CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 2-2-2021 06:12 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 2-2-2021 12:37 PM
Kalau org x tahu, org ingatkan sb owner restaurant tau. Hari2 menu sedap2.

Status Terkini #COVID19, 2 Februari 2021
Kes sembuh=3,661
Jumlah kes sembuh=173,990 kes
Kes baharu positif=3,455 kes (3,450 tempatan, 5 import)
Jumlah positif=222,628
Kes kematian=21
Jumlah kes kematian=791 kes
Kes dirawat di ICU=327 kes
Bantuan Alat Pernafasan=145

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .     .     .      .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
.         .       .       .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
.          .          .         .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .    .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:37 PM | Show all posts
Ringkasan 21 kes kematian pada 2 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo.KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
771128504SabahPerempuan (WN)67Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
772136362SabahLelaki (WN)78Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
773147218KedahLelaki (WN)64Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
774169902SelangorLelaki (WN)55Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, jantung, dan obesiti
775170203SabahPerempuan (WN)83Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
776170772WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
777173835WP Kuala LumpurLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
778181502SabahLelaki (WN)61Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
779187116SelangorLelaki (WN)48Hospital KajangPenyakit Strok
780201326SelangorLelaki (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
781207105SelangorPerempuan (WN)36Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung
782211993SelangorLelaki (WN)81Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
783212107SelangorPerempuan (WN)49Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
784215229SelangorLelaki (WN)57Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
785216308SelangorPerempuan (WN)82Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
786218241JohorLelaki (WN)81Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
787218249JohorPerempuan (WN)64Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser hati
788220316SelangorPerempuan (WN)61Hospital SerdangPenyakit kencing manis
789220317SelangorLelaki (WN)50Hospital KajangPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
790220318SelangorLelaki (WN)53Hospital Serdang
791216310SelangorPerempuan (BWN)68Hospital AmpangPenyakit darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 06:40 PM | Show all posts


MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Februari 2021;
  • Jumlah kluster : 838 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 434 kluster (termasuk empat (4)kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara, dan Kluster Brumas);
  • Jumlah kluster aktif : 404 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 70 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Cheras (332 kes), Kluster Jalan Ragum (210 kes), dan Kluster Jalan Seroja (204 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan RagumSelangorTempat Kerja
2Bukit RahmanSelangorTempat Kerja
3Parit Jamil DaratJohorTempat Kerja
4Tapak Bina Jalan CherasWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Taman MuhibbahPahangTempat Kerja
6Industri SerkamMelakaTempat Kerja
7Semarak BersiaPerakKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembangdengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,145 (1)70,441
SABAH27649,420
WP KUALA LUMPUR619 (3)26,922
JOHOR708 (1)23,334
NEGERI SEMBILAN7911,820
PULAU PINANG858,052
PERAK846,384
KEDAH595,892
SARAWAK1214,676
MELAKA623,722
KELANTAN  313,339
PAHANG633,101
TERENGGANU1152,295
WP LABUAN12,155
WPPUTRAJAYA6898
PERLIS1177
JUMLAH KESELURUHAN3,455 (5)222,628
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,455 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 1,145 kes
    • 298 kes daripada kluster-kluster; termasuk 252 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ragum dan Kluster Bukit Rahman;
    • 565 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 281 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 708 kes
    • 304 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Parit Jamil Darat;
    • 264 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 139 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 619 kes
    • 406 kes daripada kluster-kluster, termasuk 332 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Cheras;
    • 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 276 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 172 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 121 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 115 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 85 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 84 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak Bersia;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 79 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 63 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Muhibbah;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 62 kes
    • 44 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Serkam;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 59 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 06:42 PM | Show all posts
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN RAGUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Ragum, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana 219 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER BUKIT RAHMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Gombak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 2,800 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER PARIT JAMIL DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Parit Jamil Darat, Parit Jawa, Muar. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Cheras. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 823 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SEMARAK BERSIA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak dan Bersia, Gerik, Hulu Perak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAMAN MUHIBBAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-194020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kuantan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Muhibbah, Temerloh. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER INDUSTRI SERKAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Serkam, Merlimau. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 1,700 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 20 Januari hingga 2 Februari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).

Pertambahan 1,145 kes baharu didaftarkan pada hari ini [1,144 tempatan, 1 luar negara dan 0 kes dalam penjara]. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK - 119 KES

Batu 28
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI 3

Hulu Kelang 11
Saringan Kontak Rapat 11

Kuang 9
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan SARI 1

Rawang 62
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 15
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Bukit Rahman) 42
Saringan SARI 1

Setapak 9
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 7

DAERAH HULU LANGAT - 214 KES

Ampang 78
Saringan Kontak Rapat 74
Saringan Pekerja 4

Cheras 46
Saringan Kontak Rapat 41
Saringan Pekerja 5

Hulu Langat 5
Saringan Kontak Rapat 5

Kajang 56
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Penjara Jln Harapan) 1
Saringan Kontak Rapat 53
Saringan Pekerja 1

Semenyih 29
Saringan Kontak Rapat 28
Saringan SARI 1

DAERAH HULU SELANGOR - 15 KES

Batang Kali 2
Saringan Kontak Rapat 2

Rasa 5
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 4

Serendah 8
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan SARI 2

DAERAH KLANG - 253 KES

Kapar 87
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 29
Saringan Pekerja 48
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) 1

Klang 166
Saringan Bergejala 17
Saringan Kontak (Kluster Industri Indah) 4
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Perkilangan) 5
Saringan Kontak Rapat 80
Saringan Pekerja 51
Saringan Pekerja (Kluster Jln Ragum) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sg Chandong) 1
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 3
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) 1
Saringan Pra-Pembedahan 1
Saringan Pra-Penerbangan 2

DAERAH KUALA LANGAT - 82 KES

Batu 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Pekerja 1

Jugra 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1

Kelanang 1
Saringan Bergejala 1

Morib 1
Saringan Bergejala 1

Tanjung Dua Belas (1) 24
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 16

Tanjung Dua Belas (2) 2
Saringan Bergejala 2

Telok Panglima Garang 49
Saringan Bergejala 9
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 31
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Kebun Baru) 6
Saringan Pra-Pembedahan 1

Import A (Jepun) 1

DAERAH KUALA SELANGOR - 83 KES

Api - Api 1
Saringan Bergejala 1

Bestari Jaya 8
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 5

Hujung Permatang 3
Saringan Kontak Rapat 3

Ijok 52
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 40
Saringan Pekerja 1
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 3
Saringan Pra-Pekerjaan 1

Jeram 12
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Pra-Pembedahan 1

Kuala Selangor 5
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 3

Pasangan 1
Saringan Kontak Rapat 1

Tanjung Karang 1
Saringan Bergejala 1

DAERAH PETALING - 300 KES

Bukit Raja 14
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan Pekerja 2

Damansara 240
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 19
Saringan Pekerja 3
Saringan Pekerja (Kluster Jln Ragum) 209
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
Saringan Pra-Prosedur 1

Petaling 25
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 5
Saringan SARI 1

Sungai Buloh 21
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 6

DAERAH SABAK BERNAM - 24 KES

Sabak 1
Saringan Kontak Rapat 1

Sg Panjang 23
Saringan Kontak (Kluster Kampung Hala) 19
Saringan Kontak Rapat 4

DAERAH SEPANG - 55 KES

Dengkil 49
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 15
Saringan Pekerja 31
Saringan Pekerja (Kluster TB Lebuh) 1

Labu 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 1

Sepang 5
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan SARI 1

#PutuskanRantaianJangkitan
#SihatMilikSelangor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 2 Februari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 2 Februari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 2 Februari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 2 Februari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

84 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (2 Februari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  78 kes adalah jangkitan tempatan dan 6 kes adalah jangkitan dari luar Perak.

a) Daerah Kampar (5 kes)

4 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  4 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 73 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Perak Tengah (3 kes)

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Tronoh.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Tronoh adalah 32 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Manjung (10 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Persiaran Raya.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Perrsiaran Raya di Perak adalah 19 kes.

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

4 kes dari saringan bergejala.  3 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

2 kes dari saringan pra pekerjaan.  2 kes adalah  jangkitan dari luar Perak.

d) Daerah Hulu Perak (11 kes)

4 kes dari kluster baru iaitu Kluster Semarak Bersia.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Semarak Bersia di Perak adalah 19 kes.

6 kes dari saringan kontak rapat.  6 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Larut Matang Selama (27 kes)

21 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping.  21 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping di Perak adalah 172 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

5 kes dari saringan bergejala.  5 kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Kinta (7 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

4 kes dari saringan bergejala.  4 kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Batang Padang (13 kes)

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Taman Sejahtera.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Sejahtera di Perak adalah 78 kes.

6 kes dari saringan kontak rapat.  4 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.

5 kes dari saringan bersasar di lapangan. 5 kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Hilir Perak (5 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  1 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

i) Daerah Muallim (3 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sehingga 2 Februari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 63 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 3101 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 531 kes. Terdapat  43 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2555 kes manakala jumlah kematian adalah 15 kes.

*63 KES BARU*

18 Kluster Tanah Putih
5 Kluster Industri Peramu Jaya
2 Kluster Tembok Mempaga
2 Kluster Taman Muhibbah (kluster baru)
25 Saringan Kontak
4 Saringan Bergejala
7 Saringan Pekerjaan

56 Warganegara
7 Bukan negara

RINGKASAN KLUSTER BARU

KLUSTER TAMAN MUHIBBAH
Kluster ini mula dilaporkan pada 2 Februari 2021 di daerah Temerloh dan Kuantan. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes no. P2693 seorang warganegara Malaysia yang tinggal Taman Muhibbah 1, Temerloh. Kes disahkan positif pada 26 Januari 2021 hasil saringan bergejala (demam dan batuk). Siasatan lanjut mendapati jangkitan disyaki berlaku di tempat kerja dan telah menular kepada ahli keluarga terdekat, rakan sekerja dan rakan sosial. Sehingga 2 Februari 2021 jam 12 tengah hari, seramai 47 kontak telah disaring dalam kluster ini dan 15 kes dikesan positif COVID-19.
------------------------------------------------
Zon Merah:
Daerah Bentong
Daerah Kuantan
Daerah Temerloh
Daerah Pekan

Zon Oren :
Daerah Maran
Daerah Raub
Daerah Rompin

Zon Kuning:
Daerah Bera
Daerah Lipis
Daerah Jerantut
Daerah Cameron Highlands
     

Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 2-2-2021 11:09 AM
Morning, keypo.
Tadi akak pergi drive through hantar buku texts dan ambil buku budak Form Four n ...

Hi Kak Leen.. baru ada masa nk masuk sini..kikiki.. td siang pun husb gi amik buku teks anak kat sek keb..tapi tak drive tru..
Seronok la tu dia dpt tnya kabar cikgu2 ye.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 2-2-2021 11:21 AM
Usaha, doa dan tawakal.. Tak berharap kepada yang lain. Hanya kepada Allah kita berserah.
Have a g ...

Thanks for sharing this kak leen..
Have a great day to you too
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-2-2021 01:32 PM
Haah...nasi goreng cili padi...pedas2..dap sungguh...ni lunch pasta + bayam Brazil & ayam berempah ...

Sb ni kalau mkn mesti meriah.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 2-2-2021 01:37 PM
Kalau org x tahu, org ingatkan sb owner restaurant tau. Hari2 menu sedap2.

Kan.. mknn dia cukup la 4 course meal.. meriah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 3-2-2021 12:21 AM
Hi Kak Leen.. baru ada masa nk masuk sini..kikiki.. td siang pun husb gi amik buku teks anak kat s ...

Patutnya KPM minta semua sekolah gunapakai konsep drive through ni. Walau drive through tetap kena scan MySejahtera & ambil temperature tadi. Semua pembayaran dah dibuat melalui online banking ke akaun koperasi sekolah. Update butiran pelajar pun dah buat dlm website saja. So pergi drive through tu utk bertanya khabar masing2 sebenarnya. Tu yg akak pergi tu. Seronok pulak dpt jumpa cikgu2. Kikikiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 3-2-2021 12:23 AM
Thanks for sharing this kak leen..
Have a great day to you too

Selasa akak meriah hari ni. Kemeriahan di sekolah sambung di rumah. Bertiga di bawah mcm ada 6 org berbgelak sakan dan menyakat! Lagi sorang ada class dan tgh prepare utk exam esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 3-2-2021 12:26 AM
Kan.. mknn dia cukup la 4 course meal.. meriah

Kan.. Suka baca menu harian dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
X larat tengok kes harian seminggu ni. Walau jantung x laju bila tgk sipi2 jumlah kes tp akak terasa juga stress walau sipi2 saja. Bila stress akak jadi x boleh tidur, banyak mengunyah & start la rasa badan x sedap..
So sekarang dah pandai manage jiwa tp still susah nak tidur malam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-2-2021 11:24 PM
Sb ni kalau mkn mesti meriah.. hihi

Haha...hari ni nak borong barang basah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 3-2-2021 12:03 AM
X larat tengok kes harian seminggu ni. Walau jantung x laju bila tgk sipi2 jumlah kes tp akak terasa ...

Sabo je le....hugs...ni nak tapau sarap.dgn bff yg WFH...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 1.829846 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list