|
[V37] ALL ABOUT FAZURA ..Fazura Showcase 18 March..HOD rebrand to FAZBULOUS #201
[Copy link]
|
|
Mcm kejap je kan shooting TLOP ni. Mmg 90℅ shooting malam je kan |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhunny replied at 13-2-2018 12:58 PM
i suka tengok faz pakai baju warna mustard kuning mcm tu. huhu nampak glowing.
Wokay.. nk pg cari baju kaler tu. Harap2 boleh glowing mcm faz![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
haha lepas pakai harus selfie yach and tepek kt sini. meh iols tgk glowing ke tak hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohhunny replied at 13-2-2018 01:59 PM
haha lepas pakai harus selfie yach and tepek kt sini. meh iols tgk glowing ke tak hahaha
Hahahahaha. Siap kena tepek tu. Harus meols letak gambar sebesar poster ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Jika Remy Ishak pernah mendedahkan melalui Twitter yang dia ternampak puntianak ketika berada dalam set penggambaran The Legend Of Pontianak kali ini pelakon utama filem tersebut Nur Fazura turut mengesahkan dia juga melalui pengalaman yang sama.
Jelasnya itu adalah kali pertama untuk dia melihat perkara mistik dan tentunya menjadi pengalaman yang menakutkan buat dirinya.
“Memandangkan kali pertama melihat perkara mistik sebegini memang menakutkan, ketika itu saya sedang makan dengan kru yang lain, dan puntianak itu berada jauh di belakang saya mengenakan pakaian yang sama seperti saya. Rambutnya panjang dilepaskan ke depan.
“Memang banyak kejadian mistik yang berlaku sebenarnya sepanjang penggambaran filem ini. Malah “dia” turut memerhati tetapi tidak mengganggu,” kongsi Fazura ketika ditemui pada majlis tayangan filem Janji Zehan, semalam.
Sementara itu, bercakap mengenai Janji Zehan, Fazura,35, berkata, kisah ini memberi peluang untuk dia mendalami satu lagi budaya baharu.
“Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita.
“Ini juga merupakan kali pertama saya ke Iran, merupakan sebuah negara yang indah,” jelasnya yang memegang watak Zehan itu.
Sementara itu, Janji Zehan mengisahkan tentang percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya.
Filem arahan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez itu juga memberi persepsi baharu buat mereka yang masih tertanya mengenai keselamatan di negara yang kaya dengan panorama indah itu.
Selain Fazura , turut terlibat ialah pelakon dari Iran iaitu Amir Rezazadeh yang menjalani penggambaran sepenuhnya di negara itu termasuk Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd.
Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 14 Februari ini. - UTUSAN ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maknanye betul lah ye penampakan 'tuuttt' masa gmbo reramai yg fazzy post tu? ![](static/image/smiley/default/funk.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
meols try zoom gambar tu boonga pastu meols yg seram sendiri ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
meols zoom dah smlm, nampak valak plak. bhahahaha! lain dah mata meols ni. yiihhh! ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
cer chuols tolong tepek ni dekat both benang ponti and janji zehan. hehehe. thanks chuols.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi scary la kaka hahahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
meols da tepek kt benang ponti da. apooo nama benang hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha! ponti lawooo. ingt ponti jer nama benang nye ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat petang kaka library... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Lama xmasuk sini...
cantiknya la Faz semalam..
xsabar nak tengok #JanjiZehan tengok trailernya menarik..
tp iolls kena tunggu minggu depan la nak tengok, mggu ni iolls xda kat rumah.. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kyul replied at 13-2-2018 04:16 PM
Selamat petang kaka library...
Lama xmasuk sini...
cantiknya la Faz semalam..
Sama la kite kyul.. sedey sgt, sbb kaka kne balik kg shuben.. x dpt nk tgk fazzy.. kne delay sminggu... ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
alamak ye ke ada penampakan "tuuttt' kat gambar tu kaka Boo?xda la pula iols zoom.. mimpi seram pula iolls nanti kalau tengok ![](static/image/smiley/default/mad.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
'Janji Zehan' dedah bulan madu Fazura dengan lelaki Iran
KUALA LUMPUR: Filem televisyen terbaru Astro First Eksklusif - Janji Zehan buat julung kalinya menggandingkan lakonan Nur Fazura dan pelakon berbakat besar dari Iran, Amir Rezazadeh.
Filem yang judul asalnya 'Lahzeye Bi Payan' (dalam detik masa tidak berpenghujung) ini juga mengangkat keindahan panorama negara timur tengah itu dengan keunikan budaya masyarakatnya yang jarang diterokai filem tempatan.
Diarahkan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandes, filem ini melakukan keseluruhan pengambaran di 43 lokasi sekitar Iran antaranya Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd.
Menurut Bernard, Iran dipilih kerana beliau cuba lari dari stereotaip filem romantis yang kebanyakannya berlatar belakangkan negara Eropah.
“Bila bercakap mengenai bulan madu, ramai akan terfikirkan Paris, Itali dan sebagainya. Tapi itu yang kita cuba lakukan, lari dari kebiasaan. Iran adalah negara yang sangat cantik, romantik dan puitis – itu antara kelainan filem ini,” katanya.
Manakala bagi Zabrina, sebagai pengarah, beliau berkata selain kecantikan negara iran yang banyak ditonjolkan, lakonan matang Fazura juga antara sebab filem ini harus ditonton semua.
Bagi pelakon utamanya, Fazura, pengalaman berlakon di Iran sememangnya jauh meleset dari sangkaannya sebelum tiba di negara itu.
“Satu pengalaman yang baik untuk saya, walaupun ramai yang risau dengan keselamatan saya ketika di sana. Apa yang pasti apa yang kita dengar tentang Iran kebanyakannya tidak benar. Ia sebuah negara yang selamat, masyarakatnya yang baik dan pemandangan yang sangat cantik,” katanya.
Filem ini mengisahkan percintaan dua individu yang baru berkahwin dan penyesuaian latar belakang dan budaya Zehan (Fazura) serta Arman (Amir Rezazadeh).
Bakal menemui penonton mulai 14 Februari di saluran 480 Astro First Eksklusif dan platform digital On Demand.
Filem ini juga mendapat tajaan AirAsia dan kerjasama Kementerian Pelancongan Negara Iran serta Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia.
credit source: http://www.astroawani.com/berita ... -lelaki-iran-168052 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cer chuols zoom plak kyul, meols xnmpk ponti tp meols nmpk ala2 valak (sbb meols plg nitemare watak valak ni). hahaha!![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
meols nmpl valak kaka coy. bhahahaha! bukan cik ponti tp akak valak bertudung. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|