assalammualaikum geng enpon chip med chip budi dedet wuwu ana sayam momid bebeh piza hut2 yepi seko dan SR
Hari Ahad, bukan sahaja sering dikaitkan dengan cuti untuk beristirehat oleh kebanyakan manusia bahkan ia mempunyai pelbagai kelebihan lain yang kadang-kala tidak diketahui umum. pada kebanyakan orang, hari Ahad adalah hari bagi melepaskan penat lelah setelah 5 hari membanting tulang memerah keringat bagi menyara keluarga. Pada hari ini juga, masyarakat kebanyakan sibuk mengadakan kenduri kendara selain mengadakan pelbagai mejlis keraian bagi mengeratkan tali silaturrahim antara mereka. Tetapi, bagi Islam, hari Ahad sebenarnya mempunyai kelebihan yang lebih dari sekadar bercuti dan beristirehat. Ia mengandungi pelbagai kelebihan bagi hamba Allah yang mahu mengambil kesempatan dalam beribadah. Disini dikongsikan beberapa kelebihan, sejarah dan cerita di sebalik hari Ahad.
Sebelum itu, kita lihat akan firman Allah s.w.t dlm surah Al-Ikhlas, ayat 1 yang bermaksud :
” Katakanlah ( wahai Muhammad). Dialah Allah s.w.t Yang Maha Esa.
Menurut Ulama’, pada hari Ahad, Allah menciptakan langit dan bumi. Pada waktu yang sama juga, Allah menciptakan para makhluk dan pada hari itu juga adalah hari pertama bagi permulaan penciptaan segala makhluk.
Beberapa peristiwa besar juga berlaku pada hari Ahad di mana Allah menciptakan tempat jalan bintang-bintang (falakh), penciptaan bintang-bintang yang bergerak, penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat, penciptaan 7 lapis bumi, penciptaan 7 anggota tubuh manusia dan pelbagai lagi.
Semoga dengan ilmu yang sedikit ini, mampu memberikan secebis keinsafan kepada semua. Amin.