13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya, tiga lagi melebihi paras amaran
[size=14.399999618530273px]Keadaan banjir di Terengganu kemungkinan menjadi lebih buruk kerana 13 sungai di beberapa daerah di Terengganu sudah melepasi paras bahaya manakala tiga lagi melebihi paras amaran. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu kemungkinan menjadi lebih buruk berikutan 13 sungai di beberapa daerah sudah melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi. Selain itu, tiga lagi sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran manakala dua lagi kini paras waspada. Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, tiga sungai di Setiu melepasi paras bahaya, diikuti dua sungai masing-masing di Besut, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun manakala satu masing-masing di Marang dan Kuala Nerus. Tiga sungai melepasi paras bahaya di Setiu adalah Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (9.57 meter), Sungai Nerus di Kampung Bukit (15.03 meter) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap (22.45 meter). Di Besut, ia membabitkan Sungai Besut di Kampung Keruak (35.56 m) dan Sungai Besut di Kampung La (23.35 m). Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Kemaman di Paya Paman (4.51 m) dan Sungai Tebak di Kampung Tebak (18.77 m) serta Sungai Dungun di Kuala Jengai (21.34 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (13.41 m).
Di Hulu Terengganu, sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping (22.26 m)dan Sungai Berang di Kampung Menerong (24.77 m). Di Marang, ia membabitkan Sungai Marang di Pengkalan Berangan (3.55 m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (4.44 m).
Sementara itu, tiga sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman (2.12 m); Sungai Terengganu di Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu (2.17 m) dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu (8.07 m). Dua lagi sungai kini mencatatkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Terengganu di Kampung Tanggol, Hulu Terengganu (8.12 m) dan Sungai Peneh di FELDA Mengkawang, Hulu Terengganu (36.60 m).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330721/13-sungai-di-terengganu-lepasi-paras-bahaya-tiga-lagi-melebihi-paras
|