasil pemeriksaan doktor pakar penipuan Encik Pichet terbongkar. - Agensi. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Nikmat tidur mati
HUNTINGTON (Amerika Syarikat): Kalau nyenyak tidur nyaris maut pun tidak disedari.
Walaupun kepalanya terkena peluru, Encik Michael Lusher, 37 tahun, tetap dibuai mimpi.
Beliau hanya sedar ditembak apabila beliau bangun empat jam kemudian dan mendapati kepalanya berdarah.
Seorang penyerang tidak dikenali dilaporkan telah melepaskan lima das tembakan ke arah rumah Encik Lusher pada awal pagi Ahad lalu.
Jurucakap polis, Koperal R.H McQuaid, berkata kecederaan yang dialami Encik Lusher tidak serius kerana peluru itu tidak laju memandangkan ia telah menembusi dua tembok rumah sebelum terkena beliau. - AP. |
|
|
|
|
|
|
|
Man gets one year's jail for pushing girlfriend off MRT platform
SINGAPORE: The man who pushed his girlfriend onto the MRT track has been given a year's jail by a Supreme Court judge.
The sentence for 26-year-old Kwong Kok Hing is backdated to last September when he was held in police custody two days after the incident at the Clementi MRT station.
And pending an appeal by the prosecution, Kwong could soon walk free.
But if the prosecution had its way, Kwong would be behind bars much longer.
It had pressed for a deterrence sentence of three to five years.
The prosecution has 10 days to indicate if it would like to appeal.
Kwong could have been imprisoned for up to seven years.
But his earlier charge of murder had been reduced to culpable homicide when the court heard that Kwong had been suffering from depression.
His lawyers said that at the time of the incident, Kwong had been getting psychiatric treatment for 'reactive psychosis'.
He had also just started a new job which had overwhelmed him, sending him deeper into depression, paranoia and anxiety.
His parents and friends were relieved that Kwong was given a lighter sentence.
Kwong is a permanent resident from Malaysia.
His parents said they would be bringing him home to Kuala Lumpur to continue his psychiatric treatment after his release.
Shashi Nathan, Kwong's lawyer, said: "His psychiatric condition was instrumental in getting the charges reduced in the first place. Clearly it was not a situation where there was any premeditation. What happened was a split-second impulsive act. And it's unlikely to happen again. He's calmed down a lot, and he's healthier."
Kwong has also apologised to his 26-year-old ex-girlfriend Jenny Low Siew Mui over the incident.
He had pushed Jenny off the platform and into the path of an oncoming train, following a quarrel in which he refused to break up with her.
Jenny, who is also a Malaysian, managed to dash across the tracks to safety.
Kwong, who came to Singapore as an ASEAN scholar, has since promised not to hound Jenny in future.
Shashi Nathan, Kwong's lawyer, said: "We conveyed his apology by way of a letter, and she has accepted the apology. So we wanted to inform the court he's contrite, and he's genuinely remorseful for what he's done. He wants to start his life anew, he has his brother and sister, his parents to go back to. This is just a painful part of his life and he wants to put it behind and get on with his life." - CNA/ir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Two youths arrested for crimes in Ang Mo Kio and Yishun
SINGAPORE: Police have arrested two unemployed youths, aged between 18 and 20 years old, for a series of crimes committed.
They are believed to be involved in snatch thefts and robberies in the Ang Mo Kio and Yishun areas.
Officers ambushed one of the suspects along Ang Mo Kio Avenue 3.
His arrest led to the identification of a few other suspects including a girl who was arrested from her home.
The two youths will be charged in court on 25 May for snatch theft under Section 356 of the Penal Code.
If convicted, they face up to seven years in jail and caning. - CNA/yy |
|
|
|
|
|
|
|
Lorry driver nabbed for drink driving
SINGAPORE: A 34-year-old lorry driver was arrested on Friday night for drink driving, thanks to a tip-off by a public-spirited man.
Mr Lim, a sales and marketing executive, was driving along the Pan Island Expressway at about 11:15pm when he had a near collision with a lorry.
Mr Lim noticed that the lorry driver was driving in an unsteady manner, and decided to trail him from a distance.
He also called the police for assistance.
The lorry driver drove into a multi-storey carpark at Block 656A, Woodlands Ring Road and fell asleep in his vehicle.
Police arrived shortly and conducted a breathalyser test on him.
The lorry driver failed the test and was placed under arrest.
He had significantly exceeded the breath alcohol legal limit of 35 microgrammes per 100 millilitres of breath.
The Traffic Police thanked Mr Lim for his public-spiritedness and for literally going the extra mile to help police nab the drunk driver. - CNA/ir |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
TARIKH MOHON MASUK KE VARSITI SETEMPAT DILANJUT
PELAJAR Universiti New South Wales (UNSW) yang terjejas dengan penutupan kampus Asianya (UNSW Asia) di sini boleh menarik nafas lega kerana tiga universiti setempat telah melanjutkan tarikh tutup permohonan hingga 4 Jun ini.
Mereka kini boleh memohon masuk ke Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU), walaupun tarikh permohonan telah ditutup bulan lalu.
Permohonan tahun akademik 2007 bagi NUS dan NTU ditutup pada 1 April lalu manakala SMU menutup permohonannya pada 10 April.
Namun, tarikh tutup itu dilanjutkan kepada pelajar yang telah menerima tawaran UNSW Asia itu, kata satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) semalam.
UNSW Asia membuat keputusan menutup kampusnya, hanya tiga bulan selepas mula beroperasi kerana risiko perniagaan ekoran bilangan pelajar yang kecil bagi kohort pertamanya.
Sejak penutupan itu, UNSW Asia menawarkan biasiswa bagi pelajar yang terjejas untuk menyambung pengajian mereka di Sydney, Australia.
EDB bekerja rapat dengan UNSW Asia dan tiga universiti setempat bagi menyediakan pilihan alternatif bagi pelajar yang ingin kekal di sini.
MOE dan EDP berkata pelajar akan dinilai berdasarkan merit dan kemampuan mencapai piawaian yang ditetapkan tiga universiti itu.
Wakil NUS, NTU dan SMU akan menerima permohonan di kampus UNSW Asia di Kay Siang Road sehingga Jumaat ini.
UNSW juga menjemput beberapa institusi pendidikan swasta menghantar wakil mereka ke kampus itu untuk menjawab pertanyaan pelajar.
Wakil universiti dan institusi pendidikan swasta itu akan berada di kampus UNSW Asia dari 2 petang hingga 8 malam. Maklumat lanjut boleh didapatkan menerusi laman web www.unswasia.edu.sg. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
PANGLIMA TENTERA M'SIA LAWAT S'PURA
PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Haji Abdul Aziz Haji Zainal, telah mengadakan lawatan pengenalan dua hari ke negara ini berakhir semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef), Jeneral Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean (gambar), dan Panglima Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Mejar-Jeneral Desmond Kuek, semalam.
Semasa di Mindef, Jeneral Abdul Aziz diberi penghormatan untuk memeriksa kontinjen Kawalan Kehormatan.
Beliau juga melawat Pangkalan Udara Tengah dan Pusat SAF bagi Pengujikajian Ketenteraan.
Jeneral Abdul Aziz mula menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia 1 Februari lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|