CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EXPECT NOTHING APPRECIATE EVERYTHING

 Close [Copy link]
Post time 30-9-2024 02:42 PM | Show all posts
I never want to work that hard, mmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 02:43 PM | Show all posts
I just want someone that I can talk to
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:43 PM | Show all posts
I want you just the way you are
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:44 PM | Show all posts
KPT pantau kakitangan, pelajar IPTA mungkin terbabit dengan GISBH













KUANTAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau kemungkinan kakitangan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpengaruh dengan ajaran dan doktrin diperjuangkan GISB Holdings (GISBH).
Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud, berkata setakat ini, kementerian itu tidak menerima sebarang maklumat berkaitan pembabitan organisasi terbabit.
Katanya, setiap minggu pada Mesyuarat Kabinet, perkara itu akan dibentangkan dan tiada maklumat yang diterima mengenai pembabitan kakitangan IPT atau pelajar dengan GISBH.
"Setakat ini, belum ada berdasarkan maklumat yang diterima tetapi kita sedang memantau termasuk di peringkat KPT juga tiada maklumat setakat minggu lalu.






"Namun, kita tunggu Rabu ini dan jika ada maklumat untuk kita ambil tindakan bersama," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Simposium Elsevier-Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) Ketiga bersempena Hari Akademia 2024, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata kementerian itu akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis jika terdapat pensyarah atau pelajar IPT terbabit dengan ajaran dalam GISB Holdings.
Katanya, langkah itu untuk memastikan IPT bebas daripada sebarang bentuk dakyah dibawa GISBH.
"Perkara ini dalam bidang kuasa polis yang bentuk satu pasukan khas bagi melaksanakan tanggungjawab diberikan," katanya.
Mengulas penganjuran Simposium Elsevier-MTUN anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Mustapha berkata, kementerian itu sentiasa menyokong inisiatif memperluas kecerdasan buatan (AI) terutama dalam sains, teknologi, dan kejuruteraan di IPT bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan dalam MTUN.
"KPT akan terus memberi galakan kepada universiti di negara ini untuk menggunakan pendekatan AI dalam akademik dan penyelidikan selaras dengan kecanggihan teknologi dan peredaran masa selain ia perlu disokong kepakaran dalam bidang terbabit.
"Kerjasama Elsevier-MTUN dalam akses pangkalan data seperti Scopus, ScienceDirect dan alat seperti Mendeley ini bakal meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembelajaran dalam menghasilkan karya ilmiah serta memudahkan kerjasama antara penyelidik," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304847/kpt-pantau-kakitangan-pelajar-ipta-mungkin-terbabit-dengan-gisbh









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:44 PM | Show all posts
nuki12 replied at 30-9-2024 02:34 PM
Subsidi pendidikan anak golongan kaya di sekolah bantuan kerajaan harus dihentikan - PM Anwar

Bagi anak2 B40 jerr tapi yg T20 nanti akan tipu income
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:44 PM | Show all posts
To page 50
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 02:44 PM | Show all posts
Yak yak yeay
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:45 PM | Show all posts
Banjir jejas 6,000 hektar sawah, kerugian petani cecah RM40 juta











ALOR SETAR: Banjir yang melanda kawasan jelapang padi seluas kira-kira 6,000 hektar di Kedah dan Perlis, dianggar menyebabkan kerugian mencecah RM40 juta kepada pesawah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kerajaan menyediakan bantuan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi mengurangkan beban kerugian ditanggung pesawah.
Katanya, kadar bantuan bergantung kepada usia padi dengan anggaran nilai antara RM876 hingga RM1,800 setiap hektar manakala pesawah layak memohon keluasan maksimum tiga hektar.
"Banjir tahun ini di luar jangka, pesawah yang biasa dengan keadaan cuaca selalunya mengatakan banjir berlaku pada Oktober.






"Kali ini berlaku pertengahan September menyebabkan padi yang sedang masak habis tenggelam.
"Saya lihat sendiri kerosakan itu dan ada sesetengah sawah yang 'total lost' (musnah sepenuhnya)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan sempena program Sentuhan MADANI di sini, hari ini.
Mohamad berkata, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menganggarkan kerugian setakat ini mencecah RM40 juta membabitkan kira-kira 1,500 pesawah.
Bersimpati dengan nasib pesawah terjejas, beliau berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan TBTP secepat mungkin bagi meringankan beban pesawah yang kerugian akibat kehilangan hasil padi.
Mengenai kemungkinan negara mengalami kekurangan bekalan beras akibat banjir yang melanda, Mohamad berkata, perancangan jangka panjang perlu dibuat dengan membuka jelapang padi baharu di Sabah dan Sarawak.
Bagi tempoh jangka pendek, katanya, kerajaan akan berusaha meningkatkan infrastruktur tanaman padi di luar kawasan rancangan bagi membolehkan pengeluaran beras dipertingkat secepat mungkin.
"Apabila sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dilanda banjir besar dua kali pada 2021 dan 2022, berlaku kekurangan padi kira-kira empat peratus.
"Kali ini berlaku kekurangan padi di kawasan MADA yang akan menyebabkan kekurangan bekalan beras.
"Kita kena atasi masalah ini dalam jangka panjang dengan menyediakan jelapang padi kedua iaitu di Sabah dan Sarawak.
"Kelmarin saya di Miri dan Premier Sarawak mengumumkan peruntukan awal RM500 juta bagi kawasan tanaman di negeri itu," katanya.
Mohamad berkata, pihaknya akan memohon RM400 juta kepada kerajaan dalam Belanjawan 2025 supaya infrastruktur kawasan luar jelapang padi dapat dinaik taraf.
Bagaimanapun, jelasnya, ia bergantung sama ada diluluskan Kementerian Kewangan atau sebaliknya.
Beliau menegaskan, usaha menaik taraf sistem saliran kawasan tanaman padi tidak boleh dilakukan kementeriannya sahaja, sebaliknya perlu secara bersama membabitkan agensi berkaitan demi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dalam banjir yang melanda Kedah dan Perlis minggu lalu, dianggarkan lebih 10,000 keluarga terpaksa menumpang di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri, menjadikannya antara bencana paling teruk berlaku dalam tempoh 14 tahun.
Selain kerosakan padi, banjir turut memusnahkan tanaman lain seperti sayuran dan haiwan ternakan yang dihanyutkan arus.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304840/banjir-jejas-6000-hektar-sawah-kerugian-petani-cecah-rm40-juta









Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Tunggang e-skuter ketika mabuk, anggota BTS, Suga, didenda AS$11,500








SEOUL: Bintang K-pop, Suga, yang menganggotai kumpulan 'boy band' terkenal BTS, didenda 15 juta won (RM47,282) oleh mahkamah kerana menunggang e-skuter dalam keadaan mabuk.
Seorang hakim di Mahkamah Daerah Barat Seoul menetapkan denda itu dalam keputusan ringkas minggu lalu selepas kesnya dirujuk kepada pihak pendakwaan, kata seorang pegawai mahkamah pada Isnin.
Pada Ogos, penulis lagu dan rapper itu memohon maaf atas perbuatannya, menyifatkannya sebagai 'tingkah laku yang cuai dan salah', mendorong polis turut membatalkan lesen memandu e-skuternya kerana menunggang dalam keadaan mabuk.
Suga menunggang skuter itu dan terjatuh ketika menyimpannya pada waktu malam, menurut labelnya, Big Hit Music, yang juga sebahagian daripada syarikat K-pop HYBE.





Label itu turut menyatakan bahawa dia gagal dalam ujian pernafasan yang dilakukan oleh polis untuk mengukur tahap alkohol dalam darahnya.
Sejak mengumumkan rehat daripada projek kumpulan pada Jun 2022, anggota BTS mengejar kerjaya solo masing-masing sebelum memulakan khidmat kerahan tentera mereka.
Suga, 31, sedang menjalankan kerja sosial untuk memenuhi komitmennya terhadap tugas ketenteraan.
Kes memandu dalam keadaan mabuk itu adalah antara kes terbaharu artis K-pop yang kadangkala tidak berupaya mengekalkan imej bersih mereka.
Kes itu mencetuskan kemarahan beberapa peminat BTS yang kecewa dengan tindakannya, menyebabkan mereka menghantar jambangan bunga berhampiran ibu pejabat HYBE, dengan mesej meminta beliau meninggalkan kumpulan itu.
Mereka yang diberitahu mengenai penghakiman ringkas boleh memohon perbicaraan biasa dalam tempoh tujuh hari untuk mencabar keputusan tersebut.
Label Suga tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk komen. - REUTERS





https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/09/1304766/tunggang-e-skuter-ketika-mabuk-anggota-bts-suga-didenda-as11500









Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Enam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 02:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:47 PM | Show all posts
netz korea kan extreme
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:47 PM | Show all posts
buat petition suruh buang suga
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 02:47 PM | Show all posts
Empat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.793967 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list