CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: man_utd

ALAF 21..

 Close [Copy link]
Post time 27-3-2007 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by zetyaiman at 26-3-2007 05:17 PM
cerita ni bagi zety memang best happy ending.



Ye la..... betul memang bestt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 11:04 AM | Show all posts

Reply #938 zetyaiman's post

camtu..............nk kene gi beli lagi la nie....
hehehehe......asal org ckp best...leen mesti beli lah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 05:57 PM | Show all posts
kita memang kena bagi peluang pada penulis2 baru gak tak kira terbitan mana. Kita sebagai pembaca yg menaikkan mereka cthnya Aisyah Sofea dgr cite lepas 3, 4 thn menulis  baru namanye naik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 11:37 AM | Show all posts
aku sedang baca satu buku alaf..
hmmm
petang2 or malam kang la tulis hehehe
sikit lagi nak abis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 11:48 AM | Show all posts

Reply #943 coyotemawi's post

tajuk apa coyote?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 08:39 PM | Show all posts

Reply #943 coyotemawi's post

Nak kasi kiter org saspen la tu...kalau abes bace, baru dier gitau tajuk buku tu, kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2007 10:12 AM | Show all posts

Reply #945 KRUfan's post

alap21 ade manyak buku baru lah, janji bersamamu pung ada baru keluar, penulis baru nama laila kamilia pung ada... chef lina punye buku baru aje beli pung belum baca, geng kat sini kalu ada beli yg dua tu berile komen
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 10:19 AM | Show all posts
A'ahlaaa..kasik komen, kalau best, bole beli, kalau biaser jer..pinjam kat kwn jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 03:35 PM | Show all posts

Janjiku Bersamamu-Aleeya Aneesa

ceng..ceng..ceng...buku baru..buku baru..
mcm nk jual jamu plak..
utk peminat Aleeya Aneesa..
buku baru keluaran alaf kini di pasaran:bodek:
sementara stok masih ada


ANDA ternanti-nanti novel Aleya Aneesa? Sila dapatkan novel beliau bertajuk JANJIKU BERSAMAMU di kedai-kedai buku sekarang juga.

Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti
lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula
yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya
kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun,
itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, 揃erdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 09:48 AM | Show all posts
Mcm best kan, pasal buku Aleya Aneesa yg seblom ni pon best...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 28/3/2007 08:39 PM
Nak kasi kiter org saspen la tu...kalau abes bace, baru dier gitau tajuk buku tu, kan?



pandai krufan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 11:21 AM | Show all posts
the last buku yang aku baca bertajuk KASIH ANTARA KITA by ALEYA ANEESA
well cite ni..aku rasa cam tak la mustahil berlaku..
tapi ada some characters dalam dia yang aku rasa cam keterlaluan..

wpun begitu..buku ini telah berjaya membuatkan airmata aku mengalir
apabila sampai ke mukasurat 290..
(tapi kena baca dari mula..kalu tak feel tu tak datang)

characters..
emelda..ok la..watak yang ada turun naik..
semi-angel..sanggup berkorban menyimpan rahsia
demi kakak tercinta..
sanggup  terima caci maki disebbkan orang tak tau cite sebenar..

aril fatah..yang ni aku mmg kurang berkenan..:@
sebb dia ni sorang doktor..
wpun aku tau..doktor pun human
tapi aku rasa sure  tahap kesabaran derang tinggi..mmg telah dilatih begitu kan..
almaklum nanti nak treat patient yang cerewet ker..
tapi dalam cite ni mmg mengecewakan la
bukan aku nak yang macam angel..
tapi bila dia dah tampar muka si emelda..
hmm aku dah tak suka
watak dia ni mmg tak berapa diolah dengan baik..
sebbnya..setelah marah emelda macam nak rak..
sampai dah halau2 kuar rumah...
n the next day...perasaan tu bertukar cam takda apa yang berlaku..
hmmm..betui2 cam dr.jekel  n mr. hyde..

watak kakak aril si nurul huda pun keterlaluan:@
mmg tak mustahil kalau dah benci..
marah orang sesedap rasa tak kira kat mana..
tapi bule berubah sekelip mata bila emel jatuh pengsan..
(towards the end)

n a few watak sampingan yang tak kurang menarik...

plot bule tahan menarik juga
cuma towards the end
rasa cam semuanya dalam keadaan tergesa-gesa..
n penulis ni agak lemah utk mengolah ayat
sewaktu emelda n aril fatah bertengkar..(derang ni husband n wife)
ayat2 rasa cam jerking..n sebb bertengkar pun remeh..
asyik2 prasangka lelaki nak mengorat si emelda..bosan!!!!
yang kelakarnya..selalu kalu salah sorang antara emel atau aril
tanya nakkan confirmation..sure jawapannya 'tidak'
jadik segala apa yang berlaku cam di bawah sedar..

n satu bab tu..tetiba aje si aril menangis2 meratap
kat si zalida yang dah koma..(zlida xgf aril)
mengaku mmg dia masih cintakan zalida
bila si emel datang nak melawat zalida
perghhhh berapi2 marahkan emel
sampai sanggup mengatakan si emel ni penyebab zlida terlantar koma..
n sebagai pembunuh!!!!
low betui tahap kesabaran si aril ni..
suami jenis apa ni?:@

hakimi kawan si aril ni la yang bijak sikit..maybe sebb dia ni lawyer..
hakimi nya teori bagus..:love:
cuma si aril ni aje yang suka bertindak membuta tuli..

well..ada a few lagi ..tapi aku rasa..biarla nkorang judge sendiri bila baca
mana tau lepas tu bule share..

kalau buku tu dah ada dalam simpanan dan masih belum dibaca
..baca aje la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 07:16 PM | Show all posts

Reply #952 coyotemawi's post

ohh kasih antara kita best jugak. not bad. sanggup dia ek.. terima apa je org nak kata sbb dah janji dgn si kakak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 07:58 PM | Show all posts
Kasih Antara Kita mmg bes
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 08:04 AM | Show all posts
Excuuuuuseee moi....saper dah bace Cinta Rahsia ~ Liza Zahira????
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 10:32 AM | Show all posts

Reply #955 KRUfan's post

saya cikgu   
karang ek kita ceritakan. nak pegi giant jap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2007 02:47 PM | Show all posts
cinta rahsia ni.. byk berkisar pasal dendam. apapun, setiap watak tu mcm ada sangkut paut antara satu sama lain.

dr. zabidi ada dua org anak lelaki - adam & hairil. hairil ni kaki perempuan sikit. adam pulak, ada co sendiri. mak adam - salbiah, nak jodohkan adam dgn farah - model. farah pernah jalin hubungan dgn hairil. adam nak tak nak terpaksa bertunang dgn farah. kat ofis adam pulak, ada sorang staff baru masuk - ayu kartika. dalam tak sedar, adam jatuh hati kat ayu. tapi bila puan salbiah dapat tau, ayu dihalau dari ofis adam.

ayu balik kg. adam jejak ayu kat kg. waktu tu dah nak dekat majlis perkahwinan adam & farah. dlm perjalanan balik dari rumah ayu, adam kemalangan. sejak dari tu adam lumpuh. dr zabidi terjumpa maisarah - bekas kekasih dr zabidi. maisarah ada sorang anak lelaki - daniel. ayu pegi ke florida utk pujuk daniel balik malaysia utk rawat adam.

majlis perkahwinan adam & farah tetap diteruskan. tapi dlm masa tu, farah ada jugak buat hubungan dgn hairil. hairil pulak, cuba nak goda ayu. tapi ayu tak layan. akhirnya hairil baik dgn kay - sorang staff kat pejabat tu. sampai akhirnya kay pregnant. tapi hairil tak nak terima. suruh kay gugurkan kandungan. kay tak nak & ugut hairil.

adam ceraikan farah. & dr zabidi dah tau yg kay pregnantkan anak hairil. & kiranya ada plan nak kawinkan adam dgn kay. & dr zabidi ada nak serahkan harta utk baby tu. puan salbiah tak nak hairil kawin dgn kay. sbb dia nak anak dia kawin dgn org yg baik sikit - ayu.

daniel pun jatuh hati dgn ayu. farah berkomplot dgn kay nak kenakan hairil. ada 1 girl, isabel kalau tak salah.. minat kat daniel. & bila tau daniel sukakan ayu, isabel pujuk adam baik semula dgn ayu. kiranya nanti takde org yg akan halang hubungan isabel dgn daniel. mak farah ditemui mati. tu idea si hairil. farah pun akhirnya mati dibunuh hairil. sbb tak nak farah bukak rahsia hairil pada polis.

akhirnya ayu bertunang jugak dgn adam. kay dah bersalin, sorang anak perempuan - dhia. mula2 kay tak pedulikan dhia. ayu yg jaga dhia. tapi tak lama, kay datang tuntut balik dhia dari ayu. bila dhia dah balik pada ayu, adam dah kurang pedulikan ayu & lebihkan perhatian pada kay & dhia. sampaikan ayu jealous. kay tau pasal tu. kay buat plan nak bunuh ayu. tapi malam tu, org upahan kay tertembak adam.

malam hari adam dah dikebumikan, kay datang ke kubur adam & tanam pistol yg digunakan utk tembak adam kat situ. bob, bf kay pun ada. sbnrnya dhia tu bukan anak kay dgn hairil. tapi anak kay dgn bob. disbbkan dhia bakal dpt harta yg byk, bob desak kay kawin dgn dia. tapi dpt ditangkap sbb polis jejak kay & bob sejak kes adam ditembak. & isabel pun ada terlibat dgn kes tu. akhirnya ayu hidup bahagia dgn daniel & dhia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 07:47 PM | Show all posts
Bagi silence, best ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 09:10 PM | Show all posts

Reply #958 KRUfan's post

nak jawab bab ni yg tak reti ni ehehe. nak kata best sgt, tak lah. tapi masih boleh layan. tak bosan baca. 3 bintang la kot out of 5. cuba kita dgr pendapat org lain lak
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 09:45 PM | Show all posts

Reply #957 silencez's post

crite nmpk cam complicated ek...sye lmah sket nk bce cite2 yg camnie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069235 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list