CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 13-6-2022 09:20 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 03:45 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 13 Jun 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 23 (5 – 11 Jun 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 13, 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 23 (5 JUN – 11 JUN 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 10% pada minggu epidemiologi (ME) ke-23 tahun 2022 (ME 23/2022) berbanding ME 22/2022 (Rajah 1);

Namun begitu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 20% (Rajah 2);
  • Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 33.3%; manakala
  • Jumlah pesakit kategori 3,4,dan 5, meningkat sebanyak 9%.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 meningkat berbanding ME-22 (Rajah 3):
  • Penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 8%;
  • Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 17%; dan
  • Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat sebanyak 200%.

Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 20% (Rajah 4):

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara semakin menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 22/2022 dan ME 23/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 8.7%;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 0.5%; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 51.9%.

Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 23/2022 ianya naik 6% berbanding pada akhir ME 22/2022 (dari 20,363 kes kepada 21,591 kes); seperti di Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Jun 2022 (ME 23/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 4,524,727;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,466,305 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,711 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,015 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan antara ME 22/2022 dan ME 23/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 23/2022 menurun sebanyak 21.7% (13,797 kes kepada 10,806 kes) Rajah 7;
  • Bilangan kes baharu pada ME 23/2022 meningkat sebanyak 0.4% (11,052 kes kepada 11,096 kes) Rajah 8;
    • Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 0.5% (11,022 kes kepada 11,076 kes); dan
    • Bilangan kes import menurunsebanyak 33.3% (30 kes kepada 20 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 23/2022 menunjukkan penurunan kepada 3.8 % (26 kes kepada 25 kes) berbanding ME 22/2022; dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 23/2022 adalah 22,013 iaitu terdapat penurunan sebanyak 5.5 % berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).



NILAI RT
Purata nilai RT juga menunjukkan peningkatan sebanyak 5.5% pada ME 23/2022 berbanding ME 22/2022 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 23/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 menurun sebanyak 65.6%, iaitu 10.9% pada ME 22/2022 kepada 3.8% pada ME 23/2022 (Rajah 11); dan
  • Kadar positif sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) bagi COVID-19 pada ME 23/2022 meningkat sebanyak  29.1%, iaitu 6.8% pada ME 22/2022 kepada 8.8% pada ME 23/2022 (Rajah 12)


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara.
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA





Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:01 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:04 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 14-6-2022 09:06 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2022 10:33 AM | Show all posts
seribulan replied at 10-6-2022 07:54 AM
Cuti bermula ni  semlm nonton Maverick kat panggung...kakak teriak sebaldi...sedih no  ...

tom cruise maintain je kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2022 10:33 AM | Show all posts
seribulan replied at 10-6-2022 07:55 AM
Semlm pi Kenny Rogers  ada sup lak...

adik belanja nasi beriani md shah. gigih dia beratur hampir sejam masa tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2022 10:34 AM | Show all posts

memang. kalau hon pun pandai ngelak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2022 10:35 AM | Show all posts
seribulan replied at 10-6-2022 07:57 AM
Paru goreng...dap  ratah je...

sama dgn mak saya. suka sangat paru. lebih2 lagi sambal paru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 12:35 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2022 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 23 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 14, 2022
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.
Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi  (ME) 23/2022 (pada 11 Jun 2022), sejumlah 95,924 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 36 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,654 kes. Jika dibandingkan dengan kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) iaitu sebanyak 30,880 kes, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 23/2022 sahaja adalah 13,080, menurun sebanyak 22.9 % berbanding ME 22/2022 iaitu 16,954 kes. Tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022 (Rajah 1).

Pada tahun 2022, sehingga 11 Jun 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 26,799 kes (27.9%). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 10,739 kes (11.2%), Perak 9,744 kes (10.2%), Johor 6,326 kes (6.6%) dan Kelantan 6,153 kes (6.4%); sementara negeri-negeri lain pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 5,500 kes (Rajah 2).

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 86,230 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 7,878 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,816 kes (2%)
Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) disahkan dijangkiti EV71 dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah.
Sehingga kini, sebanyak 1,882 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga (3) negeri mencatatkan kejadian wabak tertinggi iaitu WPKL & Putrajaya 602 wabak (32.0%), diikuti Sarawak 265 wabak (14.1%) dan Selangor 233 wabak (12.4%). Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan pra-sekolah iaitu 1,102 wabak (59%) diikuti oleh rumah persendirian 696 wabak (37%) dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 55 wabak (3%). Wabak didefinisikan sebagai kejadian kes HFMD dengan jumlah kes dua (2) atau lebih dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.
Walaupun terdapat tren penurunan kes HFMD selama dua (2) minggu berturut-turut, orang awam perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada dijangkiti HFMD.
KKM juga ingin menasihati ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD agar:
  • Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain;
  • Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  • Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin; dan
  • Memastikan lampin pakai-buang dibuang dengan cara yang betul.
Manakala pengusaha dan pengasuh di taska, tadika dan tabika dinasihatkan agar sentiasa:
  • Memastikan premis termasuk peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak dibersihkan setiap hari;
  • Membuat saringan di pintu masuk premis bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD. Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya;
  • Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain;
  • Mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit termasuk penyakit COVID-19 seperti memakai pelitup muka dan menghadkan pergaulan rapat;
  • Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan
  • Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.
Bagi pengusaha indoor playground dan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM) perlu melaksanakan saranan berikut;
  • Mengadakan gatekeeping screening di pintu masuk indoor playground;
  • Membuat pembersihan premis dan basmi kuman alatan sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari;
  • Meletakkan papan peringatan/poster berkaitan langkah pencegahan jangkitan HFMD di pintu masuk indoor playground; dan
  • Menyediakan kemudahan cuci tangan atau hand sanitiser di pintu masuk indoor playground.
Selain itu, KKM juga akan terus menjalankan langkah pencegahan dan kawalan bagi penyakit HFMD. Bagi tahun 2022, sehingga 11 Jun 2022, tindakan kawalan dan langkah pencegahan bagi penyakit HFMD yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
Jadual 1: Ringkasan Aktiviti Kawalan dan Pencegahan HFMD
Bil.AktivitiBilangan
1Bilangan premis diperiksa55,227
2Bilangan premis ditunjukajar dan dipantau pelaksanaan disinfeksi28,266
3Penutupan premis (secara sukarela)342
4Penutupan premis (di bawah peruntukan Akta 342)1,125
5Pembukaan premis1,045
6Pendidikan kesihatan167,171
7Townhall Meeting297
8Lawatan ke Indoor Playground438
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Jun 2022 @ 9:30 pagi



[td]





Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:35 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-6-2022 09:33 AM
tom cruise maintain je kan

Cheeky guy
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:36 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-6-2022 09:33 AM
adik belanja nasi beriani md shah. gigih dia beratur hampir sejam masa tu

Pernah beratur berjam bubur lambuk kg. Bharu...utk ayah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:37 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-6-2022 09:34 AM
memang. kalau hon pun pandai ngelak

Tahu x pe
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:38 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-6-2022 09:35 AM
sama dgn mak saya. suka sangat paru. lebih2 lagi sambal paru

Parents saya x mkn...campus life baru jumpa...spinach pun ulam2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:38 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 01:04 PM | Show all posts

lepas cerai dgn wife, dah bertahun dia tak tgk anak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2022 01:06 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-6-2022 12:36 PM
Pernah beratur berjam bubur lambuk kg. Bharu...utk ayah

pernah mak alter bubur lambuk masa dapat dari surau sbb tawar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 01:10 PM | Show all posts

saya pernah kena cakar dgn kucing masa kat sarajevo. tiba2 rasa ada cecair meleleh. geram!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 01:10 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-6-2022 12:38 PM
Parents saya x mkn...campus life baru jumpa...spinach pun  ulam2 gak...

parents saya tak makan ikan keli. saya belajar makan masa kat campus juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 15-6-2022 12:04 PM
lepas cerai dgn wife, dah bertahun dia tak tgk anak dia

Suri ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 5.494501 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list