|
Singapura : 16 Jun 2007
BIL TELEFON $2,000 'LEPAS KAD SIM HILANG'
Oleh
Farid Hamzah
GARA-GARA cuai, sepasang suami isteri terpaksa menanggung bil telefon bimbit berjumlah lebih $2,000 meskipun mereka mendakwa tidak membuat panggilan sebanyak itu.
Ini berlaku, dakwa Haji Mustafa Omar, 77 tahun, selepas kad pengenalan peribadi (SIM) untuk telefon bimbit isterinya lesap - dipercayai terjatuh daripada dompetnya.
Ditemui di flat anak perempuan mereka di Simei Street 1, Haji Mustafa berkata: 'Saya keluarkan kad SIM kerana tidak mau sesiapa gunakannya lalu saya letakkannya dalam dompet. Mungkin ia terjatuh.'
Isterinya, Hajah Salbiah Ali, 67 tahun, mendakwa kesemua panggilan itu dibuat tanpa pengetahuannya. 'Biasanya bil kami hanya mencecah sekitar $20 hingga $30 sahaja sebulan.'
Nenek 14 orang cucu itu berkata beliau tidak sedar akan kehilangan kad SIMnya sehinggalah menerima bil telefon bimbitnya dari MobileOne Ltd (M1).
'Tapi saya hanya buka bil pada 11 Mac lalu dan terperanjat melihat jumlahnya,' ujarnya.
Hampir kesemua panggilan dibuat ke Indonesia.
Bil pertama dari 15 Februari hingga 21 Februari berjumlah $834.18. Bil kedua antara 22 Februari dengan 1 Mac lalu berjumlah $1,214.69.
Beliau mengaku tidak membayar bil itu menjadikan jumlah tunggakannya $2,048.87.
Menantunya membuat laporan polis dan cucunya menghubungi M1.
'Saya tidak bayar kedua-dua bil itu langsung kerana perlukan wang untuk rawatan saya,' kata Hajah Salbiah yang menghidap darah tinggi dan sakit tulang belakang.
Namun pada 11 Mei lalu, Hajah Salbiah menerima surat daripada firma guaman Yeo Leong & Peh yang mewakili M1 menggesa Hajah Salbiah membayar bil tunggakan $2,416.37 - termasuk yuran guaman $52.50.
Bagaimanapun M1 bersetuju mengurangkan bil itu kepada $1,686.97.
Jurucakap polis yang dihubungi semalam mengesahkan laporan telah dibuat namun tiada tindakan lanjut akan diambil.
Dalam jawapannya kepada Berita Harian, jurucakap M1 berkata:
'Kami membenarkan (Hajah Salbiah) membayar bilnya secara ansuran atas beberapa pengecualian.
'Kami mencuba sedaya upaya membantu Hajah Salbiah, namun kami akan menghubungi cucunya sekali lagi untuk menyemak semula kes itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Forum : 16 Jun 2007
IBU TUNGGAL MASIH MENANTI NAFKAH TERTUNGGAK BAGI ANAK
SAYA ingin berkongsi pengalaman pahit saya mengenai isu nafkah setelah bercerai dengan bekas suami pada 1993.
Saya mempunyai seorang anak lelaki dan seorang perempuan dalam hak penjagaan.
Pada awal lima bulan bercerai, nafkah anak-anak dimasukkan ke dalam akaun saya melalui majikan bekas suami saya. Pada bulan yang ke enam, beliau berhenti kerja dan mulai hari itu saya telah beberapa kali ke Mahkamah Keluarga untuk menuntut nafkah anak-anak saya tetapi hampa belaka apabila diberitahu mereka tidak dapat menjejaki alamat beliau dan tempat beliau bekerja.
Bayangkan pada masa itu anak-anak saya berusia tujuh dan lima tahun. Saya faham perasaan ibu-ibu tunggal yang cuba ke mahkamah untuk mendapatkan hak anak-anak terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk ke sana tetapi jawapan yang diberi adalah sama - iaitu tidak dapat mengesan tempat beliau bekerja atau alamat terbaru beliau.
Ia sungguh menghampakan.
Sejak hari itu saya tidak terdaya lagi untuk mengambil cuti semata-mata untuk ke mahkamah dan mendapat jawapan yang sama.
Saya cuba sedaya upaya membesarkan anak-anak saya sendiri. Alhamdulillah kini anak-anak saya berusia 22 dan 20 tahun.
Pada 2005 bekas suami saya meninggal dunia dan dikebumikan di tempat rumah isteri kedua nya di Batam.
Selang beberapa hari saya ke Mahkamah Sya riah untuk memfailkan hak anak-anak saya atas hukum faraid.
Memandangkan ketika itu anak pertama saya belum menjangkau 21 tahun, saya dilantik sebagai pentadbir (administrator) bagi mereka berdua. Saya telah mengambil peguam bagi kes ini.
Pada 2006 anak saya yang pertama menjangkau 21 tahun, saya sekali lagi memohon ke mahkamah atas nama anak saya sendiri.
Setelah beberapa bulan saya masih diberitahu perkara yang sama iaitu ada pihak lain yang menuntut hak ke atas harta beliau iaitu isteri dan emak beliau.
Pada masa yang sama, saya telah ke Mahkamah Keluarga dan mendapatkan dokumen sah menyatakan bahawa semasa hidup beliau telah berhutang wang nafkah anak-anak saya sebanyak $52,000.
Hingga kini, 2007, saya masih belum mendapat apa-apa jawapan dari mahkamah dan masih menanti dalam pasrah.
Soalan saya di sini, apakah hak anak-anak saya dalam menuntut harta arwah bapa mereka dan berapa lama lagikah mereka harus menunggu untuk men dapatkan hak mereka.
Kedua, bolehkah saya menuntut hutang wang nafkah anak-anak saya semasa beliau hidup sebanyak $52,000 itu?
Ibu Zai,
(Editor: Diizinkan nama samaran demi memelihara maruah keluarga pengirim) |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 20 Jun 2007
DUA JENIS NOT $20 SEMPENA 40 TAHUN PERJANJIAN MATA WANG S'PURA-BRUNEI
Oleh
Hisham Hambari
DUA jenis not $20 baru akan dilancarkan di sini dan Brunei sempena ulang tahun ke-40 perjanjian membolehkan mata wang dua negara ini digunakan di negara satu sama lain.
Satu daripada not itu adalah jenis siri terhad sebagai bahan koleksi dan satu lagi untuk edaran umum bagi penggunaan di kedua-dua negara.
Ia akan dilancarkan bersama oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Brunei pada 27 Jun.
Mendedahkan ini semalam, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata not bagi edaran umum itu akan mempunyai corak sama di muka belakang sementara pada muka depan pula setiap negara akan mempunyai corak masing-masing.
Siri terhad pula mempungai beberapa ciri unik, misalnya nombor bersiri khas.
Not itu dihasilkan menggunakan polymer, atau plastik mampat, dan dijangka diedarkan mulai pertengahan bulan depan.
'Dua jenis not $20 akan diterbitkan. $20 campur $20 adalah $40. Ini melambangkan perjanjian mata wang dua negara yang telah berjalan 40 tahun,' kata Ketua Jabatan Kewangan MAS, Encik Low Siang Kok, dalam satu sidang akhbar.
MAS juga berharap pelancaran not baru itu akan menghakis keraguan sesetengah pihak, seperti sebilangan kecil peruncit, sama ada mata wang Brunei boleh diterima di sini.
Menurut MAS, sejumlah $640.3 juta dolar Brunei berada dalam edaran di sini antara 1 April 2005 hingga 31 Mac tahun lalu.
Bagi dolar Singapura pula, $6.7 juta berada dalam edaran di Brunei pada 2005. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 20 Jun 2007
KES DENGGI CAPAI TAHAP WABAK
Oleh
Azahar Mohd
KES demam denggi telah mencapai tahap wabak buat pertama kalinya di sini sejak 2005 setelah 401 orang dikesan dijangkiti penyakit itu sepanjang minggu lalu - jumlah mingguan tertinggi tahun ini.
Secara keseluruhan, sebanyak 2,868 kes dicatat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, iaitu hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding 1,392 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Sejauh ini, dua orang menjadi korban denggi tahun ini.
Kali terakhir kes demam denggi mencapai tahap wabak ialah pada 2005 apabila 714 kes dilaporkan dalam seminggu.
Menurut satu kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan AgensiSekitaran Kebangsaan (NEA), peningkatkan kes demam denggi itu berpunca daripada keadaan cuaca panas dan hujan yang turun renyai-renyai.
'Perubahan dalam jenis virus denggi Den-1 kepada Den-2 juga menyumbang kepada kenaikan tersebut,' kata kenyataan itu sambil meminta orang ramai supaya terus berwaspada.
Sebelum ini, kes baru demam denggi bertambah kepada 293 kes dua minggu lalu.
Kes demam denggi tertinggi kini berlaku di Kim Keat Road/Kim Keat Close dan West Coast Drive/West Coast Walk - masing-masing mempunyai 23 kes.
Kes di West Coast Road (15 kes) dan Ho Ching Road/Tao Ching Road/Yung Sheng Road (13 kes) pula menimbulkan kebimbangan kerana penularan itu telah berlanjutan lebih sebulan.
Menurut NEA, penularan itu berlaku kerana orang ramai dikesan terus membiak nyamuk Aedes di rumah, walaupun pegawai NEA telah menjalankan pemeriksaan di dalam dan luar rumah.
Penularan di rumah turut menjadi punca utama demam denggi di beberapa kawasan sebelum ini seperti di Jalan Songket/Hougang Street 2 dan Jalan Samarinda/Jalan Pelikat.
Perangkaan kes demam denggi yang melebihi 10 kes atau lebih akan mula dimuat naik di laman NEA bagi membolehkan penduduk mengambil langkah pencegahan.
Orang ramai boleh mendapatkan senarai kelompok denggi terkini di www.dengue.gov.sg.
NEA juga akan memantau beberapa kawasan yang boleh menjadi kelompok demam denggi baru, termasuk di Yishun, Marsiling, Woodlands, Bedok North, Ang Mo Kio and Taman Jurong. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #943 fatz's post
interesting nih...
tapi nape ekk... kengkadang matawang Brunei tak leh digunakan kat some places di Singapura...
sedangkan kat Brunei...matawang Singapura takde masalah langsung...kecuali kalo wang kertas tu koyak jerkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #945 holmes's post
pasal, masih ada kedai2 atau jurujual2 di sini yg tak tau bahawa duit Brunei is a legal tender (diperakukan laku) di sini..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 20-6-2007 06:21 PM
pasal, masih ada kedai2 atau jurujual2 di sini yg tak tau bahawa duit Brunei is a legal tender (diperakukan laku) di sini.....
ayat bold.. pertama kali nek dgr...:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #947 virgomal's post
dengar ke nampak nek  |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 22 Jun 2007
BADAN SAINTIFIK AKUR KERJASAMA ATASI DENGGI
Konsortium Denggi meterai MOU jalankan penyelidikan dan cari penawar
SEDANG kes demam denggi terus melonjak, 11 pertubuhan saitifik utama di sini yang membentuk Konsortium Denggi semalam memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi menjalankan penyelidikan dan mencari penawar penyakit demam denggi.
Dengan pemeteraian MOU itu, anggota konsortium tersebut, yang ditubuh pada 2003, akan berkongsi maklumat dan hasil penyelidikan mereka dalam usaha memahami lebih baik virus denggi.
Konsortium itu akan juga meningkatkan usaha pencegahan, rawatan dan strategi bagi menghapuskan demam denggi.
Pengarah Program Pertahanan Biologi, Pertubuhan Sains Pertahanan-Makmal Kebangsaan (DSO-NL), Dr Oooi Eng Eong, berkata sebagai sebuah negara tropikal Singapura sememangnya menghadapi masalah denggi.
Dengan begitu ramai penyelidik dan saintis terkemuka di dunia kini berpangkalan di Singapura, Konsortium Denggi boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan strategi bagi mencegah, merawat dan akhirnya menghapuskan penyakit tersebut, tambah beliau.
Kes demam denggi telah mencapai tahap wabak buat pertama kalinya di sini sejak 2005 setelah 401 orang dikesan dijangkiti penyakit itu sepanjang minggu lalu - jumlah mingguan tertinggi tahun ini.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, 2,868 kes dicatat, lebih seganda lebih tinggi daripada 1,392 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Antara agensi pemerintah dalam konsortium itu ialah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star); penyedia khidmat kesihatan, National Health Group (NHG); Sekolah Perubatan Duke; dan Institut Novartis bagi Penyakit-Penyakit Tropika.
Profesor Mariano Garcia-Blanco dari Sekolah Perubatan Duke berkata MOU itu amat penting dalam usaha menj |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 22 Jun 2007
ATURAN BARU PAKAR MATA BAGI JAGAAN KESIHATAN LEBIH BAIK
Oleh
Nadzri Eunos
ORANG ramai boleh menjangkakan mutu penjagaan kesihatan mata lebih baik sekiranya satu perundangan baru untuk mendaftarkan pakar mata setempat diluluskan di Parlimen, bulan depan.
Ini kerana di bawah Rang Pakar Mata dan Penjagaan Mata, semua pakar optik perlu pensijilan formal yang bertujuan memastikan mutu khidmat profesional tinggi.
Jika diluluskan, Kementerian Kesihatan (MOH) akan memulakan proses pendaftaran menjelang akhir tahun ini. Sebelum ini, industri setempat menguatkuasakan piawaian mereka sendiri.
Buat masa ini, pakar optik bergelar optician tidak perlu menjalani latihan formal dan boleh memeriksa daya penglihatan pesakit dan mengeluarkan preskripsi kaca mata.
Pakar optik bergelar optometrist pula sekurang kurangnya berkelayakan diploma dan boleh mengukur tekanan dalam bebola mata, memeriksa daya penglihatan dan mengeluarkan preskripsi untuk merawat sakit mata.
Mereka juga satu-satunya pakar mata yang boleh menyarankan penggunaan kanta lekap dan diberi lesen oleh Penguasa Sains Kesihatan.
Menerangkan demikian semalam, Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, berkata meskipun permintaan bagi pendaftaran pakar optik sudah disuarakan, kementeriannya hanya membentangkannya baru-baru ini selepas persiapan mencukupi dibuat.
Antaranya ialah memastikan terdapat bekalan pakar optik yang mencukupi supaya pengguna tidak dibebani kos khidmat yang tinggi.
Ini di samping mendapat maklum balas daripada orang ramai dan pihak yang berkepentingan seperti Persatuan Optometrik Singapura dan Pusat Optometri Politeknik Singapura.
Di bawah perundangan baru, pakar optik yang kurang berpengalaman perlu menjalani kursus atau menduduki ujian kelayakan.
Buat masa ini, hanya Politeknik Singapura menawarkan kursus dalam bidang optometri. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 22 Jun 2007
DUA DOKTOR DIGANTUNG, DIDENDA $5,000
DUA doktor digantung daripada tugas selama tempoh antara enam dengan sembilan bulan dan didenda $5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah tidak menjalankan tugas secara profesional.
Dr Tan Kok Beng, 47 tahun, dan Dr Low Hon Kwok, 66 tahun, juga diarah membuat perjanjian bertulis kepada Majlis Perubatan Singapura (SMC) bahawa mereka tidak akan melakukan perkara sedemikian lagi pada masa depan dan membayar kos perbicaraan.
Ini dinyatakan SMC dalam satu kenyataannya kelmarin.
Dr Tan, yang digantung enam bulan dan menjalankan khidmat perubatannya di K B Tan Clinic & Surgery, mengaku bersalah atas 14 dakwaan memberikan ubat benzodiazepines, gagal memberikan kaunseling kepada 14 pesakit dan gagal melaporkan mereka kepada seorang pakar perubatan bagi pengurusan lanjut.
Sementara itu, Jawatankuasa Disiplin (DC) SMC juga mendapati Dr Low, yang menjalankan khidmat perubatannya di Sin Min Clinic, bersalah atas 18 dakwaan memberikan ubat benzodiazepines kepada 18 pesakit dan gagal mendokumen maklumat yang cukup mengenai rancangan pengurusan pesakit.
Antaranya, beliau tidak memberikan kaunseling, rujukan kepada seorang pakar atau amaran mengenai kesan ubat itu kepada pesakit sepanjang tempoh rawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 23 Jun 2007
REBAT $60J BAGI PEMEGANG POLISI ELDERSHIELD
MOH: Bayaran oleh syarikat insurans di akhir kontrak Oktober ini
SEKITAR 770,000 pemegang polisi ElderShield akan mendapat rebat lebih $60 juta yang diagihkan syarikat insurans masing-masing mulai Oktober ini.
Agihan rebat itu dibolehkan kerana diperuntuk dalam kontrak lima tahun ElderShield yang diberi kepada dua syarikat penyedia perlindungan insurans itu, The Great Eastern Life Assurance Company Limited dan NTUC Income Insurans Co-operative Limited.
Peruntukan itu membolehkan Kementerian Kesihatan (MOH) mengarahkan kedua-dua syarikat insurans itu memulangkan rebat kepada pemegang polisi.
Dua syarikat itu menyediakan skim perlindungan ElderShield mulai September 2002 dan kontrak tersebut berakhir September ini.
Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan semalam, MOH menyatakan jumlah rebat akan ditentukan hasil perbincangan dengan pihak perunding caranya kelak.
MOH menaksirkan jumlah rebat dijangka melebihi $60 juta dan akan dinikmati sekitar 770,000 pemegang polisi.
Jumlah agihan bergantung pada bilangan tuntutan dan akan diputuskan menjelang September.
Ia akan mengambil kira umur dan tempoh pemegang polisi menyertai ElderShield.
MOH memberi contoh pemegang polisi yang menyertai ElderShield apabila berusia 40 tahun dalam 2002 akan menerima rebat lebih tinggi berbanding yang sebaya tetapi menyertainya selepas 2002.
Pemegang polisi boleh menjangka menerima rebat daripada $10 hingga sekitar $250.
Bagi majoriti pemegang polisi, jumlah tersebut adalah sekitar 7 peratus daripada premium yang telah dibayar, menurut MOH.
Rebat tersebut akan dipulangkan ke dalam akaun Medisave pemegang polisi atau secara tunai bagi yang membayar premium secara tunai.
Menurut MOH, kedua-dua syarikat insurans akan memaklumkan kepada pemegang polisi mengenai jumlah rebat yang mereka akan dapat menerusi surat pada Oktober. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CPF Board cautions public against fraudulent acts
By Hoe Yeen Nie, Channel NewsAsia | Posted: 25 June 2007 2032 hrs
SINGAPORE: A person, pretending to be a CPF officer, has been calling up members of the public to make fund transfers to a bank account.
According to the CPF Board, the impersonator would call the victims on their mobile phones and ask them to go to an ATM to transfer money to a third party's bank account.
This is on the pretext of signing up for the Workfare Bonus Scheme or GST credits.
The board explains that it does not phone members to carry out transactions through the ATM, especially fund transfers.
It also says the Workfare Bonus Scheme does not require registration by members.
Money is paid automatically to employees' accounts based on their CPF contributions, while self-employed persons are assessed through their IRAS income records.
Informal workers have to declare their income at CPF Service Centres.
Although the public has to sign up by 25 June to receive their GST Credits on July 1, the Board says this does not require any fund transfer.
The credits will be paid according to the member's instruction, either by cheque or into a bank account.
For further clarification, members may call the CPF hotline at 1800-2222-888. - CNA/yy |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KINI SUDAH ADA SABUN SERTU
Oleh
Salma Semono
SYARIKATNYA sering menerima permintaan daripada pelanggan-pelanggan Islam untuk menyertu rumah mereka.
Lantaran itu, lahirlah idea menghasilkan sabun untuk sertu, yang kini mula dipasarkan, kata Ustaz Abdul Rahman Mohamed, pengarah Fiqh Consultancy and Services.
Menurut Ustaz Abdul Rahman, sasaran syarikatnya ialah para peniaga makanan di pusat-pusat penjaja, mereka yang membeli rumah daripada orang bukan Islam, para pembantu rumah dan sesiapa saja yang mungkin tidak dapat mengelakkan diri daripada terkena najis berat (almughallazah), seperti najis anjing ataupun babi.
Diberi nama Sabun Sertu Almughallazah, sabun tersebut dihasilkan dalam dua bentuk - satu untuk kegunaan mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain perkakas yang sesuai dan satu lagi untuk mencuci anggota badan termasuk rambut.
'Untuk melaksanakan sertu, kita perlu gunakan tanah sebagai salah satu bahannya. Tetapi tidak mudah untuk mendapatkan tanah atau menyimpan tanah sepanjang masa.
'Jadi berdasarkan kajian dan pengalaman saya selama bertahun-tahun melaksanakan khidmat sertu rumah, tercetus idea menghasilkan sabun sertu ini,' kata beliau kepada Berita Harian.
Walaupun antara kandungan sabun tersebut ialah tanah liat, pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakannya sebagai sabun mandi, kata beliau.
Ini disebabkan tanah liat tersebut telah melalui proses penapisan yang ketat.
Kenapa dibezakan antara sabun mandi dengan sabun cuci pinggan mangkuk?
'Ia perlu dibezakan kerana sabun mandi mempunyai kadar pH yang rendah sementara sabun cuci pinggan mangkuk pula perlu tinggi kadar pH-nya. Oleh kerana kadar pH-nya rendah, sabun mandi tersebut juga boleh digunakan oleh kanak-kanak,' jelas beliau.
Harga kedua-dua jenis sabun ini juga berbeza iaitu $12.90 untuk sabun mandi dan $7.90 untuk mencuci pinggan mangkuk.
Syarikat tersebut, yang turut memaparkan butir mengenai sabun itu di lamannya di www.fiqhconsultancy.com , kini sedang mencari pengedar untuk sabun-sabun tersebut.
Buat masa ini, sabun-sabun ini hanya boleh dibeli dari pejabat syarikat tersebut, di Blok 13, Haig Road. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

New notes mark milestone in relations with Brunei: PM Lee
By May Wong, Channel NewsAsia | Posted: 27 June 2007 2200 hrs
Singapore and Brunei on Wednesday marked 40 years of the Currency Interchangeability Agreement and to mark the occasion, special commemorative notes have been launched.
Speaking in Brunei, Prime Minister Lee Hsien Loong said the agreement and the new notes mark a significant milestone in bilateral relations.
Mr Lee, who was greeted by a Guard of Honour at the Airport on arrival, also met Sultan Hassanal Bolkiah for a four-eye meeting.
Two new $20 notes were introduced to signify the 40 years the two countries have recognised and accepted each other's currencies.
The notes share the same back design, featuring distinctive landmarks in both countries, such as the Esplanade for Singapore.
But the frontal designs are different.
At the launch ceremony, Mr Lee said he looks forward to reaffirming the continued commitment to this unique symbol of cooperation.
He also pledged that Singapore will remain Brunei's reliable, trusted and loyal friend and partner.
PM Lee said: "The Currency Interchangeability Agreement, or CIA, has withstood the test of time. Forty years on, the agreement has not only served its intended purpose but continues to play an important role in the nurturing of our long standing bilateral ties. Indeed, I'm told that within the ASEAN and ASEAN +3 finance circles, officials cite the CIA as a good example of what regional monetary cooperation could look like."
Sultan Hassanal Bolkiah said the event is more than a routine launch of new bank notes.
He said it is a celebration of what the bank notes mean and offer to the people, ensuring stable currency and prices, while pursuing respective national objectives in peace and stability.
Sultan Hassanal Bolkiah said: "In terms of currency, it is an instinctive confidence that is reinforced in this new bank note. On one side, it shows us as sovereign nations. On the other, it shows us as very closely linked in a crucial aspect of modern life. That clearly sums up our countries' relationship. It is strengthened even more perhaps by your presence here."
Prime Minister Lee said before 1967, Singapore, Brunei and Malaysia used a common currency as part of a monetary union.
After the union ended, each country issued its own currencies.
But Singapore and Brunei signed this interchangeability agreement with the aim of maintaining continuity and promoting closer collaboration in monetary matters.
And the objective has certainly been achieved, as Mr Lee observed healthy growth in trade between Singapore and Brunei.
Mr Lee said: "On the investment front, both sides have invested in fast-growing niche areas such as the hospitality and medical fields. The CIA has also been a boon for tourism between our two countries, as it has made it more convenient for tourists to pay in their own currency.
"In financial year 2005, the total bilateral flow of Brunei and Singapore currencies was in excess of $645 million. That's quite a lot of Great Singapore Sale shopping."
The Prime Minister added that this unique currency arrangement has worked well for both sides, contributing to monetary stability. - CNA/ch |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 27-6-2007 11:01 AM
KINI SUDAH ADA SABUN SERTU
Oleh
Salma Semono
SYARIKATNYA sering menerima permintaan daripada pelanggan-pelanggan Islam untuk menyertu rumah mereka.
Lantaran itu, lahirlah idea menghas ...
sertu?? menyertu?? apa tu? x pernah dengah pun perkataan nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #955 fatz's post
:clap::clap:
cantik ekk the new $20 note.... tak sabar lak hom nak dptkan satu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #956 alexandria_iz's post
sertu... erk... camner nak explain
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
sikit sebanyak mcm samak....
eg.. nampak anjing yang muka singa tu.............samakkkkkkkkk  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alexandria_iz at 28-6-2007 12:13 PM
sertu?? menyertu?? apa tu? x pernah dengah pun perkataan nie....
sertu = mensucikan atau membersihkan anggota badan kita..., perkakas kegunaan(seperti pinggan mangkuk dll) atau rumah kediaman dari najis berat (contoh = babi atau najis anjing)...dgn mengikut tertib syarak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #955 fatz's post
yang gambo burung dulu tu naper eh tak diteruskan
now ni lagik cantik rupa dia...:ah: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|