Update:
TEHERAN: Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) sekiranya tindakan Israel terhadap pejuang Hamas tidak dihentikan di Semenanjung Gaza, Washington akan turut terkena tempias.
Amaran itu disuarakan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis.
Katanya, AS yang menguruskan pembunuhan beramai-ramai di Palestin dan Iran tidak mengalu-alukan perluasan perang di rantau itu.
“Israel menyerang Gaza dari udara, mengenakan kepungan dan sedang bersedia untuk pencerobohan darat,” katanya.
Amirabdollahian berkata, Hamas sudah memberitahu Iran bahawa mereka bersedia untuk membebaskan tebusan awam.
Jelas beliau, Hamas meminta dunia harus mendesak pembebasan 6,000 rakyat Palestin di penjara Israel.
“Jika Israel desak bebaskan penduduknya, bagaimana pula dengan 6,000 rakyat Palestin yang ditahan penjara Zionis?,” soalnya.
Selain itu katanya, Iran bersedia memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan yang sangat penting bersama Qatar dan Turkiye.
-Utusan
|