CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ummimon

Merged : Rempah & Herba

[Copy link]
Post time 4-7-2010 04:24 PM | Show all posts
ni pokok cekur mak saya.. saya pun x pasti nak letak kat thread mana cekur ni.. harap2 betui la kat sini.. maap mod kalo salah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 09:27 AM | Show all posts
salam semua..

nak tanya pernah tak anda semua tanam pokok ulam raja melalui keratan batang? dah 2 hari sy semai keratan batang tersebut nampaknya tak layu lagi..agak2nya menjadi ker guna keratan batang tanam ulam raja ni,biasa orang tanam melalui anak pokok kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:30 AM | Show all posts
sekarang ni baru tanam beberapa jenis iaitu kesum,pegaga,daun sup,daun ketumbar,dan ulam raja,pokok kunyit dan halia pun sy tanam dalam pasu..


tengah bercadang nak cari benih sireh dan kaduk pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:39 AM | Show all posts
cekur ni kalo ptg rampai buh lam nasi grg kerabu sedap... lg satu leh buh lam masak lemak cili api daun dia.... salu org guna daun kunyit, kalo buh daun cekur pun ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:40 AM | Show all posts
cekur ni ada bunga.... kaler putih bunga dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:40 AM | Show all posts
Reply 944# cincau


   ade resepi guna cekur ni tak? cam best jer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2010 10:51 AM | Show all posts
Cekur
  
Nama Tempatan: Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Nama Lain: Kencur
Famili: Zingiberaeceae
Lokasi dijumpai:  
Asal:  

keterangan:
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
kegunaan:
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:57 AM | Show all posts
ikan keli masak gulai cekur

bahan-bahannya:

ikan keli 4 ekor..kalau beli yg dah siap salai lagi best

santan 1 kotak 200ml (nak senang…tak yah perah2)

2 inci isi cekur

cili api ikut suka..kalau suka pedas..ltk byk2

5 ulas bawang merah kecil

2 ulas bawang merah

garam sesedap rasa

(bahan2 di atas kecuali ikan keli, garam dan santan, ditumbuk halus)

cara-cara memasaknya:

1. ikan keli digoreng garing..nak panggang lagi bagus…

2. masukkan santan pekat dan bahan2 yg ditumbuk tadi kat dalam periuk. masak di atas api sederhana sehingga kuah pekat…kalau suka boleh tambah serbuk kunyit skit dan hirisan daun cekur….

3. susun ikan keli goreng kat dalam pinggan besar atau mangkuk pastu curahkan kuah cekur tadi kat atas ikan…

taddaaaa…dah siap..senang kann……….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by cincau at 5-7-2010 11:04

KERABU DAUN SELOM & DAUN CEKUR

BAHAN-BAHAN:

Dua ikat daun selom
Semangkuk daun cekur
Kelapa parut dari setengah biji kelapa yang agak muda
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Belacan sebesar ibu jari
Cili padi ikut suka kepedasannya
Segenggam ikan bilis
Segenggam udang kering
Air asam jawa
Garam gula secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

CARA-CARA:

1. Daun selom dan daun cekur dibersihkan dan dipotong kasar. Ketepikan.
2. Tumbuk ikan bilis, belacan, udang kering, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
3. Tumiskan kesemua bahan2 tumbuk tadi sehingga garing.
4. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga rata. Perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula sehingga mendapat keseimbangan rasa dari segi masam, masin dan manisnya.
4. Gaulkan kelapa parut dengan daun selom dan daun cekur.


Daun-daun dan ulam-ulaman kita boleh pilih ikut suka dan citarasa masing-masing. Kalau mak cincau, dia suka juga guna kangkung yang dicelur, pucuk ubi yg dicelur dan taugeh. Kangkung lebih sedap kalau yang ditanam sendiri, jenis yang daun tebal, besar dan lebar macam yang orang guna untuk hidangan yong tau fu. Kalau kangkung yang dibeli dipasar takut lembik sangat bila dicelur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:51 PM | Show all posts
Reply 944# cincau


    boleh wat dalam gulai ke cincau? Baru la saya tau.. Selalu nengok mak wat ubat aje..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:53 PM | Show all posts
Reply 949# cincau


    boleh try resepi cincau nih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:55 PM | Show all posts
a'ah bule sesgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 05:47 PM | Show all posts
Reply 952# cincau


    kalo cincau ada resepi lain pm ler kat sy.. ni tgh rajin nk belajo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:29 AM | Show all posts


orang cina suka sangat pokok ni sebab wangi!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:32 AM | Show all posts
Pokok kunyit yang akan mati dgn sendirinya bila winter datang



Ini pula pokok basil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 02:48 PM | Show all posts
Reply 954# DARSITA


    seperti pernah ku lihat bunga ini... tp dimana ya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 03:16 PM | Show all posts
Reply  DARSITA


    seperti pernah ku lihat bunga ini... tp dimana ya???
spiderlily Post at 5-7-2010 22:48



    Tu your mom punya pokok cekur ... akak just copy link jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply 957# DARSITA


    off topic jap..dah lama ker dok kat usa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:01 PM | Show all posts
Reply  DARSITA


    off topic jap..dah lama ker dok kat usa?
spiderlily Post at 5-7-2010 23:36



    Lama dah ,, sampai dah rasa tak best
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:09 PM | Show all posts
Reply 959# DARSITA


    oo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.162742 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list