|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 39
[Copy link]
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 5,910 kes (737,103 kes kumulatif, 89.1%);
Kes baharu : 9,353 kes (827,191 kes kumulatif);
Kes import : 11 kes (3 warganegara, 8 bukan warganegara);
Kes tempatan : 9,342 kes [6,645 warganegara (71.1%); 2,697 bukan warganegara (28.9%)];
Kes aktif : 84,021 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 959 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 451 kes;
Kes kematian : 87 kes (6,067 kes kumulatif, 0.73%; 78 warganegara, 9 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,058 kluster;
Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,188 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 870 kluster.
Sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 50 kes di Selangor, lapan (8) kes di Johor, enam (6) kes di Pahang, masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, dan Negeri Sembilan, empat (4) kes di Melaka, dua (2) kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0/RT (STATUS SEHINGGA 9 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 9 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.11. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.19). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Perak (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.16), Kedah (nilai RT 1.13), Pahang (nilai RT 1.11), Sabah (nilai RT 1.10), Terengganu (nilai RT 1.08), Melaka (nilai RT 1.05), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.04).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Julai 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 10 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 4,277 (5) 281,670
WP KUALA LUMPUR 1,398 (2) 87,711
JOHOR 399 74,436
SABAH 251 72,042
SARAWAK 352 68,599
NEGERI SEMBILAN 638 51,851
PULAU PINANG 180 (4) 36,376
KELANTAN 89 35,991
PERAK 145 28,903
KEDAH 364 28,202
MELAKA 835 21,597
PAHANG 247 15,848
TERENGGANU 50 11,721
WP LABUAN 85 9,087
WP PUTRAJAYA 39 2,550
PERLIS 4 607
JUMLAH KESELURUHAN 9,353 (11) 827,191
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 87 kes kematian pada 10 Julai 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian Negeri Jantina Umur (Tahun) Hospital Latar Belakang Penyakit
5981 Selangor Perempuan (WN) 40 Hospital Serdang –
5982 Selangor Perempuan (WN) 63 Hospital Serdang –
5983 Selangor Perempuan (WN) 65 Hospital Serdang Darah tinggi dan dislipidemia
5984 Selangor Perempuan (WN) 58 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan dislipidemia
5985 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Sungai Buloh –
5986 WP Labuan Lelaki (WN) 43 Hospital Labuan Darah tinggi dan jantung
5987 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 75 Hospital Sungai Buloh Strok dan mental
5988 Selangor Perempuan (WN) 26 Hospital Sungai Buloh Asma dan obesiti
5989 Johor Lelaki (WN) 79 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Dislipidemia dan jantung
5990 Kedah Lelaki (WN) 68 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis, darah tinggi, strok dan buah pinggang
5991 Kedah Lelaki (WN) 65 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
5992 Melaka Perempuan (WN) 62 Hospital Melaka Kencing manis dan darah tinggi
5993 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
5994 Selangor Perempuan (WN) 47 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan tiroid
5995 Pahang Lelaki (WN) 54 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Kencing manis dan jantung
5996 Selangor Lelaki (WN) 35 Hospital Sungai Buloh –
5997 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 87 Pusat Perubatan Universiti Malaya Kencing manis dan darah tinggi
5998 Johor Perempuan (WN) 69 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Mental
5999 Johor Lelaki (WN) 81 Hospital Gleneagles Medini, Johor Kencing manis dan jantung
6000 Selangor Lelaki (WN) 58 Hospital Serdang Kencing manis
6001 Selangor Lelaki (WN) 48 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
6002 Selangor Lelaki (WN) 50 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
6003 Melaka Lelaki (WN) 81 Hospital Melaka Darah tinggi, kronik darah
6004 Johor Lelaki (WN) 70 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang
6005 Pahang Perempuan (WN) 63 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan asma
6006 Pahang Lelaki (WN) 75 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Kencing manis, jantung, buah pinggang, dan strok
6007 Selangor Lelaki (WN) 71 Hospital Shah Alam Kanser dan mental
6008 Selangor Perempuan (WN) 64 Hospital Sungai Buloh Kencing manis dan asma
6009 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 82 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
6010 Pulau Pinang Perempuan (WN) 72 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Strok
6011 Pahang Lelaki (WN) 52 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan –
6012 Selangor Lelaki (WN) 67 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
6013 Selangor Lelaki (WN) 62 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
6014 Johor Perempuan (WN) 54 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Asma dan dislipidemia
6015 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 75 Hospital Tampin Kencing manis
6016 Selangor Lelaki (WN) 56 Jenazah Dibawa Ke Hospital Shah Alam Penyakit jantung
6017 Johor Perempuan (WN) 48 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, tiroid, dan buah pinggang
6018 Kelantan Lelaki (WN) 69 Hsip, Kuala Krai Kencing manis dan darah tinggi
6019 Kedah Perempuan (WN) 50 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis dan darah tinggi
6020 Selangor Perempuan (WN) 32 Hospital Sungai Buloh Penyakit down’s
6021 Selangor Perempuan (WN) 48 Jenazah Dibawa Ke Hospital Shah Alam Obesiti
6022 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 97 Hospital Kuala Lumpur –
6023 Johor Lelaki (WN) 60 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Kencing manis, darah tinggi, dan kanser
6024 Johor Lelaki (WN) 94 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Dislipidemia dan strok
6025 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 87 Hospital Jelebu Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
6026 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 60 Hospital Putrajaya Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
6027 Kedah Lelaki (WN) 59 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis
6028 Melaka Lelaki (WN) 59 Hospital Serdang Darah tinggi dan jantung
6029 Pahang Lelaki (WN) 76 Hospital Kuala Lipis Kencing manis
6030 Pahang Perempuan (WN) 67 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Kencing manis dan darah tinggi
6031 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 61 Hospital Kuala Lumpur Darah tinggi dan jantung
6032 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 79 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
6033 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 71 Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
6034 Selangor Perempuan (WN) 76 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang
6035 Selangor Perempuan (WN) 82 Hospital Banting –
6036 Selangor Perempuan (WN) 75 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
6037 Selangor Perempuan (WN) 72 Kpj Ampang Puteri Darah tinggi
6038 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
6039 Selangor Lelaki (WN) 68 Jenazah Dibawa Ke Hospital Selayang –
6040 Selangor Perempuan (WN) 67 Jenazah Dibawa Ke Hospital Selayang –
6041 Selangor Perempuan (WN) 66 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
6042 Selangor Lelaki (WN) 64 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
6043 Selangor Perempuan (WN) 64 Hospital Selayang –
6044 Selangor Lelaki (WN) 65 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, dan darah tinggi
6045 Selangor Lelaki (WN) 64 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
6046 Selangor Perempuan (WN) 62 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
6047 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Selayang Kencing manis dan darah tinggi
6048 Selangor Lelaki (WN) 62 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
6049 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
6050 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
6051 Selangor Perempuan (WN) 56 Hospital Banting Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
6052 Selangor Lelaki (WN) 55 Hospital Selayang Darah tinggi
6053 Selangor Perempuan (WN) 55 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis dan darah tinggi
6054 Selangor Lelaki (WN) 46 Institut Kanser Negara Kanser
6055 Selangor Perempuan (WN) 38 Hospital Ampang Penyakit jantung dan obesiti
6056 Selangor Perempuan (WN) 83 Hospital Sungai Buloh –
6057 Selangor Lelaki (WN) 52 Jenazah Dibawa Ke Hospital Shah Alam Kencing manis
6058 Selangor Lelaki (WN) 45 Jenazah Dibawa Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Kanser dan obesiti
6059 Selangor Lelaki (BWN) 61 Hospital Ampang Darah tinggi, jantung, dan obesiti
6060 Melaka Lelaki (BWN) 37 Hospital Melaka –
6061 Kedah Perempuan (BWN) 45 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani –
6062 Pulau Pinang Lelaki (BWN) 42 Jenazah Dibawa Ke Hospital Pulau Pinang –
6063 Selangor Lelaki (BWN) 64 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis dan darah tinggi
6064 Selangor Lelaki (BWN) 57 Hospital Selayang –
6065 Selangor Lelaki (BWN) 45 Hospital Ampang Kencing manis dan darah tinggi
6066 Selangor Lelaki (BWN) 44 Hospital Serdang –
6067 Selangor Lelaki (BWN) 47 Jenazah Dibawa Ke Hospital Shah Alam –
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 9,353 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 4,277 605 2,173 5 1,494
WP KUALA LUMPUR 1,398 407 639 2 350
MELAKA 835 650 113 – 72
NEGERI SEMBILAN 638 170 291 – 177
JOHOR 399 226 110 – 63
KEDAH 364 116 151 – 97
SARAWAK 352 133 160 – 59
SABAH 251 76 55 – 120
PAHANG 247 117 86 – 44
PULAU PINANG 180 42 69 4 65
PERAK 145 69 42 – 34
KELANTAN 89 43 26 – 20
WP LABUAN 85 13 46 – 26
TERENGGANU 50 5 39 – 6
WP PUTRAJAYA 39 – 28 – 11
PERLIS 4 – 4 – –
JUMLAH KESELURUHAN 9,353 2,672 4,032 11 2,638
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 10 JULAI 2021
No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring
1 Tapak Bina Jalan Tanjung Puteri Tempat Kerja Johor Johor Bahru 19 110
2 Tapak Bina Selabu Tempat Kerja Johor Muar 29 55
3 Susur Enam Larkin Tempat Kerja Johor Johor Bahru 11 19
4 Jalan Lombong Dua Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 17 88
5 Jalan Pendas Laut Tempat Kerja Johor Johor Bahru 9 95
6 PLO Jalan Emas Tempat Kerja Johor Johor Bahru 9 211
7 Jalan Membalua Tempat Kerja Sabah Tawau 13 55
8 KKIP Empat Timur Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu 10 185
9 Balak Penangah Tempat Kerja Sabah Tongod dan Nabawan 26 175
10 Jalan Dua Salak Tinggi Tempat Kerja Selangor Sepang, Klang, dan Kuala Selangor 23 160
11 Industri Perigi Lapan Tempat Kerja Selangor Klang 15 39
12 Industri Jalan Perajurit Satu Tempat Kerja Selangor Klang 17 52
13 Industri Jalan Perajurit Dua Tempat Kerja Selangor Klang 19 69
14 Industri Taman Ehsan Tempat Kerja Selangor Gombak 12 44
15 Jalan Solaris Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong 9 36
16 Tapak Bina Jalil Utama 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 78 377
17 Industri Lot Q Tempat Kerja Terengganu Dungun dan Kemaman 23 269
18 Tapak Bina Jalan Tengku Abdul Samad Tempat Kerja Pahang Raub 15 16
19 Jalan Gebeng 2/3 Tempat Kerja Pahang Kuantan 9 438
20 Sri Bunian Komuniti Johor Pontian 16 45
21 Rebana Jernih Komuniti Melaka Alor Gajah 24 26
22 Sungai Setajam Komuniti Sarawak Sarikei 76 187
23 Taman Grandview Komuniti Sabah Sandakan dan Putatan 14 55
24 Sri Rakyat Komuniti WP Kuala Lumpur Cheras 158 558
25 Jalan Sri Siantan Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 24 27
26 Taman Jaya Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Cheras dan Titiwangsa 34 66
27 Tembok Sri Aman 2 Pusat Tahanan Sarawak Sri Aman 69 70
28 Pagar Serian Pusat Tahanan Sarawak Serian 16 40
29 Semuja Pusat Tahanan Sarawak Serian 67 75
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 9 JULAI 2021
NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.19
PERAK 1.17
WP KUALA LUMPUR 1.16
SELANGOR 1.16
KEDAH 1.13
PAHANG 1.11
SABAH 1.10
TERENGGANU 1.08
MELAKA 1.05
NEGERI SEMBILAN 1.04
PULAU PINANG 0.99
JOHOR 0.99
KELANTAN 0.94
WP LABUAN 0.87
SARAWAK 0.85
PERLIS 0
MALAYSIA 1.11
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 10-7-2021 04:58 PM
Lagu derang sedap2...Tony yg convert tu baru passed away...AlFatihah utk beliau...kump Rabbani pun ...
Innalillah wainna ilaihi rajiun |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 10-7-2021 05:00 PM
Nengok le...org Perak anto gambo, kome
nak sikit......hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 10-7-2021 08:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 10-7-2021 03:14 PM
Wah...dap...ni dok sup meatball + nasi goreng kunyit & kacang panjang...nomnom...
Cuaca helok tak ...
Td tghari hujan.. dinner apa? |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 10-7-2021 08:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kuihbakar replied at 10-7-2021 04:56 PM
kabel tak masak arini... jiran bagi makanan... la siannya teringin... sini banyak... kalau dekat l ...
Dlu kalau kawan blk kelantan.. selalu kirim jala mas utk sy, nekbat utk mak.. la ni kwn pun dah 2 thn xbalik.. sian dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 10-7-2021 08:41 PM
Dlu kalau kawan blk kelantan.. selalu kirim jala mas utk sy, nekbat utk mak.. la ni kwn pun dah 2 ...
ya..... sayu nya bertahun tak dapat balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://i.ibb.co/WsVNfHP/IMG-20210710-230010.jpg)
Tadaaaa...pokok terbaru |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 10-7-2021 10:07 AM
semoga Dila juga sentiasa dalam rahmat Allah... KB masak sikit2 nak bagi kawan2 dalam pkpb. lepas ...
Best sgt....ada rezeki nnt mmg dila nak berjalan tempat tempat mcm ni..very nostalgic...naik motor tuuu hahahah kaben kena bawaklaaa sy ni kaki bangku...x reti bawak motor...hehehe...insyaallah..anyway...semoga urusan kaben semuanya smooth. Sama samalah kita doa covid ni cepat habis..paling tak kita boleh continue life kita...
Ni mee kari mak buat...dila makanla jgklaaa..so diet out...hehehe
![](https://i.ibb.co/FnjtKHx/IMG-20210710-170824.jpg)
imgur upload without account |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 10-7-2021 09:52 PM
ya..... sayu nya bertahun tak dapat balik kampung
Haihhhh..tumpang sedih jugaklaa...though takde kampung....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tu la. kan.. harap semua bertabah lah.. kat negeri yg x pkpd at least ok lah lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 11-7-2021 12:34 AM
tu la. kan.. harap semua bertabah lah.. kat negeri yg x pkpd at least ok lah lagi..
ya betul keypo... tadi masa KB nak masuk opis, kami lalu kat kawasan pkpd... entah kenapa sayu... |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 10-7-2021 11:08 PM
Haihhhh..tumpang sedih jugaklaa...though takde kampung....hehehe
takpe takde kampung pun .. yang penting kita masih ada perasaan menyayangi dan disayangi oleh orang lain ..... alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 10-7-2021 11:06 PM
Best sgt....ada rezeki nnt mmg dila nak berjalan tempat tempat mcm ni..very nostalgic...naik mot ...
hahaha ya nanti KB bawa Dila round2 naik motor.... ya moga cepat berlalu nya wabak ni...
sedapnya mee kari .. air tangan mak |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 11-7-2021 10:43 AM
hahaha ya nanti KB bawa Dila round2 naik motor.... ya moga cepat berlalu nya wabak ni...
Hahahah...kita jadi anak dara pinggitan naik motor ya ..best best...
Aha mak la masak tu. Mak dila ni terapi dia is masak...dila yg stress sbb nak makan ke tak...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 11-7-2021 10:29 AM
Walaweh nmpk sdp sgt
Hahaha. Mak buatla esok .hahaha....sekali sedap la makan... |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 11-7-2021 10:28 AM
Gemorning.
Baru kesempatan menjala
Fuh dasyat hentaman raja buah
Rajinya!! |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 10-7-2021 11:02 PM
Tadaaaa...pokok terbaru
pokok apa ni dila |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 10-7-2021 07:10 PM
Innalillah wainna ilaihi rajiun
Good afternoon bambam buat pe? |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 10-7-2021 07:11 PM
nak sikit......hahahaha
Kebun KB ada buah2 tak? ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|