|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 40
[Copy link]
|
|
Semlm dan 2 hari lepas je hujan...sebulan paneh terik, kome...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2021 – Perkembangan Terkini Pengesanan Jangkitan Kes COVID-19 dan Penilaian Risiko Penularan Jangkitan di Parlimen[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON AUGUST 6, 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini pengesanan kes COVID-19 yang berkait dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021, bertempat di Dewan Parlimen Negara, Kuala Lumpur. Sehingga kini, secara keseluruhannya terdapat 85 kes positif COVID-19 (disahkan dengan ujian RT-PCR) di mana: - 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat (4) kes kontak rapat;
- 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat [Sembilan (9) kes telah dilaporkan sebelum ini dan lima (5) kes baharu dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021 serta tiga (3) kes kontak rapat]; dan
- Lapan (8) kes saringan Pra-Dewan Negara.
Setakat ini, enam (6) sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay. Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) dan masih menunggu keputusan akhir. Untuk makluman, daripada lapan (8) kes yang baharu yang dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos 2021: - lima (5) kes mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT PCR di antara 18.00 sehingga 27.68, dan tiga (3) kes dengan CT valuedi antara 35.14 sehingga 37.59;
- empat (4) kes mempunyai gejala ringan manakala yang lain tidak bergejala;
- tujuh (7) kes positif telah mendapat vaksin COVID-19 (sekurang-kurangnya mendapat satu dos);
- satu (1) kes adalah kanak-kanak berusia tujuh (7) tahun (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin.
Hasil siasatan KKM setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen. KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif COVID-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi. Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala jalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan rawatan segera. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 6 Ogos 2021 @ 6:00 petang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 16,394 kes (993,020 kes kumulatif, 81.1%);
Kes baharu : 20,889 kes (1,224,595 kes kumulatif);
Kes import : 13 kes (8 warganegara, 5 bukan warganegara);
Kes tempatan : 20,876 kes [17,477 warganegara (83.7%); 3,399 bukan warganegara (16.3%)];
Kes aktif : 221,396 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,096 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 545 kes;
Kes kematian : 160 kes (10,179 kes kumulatif, 0.83%; 142 warganegara, 18 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,863 kluster;
Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,672 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,191 kluster.
Daripada 20,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 273 kes (1.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,616 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, hanya 4,292 kes (20.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 160 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 51 kes di Selangor, 32 kes di Johor, 22 kes di Kedah, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Sabah, masing-masing empat (4) kes di Melaka dan Terengganu, tiga (3) kes di Perak, serta dua (2) kes di Pulau Pinang.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 5 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 5 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.29) diikuti oleh Perak (nilai RT 1.23), dan Pulau Pinang (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
SITUASI TERKINI KENAIKAN KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pelaporan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia adalah seiring dengan peningkatan kes secara global. Di Malaysia, kadar insiden tertinggi purata kes tujuh (7) hari (31 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021) per 100,000 ribu penduduk adalah negeri-negeri berikut:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur C 105.7
Selangor C 101.5
Wilayah Persekutuan Putrajaya C 75.6
Negeri Sembilan C 71.7
Melaka C 53.8
Kedah C 51.8
Peningkatan kes harian yang kian meningkat ini menunjukkan bahawa jangkitan virus COVID-19 sudah menular dalam komuniti. Jumlah kluster juga telah didapati meningkat daripada 286 kluster dalam tempoh di antara 23 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021 kepada 347 kluster dalam tempoh di antara 7 Julai 2021 hingga 20 Julai 2021, dan seterusnya kepada 401 kluster dalam tempoh di antara 21 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021. Dalam tempoh yang sama, di dapati bilangan kluster tempat kerja juga telah meningkat dari 180 kluster kepada 204 kluster dan terkini adalah 213 kluster, manakala bilangan kluster komuniti juga meningkat dari 86 kluster kepada 91 kluster, dan terkini 142 kluster bagi tempoh tersebut. Peningkatan ini adalah susulan dari saringan kontak rapat yang meluas.
Selain itu, tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang menjalankan ujian kendiri atau pengesanan COVID-19 apabila bergejala atau mengetahui mereka adalah kontak rapat. Didapati bahawa lebih kurang 70 peratus ujian RTK-Antigen dijalankan oleh agensi swasta.
Peningkatan kes juga dipercayai disumbang oleh penularan varian Delta. Sehingga kini sebanyak 199 kes varian Delta telah dikesan dalam komuniti. Varian Delta ini telah menyebabkan kadar jangkitan virus yang lebih cepat, agresif, dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan yang diberikan.
Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa patuh dan kekal mengamalkan langkah-langkah pencegahan, mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) dan mendapatkan vaksinasi COVID-19. Dijangkakan kes akan mula menurun pada akhir bulan Ogos apabila lebih daripada 40 peratus populasi di Malaysia mendapat dos lengkap vaksin.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Ogos 2021 @ 7:15 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 6 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 8,792 (3) 451,366
WP KUALA LUMPUR 2,483 (10) 136,071
JOHOR 1,275 97,962
SABAH 1,291 91,201
SARAWAK 652 80,174
NEGERI SEMBILAN 986 76,753
KEDAH 1,371 53,474
PULAU PINANG 776 50,715
KELANTAN 938 47,633
PERAK 624 42,289
MELAKA 491 34,644
PAHANG 610 27,809
TERENGGANU 460 19,673
WP LABUAN 9 9,707
WP PUTRAJAYA 122 4,359
PERLIS 9 765
JUMLAH KESELURUHAN 20,889 (13) 1,224,595
LAMPIRAN 3
Perincian 20,889 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 8,792 400 5,769 3 2,620
WP KUALA LUMPUR 2,483 222 1,199 10 1,052
KEDAH 1,371 37 822 C 512
SABAH 1,291 70 774 C 447
JOHOR 1,275 318 634 C 323
NEGERI SEMBILAN 986 111 373 C 502
KELANTAN 938 230 499 C 209
PULAU PINANG 776 122 351 C 303
SARAWAK 652 121 310 C 221
PERAK 624 106 266 C 252
PAHANG 610 75 407 C 128
MELAKA 491 89 268 C 134
TERENGGANU 460 42 282 C 136
WP PUTRAJAYA 122 3 93 C 26
WP LABUAN 9 C 6 C 3
PERLIS 9 C 6 C 3
JUMLAH KESELURUHAN 20,889 1,946 12,059 13 6,871
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 OGOS 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Batu Sebelas Cheras Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 91 109
2 Tapak Bina Jalan Kajang East Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 21 81
3 Jalan Dua Sungai Lang Tempat Kerja Selangor Sabak Bernam 19 56
4 Jalan Pekeliling Sepang Tempat Kerja Selangor Sepang dan Petaling 15 19
5 Industri Jalan Kamunting Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 15 37
6 Jalan Bestari Tujuh Tempat Kerja Johor Johor Bharu dan Kota Tinggi 122 213
7 Perindustrian Firma Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru 31 287
8 Perindustrian Tahana Tempat Kerja Johor Johor Bahru 24 132
9 Industri Keluli Lapan Tempat Kerja Johor Johor Bahru 18 65
10 Perindustrian Jalan Kelapa Sawit Kulai Tempat Kerja Johor Kulai 16 184
11 Kampung Cabang Tiga Kedai Buloh Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu dan Tumpat 11 25
12 Seksyen Satu Bandar Pasir Mas Tempat Kerja Kelantan Pasir Mas dan Kota Bharu 8 56
13 Jalan Jelawai Satu Tempat Kerja Perak Muallim 9 22
14 Jalan Jelutong Malim Tempat Kerja Perak Muallim 7 39
15 Tapak Bina Lebuhraya Kampung Jawa Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya 41 158
16 Jalan Bukit Tengah Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 23 458
17 Tapak Bina Puteh Lama 2 Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 53 170
18 Jalan Tengku Ismail Temerloh Tempat Kerja Pahang Temerloh 31 73
19 Industri Jalan PK 32 Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 27 208
20 Kampung Takel Luar Labok Komuniti Kelantan Machang 28 41
21 Kampung Tanjung Stan Komuniti Kelantan Kota Bharu 14 31
22 Kampung Slow Mengkuang Komuniti Kelantan Kuala Krai dan Kota Bharu 12 23
23 Kampung Kubang Kiat Komuniti Kelantan Kota Bharu 11 18
24 Kampung Seratau Komuniti Sarawak Kuching 392 1,084
25 Kampung Jawa Kuching Komuniti Sarawak Kuching 53 109
26 Kampung Perlok Baru Komuniti Perak Batang Padang 51 117
27 Rumah Awam Tiga Komuniti Perak Muallim 18 95
28 Banggol Tok Jiring Komuniti Terengganu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Kemaman 134 1,216
29 Batu 23 Komuniti Selangor Sabak Bernam dan Petaling 19 37
30 Sungai Panching Selatan Komuniti Pahang Kuantan 73 397
31 Dah Kampung Siputeh Komuniti Kedah Kubang Pasu 28 47
32 Lorong Jelutong Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 21 34
33 Batu Tujuh Setengah Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Gombak 11 41
34 Jalan Dusun Empat Kumpulan Berisiko Tinggi Kelantan Kota Bharu 8 13
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 5 OGOS 2021
NEGERI NILAI RT
KELANTAN 1.29
PERAK 1.23
PULAU PINANG 1.21
TERENGGANU 1.20
KEDAH 1.17
SABAH 1.17
JOHOR 1.14
WP KUALA LUMPUR 1.11
SARAWAK 1.09
MELAKA 1.09
PAHANG 1.09
SELANGOR 1.08
WP PUTRAJAYA 1.01
NEGERI SEMBILAN 0.98
WP LABUAN 0.64
PERLIS 0
JUMLAH KESELURUHAN 1.08 |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 6-8-2021 05:57 PM
Hehe.....mmg panas yg terik......
Ni pun dah mula bahang....hari ni menu gril dan stimbot ala Seoul Garden |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 7-8-2021 08:41 AM
Ni pun dah mula bahang....hari ni menu gril dan stimbot ala Seoul Garden
Good morning..pagi ni nasi goreng lagi..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 7-8-2021 07:48 AM
Good morning..pagi ni nasi goreng lagi..
Wah...xde cornflakes dah...bekerja keras ye |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 7-8-2021 08:50 AM
Wah...xde cornflakes dah...bekerja keras ye
X mkn cornflakes pun tapi oat....mmg makan tiap hari..nasi goreng ni noor masak untuk family |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 7-8-2021 08:04 AM
X mkn cornflakes pun tapi oat....mmg makan tiap hari..nasi goreng ni noor masak untuk family
Bekpes sekut coklat Julie tadi...Perapan kambing done...ayam pulak |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Termis post makadek ni...sedap tu
Ni tgh gril terung...tadi perapan kambing dan ayam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Naik balik...huhu...
Sehingga 7 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,257 kes (1,243,852 kes).Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 7,084 (458,450)
WPKL - 2,450 (138,521)
Johor - 1,182 (99,144)
Sabah - 1,255 (92,456)
Sarawak - 573 (80,747)
Negeri Sembilan - 884 (77,637)
Kedah - 1,514 (54,988)
Pulau Pinang - 959 (51,674)
Kelantan - 930 (48,563)
Perak - 774 (43,063)
Melaka - 414 (35,058)
Pahang - 714 (28,523)
Terengganu - 425 (20,098)
WP Labuan - 2 (9,709)
WP Putrajaya - 56 (4,415)
Perlis - 41 (806)
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jenis makanan melawan jangkitan coronavirus
Hakikatnya, tidak ada satu jenis makanan yang dapat menghalang penularan jangkitan novel coronavirus ini.
Tetapi pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman tertentu, sekurang-kurangnya dapat membantu menguatkan sistem imun badan dan melindungi daripada risiko jangkitan.
Buah sitrus
Merupakan sumber vitamin C yang baik. Vitamin C dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berperanan melawan jangkitan virus. Antara buah yang popular sebagai sumber vitamin C adalah:
Oren
Limau tangerine
Limau gedang (grapefruit)
Lemon
Limau purut
Brokoli
Sangat berpotensi dalam mencegah jangkitan virus korona. Brokoli adalah sayur yang kaya dengan nutrien penting sistem imun, seperti serat, antioksidan dan vitamin A, C serta E.
Bayam
Bayam mengandungi vitamin C, flavanoid dan beta karoten yang dapat membantu melawan jangkitan virus.
Ketiga-tiga nutrien itu dapat memperkuatkan sistem imun melalui penghasilan sel darah putih yang banyak. Cara terbaik mengekalkan manfaatnya adalah dengan tidak memasak terlalu lama.
Beri biru
Buah ini kaya dengan antioksidan flavanoid yang dikenali sebagai antosianin. Banyak kajian menunjukkan bahawa sebatian ini dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan.
Bawang putih
Merupakan antara ramuan yang sering diguna untuk merawat selesema. Ia mengandungi sebatian allicin yang dikatakan cukup berkesan dalam mencegah jangkitan, khususnya pada saluran pernafasan.
Teh hijau
Minuman ini juga mempunyai nutrien yang dapat mencegah penyebaran jangkitan virus korona. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil epigallocatechin gallate (EGCG), sejenis kompaun yang dapat menguatkan sel-T dalam sistem imun badan.
Yogurt dan susu
Kedua-duanya mengandungi bakteria baik dipanggil probiotik. Probiotik berfungsi membantu sistem pencernaan, merangsang sistem imun dan menjadikannya kebal terhadap sebarang jangkitan.
Lada benggala merah
Merupakan antara makanan tinggi kandungan nutrien yang dapat menghalang jangkitan virus korona.
Ia mengandungi dua kali lebih banyak vitamin C berbanding buah sitrus. Selain dapat menguatkan sistem imun, lada benggala merah juga membantu menjadikan anda lebih sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 7-8-2021 03:59 PM
Jenis makanan melawan jangkitan coronavirus
Hakikatnya, tidak ada satu jenis makanan yang dapat m ...
Wahhhh tak sangka bayam bagus...ni mmg favourite anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 7-8-2021 03:59 PM
Jenis makanan melawan jangkitan coronavirus
Hakikatnya, tidak ada satu jenis makanan yang dapat m ...
Hari ni pun beli oren...biasa mmg beli 2 jenis buah je..oren dan epal.....cuma malas nk tulis selama ni...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 7-8-2021 04:04 PM
Wahhhh tak sangka bayam bagus...ni mmg favourite anak2
Tu le...ni masak bayam |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 7-8-2021 04:05 PM
Hari ni pun beli oren...biasa mmg beli 2 jenis buah je..oren dan epal.....cuma malas nk tulis sela ...
Rajin gak beli pelbagai limo- Bali, mandarin, kasturi & nipis selain lemon |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 7-8-2021 05:13 PM
Tu le...ni masak bayam
Sedap horkehhhhh....favourite noor juga...budak2 ni kalau bayam mmg licin....satu lsgi kobis panjang (cina) tu suka bebenor dema.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|