|
All About Siti's English Album [Latest: Preview 'I'll Wait Forever' - PG54]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mizzmaddie at 8-9-2011 18:48
Penah tgk vid straight through my heart (bsb) x?at least klu ct wat vid cm2 pun ok...extra 200 org tu jd cheering fan kt belakang,ct n dancers menari kt dpn...choreographed dance la,bkn stkt enjut bahu suke2 ati je.n klu ade storyline lg bgs![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
opis aku ngan pavi tu dkt giler tp...tp naper ari isnin time org tgh keja...kalo weekend mau gak aku join skali.... |
|
|
|
|
|
|
|
siti nak kumpul org ramai2 mcm video lagu FIL yg remix kat youtube tu kot ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 macam vc bunkface wat tuh..
fans reramai keliling diorang..
kalo nak ajar menari..sempat ke..ngan 200 org tu nak handle..
kelam kabut kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat September 9, 2011
Pelancaran Album Siti Nurhaliza Tertangguh Kerana Sean Kingston
Oleh KEMALIA OTHMAN
![](http://mstar.com.my/archives/2011/9/9/mstar_hiburan/ct.jpg)
PETALING JAYA: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa menangguhkan majlis pelancaran album Inggerisnya All Your Love yang sepatutnya dijadualkan Jumaat (hari ini) kepada 25 September depan kerana masalah di pihak bintang antarabangsa Sean Kingston.
Album yang sepatutnya sudah berada di pasaran itu tergendala kerana proses rakaman terakhir lagu duetnya dengan penyanyi tersebut yang berjudul Remember Me mempunyai sedikit masalah.
“Sepatutnya sudah berada di pasaran pada tetapi proses rakaman Sean Kingston di sana lambat untuk dibawa balik ke sini.
“Kalau nak ikutkan semuanya sudah selesai dan Insya-Allah jika tiada masalah ia akan dipasarkan pada 25 September nanti,” katanya ketika ditemui di studio stesen radio Suria FM, di sini, Khamis.
![](http://mstar.com.my/archives/2011/9/9/mstar_hiburan/ct2.jpg)
Datuk Siti Nurhaliza bersama penyampai Breakfast Show, Zizi, Shira dan Halim Othman melancarkan laman web Suria FM radio online.
Siti Nurhaliza hadir bagi mempromosi album Inggeris tersebut dalam segmen Breakfast @ Suria yang dikendalikan oleh Halim Othman, Zizi dan Shira.
Selain itu, Siti turut melancarkan laman web Suria FM.
Dalam pada itu, klip video untuk “single” Falling in Love akan memulakan penggambaran pada Isnin depan di kawasan sekitar pusat beli belah Pavilion.
“Klip video ini akan melibatkan ramai iaitu lebih 500 orang penari profesional, kita menggunakan khidmat pengarah baru iaitu Atom.
“Album ini banyak menggunakan khidmat orang baru yang mana saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Namun saya suka idea-idea yang baru dan segar daripada mereka,” ujarnya.
Selain itu, bercerita tentang kontroversi tuduhan kononnya berus alat solek SimplySiti menggunakan bulu khinzir, Siti berkata ia sudah pun selesai.
“Semuanya sudah selesai, walaupun memang ada terjejas terhadap jualan namun Alhamdulillahlah, masalah itu dapat diatasi dengan baik. Inilah dugaan dalam perniagaan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 969# Nadia90
selalu pengarah baru ni mempunyai fresh idea...
![](static/image/smiley/default/shy.gif)
arap vc tak menghambarkan |
|
|
|
|
|
|
|
Radio bahasa Inggeris nafi pilih kasih terhadap lagu Fallin in Love
STESEN radio berbahasa Inggeris menafikan wujudnya diskriminasi terhadap lagu Inggeris nyanyian terbaru Datuk Siti Nurhaliza, Fallin In Love apabila didakwa kurang diputarkan berbanding dendangan penyanyi antarabangsa.
Walaupun single pertama daripada album sulung Inggeris penyanyi itu sudah diedarkan ke semua stesen radio akhir Julai, ia dikatakan hanya berkumandang di saluran radio Melayu. Melihat populariti lagu ciptaan Bryan B yang juga komposer dari Australia ini di laman sosial YouTube terutama selepas Siti menyanyikannya di Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 di Singapura, ramai beranggapan ia memang disukai ramai. Justeru timbul persoalan sama ada sememangnya pengendali radio Inggeris tempatan lebih mengagungkan karya luar atau menganggap populariti lagu dendangan penyanyi di negara ini tidak sehebat produk asing hingga sukar mendapat peluang.
Pengurus Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim, berkata tidak timbul soal pilih kasih kerana berbeza dengan stesen Melayu, radio berbahasa Inggeris seperti Fly FM menerima sejumlah lagu baru yang banyak untuk disiarkan bersilih ganti, tidak kira penghasilan penyanyi tempatan mahu pun antarabangsa.
“Kita tidak pernah meletakkan sebarang kategori lagu yang berada disenarai giliran kerana apa juga produk yang dihantar (kepada Fly FM) kita akan siarkan, namun harus faham kerana dalam sehari berpuluh lagu baru diterima, termasuk yang dihantar syarikat muzik antarabangsa di sini.
“Peluang disiarkan sama rata namun kita mempunyai panel khas bukan hanya dikalangan warga kerja stesen radio ini malah sekumpulan pendengar yang akan menilai sesebuah lagu itu cukup popular atau tidak untuk terus kerap dimainkan,” katanya mengenai pemilihan format lagu di Fly FM.
Katanya, ketika lagu Falling In Love nyanyian Siti mula-mula dihantar ke radio Media Prima, ia kerap diputarkan tetapi selepas beberapa ketika ada lagi lagu lain yang lebih popular terutama dari label antarabangsa pula mendominasi carta.
Begitu pun, dendangan Siti yang turut dimuatkan dalam album sulung Inggerisnya yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat itu masih kerap berkumandang di stesen radio Melayu milik rangkaian Radio Media Prima iaitu Hot FM.
“Sebagai saluran yang menjadi pilihan pendengar dari pelbagai latar belakang, kita cuba memenuhi selera ramai tanpa meletakkan prejudis terhadap lagu tempatan tetapi lingkaran masa berpusing dengan pantas kerana apabila lagu baru lain memasuki carta, lagu yang terdahulu akan terkebelakang.
“Bukan hanya lagu Datuk Siti Nurhaliza, kami membuka peluang seluas-luasnya untuk pencipta dan penyanyi tempatan kerana inilah juga fungsi saluran radio memberi hiburan, maklumat serta ruang kepada semua,” katanya lagi.
Sementara itu Pengurus Rangkaian AMO Radio Networks, Raqeem Brian ketika mengulas isu itu mengesahkan pihaknya ada menerima single Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, seperti kebanyakan penyanyi lain, lagu Fallin In Love itu perlu melalui prosedur sama iaitu menunggu giliran disiarkan.
“Kami menerima single itu sebelum Hari Raya lalu dan kini dimasukkan di dalam senarai lagu baru dan perlu menunggu giliran untuk disiarkan. Kalaupun radio Hitz.FM tidak siarkan lagu itu, kami ada stesen lain seperti Mix.FM yang boleh berbuat demikian,” katanya.
Raqeem juga menafikan kelewatan menyiarkan lagu itu disebabkan sikap prejudis terhadap penyanyi Melayu yang menyanyikan lagu Inggeris.
“Kami tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih. Sebelum ini pun kami banyak menyokong penyanyi tempatan yang menerbitkan album Inggeris,” tegasnya.
Lagu ciptaan Brian B ini dimuatkan dalam album sulung Inggeris Siti berjudul All Your Love yang bakal berada di pasaran 24 September ini. |
|
|
|
|
|
|
|
mana satu nih? 24 ke 25? nyampah lah wartawan mesia nih.. buat laporan mcm samy vellu! ![](static/image/smiley/default/3doh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
launching 24hb kuar kt kedai 25hb la kot..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 973# uwekkk
so mskdnye same tarikh jugak la khenn wlpn kami terpaksa beli kt itunes lewat separuh ari![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply uwekkk
so mskdnye same tarikh jugak la khenn wlpn kami terpaksa beli kt itunes lewat sepa ...
dauswq Post at 9-9-2011 10:26 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tp uols ttp lmbat..haha |
|
|
|
|
|
|
|
tersedak sedak mak gelak~!
jojiekejung Post at 9-9-2011 12:36 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
makan apa sampai tersdaK? buah kedondong ke? hahaha
nasib bukan peranakan mak yang jatuh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
...apparently Tigadara3 @ Youtube is managed by a few different people.
it seems that Miss Tigadara3 herself wouldnt leave OB (on behalf) name when replying comments.
So ... a reply from someone at Tigadara3 to a comment for FIL.
....
@hani2907 As part of Tigadara3, whose channel centralises on an artist ive just only come to know not one full year ago, i find your comment insulting to YOUR OWN intelligence. Do you seriously believe that after multitude of CDs, years of singing experience with each time resulting in multiple vocal awards, Siti didnt UNDERSTAND this one song (or album) or didnt make an effort to understand this English language song she was about to sing/record ?? Im laughing at you. - Chris McG
tigadara3 21 hours ago
@hani2907 And as a native speaker of the English language with one heavy southern accent of Louisiana (thats American if u aint that bright for a guess), i find her pronunciations perfect to the T. And whats wrong with havin a wee bit of an accent in singing. We hear accents in english singings all the time but i bet since you aint none of us bred from bone english speaker u aint got it in you to spot it anyhow in the first place, but ure own kind like Siti's accent. Get some sense knocked in.
tigadara3 21 hours ago
******..... hambekk kau! |
|
|
|
|
|
|
|
loh tunda pulak dah...... igtkan dh launch dah hari nie.......:re: |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh..kalo x aku ngan daus dh meronda dh crk album ni kt kedai ari ni..
huhuhhu..lamanya nk tggu 2mggu laieee |
|
|
|
|
|
|
|
...apparently Tigadara3 @ Youtube is managed by a few different people.
it seems that Miss Tigadara ...
jojiekejung Post at 9-9-2011 16:03 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
i like comment kedua tueee...
tapi nanti kata miss bimbo micha.....karatz sangat tak terima... |
|
|
|
|
|
|
|
Dato Siti Nurhaliza Duet Dengan Pit Bull dan Alicia Keys
![](http://photo.murai.com.my/982011_ctkeysbull-a.jpg)
KL, 9 SEPTEMBER 2011: Walaupun Murai Batu terbaca bahawa pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza terpaksa ditangguhkan kerana masalah dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston, tapi lebih dari itu penyanyi tersohor kita ini menyembunyikan sesuatu.
Puas juga Murai Batu mengorek apakah jenis masalah yang dihadapi Dato Siti dengan penyanyi Fire Burning itu dan akhirnya Murai Batu dapat tahu masalah yang mereka alami ialah soal bayaran.
Opss... nanti dulu. Bukannya Siti Nurhaliza tidak mampu membayar Sean Kingston, tapi masalah itu nampaknya lebih datang daripada pihak penyanyi hip-hop itu sendiri. Maklum sajalah bukannya senang berurusan dengan artis barat sehebat Sean Kingston. Banyak 'cekadaknyer'.
Apapun Murai Batu doakan agar Dato Siti dapat menyelesaikan masalah ini sebelum pelancaran album inggeris All Your Love yang dijangkan akan diadakan pada 25 September ini.
Jangan mudah putus asa Dato Siti, kami sentiasa menyokong anda dari belakang.
Well, I am pretty sure Dato Siti could find the best solution. Ceh wah, speaking London nampaknya Murai Batu. Poyo lah?
Janganlah macam tu, Murai Batu sebenarnya nak juga berlatih berbahasa Inggeris kerana nampaknya Dato Siti Nurhaliza memang serius melahirkan album Inggeris ini. Lebih serius lagi apabila Murai Batu dapat tahu ada dua orang lagi nama besar dalam albumnya ini.
Jangan sangka hanya Mizz Nina saja yang telah berjaya menjalin kerjasama dengan Flo Rida tapi nampaknya Siti Nurhaliza juga telah berjaya mendapatkan Pitbull dan Alicia Keys untuk merealisasikan albumnya ini.
Wow! Itu saja yang boleh Murai Batu ungkapkan. Dato Siti Nurhaliza you are awesome.
Khabarnya, Siti sengaja menyembunyikan kerjasama ini dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan dua nama besar berkenaan. Tak sabar rasanya Murai Batu nak dapatkan album dan mendengar sendiri nyanyian Siti dengan dua penyanyi hebat itu.
Daripada sedikit kaji selidik yang Murai Batu buat, bukannya murah untuk mendapatkan nama-nama besar ini. Kalau tak silap Murai Batu boleh mencecah USD100,000 atau RM299,000 untuk satu lagu. Itu tidak masuk lagi nilai untuk artis antarabangsa berkenaan tampil dalam klip video. Lain pula harganya.
Bayangkan, berapa agaknya jumlah Ringgit Malaysia yang telah Dato Siti gunakan semata-mata untuk memperhebatkan album Inggerisnya ini?
Jawapan untuk persoalan ini, akan Murai Batu dapatkan daripada salah serang wartawan portal murai.com.my yang akan hadir ke majlis pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza pada 25 September ini, ok.
Murai Batu: Kalau Mizz Nina duet dengan Flo Rida, Dato Siti dengan Sean Kingston, Pitbull dan juga Alicia Keys. Penyanyi seberang Agnes Monica pula berduet dengan Michael Bolton. Class kau Maria. |
|
|
|
|
|
|
|
btul la kawn khy ckp duet ngan pit bull tu.. hehe
kat website WUE itunes kuar 16... merasa la daus dpt dulu.. cehhhh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|