CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN TIBA

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-3-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 3-3-2025 06:25 PM
Iye..sure ada hal la tue

Ank dia kan ramai, eh banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi instant Telen pun sedap kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 3-3-2025 06:25 PM
Eh…jangan tak sangka
Mana la tau

Mungkin.
Tau2 aku bangun esok dh pg 100
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 3-3-2025 06:17 PM
Sian bibik.
Kuku koko ada ke tu

Ada laaa…tapi 2 engkors to behave
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 3-3-2025 06:21 PM
Tu laaa…dah la porumner lama agak terkenal

Sb tu kita xleh over dlm apa2 bende sekalipun

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 3-3-2025 06:20 PM
10 menet lagi daa

Nk off dulu.
Bye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2025 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 3-3-2025 06:24 PM
Dia level rahsia korang lelain.
So aku akan ingat org ni xleh tanya itu ini, org ni leh tanya itu  ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2025 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 3-3-2025 06:28 PM
Kopi instant Telen pun sedap kan

Teh instan telen lagi padu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok …off now
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Later me kambek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye for now
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:48 PM | Show all posts
selamat petang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:48 PM | Show all posts
selamat berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:49 PM | Show all posts

selamat petang tashu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:50 PM | Show all posts

nasi dengan kari daging je

tashu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:53 PM | Show all posts
Peluang JDT 'pulang paku buah keras' kepada Presiden Buriram United

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan Presiden Buriram United, Newin Chidchob.





KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Johor Darul Ta'zim (JDT) seharusnya 'terbakar' apabila memikirkan kembali kata-kata yang pernah dilemparkan Presiden Buriram United, Newin Chidchob, tahun lalu.
Newin sebelum ini menyatakan skuad Harimau Selatan itu tidaklah sekuat mana selain turut menyatakan Liga Malaysia (Liga M) tidak setanding dengan Liga Thailand.
"Walaupun Johor membawa ramai pemain import tetapi tiada yang perlu dirisaukan.
"Saya cadangkan kepada presiden mereka (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) supaya dapat melabur lebih lagi. Apabila kita bertemu lagi tahun depan, ia akan menjadi lebih mengujakan," kata Newin.

Justeru, tiada kata-kata perangsang yang lebih baik buat anak buah Hector Bidoglio berbanding 'nasihat' Newin ini menjelang aksi pertama pusingan 16 terbaik ACLE di Arena Chang, malam esok.
Selepas terikat tanpa jaringan pada aksi peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi tidak cukup pemain apabila JDT hilang Murilo Henrique dan Park Jun Heong sementara Buriram hilang Theerathon Bunmathan susulan kad merah.
Susulan penarikan diri Shandong Taishan, takdir merangka skrip ulangan di mana kedua-dua pasukan itu bertembung sekali lagi untuk aksi 'tetangga ASEAN' dalam misi merebut tiket ke suku akhir ACLE.
Berbanding pertembungan pertama pada Disember lalu, JDT kini tampil dengan 'senjata baharu' yang sudah pasti mampu mengejutkan Buriram pada aksi malam ini.
Antara 'senjata baharu' JDT pada saingan ACLE kali ini adalah Samu Castillejo, Jonathan Vieira, Anselmo Moraes dan Alvaro Gonzalez yang bakal mencipta sensasi dengan kehadiran pemain tempatan berkualiti seperti Arif Aiman Hanapi.
Ketika kejuaraan Liga Super ke-11 berturut-turut dan tiga trofi berada dalam genggaman, JDT jelas berada pada prestasi terbaiknya apabila belum tewas dalam 14 perlawanan terakhir - kali terakhir mereka tumbang 0-1 di tangan Shandong Taishan pada November lalu namun perlawanan itu dibatalkan.
Buriram pula belum tewas dalam enam perlawanan terakhir dan pertembungan 'dua juara' ini pasti menjanjikan aksi yang sengit selepas mengambil kira mereka adalah dua pasukan terbaik di ASEAN ketika ini.
INFO
Liga Juara-Juara Asia Elit
Aksi Pertama Pusingan 16
Esok
Buriram United mln JDT, 10 mlm
Laluan Ke Pusingan 16 Terbaik
JDT
Kedudukan Liga: 3
Shanghai Port 2-2 JDT
JDT 3-0 Shanghai Shenhua
Gwangju 3-1 JDT
JDT 3-0 Ulsan HD
JDT 0-0 Buriram
Central Coast Mariners 1-2 JDT
JDT 5-2 Pohang Steelers
Buriram United
Kedudukan Liga: 6
Buriram 0-0 Vissel Kobe
Central Coast Mariners 1-2 Buriram
Buriram 1-0 Pohang Steelers
Yokohama F Marinos 5-0 Buriram
Buriram 0-3 Kawasaki Frontale
JDT 0-0 Buriram
Buriram 2-1 Ulsan HD
Gwangju 2-2 Buriram







https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/03/1368039/peluang-jdt-pulang-paku-buah-keras-kepada-presiden-buriram-united


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 06:54 PM | Show all posts
12,600 tiket tambahan ETS untuk Aidilfitri mula dijual esok




Tiket tambahan ETS mula dijual esok. - Foto Wikipedia


KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil susulan tiket ETS habis dijual.
Menurutnya, perkhidmatan tambahan itu membabitkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral dan dua perjalanan lagi untuk laluan KL Sentral - Butterworth - KL Sentral.
"Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual esok bermula jam 10 pagi. Sepanjang tempoh operasi, ia akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan kelas perniagaan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna," katanya.
Jadual perjalanan tren tambahan bagi sektor Padang Besar ke KL Sentral adalah tren EP9283 (11.05 pagi hingga 4.30 petang) dan tren EP9286 (5 petang hingga 10.20 malam).
Bagi sektor Butterworth ke KL Sentral pula, tren EP9185 akan bergerak dari Butterworth pada jam 11.20 pagi hingga 3.25 petang, manakala tren EP9186 akan bertolak dari KL Sentral pada 4.45 petang hingga 8.50 malam.
KTMB turut menggalakkan penumpang merancang perjalanan serta membeli tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan dan mengelak kehabisan tiket pada saat akhir.
"Pengguna juga dinasihatkan tiba lebih awal di stesen bagi melancarkan proses pemeriksaan keselamatan dan dokumentasi di pintu masuk.
"Tiket boleh didapati secara tanpa tunai menerusi aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB," katanya.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368058/12600-tiket-tambahan-ets-untuk-aidilfitri-mula-dijual-esok


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:58 PM | Show all posts
Kerajaan Sabah cari jalan terbaik bantu mangsa kebakaran di Likas - Ketua Menteri




Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tengah, bertopi kuning) melawat mangsa kebakaran Kampung Cempeka Likas di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Likas, Kota Kinabalu hari ini. Kira-kira 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di kampung itu Ahad lalu. - Foto BERNAMA




KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersama pihak dan agensi yang berkaitan akan berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas pada Sabtu lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan sebagai negeri yang prihatin dan peduli rakyat, nasib mangsa-mangsa kebakaran akan diberi perhatian terutama pada bulan Ramadan ini.
"Kerajaan telah beri bantuan RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) iaitu RM1,000 daripada kerajaan negeri manakala RM300 lagi daripada Kumpulan Yayasan Sabah," katanya selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, di Dewan Serbaguna Likas di sini hari ini.
Hajiji berkata selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan gas dan dapur daripada Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan daripada Kumpulan Yayasan Sabah.

Beliau berkata pelbagai pihak turut membantu memberi bantuan makanan, antaranya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).
Bantuan awal turut diberikan di PPS iaitu bakul makanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pek makanan retort dan makan minum daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.
Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga hilang tempat tinggal, apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka.
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIR membabitkan 200 penduduk manakala PPS Damai, Luyang seramai 57 KIR dan 311 penduduk.
– BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368067/kerajaan-sabah-cari-jalan-terbaik-bantu-mangsa-kebakaran-di-likas


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:00 PM | Show all posts
Zii Jia kembali beraksi


Zii Jia kembali beraksi di Masters Orleans yang bermula esok.



KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia bakal menyertai kejohanan pertama musim ini apabila beraksi di Masters Orleans di Perancis bermula esok.
Kejohanan berstatus Super 300 berkenaan menjadi penampilan pertamanya selepas pemain ranking kelapan dunia itu menjalani proses pemulihan susulan kecederaan ligamen buku lali kanan dialaminya di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, Disember lalu.
Team LZJ mengesahkan tiga kejohanan yang bakal disertai Zii Jia di Eropah dan selepas Orleans, pemain berusia 26 tahun itu bakal menyertai Seluruh England.
Dia kemudiannya menamatkan siri jelajah Eropah dengan beraksi di Terbuka Switzerland.

"Jelajah 'Comeback' bermula di Masters Orleans. Kemudian yang terbesar dan berprestij di Seluruh England. Menamatkan jelajah Eropah di Terbuka Switzerland. Satu langkah pada satu masa... bersama," kata Team LZJ dalam hantarannya di laman X, hari ini.
Di Orleans, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan utama dijadual bertemu pemain Taiwan di ranking ke-30 dunia, Chi Yu Jen.
Di atas kertas, Zii Jia tampak tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan lawannya itu berdasarkan rekod kemenangan dalam dua pertemuan sebelum ini.
Kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan bertemu adalah di Antarabangsa Orleans 2017 dan pada ketika itu Zii Jia meraih kemenangan straight set 22-20, 21-12.



https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/03/1367929/zii-jia-kembali-beraksi


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:01 PM | Show all posts
Batal lesen jika sewakan tapak bazar Ramadan, Aidilfitri kepada warga asing




Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor membuat tinjauan hari pertama Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, petang semalam. - Foto IZZ LAILY HUSSEIN


JOHOR BAHRU: Tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan atau bazar Aidilfitri akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang didapati daripada kalangan warga asing.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, ia termasuk jika pihaknya mendapati berlaku isu 'sewa atas sewa' membabitkan peniaga warga asing.
"Seperti saya maklumkan sebelum ini, kita tidak mengeluarkan lesen bazar kepada peniaga asing dan juga jika ada sewa atas sewa, kita akan batalkan lesen itu dengan segera," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan hari pertama Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda di sini, petang semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Haffiz Ahmad.

Pada masa sama, Mohd Jafni berkata, pihaknya tidak menghalang kreativiti peniaga dalam berniaga, namun perlu mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan.
Dalam memastikan semua peraturan dipatuhi peniaga bazar, Mohd Jafni berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"KKM akan bertindak memastikan peniaga ini mematuhi peraturan dari segi penyediaan makanan mereka termasuk pengambilan suntikan thypoid dan sebagainya, manakala KPDN akan memantau dari segi kawalan harga di bawah Akta Antipencatutan 2011.
"Sebenarnya penganjur bazar sudah tahu garis panduan yang sudah ditetapkan di PBT (pihak berkuasa tempatan) yang perlu mereka patuhi, tetapi KKM dan KPDN akan sentiasa buat pemantauan dan pemeriksaan, jika mereka tidak patuhi peraturan, tindakan akan diambil ke atas mereka," katanya.
Mohd Jafni berkata, tahun ini, secara keseluruhannya, sebanyak 12,757 petak jualan bagi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri diluluskan kerajaan negeri di 228 lokasi di seluruh kawasan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Katanya, ia membabitkan 11,202 petak jualan di 200 lokasi bagi Bazar Ramadan dan 1,555 petak di 28 lokasi bagi Bazar Aidilfitri.
"Ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak kira-kira tiga peratus berbanding jumlah tahun lalu," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367888/batal-lesen-jika-sewakan-tapak-bazar-ramadan-aidilfitri-kepada-warga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.543684 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list