|
Artis bangga kejayaan HM
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]
Rap
AKHBAR harian bahasa Malaysia nombor satu negara, Harian Metro terus unggul berada di pasaran selepas menyambut ulang tahun ke-17, Selasa lalu. Dalam tempoh itu, Harian Metro (HM) menunjukkan kecemerlangan selepas berjaya mencapai jualan masa kini dengan 335,000 naskhah sehari dan Metro Ahad (MA) 400,000 naskhah.
Berdasarkan pencapaian membanggakan itu, membuktikan Harian Metro terus kekal menjadi pilihan pembaca setia sejak diterbitkan pada 25 Mac 1991.
Dalam satu majlis sambutan ulang tahun ke-17 yang diadakan di Balai Berita di sini dengan dihadiri 300 kakitangan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) bersama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail, Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB yang juga bekas Pengarang Eksekutif HM/MA, Mustapa Omar, Pengarang Eksekutif HM/MA, Abdul Ghafar Ismail dan Timbalan Pengarang Eksekutif HM/MA, Ahmad Salim Bachok.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti seperti penerbit David Teo, pelakon Ifa Raziah, penyanyi Syamsul Hirdi Muhid (Diddy AF4) dan naib juara program realiti My Star LG, Badri Ibrahim yang sudi melapangkan masa berkongsi kejayaan itu.
Bagi Ifa yang kini popular menerusi drama Sindarella di TV3, menyifatkan Harian Metro berjaya mencapai kecemerlangan berdasarkan usaha gigih ditunjukkan sejak mula menemui pembaca di pasaran.
Sambil mengucapkan tahniah, Ifa sendiri mencadangkan agar Harian Metro menambah jumlah muka surat sedia ada khususnya bahagian hiburan untuk memberi lebih kepuasan kepada peminat.
揝aya mula mengenali Harian Metro sejak awal penerbitannya. Ketika itu ia diterbitkan waktu petang dan hanya untuk pasaran di Lembah Klang.
揝ebagai pembaca setia, saya melihat sudah banyak perubahan yang berlaku secara drastik hingga Harian Metro meraikan ulang tahun ke-17.
揚erubahan ini merujuk pada aspek kandungan bahan berita yang dimuatkan lebih memenuhi cita rasa pembaca termasuk wartawan semakin bijak dalam menjalankan tugas dan membuat laporan.
揚astinya kejayaan ini bukan suatu yang mudah untuk dicapai dan Harian Metro sudah membuktikannya. Apa yang lebih menarik perhatian, Harian Metro sentiasa memaparkan berita 憄anas |
|