CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: HEALING AND LOVE

 Close [Copy link]
Post time 7-11-2024 01:15 PM | Show all posts
Tau kita nak jalan2 ada jerkan pewut ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 01:16 PM | Show all posts
Last aku tertinggal botol mineral
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:18 PM | Show all posts
13.18pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:19 PM | Show all posts
Aku dh slow masih top 3 ya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:19 PM | Show all posts
PAC panggil Khazanah, PNB kes pelaburan FashionValet bulan depan - Mas Ermieyati




[size=14.399999618530273px]Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Foto fail BERNAMA

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding mengenai kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) terhadap syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet (FV), dijadualkan pada minggu kedua bulan depan.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata prosiding itu dijalankan susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta.
"PAC akan memanggil Khazanah dan PNB berhubung kerugian itu.
"Prosiding dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024," katanya pada sidang media di Bilik Media, Parlimen, hari ini.
FV menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan ditanggung oleh Khazanah dan PNB. Syarikat berkenaan dilapor mengalami kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.
Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan kerugian FV meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.

Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pelbagai pihak menggesa tindakan diambil termasuk saranan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan wujud ketirisan yang membelenggu FV.
BERITA LANJUT MENYUSUL











https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320873/pac-panggil-khazanah-pnb-kes-pelaburan-fashionvalet-bulan-depan-mas



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:19 PM | Show all posts
Nak zzzzz dulu

Tata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 01:22 PM | Show all posts
7 polis positif dadah di pusat hiburan mengaku tidak bersalah




SUNGAI PETANI: Tujuh anggota polis Kedah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan pada bulan lalu.
Kesemua tertuduh berumur antara 28 hingga 55 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret M Kalaiarasi dan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mereka adalah Koperal Mohammad Muizzuddin Mohamad Taib, 29; Lans Koperal Wan Muneer Abdullah, 36; Mohd Fazly Long, 45; Sarjan Mohd Khairi Zakaria, 55; Koperal Muhammad Azri Zakariya, 35; Lans Koperal G Selva Kumar, 36; dan Lans Koperal TS Sarvindran, 28.
Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan ke dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA).
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Aman Square di sini, antara jam 4.20 hingga 7.23 pagi 2 Oktober lalu.
Selain itu, turut dituduh ialah seorang anggota polis, Francis Nawan Johny, 35, yang didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Muda, pada jam 12.25 tengah malam tarikh sama.
Berikutan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa dan Nur Hazwani Md Noor, manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing.
Hakim kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis terdekat mengikut tarikh ditetapkan.
Mahkamah juga menetapkan tarikh 3 hingga 12 Disember depan untuk sebutan semula kes dan proses serahan dokumen.
Kesemua tertuduh yang hadir ke mahkamah secara berasingan, membayar ikat jamin dikenakan ke atas mereka di kaunter Kompleks Mahkamah Sungai Petani.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan seramai 12 pegawai dan anggota polis Kedah didapati positif dadahdalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, bulan lalu.
Berikutan itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh diarahkan menggantung tugas semua pegawai dan anggota terbabit mengikut Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Serbuan itu dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIP) Bukit Aman susulan maklumat yang diterima.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320877/7-polis-positif-dadah-di-pusat-hiburan-mengaku-tidak-bersalah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:23 PM | Show all posts

Selamat tengahari Vell
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 01:23 PM | Show all posts
Polis Kuala Lumpur kutip RM1.87 juta bayaran saman dalam dua hari



[size=14.399999618530273px]Orang ramai mengambil kesempatan menyelesaikan saman trafik pada Program Tawaran Semakan dan Bayaran Saman Sehingga 50 Peratus di Balai Polis Trafik Tun HS Lee. - Foto NSTP/ AHMAD UKASYAH

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]


KUALA LUMPUR: Lebih RM1.87 juta hasil bayaran saman berjaya dikutip daripada pesalah lalu lintas sempena tawaran diskaun 50 peratus ditawarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari sejak Selasa lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dalam tempoh berkenaan, sebanyak 17,002 saman diselesaikan membabitkan keseluruhan kutipan RM1,878,620.
Katanya, sejumlah RM270,850 bayaran saman diselesaikan melalui bayaran tunai, e-bayaran (RM882,340), manakala bayaran menggunakan kupon 50 peratus mencatat kutipan RM725,430.
"Pada hari pertama (Selasa), sebanyak RM841,390 bayaran saman berjaya dikutip untuk bayaran 7,677 saman dan pada hari kedua semalam, jumlah kutipan saman meningkat kepada RM1.037 juta untuk bayaran 9,325 saman.
"Dianggarkan seramai 3,100 orang awam hadir ke kaunter saman yang disediakan di pejabat JSPT Kuala Lumpur dalam tempoh dua hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas melakukan lawatan ke pejabat JSPT Kuala Lumpur di Balai Polis Trafik Tun H S Lee di sini, untuk melihat sendiri pelaksanaan Program Tawaran Semakan dan Bayaran Saman Sehingga 50 Peratus.
Yang turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.
Untuk rekod, Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik bermula Selasa lalu hingga Sabtu ini.
Tambah Mohd Yusri, bagi kemudahan orang, pihak JSPT Kuala Lumpur menyediakan enam khemah serta membuka 19 kaunter semakan, pinda dan bayaran saman termasuk menyediakan 14 mesin e-bayaran.
Selain itu, khemah turut menempatkan kaunter MyBayaran Saman, tiga kaunter untuk kemudahan orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung serta 350 kerusi menunggu.
Mohd Yusri berkata, tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan tidak mematuhi isyarat lampu merah.
Selain itu, kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran.
"Pengurangan saman membantu mengurangkan beban kewangan sambil mendidik masyarakat untuk patuh pada peraturan jalan raya.
"Bayarlah saman tepat pada waktunya demi kelancaran urusan dan terhindar dari hukuman yang lebih berat. Jangan biarkan hutang bertambah.
"Kepatuhan kita membayar saman menunjukkan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya. Disiplin ini membantu menciptakan lalu lintas yang aman bagi semua," katanya.
Kata beliau, menjelaskan saman tepat pada waktunya dapat menghindarkan orang ramai dikenakan denda tambahan atau dikenakan tindakan lebih tegas.
Dalam pada itu, katanya statistik Polis Kuala Lumpur menunjukkan sebanyak 881,211 saman didaftarkan sepanjang tahun ini dengan kesalahan halangan lalulintas merekod jumlah saman tertinggi dengan 97,806 saman, mengabai isyarat lalu lintas (45,803) dan tiada lesen memandu (17,405).
Sementara itu, tinjauan BH di lokasi mendapati orang ramai mula beratur di luar Balai Polis Trafik Tun H S Lee di sini seawal jam 7 pagi bagi mengambil kesempatan menyelesaikan tunggakan saman masing-masing dengan kadar diskaun 50 peratus yang ditawarkan.
Ketika ini, terdapat kira-kira 300 individu menunggu giliran masing-masing untuk membuat semakan dan bayaran di kaunter-kaunter yang disediakan.











https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320814/polis-kuala-lumpur-kutip-rm187-juta-bayaran-saman-dalam-dua-hari



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:23 PM | Show all posts
Vellfire replied at 7-11-2024 01:12 PM
Dlm bas baru gerak btu/miri

Semuga selamat sampai ke destinasi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:24 PM | Show all posts
Vellfire replied at 7-11-2024 01:13 PM
Boleh tidur lena skit xda bunyi kok kok kok

Nyaman
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:25 PM | Show all posts
Tiada rancangan sekat akses platform media sosial tak mohon lesen - Fahmi






[size=14.399999618530273px]Fahmi pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Kerajaan setakat ini belum ada perancangan untuk menyekat akses terhadap platform media sosial yang tidak memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) selepas ia dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ia mungkin menjadi 'langkah terakhir' yang diambil kerajaan selepas mengambil tindakan lain berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Berkenaan soalan ini adakah pengguna masih boleh akses platform media sosial selepas (langkah pelesenan) dikuat kuasa 1 Januari 2025... kita tegaskan (yang perlu berdaftar) adalah platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.
"Pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat mengekang akses kepada platfrom terbabit (jika gagal berdaftar). Jadi kita lihat itu sebagai 'the last resort'' (langkah terakhir diambil) dan kita tak mahu ke arah itu.

"Namun ada beberapa tindakan yang boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap platform terbabit," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan hala tuju kementerian dalam aspek kawal selia platform media sosial dan bagaimana kementerian mahu mengimbanginya dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.

Pada 27 Julai lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet diperkenal bermula 1 Ogos lalu.
MCMC dilapor berkata, penguatkuasaan ini selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet di negara ini, mesti mematuhi undang-undang Malaysia.
Wan Saiful turut mengajukan soalan tambahan mengenai Rang Undang-Undang Akta Keselamatan Dalam Talian.
Beliau ingin tahu sama ada terdapat libat urus dijalankan bagi memastikan keselarasan dalam proses pelesenan dan proses merangka undang-undang terbabit.
"RUU ini sedang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Antara Kementerian Komunikasi, MCMC dan BHEUU, kita buat banyak libat urus untuk pastikan tak berlaku pertindihan antara akta terbabit serta Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Jadi keduanya adalah bersifat komplementari antara satu sama lain," kata Fahmi.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320831/tiada-rancangan-sekat-akses-platform-media-sosial-tak-mohon-lesen


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:27 PM | Show all posts

Ngantok sangat dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:28 PM | Show all posts
Beg berisi wang RM1 juta hilang, sudah ditemui





[size=14.399999618530273px]Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Kamarul Azran Wan Yusof (kiri) dan Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika sidang media di IPD Petaling Jaya. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]

PETALING JAYA: Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilangselepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang semalam sudah ditemui dan diserahkan kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, ketika mengesahkan perkara itu berkata, beg itu ditemui di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.
Katanya, beg berisi wang itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh.
"Beg berisi wang RM1 juta itu terjatuh di tengah jalan sebelum ditemui seorang pemandu kereta yang melalui laluan berkenaan.

"Beg berkenaan sudah pun diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan termasuk merakam keterangan individu yang menemui beg itu serta petugas van keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dipetik berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.
Sasikala berkata, siasatan pihak polis masih diperingkat awal dan masih mengumpul maklumat lanjut tentang kejadian itu.
"Kita akan maklumkan sebarang perkembangan lanjut selepas siasatan selesai," katanya.
Beliau menjelaskan kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.
Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1320841/beg-berisi-wang-rm1-juta-hilang-sudah-ditemui


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:28 PM | Show all posts

rehat dulu nanti ok sikit jom kita menolak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 01:30 PM | Show all posts
“The most important thing is to enjoy your life – to be happy. It’s all that matters.”
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:30 PM | Show all posts
“Nothing can bring you happiness but yourself.”
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:31 PM | Show all posts
Larangan sementara guna soket elektrik dalam bas ekspres - Loke



Anthony Loke. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres susulan kes renjatan elektrik meragut nyawa seorang remaja di Pulau Pinang Jumaat lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata larangan sementara itu dibuat sehingga siasatan berhubung insiden terbabit selesai.
"Buat masa ini, tidak boleh guna soket dalam bas ekspres buat sementara waktu kerana kita ingin dapatkan punca sebenar insiden ini," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang ingin tahu langkah segera untuk memastikan semua bas ekspres mematuhi piawaian elektrik, khususnya berkaitan pengecasan telefon.
Loke berkata sebaik laporan pasukan petugas khas (Special Taskforce) yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu selesai, beliau akan melihat sama ada wujud keperluan untuk kementerian itu bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga bagi menyemak SOP pendawaian dan penggunaan soket elektrik di dalam bas ekspres.
Beliau turut memaklumkan pengusaha bas yang terbabit dalam insiden itu diberikan surat tunjuk sebab Isnin lalu dan mereka perlu mengemukakan maklum balas kepada APAD selewat-lewatnya.
Katanya, MOT memberikan tempoh 14 hari untuk pasukan petugas khas yang diwakili beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Tenaga, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menyediakan laporan lengkap.
"Punca (insiden terbabit) akan diketahui selepas laporan lengkap diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan. Saya akan umum secara terperinci hasil laporan terbabit," katanya.
Sementara itu, Loks berkata MOT akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) penggunaan soket elektrik bagi perkhidmatan bas berikutan ini tiada piawaian khusus mengenainya.
Loke, berkata perkara itu turut diberi tumpuan dalam siasatan membabitkan insiden renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Pulau Pinang, baru-baru ini.
"Soket dalam kapal terbang atau kereta api, seperti perkhidmatan tren elektrik (ETS) memang ada piawaiannya. Ini mesti dipatuhi (misalnya) oleh syarikat pembuat kapal terbang.
"Tetapi untuk bas, (setakat ini) tidak ada piawaian tersendiri. Sehubungan itu, dalam siasatan kita (berkaitan kes renjatan elektrik), bagi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan lain-lain, soket tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan dijalankan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu sama ada MOT mengambil kira aspek keselamatan penggunaan soket membabitkan semua jenis perkhidmatan pengangkutan termasuk kapal terbang.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, ketika itu menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Loke berkata, antara langkah segera yang diambil kementerian itu adalah melihat SOP sedia ada dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga untuk mewujudkan satu piawaian standard bagi penggunaannya khusus untuk perkhidmatan bas.


[size=14.399999618530273px]





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320800/larangan-sementara-guna-soket-elektrik-dalam-bas-ekspres-loke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:32 PM | Show all posts
Today I will focus on stressing less and feeling blessed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.551295 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list