CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecik82

Dimi Petratos - import 'hensem' TRW

 Close [Copy link]
Post time 19-2-2013 05:01 PM | Show all posts
TSAM : Kita tak perlu panik
KOTA BHARU, 19 Februari – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam sidang media yang diadakan di The Red Warriors Station @ KTC sebentar tadi, mengakui bahawa terdapat kecacatan terhadap pasukan Kelantan awal musim ini.
Tan Sri Hj Annuar menekankan bahawa masalah sebenar pasukan Kelantan adalah ketiadaan penyerang dan setakat ini Kelantan masih belum menemui gantian yang setimpal dengan penghijrahan empat pemain musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha, Ghaddar, S. Chanturu dan Nurul Azuan Roya.
Ditanya pemberita tentang perancangan yang diambil oleh pasukan, Tan Sri Hj Annuar menerangkan, penugasan semula Hj Azman Ibrahim sebagai Pengurus Pasukan adalah langkah segera yang diambil.
“Saya dan Azman akan memantau perjalanan pasukan, terutama berkenaan penerapan semangat berpasukan dan disiplin semasa latihan,” kata Tan Sri Hj Annuar.
“Kita tak perlu panik. Pasukan memang sedang menghadapi masalah, dan ini adalah cabaran untuk kita. Kita sahut cabaran ini dan akan membuat beberapa perubahan,” tambah beliau lagi.
Kelantan dijangka akan menyenaraikan beberapa pemain baru menjelang ruang pendaftaran semula pemain untuk Liga Malaysia April nanti.
Pengurusan pasukan memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan tersebut untuk pegambilan pemain baru yang menepati dua kriteria pemilihan asas iaitu mesti mewakili negara dan bertaraf antarabangsa.
Ketika ditanya tetang pemain yang bakal disingkirkan, Tan Sri Hj Annuar dengan nada tegas mengatakan, “kita tidak memikirkan lagi siapa dan sepatutnya ia bukan keutamaan untuk menjadi tajuk berita.”
“Pemain yang ada sekarang dalam pasukan tetap akan bermain. Kita ada 5 lagi perlawanan Liga Super, 3 perlawanan FA dan dua perlawanan AFC sebelum ruang untuk daftar semula.”
Pasukan dijangka mengumumkan barisan baru pada akhir bulan Mac sebelum pendaftaran semula Liga dibuka pada 8 April akan datang.




Last edited by cecurut on 19-2-2013 05:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 07:57 PM | Show all posts


ni le padahnyer ego tak mahu masukkan si sweetie ke liga super dari awal.. kosong beb
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:32 PM | Show all posts

dah penuh sikit waktu malam wlpun tak ramai macam awal2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2013 08:08 AM | Show all posts
cecurut posted on 19-2-2013 08:34 PM
http://livestreamingtrc.blogspot.com/

Fuhh..harap keita terus maju.....per pun harap bohjan kekalkan farhan,faiz,piya,shakir tuk kesebelasan utama nnti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 08:19 AM | Show all posts
Liga Super - Keita 'hero' di Kota Bharu
KOTA BHARU, 20 Februari – Terengganu kelihatan lebih aggresif memulakan pertemuan Liga Super menentang Kelantan malam tadi di Kota Bharu. Ketiadaan Ismail Faruqi yang digantung satu perlawanan ternyata memberi impak kepada jentera serangan mereka.
Pertemuan dua gergasi bola sepak Pantai Timur ini disaksikan oleh lebih 15 ribu penyokoing di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.
Ashaari Shamsudin berpeluang membuka tirai jaringan perlawanan tetapi sepakan beliau tersasar.
Kelantan kemudiannya mengatur serangan dengan lebih kemas dengan percubaan pertama di minit ke 10 apabila sepakan percuma diberikan kepada Kelantan setelah Keita Mandjou dijatuhkan berhampiran dengan kotak penalti.
Sepakan percuma yang diambil oleh Indra Putra disambar oleh Faiz Subri yang membuat percubaan terus ke dakapan penjaga gol Terengganu.
Terengganu kemudiannya mengatur serangan balas menyebabkan keadaan kelam kabut di pintu gol Kelantan. Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan dua percubaan berturut-turut oleh Effa Owona dan Manaf Mamat.
Rentak permainan Terengganu terganggu apabila Effa Owona terpaksa digantikan kerana tercedera. Dua benteng pertahanan Kelantan, Obinna dan Nik Shahrul menjadi penghalang utama bagi gerakan-gerakan oleh Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin.
Menarik pada perlawanan malam tadi, Keita Mandjou telah memperlihatkan permainan terbaik beliau sejak Liga bermula. Keita berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya yang menguji kecekapan penjaga gol Terengganu, Sharmiza Yusoff.
Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Keita Mandjou pada minit ke 34 setelah penyerang import tersebut merebahkan diri untuk menanduk masuk bola yang sebelum itu terkena palang gol.
Kedudukan separuh masa pertama kekal dengan Kelantan mengatasi Terengganu 1-0.
Separuh masa ke dua bermula dengan Kelantan meneruskan asakan ke pintu gol lawan bagi menambah jaringan, manakala Terengganu mencari peluang untuk menyamakan kedudukan.
Keadaan stadium sekali lagi menjadi gemuruh apabila Keita Mandjou berjaya menambah jaringan pada minit ke 64 hasil sepakan beliau yang gagal di tampan kemas oleh Sharmiza.
Keita hampir mencipta hatrik apabila menjaringkan gol ke 3 Kelantan pada minit ke 72 tetapi jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Keadaan semakin sukar untuk Terengganu apabila kapten pasukan mereka, Faizal Muhammad dilayankan kad merah , setelah menerima dua kad kuning dalam perlawanan tersebut.
Keputusan tidak berubah sehingga tamat perlawanan. Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah di Kota Bharu, menewaskan Terengganu 2-0, menamatkan kebuntuan mencari kemenangan dari empat perlawanan sebelumnya.
Kelantan akan bertemu Pahang di Kuantan untuk saingan Liga Super seterusnya pada 23 Februari nanti.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 08:56 AM | Show all posts
kecik82 posted on 20-2-2013 08:19 AM
Liga Super - Keita 'hero' di Kota Bharu
KOTA BHARU, 20 Februari – Terengganu kelihatan lebih aggre ...

patut le si bohjan tersenyum lebar sampai ke telinga 2 gol dari keita...

asal la keita tak menonjol sebelum ni..... perangai pelik dio ni satu hal.. bila nampak org baru masuk dia akan terus tergugat
elok pulok senang gol.. skrg ni buat semua org serba salah nak buang dia.. ambo rasa terduduk si pok aji nobita nomoto nengok persembahan terbaik si manja malam tadi weii

mesti berbelah bahagi nak buang hmmm rasanya tak jadi buang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:00 AM | Show all posts
cecurut posted on 20-2-2013 08:56 AM
patut le si bohjan tersenyum lebar sampai ke telinga 2 gol dari keita...

asal la keita ta ...

kena masukkan dimi ngan dick gak kot mana pun bule 4 ni..keita takut bagi harapan palsu jah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:12 AM | Show all posts
kecik82 posted on 20-2-2013 09:00 AM
kena masukkan dimi ngan dick gak kot mana pun bule 4 ni..keita takut bagi harapan palsu jah


dulu pun macam tu bila nampok si petratos bukan main sampai 2 gol pahtu bila dapat masuk liga tersenyum malas lari sampai asyik kalah memanjang... simpan buat reserve tu yang sepatutnyer  

info:
'Terima Kasih Keita Mandjou kerana telah berjaya memberi kemenangan yang amat bermakna pada perlawanan malam ni.. Tahniah kepada anda & seluruh warga pasukan Kelantan.. Lets the fight begin !!!

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:14 AM | Show all posts
berselera pok aji makan weii lepas game semalam



menjamu selera di Ajihs Nasi Lemak 80sen selepas game Kelantan Lwn Terengganu mlm td..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:15 AM | Show all posts
cecurut posted on 20-2-2013 09:12 AM
dulu pun macam tu bila nampok si petratos bukan main sampai 2 gol pahtu bila dapat masuk liga te ...

tapi tgk smlm pun keita terharu gak dpt 2 gol..terus sujud
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:17 AM | Show all posts
cecurut posted on 20-2-2013 09:16 AM

harap teruskan momentum ni masa lawan pahang 23.2.2013..GKG
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:20 AM | Show all posts
kecik82 posted on 20-2-2013 09:15 AM
tapi tgk smlm pun keita terharu gak dpt 2 gol..terus sujud

dia kan Islam pahtu dah nampak nasib dia camna loni dengan kemasukan si dicky capati dickson,mungkin jugok si arrache dan pemain2 rahsia pok aji nok ambik..

mestilah dia sangat berharap dapat dikekalkan oleh pok aji nobita sbb dia dah mengaum aummmmmmmm maroh kecewa dengan prestasi si manja sepanjang 3 bulan lepas ni

percaya cakap ambo malam tadi punya hatric bohjan mopiko lai la akan jadikan benteng alasan kuat mempertahankan si keita dari dibuang oleh pok aji nobita

nanti aku nasihat kan pok aji letak reserve si keita tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 09:22 AM | Show all posts


kembang kempis bojan mopika lai la gembira weiii dapat buktikan pada pok aji nobita si manja ada hasil jugok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 09:24 AM | Show all posts
cecurut posted on 20-2-2013 09:20 AM
dia kan Islam pahtu dah nampak nasib dia camna loni dengan kemasukan si dicky capati dickson,mungk ...

beb pastikan enko pm si tok aji tu jange lagi bg peluang kat keita manjou
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:28 AM | Show all posts
senyum lebar siot !!!  



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:29 AM | Show all posts
bukan main si pann happy lega sikit malam tadi asyik dio ajer yang bermati-matian lari sana sini nak masukkan gol

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.143380 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list