Selingan cerita mastika pulak:
5 SAAT SEBELUM TRAGEDI : SIAPA SEBENARNYA “WANITA MISTERI” DI MASJIDIL HARAM ITU ?
Jumaat lalu dunia digemparkan dengan tragedi sebuah kren telah terjatuh ke ruangan Masjidil Haram di Mekah semasa jutaan umat Islam sedang mengerjakan ibadah di dalam masjid tersebut. Setakat hari ini lebih dari 100 orang telah dikenalpasti meninggal dunia akibat terhempap kren yang digunakan untuk proses membaik pulih masjid tersebut. Selepas beberapa hari berita kejadian tersebut viral di media sosial, kini viral pula rakaman CCTV yang jelas menunjukkan keadaan kren tersebut terjatuh menghempap para jemaah. Setelah diamati rakaman berdurasi 50 saat itu, ternampak suatu adegan yang agak misteri dan mencemaskan. Jika diperhatikan pada saat ke 22 hingga 24 dalam video rakaman CCTV tersebut, terlihat seorang budak (dipercayai budak lelaki) telah cuba untuk menendang dipercayai seorang wanita lanjut usia yang berpakaian jubah serba hitam di tempat kejadian. Perkara tersebut berlaku 5 saat sebelum kren tersebut terjatuh dan menghempap beberapa jemaah yang ada dalam masjid tersebut. turutan Di Dalam video dari rakaman Litar Tertutup
Malah wanita misteri berkenaan dilihat berjalan dengan begitu tenang ke hadapan walaupun keadaan semasa itu telah begitu mencemaskan semua jemaah yang ada. Persoalan yang timbul adalah siapakah sebenarnya empunya diri susuk tubuh berjubah hitam tersebut? Pengajaran yang boleh kita terima melalui peristiwa ini adalah, selaku hamba Allah hendaklah kita sentiasa menghormati orang lain lebih-lebih lagi yang lebih lanjut usia berbanding kita. Allah Berfirman: “Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka bahwa Al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Rabb engkau menyaksikan segala sesuatu” (QS. Fushilat: 53)
|