|
♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Cinta Kasih @ Radio! ★
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua...
Alhamdullilah syukur dah selamat sampai di London...
Mast lama x menjengo ...
mila_jirin Post at 30-7-2011 18:36 
Ooooo...gitu, apapon semua nya berjalan lancar di London dan selamat berangakat balik ke tanah air |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan selamat pagi Mila dan Milanians 
Apa khabar semua?harap semuanya sihat..akak alhamdulillah sihat..
maaf la yer akk beberapa hari tk masuk sini sebab bz uruskan suami akk masuk hospital PPUM untuk pembedahan jantung yg tersumbat..tapi doktor pakar jantung kt PPUM tk boleh nak buat sebarang pembedahan samada melalui by pass atau ballon..kalau buat jugak akan mengalami risiko yg tinggi..sebagai altenatif doktor bagi ubat dan diet pemakanan untuk memulihkan sakit jantung...Hari esok pergi jumpa pakar pemakanan.
Semasa doktor buat endogram untuk mengesan berapa saluran jantung yang tersumbat..terdapat 3 saluran utama jantung..1 elok..satu saluran yang tersumabat habis (dah rosak) tk boleh nak ganti kata doktor la..satu saluran lagi tersumbat separuh tpi doktor tk boleh wat ballon(iaitu masukkan satu alat spring supaya tk tersumbat lagi) sebab saluran atas yg tersumbat besar dan bawah yg tersumbat terlalu mengecil..beberapa doktor pakar bersepakat kata tk boleh buat..kalau buat jugak saluran tu akan pecah dan akan mengalami serangan jantung sertamerta dan bahaya kepada pesakit...Sekarang ni suami akak cuma bergantung pada 1 saluran je.. doktor kata akan bertahan lama..InsyaAllah...
Terima kasih tira, serai atas keperihatinan doakan yg terbaik untuk suami akak..tk lupa juga terima kasih banyak2 pada Mila dan Isz (manager Mila) dari jauh nun kota London sanggup telefon akak bertanya khabar dan doakan yg terbaik untuk suami akak dan anak2..Akk sayang korang semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by taurus-71 at 31-7-2011 08:46
Mila rebut peluang pasaran UK
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
[email protected]
Foto KOLEKSI MILA JIRIN

| Mila
|
IMPIAN untuk bergelar artis bertaraf antarabangsa bakal direalisasi tidak lama lagi. Apatah lagi setelah terlibat sepenuhnya dalam proses rakaman album Inggeris pertama miliknya kini sudah memasuki frasa terakhir.
Rasa cukup bersemangat untuk menghabiskan segera baki kerjanya di London. Seterusnya pulang ke pangkuan keluarga setelah menjadi anak rantau kira-kira enam minggu lamanya.
“Insya Allah, saya akan pulang ke tanah air esok (1 Ogos), sedikit awal dari tarikh yang dijadualkan. Sempat berpuasa sekejap di sini (London) sebelum pulang,” cerita Mila Jirin sewaktu menghubunginya melalui e-mel baru-baru ini.
Pemilik nama Norsyarmilla Jirin terbang ke kota metropolitan itu pada 19 Jun lalu membawa misi besar dalam catatan hidupnya. Kali ini dalam usaha untuk melebarkan lagi sayapnya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa.
Dia mahu menyelesaikan pembikinan album Inggeris tajaan sepenuhnya oleh pihak BGM Music dan MJ Panacea Records yang berpusat di sana.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini turut mengkhabarkan kunjungannya ke negara itu buat kali keempat cukup istimewa. Apabila mempelajari banyak perkara sepanjang menghasilkan album Inggerisnya itu.
Cabaran paling utama melibatkan kredibiliti vokalnya. Mila diminta menyanyi pelbagai jenis genre lagu di hadapan penerbit album yang terdiri daripada Laurence Hobbs, Jamie Seller dan Danis G. Mereka yang berasal dari United Kingdom (UK) dan Scotland ini bertindak sebagai pengkaji kelebihan suara Mila.
Proses itu juga bertujuan bagi membolehkan mereka mengetahui lebih lanjut jenis genre lagu yang sesuai. Sebab kesemua lagu yang dihasilkan adalah lagu yang dicipta khas buat diri penyanyi Persis Mutiara itu.
“Saya sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Di samping menambah kenalan baru, saya diberi peluang melihat cara mereka bekerja.
“Teruja bila akhirnya mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk sama-sama mencipta lagu bersama,” sambungnya lagi.
Ditanya bagaimana cara untuk mendapatkan kata sepakat dengan penerbit dalam menghasilkan satu lagu itu, katanya pengalaman merakam lagu di Malaysia banyak membantu dirinya.
Juara program realiti Akademi Fantasi (AF) kelima ini memberitahu bahawa tiada perbezaan mengenai cara kerja penerbit tanah air malah di Eropah.
Bagaimanapun, ada satu perkara yang cukup merisaukan dirinya iaitu cara sebutan.
“Pihak penerbit yang menyedari kelemahan saya itu kemudiannya menyediakan seorang guru vokal untuk memperbetulkan sebutan saya.
“Kalau nak tahu, saya pernah duduk seharian di studio. Dari pagi mulakan sesi rakaman sehingga jam 3 petang. Lepas itu sambung sesi menulis lagu bersama komposer terlibat sejam kemudian.
“Saya pula jenis komited dalam urusan ini sampai ada satu minggu itu, saya terkena demam selesema. Disebabkan teruk, saya diberi cuti seminggu,” dedah wanita bertubuh kecil ini.
Mengulas tentang keistimewaan album Inggeris Mila, anak sulung dari tiga beradik ini memberitahu ia terletak kepada penampilan genre berentak pop dance. Satu lagi taruhan baru buat Mila yang selama ini lebih menjiwai pop rock.
“Saya sangat berharap agar album Inggeris kali ini supaya memberi saya lebih banyak ruang. Paling penting dapat memikat hati peminat muzik dari semua lapisan bangsa di Malaysia.
“Saya dan pihak pengurusan juga berdoa agar album dapat menembusi pasaran baru terutama di UK. Pasaran ini yang paling sukar untuk ditembusi,” ceritanya.
Penyanyi berusia 24 tahun ini juga teruja saat mengulas klip video untuk single pertamanya berjudul BreakDown yang sudah siap penggambaran. Antara lokasi yang dirakam di sekitar kawasan Camden Town, London. Kunjungan Mila bersama pengurusnya, A. Ailis M. Mustapha di bumi Eropah pada di musim panas menjadikan hasil proses rakaman cukup memberangsangkan.
“Saya tak pernah rasa tertekan sepanjang bekerja untuk album kali ini. Jiwa Mila semakin dekat dengan genre pop dance. Tambahan pula, single pertama BreakDown akan dilancarkan di Malaysia dan Itunes untuk pasaran UK dan Eropah tak lama lagi,” katanya lagi.
Selain lagu BreakDown, Mila turut merakamkan 14 buah lagu termasuk Kiss Kiss Kiss, B.O.O.M, Mysterious, Zombie’s, Movie Love dan Cry Yourself. Bagaimanapun, hanya 10 lagu terbaik yang akan dimuatkan dalam albumnya nanti.
Mila yang aktif mencatatkan diari kehidupan di laman sosial Facebook, boleh diikuti menerusi www.facebook.com/milajirinmusic atau di www.twitter.com/mila_jirin.
sumber ; Utusan Malaysia Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan selamat pagi Mila dan Milanians
Apa khabar semua?harap semuanya ...
taurus-71 Post at 31-7-2011 08:37 
Harap kak tores & suami tabah menghadapi dugaan dari tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mila rebut peluang pasaran UK
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto KOLEKSI MILA JIRIN
IMPIA ...
taurus-71 Post at 31-7-2011 08:45 
B.O.O.M, Zombie's, Cry Yourself n Breakdown x dgr lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan selamat pagi Mila dan Milanians
Apa khabar semua?harap semuanya ...
taurus-71 Post at 31-7-2011 08:37 
Doakan yg baik2 jer untuk akak satu famili  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Ramadhan Al Mubarak kepada Mila dan Milanians serta yg lalu lalang kat forum ni yg beragama Islam.Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Penuh Kesabaran dan Mendapat Rahmat dan BarakahNYA  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 901# mila_jirin
Selamat kembali ke tanah air  |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kak tores & suami tabah menghadapi dugaan dari tuhan.
seraiwangi Post at 31-7-2011 13:21 
Terima kasih serai  |
|
|
|
|
|
|
|
Doakan yg baik2 jer untuk akak satu famili
aFViRGo Post at 31-7-2011 16:34 
Terima kasih tira  |
|
|
|
|
|
|
|
Kredits: Mingguan Malaysia 31/7/2011
seraiwangi Post at 31-7-2011 13:26 
Thanks serai scan dan tempek artikel Mila kt sini..lawa2 gambar Mila mat saleh sebelah Mila yg pakai topi hitam tu hensom la..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa to all Milanians !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.....salam 1 Ogos dan salam 1 Ramadhan pada semua muslimin muslimat
|
|
|
|
|
|
|
|
Wazzup2
Thanks tukang tempek n tukang scan..lawa2 gambar dlm paper ari ni
Owhh..ada ...
aFViRGo Post at 31-7-2011 16:22 
Biase le tu ! |
|
|
|
|
|
|
| |
|