Post Last Edit by PurpleAxe at 9-2-2011 15:25
ASSIGNMENT 7
LIMAU TAMBUN / LIMAU BALI @ PAMELO
Limau bali atau juga dikenali sebagai limau tambun (Inggeris: Pomelo)
merupakan sejenis limau besar yang banyak ditanam di sekitar Tambun, Perak.
Limau bali merupakan limau yang dapat tumbuh dengan baik dan tidak menghadapi saingan
daripada negara-negara pengeksport limau. Limau boleh dibahagi kepada tiga kumpulan:-
Kumpulan dari Cina
Mempunyai buah berbentuk seperti pir, berisi kuning dan berkulit tebal.
Varieti utama ialah Shatian-yu yang ditanam di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Kumpulan dari Thailand
Mempunyai buah yang lebih kecil. Variatinya ialah Limau Siam dan
Limau Bali Siam yang terdapat di Kubang Pasu, Kedah.
Kumpulan dari Indonesia
Mempunyai buah berisi putih, tidak berasid dan berkulit tebal.
Antara varieti yang popular ialah Tambun Manis dan Tambun Masam,
bersempena dengan nama kawasan tanaman limau bali yang terkenal di Kinta, Perak.
Kultivar ini amat popular kerana berjus serta kandungan asidnya rendah.
Khasiat Limau Bali
INOVASI ini dihasilkan daripada tisu buah limau bali muda (Citrus grandis)menggunakan teknik pengkulturan tisu. Ia berupaya digunakan sebagai sumber antioksida semula jadi dalam produk kesihatan dan makanan berfungsi.Sumber antioksida daripada bahan semula jadi iaitu limau bali muda yang berpotensi tinggi menggantikan bahan sintetik yang kini menguasai pasaran.
Kelebihan CiTRUsX adalah kandungan asid askorbik yang tiga kali ganda lebih tinggi berbanding buah limau bali itu sendiri. Produk ini juga mengandungi sebatian gandingan yang sama dengan buah limau seperti flavones, flavanones dan beberapa komponen lain yang melengkapkan fungsi sebagai antioksida dan ia hanya diperoleh dalam antioksida semula jadi.
Tisu hasil dari proses kultur ini amat berpotensi dalam menghasilkan bahan sebatian semula jadi kerana ia terdiri daripada struktur sel yang homogen dan sememangnya tersedia untuk diaplikasikan ke dalam produk kesihatan dan makanan berfungsi tanpa perlu melalui proses pengekstrakan.
Sumber antioksida semula jadi dari tisu kultur buah limau bali muda ini boleh dicampurkan terus pada produk kesihatan termasuk vitamin, makanan berfungsi, minuman kesihatan dan produk penjagaan kulit. Selain itu, ia juga mampu bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi bagi memanjangkan jangka hayat produk. Penggunaan buah limau bali muda dalam penyelidikan ini dapat mengurangkan pembaziran pembuangan buah limau bali muda yang dilakukan kebanyakan pengusaha tanaman itu bagi memberi peluang sebahagian buah saja membesar pada saiz yang dikehendaki.
Secara tidak langsung, penyelidikan ini turut memberi tambah nilai kepada industri penanaman pokok limau bali yang kebanyakannya tertumpu kepada pemasaran buah limau bali matang semata-mata.
Permintaan dan pasaran asid askorbik yang sememangnya tinggi di dunia masa kini memberi kelebihan kepada produk ini. Tambahan pula ia dihasilkan secara semulajadi memberi kelebihan untuk dipilih apabila memasuki pasaran kelak.
|