Originally posted by isyarina at 15-5-2007 07:56 AM
air nyira tumpah ke jerami
sudah dibasuh baru bertanya
selalu mesra kasih bersemi
jangan bermusuh pada akhirnya
lagu ella judulnya rama rama
selalu kedengaran di mana2 jua
doa yang baik agar selamanya bersama
pasti ia kekal jadi milik kita
Originally posted by isyarina at 15-5-2007 08:00 AM
laluan titi lepas perigi
bunga berkuntum dekat perdu
hari ini ku datang lagi
dengan senyum berulam rindu
isya datang senyuman penuh bererti
mengharap si dia sedang menanti
tetapi si dia tak ada setelah diperhati
janganla sedih...pasni datang lah lagi :bgrin:
Originally posted by sweetLove at 15-5-2007 01:35 PM
isya datang senyuman penuh bererti
mengharap si dia sedang menanti
tetapi si dia tak ada setelah diperhati
janganla sedih...pasni datang lah lagi :bgrin:
isya....joke je...
karipap kari banyak inti
tentu sedap buatan sendiri
setiap hari daku menanti
tapi dia dah cabut lari..
Originally posted by mancis at 15-5-2007 05:17 PM
Sayang selasih di tepi perigi
Kembang melur kembang melati
Setiap hari datang dan pergi
Abang di sini tak jemu menanti
kantung disisip bersama pundi
ajak mandi manda di perigi
untung nasib ada yang sudi
isya belanja semangkukmaggi
Originally posted by isyarina at 16-5-2007 01:28 PM
Ayam berlada banyakkan lada
Santapan baginda di pohon sena
Gurau senda sampai tergoda
Sudah tergoda bawa ke mana?
rajawali di sumpit untuk santapan raja
di masak oleh si hamba sahaya
kalo dah tegoda ingin dibawa ke mana sahaja
tengok lah iman atau nafsu yang memandunya
Originally posted by isyarina at 18-5-2007 07:51 AM
Adik berdansa tengah beranda
Bayu nyaman cuaca cerah
Ingin rasa bergurau senda
dengan teman penglipur lara
Saya bukan orang berada
Ah...harta bukan dibawa mati...
Mancis ada, Pitoq pun ada
bergurau sendalah sepuas hati....
rajawali di sumpit untuk santapan raja
di masak oleh si hamba sahaya
kalo dah tegoda ingin dibawa ke mana sahaja
tengok lah iman atau nafsu yang memandunya
:bgrin:
kalau saudari belum berpunya
selalu-selalulah datang ke sini
Pandangan Pitoq itu ada betulnya.
Weh Pitoq, boleh jadi ustaz kau ni..