|
tudik posted on 19-12-2012 04:16 PM
yang ni konpem vukan iols ya nok...napa ler wanita tu tak buat2 pengsan jekk..leh rasa CPR baby... ...
Supluh tahun???? toink..toink
jgn dera baby sampi camtu sian heols jah...
mana nak tambah nye umat muhammad haishhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Hazama Tidak Jaja Kisah Cinta
Ahad lepas, bersempena dengan Roadshow Anugerah Juara Lagu ke-27 di Melaka Mall, Melaka, sempat GUA bersama dengan salah seorang finalis AJL iaitu Hazama berkongsi mengenai kisah peribadinya.
“Buat pengetahuan anda, saya sudah mempunyai kekasih dan selama enam tahun kami mengenali. Selama ini saya memang tidak pernah membuka cerita-cerita peribadi saya pada orang ramai tetapi apabila ditanya hari ini secara jujurnya saya memang sudah berpunya.
"Bukan apa, kalau boleh saya tidak suka menghebahkan cerita-cerita cinta kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini dan lebih baik orang mengenali saya melalui kerjaya saya sebagai seorang penyanyi dan pelakon. Itulah tujuan utama saya menjadi seorang penyanyi dan pelakon dalam industri ini,” ujarnya.
GUA sempat bertanya bila agaknya beliau akan menamatkan zaman bujangnya.
“Untuk ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan saya rasa buat masa sekarang saya belum bersedia dan mampu. Banyak benda perlu saya perbaiki dari segi dalaman dan juga luaran. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab bukan kahwin untuk suka-suka sahaja.
"Banyak pihak perlu saya hormati dan memikirkan baik dan buruk selepas keputusan dibuat. Kalau boleh saya hendak terus berkahwin dan itu lebih baik saya rasakan dari bertunang kerana sudah sah dan termeterai ikatan perjanjian pernikahan,” katanya.
Sementara itu, persiapan untuk ke AJL 27 sedang rancak dilakukan bagi memantapkan lagi persembahan pada malam kemuncak yang bakal berlangsung pada 6 Januari depan.
“Untuk AJL 27 ini saya lebih fokus kepada pakaian dan juga aksesori yang akan saya gayakan pada malam final nanti. Tidak lupa juga akan kejutan yang bakal dipersembahkan.
“Selepas roadshow ini, saya akan memberi perhatian pula pada latihan vokal dan beberapa lagi aspek persembahan yang perlu diperbaiki supaya lebih mantap dan kelihatan lebih baik pada malam final nanti,” ujarnya.
Hazama juga bakal melancarkan albumnya pada tahun hadapan.
“Album tinggal lebih kurang 20% sahaja lagi untuk disiapkan. Terdapat 9 lagu dengan empat bonus track. Album saya kali ini agak berbeza dan unik kerana banyak menggunakan instrument tradisional Melayu seperti seruling dan gambus walaupun lagu-lagu saya berunsurkan pop,” kongsi Hazama kepada GUA.
Selain itu, beliau turut membintangi filem ‘Lari’ bersama Aaron Aziz dan Dira Abu Zahar yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan.
Sumber dari Gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
mana pegi nyah2 yg lain ni...tak masuk merembes ngan AdyValentino ke nokkk |
|
|
|
|
|
|
|
khas utk tatapan nyahh2 smua..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|