|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #44
[Copy link]
|
|
hahaha
pasni nk gaji senyap2 je
sbb masa kwn tu ngetop
kita x amik tau
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn senyap2 mek, pe salahnya share2
|
|
|
|
|
|
|
|
Cup cake sarang semut
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1/4 cawan susu pekat
3sudu mkn butter (sy gune marjerin je)cairkn dlu xkira la nk guna kaedah apepn yg penting cair hehe hehe
1 cawan tepung naik sendiri sy gune jenama bluekey + 1/2 sudu kfc soda bikarbonat
4biji telur gred B
1 penutup esen vanilla
Cara2
Cairkan gula sampai warna keperangan pastikan gula betul2 cair Masukan air panas (hati2 ye sb merecik takut kena tangan)
Masukan marjerin yg dh dicairkn tadi, kalau air gula ni berketul jangan risau kacau2 je terus sampai semua larut...tutup api biarkn air gula sejuk,tak payah sejuk sgt sampai nampak lemak marjerin tu...
Blend telur + esen vanilla (sekejap je ye)
Masukan susu pekat blend kejap,masukan tepung yg dh dicampur soda bikarbonat.masukan air gula yg dh sejuk,kacau2 dlu guna sudu biar senang mase blender..pastu blender la sampai semua sekata,tak lama pn mase blender...sy perap dlm sejam,lagi lama perap lagi cantik sarangnya..
Masukan dlm loyang yg dh dioles minyak/marjerin
Bakar suhu 160c mula2 api bawah dlu 25mint
Pastu api atas bawah 25mint juga..
Kalau dlm acuan cup cake tu sy terus letak 10mint tpi dlm 4mint tu sy letak api bawah dlu dh nampak lubang2 terus tukar api atas bawah...suhu sm jugal 160c...
Untk cup cake masuk bancuhan separuh dri acuan ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
free ea
jap lagi boss bebel
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek batik
1½ketul butter
1cwn susu pekat
1cwn milo
½cwn serbuk koko
½cwn susu cair
2pek biskut marie *patah²kan
Cara² :
-panaskan butter sampai cair.
-masukan susu pekat + milo + serbuk koko
Kacau sampai licin.
-kaup sikit untuk topping
-masukan susu cair kacau sampai sebati
-masukan biskut dan gaul bagi rata.
-masukan ke dalam loyang,tekan² bg padat.
dan tuang topping yang simpan tadi.
-sejukan dlm 4jam dan boleh lah dimakan
|
|
|
|
|
|
|
|
boss coti
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek coklat blander
Resepi
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.
Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak
Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu
boleh santai2 jer dalam train sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan..
|
|
|
|
|
|
|
|
bila lagi nk naik train pun kan?
matt slalu naik train x?
|
|
|
|
|
|
|
|
AGAR-AGAR SANTAN LAPIS PELANGI
Bahan-Bahannya:
Bahan A:
10 gm serbuk agar-agar
1200 ml air
200 gm gula
Pewarna
- Hijau
- Merah
- Kuning
- Biru
- Purple
Bahan B:
10 gm serbuk agar-agar
400 ml santan
800 ml air
200 gm gula
1/2 sudu teh garam
Cara Membuatnya:
1- Masak bahan A hingga hancur kecuali pewarna.
2- Kemudian tapiskan,letak dalam mangkuk,biarkan dalam bekas lain ( kaedah double boiler ) atau biarkan dengan api yang kecil.
3- Masak bahan B hingga hancur,kecuali santan dan garam.
4- Apabila dah masak,masukkan santan dan garam,didihkan sekejap sahaja,buat seperti bahan A,tapis letak dalam mangkuk dan biarkan dalam bekas lain ( double boiler ) atau biarkan diatas api kecil.
Cara Melapis:
1- Sukat 250ml agar2 (A) dan letak pewarna dan masukkan dalam loyang'
2- Biarkan 5minit atau agak keras.
3- Lapisan pertama yang dah agak keras tu lorek2 sedikit dipermukaan agar2 yang dah agak keras tadi supaya lapisan seterusnya akan melekat.
4- Sukat lagi 250ml agar2 (???? dan tuang dalam loyang,biarkan dalam 5minit.
5- Ulang langkah seterusnya secara berselang seli hingga habis,tapi setiap jtali turn agar2 (A) kena letak pewarna kesukaan anda,tapi jangan lupa setiap lapisan yang dah keras mesti dilorek2 dgn pisau atau garfu dahulu.
5- Agar2 (???? tetap clear dengan warna putih santan je,ala2 macam kek lapis.
6- Untuk yang tak suka manis,boleh kurangkan sukatan gula,agak2 la...ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Lempeng Kelapa
Bahan-Bahan:
3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
sambal tumis
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali sambal tumis.
2. Kacau hingga rata, tambah air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.
3. Panaskan non-stick pan kemudian sapu dengan sedikit minyak masak.
4. Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
5. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.
6. Hidangkan bersama sambal tumis bilis atau boleh juga dimakan dengan kuah kari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sagu Pelangi
Bahan² :-
2cawan sagu putih (direndam 20 minit)
1 cawan kelapa parut
1 kotak kecil santan
1 sudu kecil garam
¾ cawan gula (just nice manis dia)
Cara-cara :-
1.Toskan sagu yqng direndam dan gaul bersama kelapa parut,santan,garam dan gula.
2.Bahagikan kepada 3@4 bahagian dan letak warna berbeza.
3.Panaskan kukusan,sapu minyak pada loyang dan kukus setiap lapisan selama 15minit.
4.Siap kukus lapisan terakhir, buka tudung dan biarkan kuih dlm kukusan selama 10minit (untuk keringkan air ats permukaan kuih).
5.Sejukkan kuih sagu, potong dan gaul bersama kelapa parut yg digaul garam halus.
6.Dah habis sepiring makan tu boleh la potong sikit bagi jiran habuan membalas bekas tuperware dia
|
|
|
|
|
|
|
|
PUDING SAGU
BAHAN²:
1 cwn biji sagu
1 liter air ( 4 cwn metrik).
20 gm serbok agar²
1 1/2 cwn gula pasir
4 - 5 ketul gula batu
3 helai daun pandan disimpul.
1 tin susu cair ( saya guna 500 ml)
Boleh jg guna santan .
3 jenis pewarna yg disukai.
Loyang saiz 8 atau 9 inci .
CARA²:
- Rendam biji sagu 2 jam .. kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.. tuang dlm tapisan & cuci dibwh air lalu utk buang kanji & mengelakan ia melekat .
- Bahagikan sagu kpd 6 bhgian.. berasingan & warnakan 3 bhgian dgn pewarna yg disukai .
3 bhgian lagi biarkan warna asal ( jernih).
- Msk 1 liter air bersama serbuk agar² gula gula batu & daun pandan hingga betul² mendidih.. tuang susu cair kacau sebati & tutup api .
- Ambil 200 ml larutan agar² & masukan kedlm setiap bekas berisi sagu tanpa pewarna.. kacau rata² & tuang kedlm loyang yg tlh dibasahkan dgn sedikit air.. biarkan keras sekejap & bila da keras kelar / cakar dgn garpu.
- Ambil 200 ml larutan agar² lagi & masukan dlm bekas berisi sagu bewarna.. kacau sebati .
Tuang keats lapisan pertama tadi .. biarkan keras sekejap.. ulangi langkah yg sama sehingga adunan agar² habis.. simpan dlm peti ais .
- Utk setiap lapisan masukan sekejap peti sejuk selama 2 - 3 minit spy puding mengeras .
|
|
|
|
|
|
|
|
Daging Masak Lada Hitam Tok Nah
500++ grm daging
Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam biji*
2 sudu makan jintan manis biji*
Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*
Kicap lemak manis 2 sudu besar*
Sos tiram 2 sudu besar*
Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)
Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*
Cuka 1 sudu kecil
Minyak secukupnya
Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api
Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup
Cara
Blend bahan yg bertanda *
Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min
Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)
Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk
Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.
|
|
|
|
|
|
|
|
PULUT INTI LEMAK MANIS DISUKAI RAMAI
INTI KELAPA
-½ biji kelapa inti
-1 keping nisan kerek (Boleh ejas ikot manis masing2. Mcm sy buh dlm ¾ kerek je td pasal sy dh manis????????????)
-2 sudu besar gula merah (Ni utk menaikkan seri warna iti)
-2 helai daun pandan
-1 cawan air
-½ sudu kecit garam
*Lebur je semua dlm kuali bukak api slow masak sampai sedikit kering. Ketepikan.
PULUT
-3 pot beras pulut susu
-Santan cair
-Garam
-2 helai daun pandan
1) Basuh beras pulut pastu rendam dlm 2/3jam. Sebenarnye sejam pon takpe dah. Tapi tadi sy lagha skt lupe kt pulut yg direndam????????????
2) Bile pulut dh kembang, masukkan ke dalam loyang pastu curahkan santan (santan tu tinggi ckt je dr aras beras pulut).
3) Masukkan garam & daun pandan. Kacau sebati.
4) Kukus dalam 15-20mnt.
5) Dah siap kukus, sejukkan.
Cara nk bungkus tu sama macam kite nk bungkus nasik lemak tu je. Cume kite gune daun pisang. Layur dl daun pisang kejap.
Nak senang guna sarang lompang. Mule2 buh dl inti kelapa then tekan2 ckt bg padat. Lepas tu buh plk pulut td tekan2 bg padat. Nanti telingkupkan sarang lompang tu atas daun pisang pastu bungkus mcm biase.
|
|
|
|
|
|
|
|
SERI KAYA KARAMEL HOMEMADE
Bahan A:
1 cawan santan pekat - guna 1 kotak kecil santan AYAM BRAND
2 sudu besar tepung jagung
Bahan B : Gula hangus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
Bahan C :
3 biji telur A atau B
3/4 cawan gula pasir
Bahan D :
1 helai daun pandan - disimpul, untuk naikkan lagi aroma yang sangat harum
Cara-caranya :
1. Bahan A : satukan bahan, kacau hingga licin tidak berketul, ketepikan.
2. Bahan C : satukan bahan, kocok bahan hingga gula hancur dan berbuih.
3. Bahan B : dalam kuali atau periuk masukkan gula, masak gula hingga menjadi karamel cantik warna golden kemudian tuang air panas perlahan-lahan sambil mengacau hingga karamel licin.
4. Masukkan daun pandan, diikuti bahan C masukkan sedikit-sedikit sambil mengacau guna whisk tanpa henti hingga telur habis.
5. Tuang bahan A, masukkan sedikit-sedikit sambil megacau tanpa henti hingga santan habis.
6. Teruskan lagi mengacau lebih kurang 15 minit api sederhana. Kacau hingga pekat terus tutup api.
7. Sejukkan dahulu sedia digunakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kengsom ikan siakap
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap –
3 tangkai cili merah – buang biji (*)
Beberapa biji cili api (*) - letak 2 biji je. Anak2 tak berapa makan pedas
1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
1 biji bawang merah besar (*)
4 ulas bawang putih (*)
1 batang serai (*)
1 inci belacan (*)
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato - belah 6
1 biji limau nipis – ambil jus
Nanas masak secukupnya
Kangkung secukupnya
CARA MEMASAK
- Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
- Masukkan hirisan nanas.
- Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
- Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Spicy buttermilk prawn spaghetti
Resepi utk 2 org makan
1/2 paket spaghetti - rebus al dente dan toskan
udang - 10 ekor (bersihkan/buang urat dan kulit - tinggalkan bahagian ekor)
4 ulas bawang putih - hiris
3 btg cili padi merah - hiris
1 btg daun kari
butter - 3 sudu
fresh milk - 1/2 cawan
cheese mozarella parut - ikut suka byk mana
garam/perisa
Cara masak :
panaskan butter sampai cair, masukkan bwg putih, cili padi, daun kari. tumis smpi naik bau.
masukkan udang, tumis sampai udang masak.
masukkan fresh milk.
masuk spaghetti, perisakan dgn garam. last sekali masukkan cheese, gaul rata then siapppp
|
|
|
|
|
|
|
|
BROCOLI SOS TIRAM
BAHAN
1/2 pokok brocoli
Sedikit udang
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
Sos tiram
CARA
Tumis bwg besar n bawang putih, masukkan brocoli,udang dan perasa. Masukkan 2-3 sudu air, tutup kuali dgn tudung periuk. Biarkan 2-3 minit. Buka tudung periuk, gaul2, angkat n hidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|