|
FLAT 5 BILIK DAN EKSEKUTIF BOLEH DIJUAL LEBIHI TAKSIRAN
FLAT-FLAT jualan semula lebih besar seperti flat lima bilik di lokasi yang baik dan berdekatan stesen MRT kini dapat dijual pada harga melebihi taksiran, menurut para pengamat.
Permintaan flat yang rancak itu antara sebab indeks harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat sebanyak 1.2 peratus bagi suku pertama tahun ini, berbanding suku keempat tahun lalu, menurut perangkaan awal HDB.
Ia merupakan peningkatan terbesar sejak suku pertama 2005.
Jika dibandingkan dengan suku pertama tahun lalu, indeks harga flat penjualan semula naik sebanyak 2.9 peratus.
Malah, para pengamat berkata peningkatan itu dikecapi bagi semua jenis flat dari yang kecil hingga yang besar.
'Setahun lalu, flat lima bilik dan eksekutif tidak akan dapat dijual pada harga taksiran.
'Kini, harga flat-flat ini yang berdekatan stesen MRT boleh dijual pada harga $5,000 hingga $10,000 tunai melebihi harga taksiran. Malah, ada juga flat empat bilik atau lima bilik ini, yang terletak di tingkat tinggi dan lima minit sahaja jika berjalan dari stesen MRT, boleh dijual lebih $10,000 di atas harga taksiran,' jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Mohamed Ismail Gafoore.
Beliau menambah, terdapat insentif bagi pemilik membeli flat lebih besar, terutama mereka yang membeli flat buat kali kedua, kerana mereka ingin mendapatkan pinjaman daripada HDB.
Pengarah Dennis Wee Properties, Encik Chris Koh, berkata flat yang dijual melebihi harga taksiran lebih tertumpu pada estet perumahan popular seperti Tampines, Bishan, Toa Payoh dan Queenstown, yang dapat dijual pada harga $10,000 melebihi taksiran.
Namun, estet perumahan di kawasan seperti Sembawang dan Sengkang masih dijual pada harga taksiran, tambahnya.
'Permintaan dalam pasaran jualan semula HDB amat rancak kerana pembeli bimbang harga flat akan meningkat lagi, sejajar dengan peningkatan harga rumah privet,' jelas Encik Koh.
Encik Ismail pula meramalkan harga itu akan meningkat sebanyak 5 peratus tahun ini, daripada kenaikan 1.9 peratus tahun lalu.
Beliau menambah, pelonggaran terhadap garis panduan menyewakan flat akan mempunyai kesan positif terhadap pasaran HDB.
'Orang ramai akan mempunyai insentif tambahan untuk memiliki flat HDB. Harga sewa juga dijangka meningkat, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara,' kata Encik Ismail. |
|
|
|
|
|
|
|
HDB launches Bi-monthly sale of 4-room, bigger flats
SINGAPORE : Almost 1,300 four-room and bigger flats in the North and West zones were launched on Tuesday under HDB's Bi-monthly sale programme.
This is the first exercise for such flats following the revamp of the Walk-In-Selection system.
The flats are distributed across seven towns like Bukit Batok, Bukit Panjang and Yishun.
Interested flat buyers can submit their applications from Tuesday till Monday 16 April 2007.
HDB will conduct a ballot to determine the queue positions.
Applicants will be given a booking appointment and bookings are on a first-come-first-served basis. - CNA/ms |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SQ154 at 10-4-2007 09:38 PM
HDB launches Bi-monthly sale of 4-room, bigger flats
SINGAPORE : Almost 1,300 four-room and bigger flats in the North and West zones were launched on Tuesday under HDB's Bi-monthly sale prog ...
bigger flat comes with bigger kitchen x??
makin lama makin kecik dapur2..... hdb / condo / apt... sama je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alexandria_iz at 10-4-2007 09:45 PM
bigger flat comes with bigger kitchen x??
makin lama makin kecik dapur2..... hdb / condo / apt... sama je....
mungkin besar sebab this exercise is in matured estate macam Bt Batok...,kalau estate baru tu memang kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Treetops@Punggol oversubscribed by four times
SINGAPORE: Environment-friendly flats at Treetops@Punggol were over-subscribed by more than four times when applications closed on Monday.
In all, the project will have 712 units consisting of mainly 4-room flats and some 2-room and 5-room units.
The blocks will have an eco-deck above the carpark, skyrise greening on its roofs and a community garden.
The units will also feature energy-efficient designs, like solar panels on the roof to power the common corridors and other facilities.
For these extra features, the flats will cost slightly more - $139,000 to $254,000 for 3- and 4-room units, and $370,000 to $383,000 for 5-roomers.
Treetops@Punggol was awarded the Green Mark under a scheme to promote eco-friendly building technologies and designs. - CNA/ir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #905 SQ154's post
masa apply merebut2 pasal tengok model skil kecik cantik...bila dah amik kunci, pulang balik pada HDB....bilik kecik la, dapo kecik la...blok dgn blok rapat la....sama jugak masa mcm projek ponggol 21 dulu...... |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 nie, alex kenal 1 chinese guy nie... umur dh 54.....
dulu dia duduk umah 5 rooms flat.... dia boss of a cleaning company..... after some time, dia x dapat nk bayar loan umah tu (mybe sbb bisness x baper bagus - i dun know)..... berlarut sampai 3 yrs.... at the end, he sold the house.... now shft to 1 room hse (yg mcm L-shape tu).... 5 rooms flat yg dia jual tu - kira lebur, sbb interest lebih tinggi.....
the 1 room flat yg dia duduk sekarang - supposed kena bayar sewa $30 je..... tapi dia kena bayar nearly $140 - sbb govt consider dia dah upgrade.... (dulu2 - time bisnes dia bagus, dia beli umah from 2 rooms flat & changed to 5 rooms flat)....
now, walaupun dia dah kena 'downgrade' - dia still not eligible for the $30 rent.... kesian sangat.... anak2 pun buat hal sendiri..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #907 alexandria_iz's post
its not that dia pernah upgrade dulu tu...but its more that he had had two ownerships on 2 HDB houses before...
since u mentioned yg rumah sekarang ni dia sewa...
policy HDB memperuntukkan rumah2 sewa mereka hanya pada para pemohon yg tidak pernah memiliki rumah HDB sebelum ini utk mendapat subsidi yg tinggi...
so...that guy secara otomatik tak layak nak dapat subsidi...jadi kenalah dia bayar that amount... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 19-4-2007 11:54 AM
its not that dia pernah upgrade dulu tu...but its more that he had had two ownerships on 2 HDB houses before...
since u mentioned yg rumah sekarang ni dia sewa...
policy HDB memperuntukkan rum ...
oooo.... camtu yek?? tapi sekarang, dia dah xde pape.... sib baik ada pekerja dari social welfare yg bagi peruntukan S$ 200 montly.... kalo kes2 camnie - mmg diorang still kena bayar normal rate ye? (w/pun diorang asalnyer mampu... last2 dah jadi miskin?)
now, dia ada kat sepital.... dah 2 hari.... anak2 xde sapa pun dtg jengah.... entah2 mmg x tau bapa tu da masuk sepital... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #909 alexandria_iz's post
dah termaktub begitu policy nya, tak boleh dituka2.....ini utk mengelakkan dari diambil kesempatan sekiranya tiada policy sebegitu....
nanti ada pulak org yg nak buat duit...misalnya jual rumah 4 ke 5 bilik, pastu duk rumah sewa, bayar $30 jer....dlm tangan pulak ada more than $200 ribu....
kalau betul dia dah tak mampu bekerja lagi utk sara hidup dan anak2 dia pulak sengaja abaikan....dia boleh bawak anak2 dia ke mahkamah keluarga utk dapatkan belanja bulanan...jumlah akan ditentukan mahkamah menurut kemampuan setiap anak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa airpot memang banyak pakai .. sentiasa kena on aje |
|
|
|
|
|
|
|
HDB launches Fernvale Vista Phase 2
HDB will launch Fernvale Vista Phase 2 under the build-to-order (BTO) system on Thursday.
This follows the successful sale of Fernvale Vista Phase 1 in July last year.
678 standard flats will be offered, comprising 164 units of 2-room flats, 174 units of 3-room flats and 340 units of 4-room flats.
Fernvale Vista Phase 2 is located along Sengkang West Avenue, a short walk from Fernvale LRT station.
The BTO exercise will be on till 13 June 2007.
A three-week exhibition will be held at the HDB Hub, where interested applicants can obtain sales brochures and view 3D models.
They can also visit HDB's e-Sales website at or look out for newspaper advertisements.
Housing
Development
(Contract) | Flat Type | No of
Units | Approximate
Floor Area Range (sqm) | Approximate Internal Floor Area Range (sqm) | Indicative
Price Range ($)
| Fernvale Vista
Phase 2
Sengkang N4C8
Standard flats | 2-room | 164 | 47 | 45 | 60,000 - 83,000 | 3-room | 174 | 67 - 68 | 65 | 100,000 - 139,000 | 4-room | 340 | 94 - 96 | 90 - 91 | 145,000 - 200,000 |
TYPICAL 2-ROOM FLOOR PLAN
APPROX. FLOOR AREA 47 sqm
(Inclusive of internal Floor Area 45 sqm
and Air-Con Ledge)
TYPICAL 2-ROOM FLOOR PLAN
APPROX. FLOOR AREA 47 sqm
(Inclusive of internal Floor Area 45 sqm
and Air-Con Ledge
TYPICAL 3-ROOM FLOOR PLAN
APPROX. FLOOR AREA 67 sqm
(Inclusive of internal Floor Area 65 sqm
and Air-Con Ledge)
TYPICAL 4-ROOM FLOOR PLAN
APPROX. FLOOR AREA 95 sqm
(Inclusive of internal Floor Area 91 sqm, Bay-Window and Air-Con Ledge)
[ Last edited by SQ154 at 25-5-2007 10:28 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ekoniaga : 9 Jun 2007
GARIS PANDU AGAR PINJAMAN BAYAR RUMAH LEBIH TELUS
Bank diperlukan perjelas kayu ukur bagi kadar lembaga
Oleh
Norhaiza Hashim
PEMILIK rumah kini akan dapat melihat bagaimana kadar lembaga bagi pinjaman perumahan mereka berubah mengikut masa.
Mulai 15 Jun ini, bank-bank di Singapura perlu menjelaskan bagaimana kadar lembaga itu dikaitkan sama ada menggunakan kadar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) atau Kadar Tawaran Antara Bank Singapura (Sibor).
Bank-bank juga perlu memberitahu pelanggan jika kadar itu berubah dan apakah kesannya jika ia diubah.
Ini setelah Persatuan Bank Singapura (ABS) memperkenalkan satu garis panduan bagi bank demi meningkatkan ketelusan.
Beberapa bulan lalu, ramai pelanggan mengadu penggunaan kadar lembaga yang digunakan bank-bank amat mengelirukan dan tidak jelas.
Walaupun kadar faedah antara bank selama tiga bulan merosot, bank-bank tidak menurunkan kadar pinjaman tetapi menawarkan pakej pinjaman lebih fleksibel.
Pengarah ABS, Cik Ong-Ang Ai Boon, berkata garis panduan itu diperkenalkan agar 'bank-bank perlu mendedahkan lebih banyak maklumat penting bagi membantu pelanggan memilih pakej pinjaman perumahan'.
Bank juga perlu memberikan notis selama 30 hari jika kadar lembaga diubah kecuali apabila pinjaman perumahan dibandingkan dengan indeks pasaran.
Pelanggan juga boleh mendapatkan jadual pembayaran pinjaman secara hitam putih dan menerusi Internet dalam bentuk kalkulator pinjaman dalam laman web bank.
Untuk membantu pemilik rumah mengajukan soalan-soalan yang wajar kepada bank, satu buku panduan telah diterbitkan bertajuk Apa yang perlu anda tahu mengenai pinjaman perumahan - soalan utama yang perlu ditanya bank sebelum mengambil pinjaman perumahan.
Ketua Pinjaman Pengguna Dijamin OCBC, Encik Gregory Chan, menasihati pemilik rumah untuk memilih pakej pinjaman yang relevan terhadap keperluan dan kedudukan kewangan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ekoniaga : 25 Jun 2007
FIKIR DUA KALI SEBELUM MINTA HARGA LEBIH TINGGI
JIKA anda sedang memikirkan menjual flat HDB anda dan ingin meminta harga taksiran yang jauh lebih tinggi kerana didorong laporan mengenai penjualan rekod flat HDB baru-baru ini, fikir dua kali.
Harga penjualan yang boleh dicapai flat HDB bergantung pada beberapa faktor dan bagi mendapatkan harga taksiran antara $50,000 dengan $100,000, flat itu perlu mempunyai faktor istimewa.
'Kita harus meninjau faktor di sebaliknya - unit itu di tingkat yang tinggi, ia telah menjalani ubah elok yang baik dan hiasan dalamnya memikat hati pembeli, dekat dengan bandar iaitu lokasi yang baik dan mempunyai pemandangan yang menarik,' kata Penolong Naib Presiden ERA, Encik Eugene Lim.
Baru-baru ini, akhbar setempat melaporkan mengenai sebuah flat lima bilik di Kim Tian Place yang mencapai rekod penjualan $720,000, sementara flat jenis sama di Jalan Membina mencecah $675,000.
Ini pula mendorong pemilik flat menanyakan ejen hartanah jika mereka boleh mengaup keuntungan besar daripada penjualan flat mereka.
Di kawasan Central seperti Tiong Bahru dan Lavender, terdapat pemilik flat baru yang meminta harga antara $100,000 hingga $150,000 melebihi taksiran.
Malah, di Bishan dan Toa Payoh, terdapat pemilik flat yang meminta antara $70,000 dengan $120,000
'Walaupun di blok yang sama, ia tidak bermakna penjual flat boleh menjual rumahnya pada harga melebihi taksiran yang sama. Kalau di tingkat dua, ia tidak boleh mencapai harga yang sama,' kata ejen hartanah PropNex, Encik Sazali Sarwan.
Menurutnya, secara purata, penjual flat kini meminta harga antara $20,000 dengan $30,000 melebihi taksiran flat.
Tetapi, bagi kawasan 'hangat' seperti Redhill, Tiong Bahru dan Queenstown, harga permintaan boleh mencapai antara $40,000 dengan $100,000 melebihi taksiran.
'Redhill, Tiong Bahru dan Queenstown adalah kawasan hangat kerana dekat dengan Orchard Road, mungkin lima hingga tujuh minit dari Orchard Road. Ini terutama bagi kawasan yang dekat dengan stesen MRT,' kata Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoore.
Beliau juga meramalkan kawasan Braddell dan Toa Payoh kian diminati ramai kerana ia juga agak dekat dengan kawasan bandar.
Encik Sazali pula berpendapat ia bergantung pada lokasi flat, selain usia flat itu.
'Flat yang dekat dengan MRT dan kurang 10 tahun boleh mencapai harga antara $20,000 dengan $25,000 melebihi taksiran, walaupun ia tidak dekat dengan kawasan bandar,' jelas Encik Sazali.
Pada masa yang sama, meminta harga yang terlalu tinggi boleh menjejas pemilik.
'Jika anda meletakkan harga yang terlalu tinggi, jiran anda boleh meletakkan harga tinggi juga walaupun tidak setinggi anda dan kemudian orang lain berjaya menjual flat dan berpindah, anda pula masih tersekat di sana,' kata Encik Lim. |
|
|
|
|
|
|
|
Homes breeding mosquitoes will be fined: Dr Yaacob
SINGAPORE: Singapore is ready to fight dengue should the situation worsen in the hotter months of July and August, according to Minister for the Environment and Water Resources Yaacob Ibrahim.
In an interview with MediaCorp Radio, he also said agencies like the Land Transport Authority and National Environment Agency are ready to deploy more resources during this period.
But it seems the weakest link currently, are Singaporeans.
The NEA found mosquitoes breeding in flower pots and other areas in the home, despite continual pubic campaigns.
Dr Yaacob warned that households found to have mosquito breeding sites will be fined.
There were 295 cases of dengue infections this week, bringing the cumulative number of cases this year to 3,216.
Dr Yaacob said the dengue situation has become a national concern. - CNA/yy |
|
|
|
|
|
|
|
HDB resale transactions likely to surpass 30,000 this year
By Daryl Loo, Channel NewsAsia | Posted: 03 July 2007 2041 hrs
SINGAPORE: Property agents said they are likely to sell more than 30,000 HDB resale flats this year as homebuyers turn increasingly towards public housing.
This will be a notch above the 29,700 resale transactions recorded last year.
The forecast comes as HDB resale prices rose by 2.9 percent during the second quarter of this year |
|
|
|
|
|
|
|
Blocks 2 to 11 at Teban Gardens earmarked for SERS
By S Ramesh, Channel NewsAsia | Posted: 12 July 2007 1340 hrs
SINGAPORE: The government has identified Blocks 2 to 11 at Teban Gardens Road for the Selective En bloc Redevelopment Scheme (SERS), bringing the total number of sites identified for SERS to 71.
The blocks at Teban Gardens Road comprise 917 flats that are between 30 and 31 years old.
HDB will now build 1,100 units of new 2-, 3-, 4- and 5-room replacement flats to re-house flat owners.
The replacement flats are located near HDB commercial facilities at Block 61 Teban Place.
There is also a market and food centre at Block 37A.
HDB says residents will continue to enjoy the current wide range of shopping, eating and market facilities available in the estate.
Eligible SERS flat owners will be invited to register for their replacement flats in mid-2008.
- CNA/so |
|
|
|
|
|
|
|
URA, HDB release more data on housing sales figures
By Daryl Loo, Channel NewsAsia | Posted: 16 July 2007 2118 hrs
SINGAPORE: The government has released more comprehensive data on both the public and private housing market on websites in a bid to calm fears of escalating property prices.
The Housing and Development Board (HDB) has assured that just 70 percent of resale flats sold in the second quarter of this year were above valuation, despite recent record prices being set for some resale flats.
In the private residential space, the Urban Redevelopment Authority (URA) also released more detailed private home sales figures and a new Home Buyers Guide.
This is the first time the HDB and the URA have released such data.
According to the HDB, the average amount of cash that buyers forked out above valuation was S$10,100 in the second quarter of this year.
This is a far cry from the more than S$100,000 that some flat-buyers reportedly paid above valuation in recent months.
In May, a buyer, flushed with cash from an en bloc sale, was reported to have paid a record S$720,000 for a five-room flat in Tiong Bahru, nearly S$200,000 above value.
National Development Minister Mah Bow Tan told Channel NewsAsia last month that providing more information would help property buyers make rational and prudent decisions.
Analysts that Channel NewsAsia spoke to have hailed the latest release of data as a very significant development.
Lui Seng Fatt, Regional Director, Jones Lang LaSalle, said: "The basic thing is that it provides the transparency for people who are making decisions. With more reflective and accurate information, it is certainly going to help people make the right decision."
The HDB also cautioned buyers to take account of overall market trends instead of just high-selling prices for isolated transactions when buying a resale flat.
It added there is a wide variety of resale flats to choose from, with some 760,000 units in the market.
As for private property, the URA announced three additional sets of data, which include details such as the number of units sold in a project in June, to help home buyers make better decisions.
It said the figures would be updated on the 15th of every month.
The URA also unveiled a new Home Buyers Guide, detailing basic considerations and procedures that are involved at each stage of the buying process.
For more information, please visit www.hdb.gov.sg and www.ura.gov.sg. |
|
|
|
|
|
|
|
HDB: TIDAK SEMUA FLAT DIJUAL LEBIHI NILAI
30% dijual pada atau di bawah nilai taksiran pada suku kedua tahun ini
Oleh
Norhaiza Hashim
TIDAK semua flat jualan semula dijual pada harga melebihi nilai taksiran, atau cash over valuation (COV). Bagi flat jualan semula yang diuruskan dalam suku kedua tahun ini, 70 peratus dijual dengan COV dan baki 30 peratus dijual pada nilai taksiran atau di bawah taksiran.
Pada keseluruhannya, COV purata ialah $10,000. Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan semalam.
Ia juga berkata sekarang terdapat 760,000 flat yang layak dijual dalam pasaran jualan semula. Oleh itu, ada banyak pilihan dari segi jenis flat dan lokasi untuk pembeli, berdasarkan aspirasi dan bajet masing-masing.
Berdasarkan perangkaan HDB, COV purata bagi flat lima bilik di kawasan tengah Singapura, seperti Queenstown dan Bukit Merah, adalah $33,600. Harga taksiran purata flat di kawasan itu adalah $328,300. Ini berbanding COV purata $12,500 bagi flat lima bilik di timur, seperti di Tampines, dan $2,400 di utara, seperti di Yishun.
HDB mengeluarkan perangkaan terperinci memgenai flat awam sejajar dengan janji pemerintah akan memberi pendedahan lebih jelas tentang keadaan pasaran.
Kebelakangan ini, ada banyak berita mengenai harga flat jualan semula di kawasan tengah Singapura dan flat di tingkat atas yang dijual pada harga tinggi, seperti sebuah flat lima bilik di Kim Tian Place yang dijual pada harga $720,000, iaitu dengan COV sebanyak $100,000.
Flat itu dijual pada kadar tinggi kerana pembelinya menikmati bayaran lumayan bagi rumah privetnya di kawasan bandar yang dijual secara kolektif, atau en-bloc. Disebabkan tidak dapat membeli rumah privet kerana harganya telah melambung, golongan pembeli seperti itu mengalihkan tumpuan kepada flat HDB.
Mengulas langkah HDB mendedahkan nilai COV purata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoore, berkata: 'Mengumumkan COV berdasarkan daerah mungkin membuat penjual rumah di estet tertentu menghadapi kesukaran menjual rumah mereka apabila harga unitnya lebih tinggi daripada harga purata.'
Purata COV sebanyak $10,000 juga tidak menggambarkan COV sekitar $100,000 bagi beberapa unit, seperti di Redhill, Queenstown dan Tiong Bahru, tambahnya.
Dalam kenyataannya, HDB juga menasihatkan bakal pembeli supaya mengambil kira trend pasaran secara keseluruhan dan tidak bergantung pada laporan-laporan mengenai harga penjualan tinggi bagi flat tertentu apabila menimbangkan untuk membeli flat.
'Memandangkan komitmen kewangan jangka panjang dalam membeli hartanah, pembeli dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat keputusan membeli hartanah,' kata HDB. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|