CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN TIBA

 Close [Copy link]
Post time 3-3-2025 07:03 PM | Show all posts
Kenapa letak tajuk macam itu? - Uqasha Senrose




Uqasha kesal video tular memberi kesan tidak baik terhadap dirinya. - Foto HM Online


Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
PUTRAJAYA: Pelakon Uqasha Senrose, 33, kesal dituduh mempersoalkan wajah anak, Hawra Uqaira, 10 bulan yang dikatakan tidak seirasnya.
Uqasha mendakwa apa yang dipaparkan dalam rakaman video yang tular itu adalah perbualan kosong dengan penata rambutnya.


Bagaimanapun, Uqasha berkata, ada pihak berkongsi video berkenaan dan meletakkan tajuk yang boleh mengelirukan pembaca.
"Mereka gunakan tajuk 'Uqasha persoalkan kepada doktor, anak siapa sebab muka macam...' Saya kesal kerana tajuk itu mengundang fitnah hingga ramai percaya seolah-olah saya tak mengaku Uqaira sebagai anak.
"Beratus-ratus komen ditinggalkan dalam hantaran itu, sedangkan mereka tidak tahu pun apa perbualan sebenar aktara saya dengan penata rambut berkenaan.
"Sebelum ini, saya tak pernah melenting walau macam-macam orang bercakap mengenai saya. Tetapi apabila cakap pasal anak, perkara itu sangat mengganggu emosi saya," katanya yang ditemui di program agihan bubur lambuk Jabatan Imigresen Malaysia di sini, hari ini.
Uqasha berkata, dia tidak menghalang sesiapa untuk menulis mengenai perkara itu, tetapi biarlah masuk akal, bukan sekadar mengejar 'view' atau tanda suka semata-mata.
"Jika hendak keluarkan apa-apa janganlah ambil sekerat-sekerat hingga boleh timbulkan spekulasi.
"Kadang-kadang netizen tidak salah tetapi disebabkan satu tajuk, buatkan orang komen yang negatif. Jadi berhati-hatilah," katanya.
Uqasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada Mei tahun lalu.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/03/1368088/kenapa-letak-tajuk-macam-itu-uqasha-senrose


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 07:04 PM | Show all posts
Permohonan geran penyelidikan MASA untuk 2025 dibuka sehingga 31 Mac




KUALA LUMPUR: Permohonan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 3.0 bagi 2025 dibuka sehingga 31 Mac ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin, berkata ia susulan kejayaan penganjuran MPDP 1.0 dan 2.0 yang menerima 388 kertas cadangan daripada lebih 30 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
"Kohort ketiga program berkenaan menawarkan geran sehingga RM10,000 bagi setiap cadangan penyelidikan yang terpilih, dengan fokus utama pada tema 'Memperkasa Bumiputera untuk Membina Masa Depan Malaysia'.
"Inisiatif berkenaan bertujuan menambah nilai kepada dasar sedia ada selain berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam memastikan keberkesanannya.

"Penyelidik yang berjaya bukan sahaja perlu menghasilkan ringkasan polisi tetapi juga digalakkan untuk menyebarkan dapatan mereka melalui media cetak, platform elektronik dan jurnal akademik bagi memperluaskan impak penyelidikan," katanya.
Menurut Azril, MPDP 3.0 memberi tumpuan kepada tujuh bidang utama berkaitan pemerkasaan Bumiputera, termasuk pendapatan, taraf hidup dan kesejahteraan sosial, pemilikan aset, ekuiti dan kekayaan serta pembangunan modal insan.
"Ia juga membabitkan bidang pembangunan wilayah dan luar bandar, pendidikan dan kemahiran, daya saing dan nilai ekosistem perniagaan serta pemerkasaan reformasi institusi dan keterangkuman.
"Pemohon yang berjaya perlu menghasilkan ringkasan dasar masing-masing dan mereka juga digalakkan untuk menyebarkan hasil penyelidikan mereka dalam media cetak, platform elektronik atau jurnal akademik terkemuka bagi memastikan impak dan visibiliti yang meluas," katanya.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang MASA, https://institutmasa.com/ms/program-pembangunan-dasar-masa-3-0/, atau melalui emel [email protected].





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368070/permohonan-geran-penyelidikan-masa-untuk-2025-dibuka-sehingga-31-mac


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:05 PM | Show all posts
Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat




PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan seorang bekas pemandu bas sekolah untuk menyemak semula hukuman penjara lapan tahun yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan meliwat seorang budak lelaki berusia 11 tahun dalam kenderaannya pada 2016.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan bahawa tiada merit dalam permohonan semakan oleh Kassim Tahir.
Ketika membacakan keputusan mahkamah, Hakim Ahmad Zaidi berkata Kassim gagal menunjukkan sebarang keadaan luar biasa yang membolehkan panel itu campur tangan dalam keputusan panel Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Beliau turut menegaskan pemohon tidak dapat membuktikan sebarang kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini, malah, sepanjang perbicaraan, peguam tersebut telah menjalankan tugas dan fungsinya sebagai peguam bela dengan berkesan.

Pada 20 September tahun lepas panel Mahkamah Rayuan sebelum ini yang dianggotai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail (kini bersara), Datuk Azman Abdullah dan Datuk S M Komathy Suppiah (kini bersara) telah mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Kassim atas kesalahan tersebut.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan telah mengurangkan hukuman penjara Kassim daripada 10 tahun kepada lapan tahun serta mengetepikan hukuman sebatan yang dijatuhkan ke atasnya.
Pada 16 Julai 2019, Mahkamah Sesyen mensabitkan Kassim atas tiga pertuduhan meliwat mangsa dan menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan dengan kesemua hukuman berjalan serentak.
Namun, pada 8 September 2020, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen serta membebaskan dan melepaskan tertuduh, menyebabkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Kassim melakukan kesalahan tersebut di dalam bas di Ulu Tiram, Johor pada jam 8 malam antara April dan Mei 2016.
Dalam prosiding hari ini, peguam Kassim, G Subramaniam Nair berhujah bahawa panel Mahkamah Rayuan sebelum ini gagal meneliti atau terlepas pandang kelemahan ketara peguam terdahulu Kassim dalam mengendalikan fakta dan aspek perundangan kes itu, sehingga menyebabkan perbicaraan yang tidak adil.
Beliau turut mendakwa terdapat 'konspirasi jenayah yang dirancang' untuk mengaitkan Kassim dengan pertuduhan tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari menegaskan dakwaan mengenai ketidakcekapan peguam bela tidak berasas kerana ia tidak dibangkitkan dalam prosiding di Mahkamah Tinggi mahupun di Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Beliau juga berhujah tiada keadaan luar biasa yang membolehkan permohonan semakan itu diterima. – BERNAMA






https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1368101/bekas-pemandu-bas-sekolah-gagal-semak-semula-hukuman-liwat


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:06 PM | Show all posts
“I can’t tell you how many times I’ve been given a no, only to find that a better, brighter, bigger yes was right around the corner.” —Arlan Hamilton
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:07 PM | Show all posts
“We need to accept that we won’t always make the right decisions, that we’ll screw up royally sometimes—understanding that failure is not the opposite of success, it’s part of success.” —Ariana Huffington
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:07 PM | Show all posts
“When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.” —Henry Ford

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2025 07:07 PM | Show all posts
“We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit.” —Aristotle
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:08 PM | Show all posts
“We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit.” —Aristotle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 07:08 PM | Show all posts
“Start where you are. Use what you have. Do what you can.” —Arthur Ashe
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:08 PM | Show all posts
“Hustle beats talent when talent doesn’t hustle.” —Ross Simmonds
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:09 PM | Show all posts
“Everything you’ve ever wanted is sitting on the other side of fear.” —George Addair
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:09 PM | Show all posts
“The question isn’t who is going to let me; it’s who is going to stop me.” —Ayn Rand
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:09 PM | Show all posts
“Every strike brings me closer to the next home run.” —Babe Ruth
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:09 PM | Show all posts
“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.” —Thomas Edison
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:09 PM | Show all posts
“Don’t worry about failure; you only have to be right once.” —Drew Houston
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:09 PM | Show all posts
“You carry the passport to your own happiness.” —Diane Von Furstenberg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 07:10 PM | Show all posts
“Never let success get to your head, and never let failure get to your heart.” —Drake
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:10 PM | Show all posts
“Ideation without execution is delusion.” —Robin Sharma
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:10 PM | Show all posts
“Make sure your worst enemy doesn’t live between your own two ears.” —Laird Hamilton
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 07:10 PM | Show all posts
“It is a rough road that leads to the heights of greatness.” —Lucius Annaeus Seneca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.594959 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list