|
Mungkin Shamilia memceritakan pengalaman beliau atas kapasiti dia sebagai pegawai protokol kementerian kot?
Kalaulah sangkaan saya betul, rasa-rasanya pengalaman shamilia tu ada la benar.
Kalau sebagai pegawai protokol, sama ada protokol kementerian atau state, memang ada peluang makan sedewan dengan Agong, PM, dan kalau dilantik jadi LO kepada duta dll, peluang makan sebilik pun ada...Cuma untuk makan semeja tu, takdelah...
Kena marah atas kesalahan orang lain, malahan walaupun bukan salah kita, memang perkara biasa bagi pegawai protokol...sebab itu senyum protokol amat penting....
Melayan VIP ni, memang payah..selain perlu ambik kira senioriti, sensitiviti pun kena ambik kira gak...kalau tak, gamat...and last pegawai protokol kena bom, psat tu bawa diri pegi belakang pentas/dewan , duduk temenung buat muka bodo....
Aku dan Protokol |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu...
sape pernah jd PTD kontrak?
cmnr job scope dier? |
|
|
|
|
|
|
|
Shalom..saya psu bahagian acara memang antara tugas saya ialah sebagai urusetia jemputan dan protokol..memang susah melayan vip ni, mcm2 karenah. Kadang2 kita dah susun semuanya elok2 bila KSU datang habis semua diubahnya, tiba2 last minute menteri pulak datang, diubahnya lagi..aduh! Meman pening kepala..Saya berpeluang makan semeja dgn diplomat semua sebab SUB saya minta nak penuhkan tempat kosong. Tempat tak boleh dibiar kosong nanti KSU bising. Begitulah nasibku...Apa boleh buat, saya yang menurut perintah kan? Hehe...Dear v890, kerja sbg pegawai kontrak ni sama jugak macam ptd tetap cuma ianya berdasarkan kontrak. Kalau bidang tugasan tu, saya rasa sama saja. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks a lotzzz shamilia79 |
|
|
|
|
|
|
|
Best ek kerja PTD ni dapat naik kapal terbang selalu.... saya ni mimpilah nak naik kapal terbang :kant: Awak amik Master Public Admin kat mana??? Nak jadi PTD kena ada master ker???? |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by Shamilia79 at 22-2-2006 12:32 PM
By the way kalau tak kerana kerja pun memang saya selalu naik flight pun ke mana2. Apahal nak jadikan isu pulak? Dah memang keje saya buat acara kadang2 meeting satu hari jer kat tempat jauh pun sa ...
Terima kasih kerana menceritakan pengalaman naik kapal terbang ke sana dan ke mari. orang lain pun naik kapal terbang. FYI, untuk pegawai M41 kalau terbang ke luar negeri, tiket ekonomi kebiasaannya akan dinaiktaraf kepada Business Class. terima kasih juga kerana mencerita bahawa saudari ada masters degree in public administration, orang lain pun ada masters jugak, mungkin dalam bidang yang berbeza. mungkin dalam bidang yang lagi susah dari MPA, tapi tak payah nak bagitau dalam ni. Ni yangorang kata bebudak PTD ni especially yang muda-muda ni selalu cakap besar.
Makan sebilik dengan Agong adalah merupakan suatu privilege, akan tetapi bukanlah suatu kelayakan bagi pegawai muda. Kalau meja kosong semasa makan dengan Agong menunjukkan bahawa penganjur majlis makan tersebut tidak membuat persiapan rapi, misalnya mendapatkan confirmation mengenai kehadiran. Kalau dah buat RSVP maka kita akan tahu bagaimana hendak menyusun meja dan tempat duduk, samada 6, 8 atau 10 orang semeja. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh rujuk kepada Bahagian Istiadat JPM ataupun Jabatan Protokol Wisma Putra.Sepengetahuan saya, sesiapa yang jadi L.O kebiasaanya tidak akan dijemput untuk duduk sebilik dengan Agong dan para pembesar yang lain. Jamuan untuk L.O dan pegawai pengiring lain ada disediakan di tempat lain.
ps: What makes you think that I am a PTD Officer? |
|
|
|
|
|
|
|
Dear dockers..nak jadi ptd cuma perlu ada degree tapi kalau ada master dan phD lagilah bagus. Kalau ada master gaji tambah lagi dua ratus. Saya ambik Public Admin kat U yg paling tua kat Msia ni.
Dear v890, better u cuba dapatkan ptd coz kalau pegawai kontrak ni tak lama tempoh perkhidmatannya. Cuma 2 tahun dan kalau u bagus disambunglah untuk setahun lagi. Tp ok jugak untuk pendedahan awal, senang sikit bila dapat interview ptd nanti. Tapi pegawai2 kontrak ni kalau nak apply ptd sama jer procedure mcm applicants yang lain. |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by dockers at 22-2-2006 02:14 PM
Best ek kerja PTD ni dapat naik kapal terbang selalu.... saya ni mimpilah nak naik kapal terbang :kant: Awak amik Master Public Admin kat mana??? Nak jadi PTD kena ada master ker????
Kelayakan asas untuk menjadi PTD officer islah ijazah sarjanamuda dalam apa jua bidang. Tapi kalau ada masters boleh dapat kenaikan gaji terus kepada P1T4. |
|
|
|
|
|
|
|
Akulahni memang tak akan puas hati dgn saya..tak apalah, tapi utk pengetahuan u bila acara berlangsung mcm2 hal boleh terjadi, kadang2 dia org tersilap faham ada yang vip tapi pergi makan kat tempat lain. Kadang2 diaorang terus balik tak nak makan..takkan kita nak paksa. Saya bukannya nak ckp besar tapi setahu saya dari awal awak yang suka ckp besar mcm awak tahu semua, dah tu siap mempertikaikan urusan kerja org lain..ada ke saya yang mulakan dulu. Kalau awak tengok posting2 saya yg mula2 pun, saya cuma bercerita pengalaman saya. Ada ke saya mentioned bahawa saya dapat privilege makan dgn VVIP? Saya cuma cakap saya pernah makan dengan diaorang. Takkanklah saya nak cerita detail sgt kot. Kalau awak bukan PTD nampaknya awak lebih tahu pasal life of PTD. Orang macam awak cuma menganggap dirinya betul! Atau awak ni minta PTD tapi tak dapat2 sebab tu sakit hati sgt dgn ptd ni? Hehe... |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by Shamilia79 at 22-2-2006 02:35 PM
Akulahni memang tak akan puas hati dgn saya..tak apalah, tapi utk pengetahuan u bila acara berlangsung mcm2 hal boleh terjadi, kadang2 dia org tersilap faham ada yang vip tapi pergi makan kat tempa ...
Saya sukakan PTD dan saya hormat pegawai-pegawai dalam perkhidmatan ulung ini, kata orang cream de la cream dalam perkhidmatan Kerajaan. Perkhidmatan lain pun saya hormat juga.
Saya tidak mulakan apa-apa pun pertikaian, cuma saya membuat komen atas salahnyata dan ketakzahiran maklumat (non-disclosure and misstatement) yang penting di sini. Misalnya, tempoh perkhidmatan saudari yang dikatakan dua setengah buulan dan juga naik turun kapal terbang. Seingat saya, dalam tempoh saudari berkhidmat, kita tidak banyak acara yan gmelibatkan VVIP, khususnya Agong dan saya tidak nampak atas apa jua alasan saudari sampai nak cerita kat semua orang yang saudari naik turun kapal terbang seperti mana pegawai-pegawai PTD dalam Kementerian Luar Negeri yang sememangnya kerja diaorang travel tak henti-henti. Lagipun saya tidak nampak atas alasan apa saudari sehingga tak ada weekend, kerana terpaksa bekerja, akan tetapi ada pula masa untuk diluangkan berforum dalam Cari ni. Itu yang memelikkan saya.
Kerana itulah, saya rasa, dengan cerita saudari membuatkan orang lain confuse samada nak masuk PTD atau tidak. Singat saya, pegawai PTD di kementerian lain tidaklah sesibuk saudari dan mereka mempunyai masa untuk keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak jadi PTD pon selalu naik kapal terbang ape |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by DewaGanaZ at 22-2-2006 02:47 PM
aku tak jadi PTD pon selalu naik kapal terbang ape
Hang sepatutnya cakap:
"aku tak jadi PTD pon selalu naik kapal terbang tiket business class ape"
hehehehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akulahini at 22/2/06 02:51 PM
Hang sepatutnya cakap:
"aku tak jadi PTD pon selalu naik kapal terbang tiket business class ape"
hehehehehehehe
negative en PTD....aku naik economy je....sekali je dapat upgrade tu pon pakai enrich point sendiri... |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by DewaGanaZ at 22-2-2006 02:59 PM
negative en PTD....aku naik economy je....sekali je dapat upgrade tu pon pakai enrich point sendiri...
Okay, janji naik kapalterbang jugak, kan? Tak payah nak cerita sati Cari heheheheh..hang naik kapal terbang tiap-tiap minggu ka sampai takda masa pun hari minggu? |
|
|
|
|
|
|
unkarae This user has been deleted
|
Lantak koranglah, hehehe. Masing-masing tanak kalah.
Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Yang untung siapa? tak siapa yang tahu.
Sudahlah tu, tak ke mana-mana de debat camni.
Buat kerja lagi bagus. Banyak fail dah masuk tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Dengan niat tidak menyebelahi mana-mana, saya cuba menguraikan beberapa isu berbincangan antara Akulahini dengan Shamilia yang melibatkan pengalaman protokol
1) makan sebilik dengan VVIP
Kekadang, pegawai protokol atau LO yang dilantik memang mempunyai peluang untuk makan sebilik dengan tetamu VVIP. Contohnya, dalam kes lawatan duta besar, sekiranya status diberikan untuk lawatan tersebut adalah state visit, makan state dinner akan diadakan. Kebiasaannya, state dinner untuk duta2 ini hanya melibatkan 3-5,6,7,8, meja, dan kalau dibuat di hotel akan diadakan dalam satu bilik. Maka peluang untuk pegawai protokol dan LO makan sebilik dengan VVIP tetap ada, tetapi berdasarkan pengalaman saya, belum pernah lagi duduk semeja dengan VVIP. Dalam kebanyakan hal, saya lebih suka makan kat luar...Ada juga kes, kalau duta tersebut akan menganjurkan tq dinner sebelum berangkat balik, memang beliau akan menjemput semua pegawai yang bertugas seperti driver, outrider, LO, pegawai protokol dll yang bertugas makan bersama dalam satu bilik khas...
2) Isu kekosongan meja
Isu kekosongan meja, atau kerusi merupakan isu besar dalam bidang protokol. Timbulnya masalah ini mungkin disebabkan kesilapan urusetia, atau disebabkan perangai tetamu yang dijemput.
Ia menjadi silap urusetia, sekiranya pihak urusetia tidak mendapatkan conformation dari pihak yang dijemput. Tetapi kebanyakan masalah adalah berpunca daripada sikap tetamu jemputan itu sendiri, antaranya :
a) tidak menjawab sama ada akan hadir atau tidak. Asyik mengharap urusetia sahaja yang telefon
b) jawab datang, tetapi akhirnya tidak datang
c) jawab datang seorang, tetapi akhirnya membawa pasangan
d) jawap tidak datang, tetapi akhirnya datang (ini merupakan masalah besar)
e) datang lambat, terutamanya apabila tetamu kehormat telah duduk (juga mendatangkan masalah besar)
3) Tidak ada masa untuk weekend
Memang benar, untuk mereka yang terlibat dengan protokol, terutamanya pegawai protokol kerajaan negeri jarang dapat berehat di hujung minggu.Ada-ada sahaja aktiviti yang melibatkan VVIP pada ujung minggu. Ada masa pegawai protokol bz tahap giler, tetapi ada masa relax tahap tak tahu nak buat apa2...terutamanya bulan puasa.
untuk isu-isu lain yang melibatkan PTD lain, saya tidak berani nak sentuh, sebab sayapun bukan pegawai PTD..
Salam |
|
|
|
|
|
|
akulahini This user has been deleted
|
Originally posted by shalom at 22-2-2006 03:48 PM
Salam semua,
Dengan niat tidak menyebelahi mana-mana, saya cuba menguraikan beberapa isu berbincangan antara Akulahini dengan Shamilia yang melibatkan pengalaman protokol
1) makan sebilik d ...
Mintak maaf, lawatan Duta Besar tidak akan diberi status State Visit. State Visit hanyalah untuk Ketua Negara. Kalau Ketua Kerajaan pun tidak akan dikatakan sebagai state visit. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 22-2-2006 03:48 PM
Salam semua,
Dengan niat tidak menyebelahi mana-mana, saya cuba menguraikan beberapa isu berbincangan antara Akulahini dengan Shamilia yang melibatkan pengalaman protokol
1) makan sebilik d ...
yup...kwn aku pn urusetia...mmg itulaa naturenya...asik kene outstation ajer...tp smpt gaklaa berchatting bila free tu..tntg protokol pn aku setuju ngn shalom...sama je mcm ucapan penceramah dr INTAN..hehe![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe, maaflah Akulahini,
Tersilap taip plak, sepatutnya dalam contoh yang saya berikan lawatan rasmi adalah tepat dan bukannya state visit. Biasanya state visit dan state drive hanya untuk first visit untuk pembesar negara atau Sultan2 atau TYT. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aii susahnya jadi PTD ni yer tahniah sesiapa yang jadi PTD anda sememangnya hebat sangat. Saya dengar dari kawan2 saya nak jadi PTD ni kena grad sekurang-kurang second class upper. Melepaslah saya gamaknya. Anda PTD semua merupakan yang terbaik di antara terbaik. Nak amik jadi PTD dari segi rupa paras dia amik kira ker macam nak jadi pramugara yang naik kapal terbang ???? Maaf saya ni budak baru belajar... :stp: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|