update
Dungun: Perodua Myvi rosak teruk selepas melanggar beruang matahari yang melintas di Kilometer 362.5 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), di sini, 8.15 malam tadi. Bagaimanapun, pemandunya, Mohammad Izuan Ismail, 23, tidak cedera, namun beruang terbabit mati. Mohammad Izuan dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang untuk pulang ke kampungnya di Kota Bharu, Kelantan.
Dia kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Yusoff Syariff berkata, ia kemalangan kedua membabitkan haiwan itu dilaporkan berlaku selepas kejadian pertama pada Mei lalu di kawasan sama.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 2:51 PM
Kereta yang rosak dan beruang yang mati. FOTO ihsan pembaca
|