Lelaki Indonesia maut ditimpa pokok
[size=14.399999618530273px]Anggota bomba mengangkat mayat warga Indonesia yang maut selepas ditimpa pokok ketika melakukan kerja penebangan pokok di kawasan pembalakan di Hulu Paka, semalam. - Foto Bomba
[size=14.399999618530273px]
DUNGUN: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditimpa pokok di kawasan pembalakan di Hulu Paka, dekat Bandar Al Muktaffi Bilah Shah (AMBS), semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari, Daeng Latif Daeng Nurung, 54, yang cedera di kepala dan kaki meninggal di tempat kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Noor Fadzly @rudy Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.31 petang. Sebaik tiba di tempat kejadian, bomba menebang dan mengalih pokok yang menimpa mangsa.
Menurutnya, bomba mengambil masa lebih sejam untuk tiba di tempat kejadian kerana lokasinya yang sukar diakses. "Memandangkan laluan masuk yang berliku dan licin, pihak kami terpaksa menggunakan traktor dan jentolak untuk masuk ke tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1322715/lelaki-indonesia-maut-ditimpa-pokok
|