MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah 1444H jatuh pada hari ini, sekali gus menyaksikan hampir tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia akan berwukuf di Arafah pada 27 Jun ini (9 Zulhijjah) dan Hari Raya Aidiladha disambut pada keesokannya. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata dengan kemuncak ibadah haji atau masyair menjelang tiba dalam tempoh kurang 10 hari lagi, tahap ketersediaan khemah bersama kemudahan di Arafah dan Mina untuk keperluan 31,600 jemaah Malaysia sudah mencapai tahap 80 peratus.
[size=0.8]
|