CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: evilcooler

Pendedahan kisah2 misteri seorang penyelam laut dalam

[Copy link]
 Author| Post time 9-6-2016 11:37 AM | Show all posts
Peristiwa 5 :  Makhluk apakah itu?

Sebagai seorang penyelam laut dalam, sudah banyak jenis binatang laut dan ikan yg saya jumpai. Ada yg biasa, ada yg jarang ditemui dan ada juga yg tidak dikenalpasti spesis apa binatang tersebut.

Salah satu peristiwa yg menakutkan berlaku ketika kami membuat operasi mencari serpihan kapal di sebuat tempat di perairan Caribbean. Ia salah satu tempat yg lain dari biasa kerana airnya sgt jernih dan tidak sesejuk lautan atlantik.

Utk tugasan ini, saya dan seorang lagi rakan penyelam diturunkan menggunakan platform besi dgn dinding kawat besi disekelilingnya. Walau bagaimanapun  platform  tersebut terbuka di atasnya, utk memudahkan kami keluar dan naik ke atas permukaan.

Pemandangan yg jelas didalam air yg jernih membolehkan kami menikmati suasana di dalam laut ketika diturunkan. Pelbagai hidupan air di terumbu karang dapat di lihat dan kawanan ikan  berenang ke sana sini.

Ketika kami di kedalaman kira2 50m, suasana sudah berubah dan air kelihatan biru dan kelam. Tidak ada bunyi atau kelihatan ikan2 melainkan mereka sahaja. Susana hening  itu tiba2 berubah menjadi cemas kerana tiba kami  terasa seperti ada sesuatu benda yg besar melanggar platform kami dari bawah. Kami yg terkejut  terus melihat ke bawah platform. Apa yg dpt lihat sgt menakutkan kami.

Kami dapat lihat satu bayangan makhluk berupa ikan gergasi berukuran kira2 15 m panjang  dan 6 m lebar sedang berenang di bawah platform kami.  Ia berlegar2 mengelilingi kami seolah2 mengawasi  penurunan platform tersebut. Saya cuba mengecam jenis ikan tetapi sukar kerana penglihatan kelam dan ikan tersebut berada kira2 200 kaki dari kami.  Kami segera memberi isyarat ke atas kapal menandakan ada  kecemasan.

Tiba2 kami merasakan suasana menjadi kelam dan ada bayangan bergerak diatas kami. Ikan gergasi itu kini sedang  berenang di atas platform dan kali ini saya dapat lihat dgn lebih jelas makhluk tersebut. Ia lebih menyerupai sebuah jerung tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik2 seperti cengkerang. Giginya pula seperti taring kecil tetapi berlapis2 sgt tajam seperti pengisar. Kami tidak pernah melihat ikan tersebut sepanjang kami menyelam atau dimana2 dalam buku atau gambar. Ia berenang2 di atas kami seolah sedang menunggu masa utk kami keluar dari platform.

Kali ini rakan penyelam saya sudah mula panik dan memberi isyarat utk naik ke atas. TIba2 saya terasa satu hentakan di tepi dinding platform sehingga kami terhumban ke tepi. Dinding keluli tersebut remuk dan ternampak satu bentuk hentakan sehingga jelas kelihatan seperti muncung ikan. Saya terus menggunakan flare kecemasan dan membakar dan membalingnya keluar platform.

Kami dapat lihat ikan gergasi tersebut menjauhi platform dan kami terus beri isyarat kepada kapal kami utk menarik kami ke atas. Kami tidak sanggup utk meneruskan operasi lagi.  Ini bunuh diri namanya.

Sebaik sahaja kami naik ke atas, kami dapat lihat dengan jelas betapa remuknya dinding tersebut dan satu kali lagi hentakan sudah pasti akan meruntuhkan dinding dan kami akan terdedah pada laut....  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya benang ni...
Aku pun fobia mikir laut dalam ni..
Teringin sangat nk blajar skuba..tp takut hahaha mcmana tah..
Cerita2 tt ni buat aku terbayang..menyelami laut dalam mcm dalam tv nat geo tu semua hehe..
Terbaikk tt..teruskn...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 02:51 PM | Show all posts
iols fobia laut wehhhhh takut lemas tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak story lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 03:14 PM | Show all posts
offshore ni mcm2 cerita...xda lg ke org yg keja platform or kapal dagang kat sini yg blh join cerita
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 04:07 PM | Show all posts
evilcooler replied at 7-6-2016 02:16 PM
Kalau ikut legenda di sesetengah tempat, ada jin / puaka sungai laut atau tasik yg kerjanya mengam ...

TT,
Mama nak tanya...cerita ni semua adakah TT yang mengalaminya sendiri...
kalau ya....mama tabik la kerana TT berani menceburkan diri dalam bidang ni...

mama kalau senja pun seriau tengok laut...mama org pulau, mmg dah biasa dgn laut, tapi kalau dah malam atau time hujan
memang mama seramm pandang laut.....eeeeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2016 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
din_atos replied at 5-6-2016 12:38 AM
Aku ada penyakit mata dr kecik. Pki contact lens x smpi sejam da sakit

if you minat sgt, boleh tempah mask yg ade power.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 11-6-2016 01:32 PM
if you minat sgt, boleh tempah mask yg ade power.

Mask yg ada power? Mcm mana tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
din_atos replied at 12-6-2016 12:51 PM
Mask yg ada power? Mcm mana tu

mcm buat cermin mata, mask pn boleh tempah utk nak ade power.
i tnye my instructor coz i pkai contact lens.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 12-6-2016 12:54 PM
mcm buat cermin mata, mask pn boleh tempah utk nak ade power.
i tnye my instructor coz i pkai co ...

Ya betul tu. Even google biasa pun ada power.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 10-6-2016 04:07 PM
TT,
Mama nak tanya...cerita ni semua adakah TT yang mengalaminya sendiri...
kalau ya....mama tab ...

Saya tlg jawab mama, kisah penyelam laut dalam tu tt translate dari mat saleh yg share cita dia kat reddit. Ada porumer share link kat fb jugak, cite yg sama, asalnya dari reddit.

Kipidap tt, sambung lagi pls. Suka thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 10:54 AM | Show all posts
tolong smbg lg TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 11:03 AM | Show all posts
mamaezah replied at 10-6-2016 04:07 PM
TT,
Mama nak tanya...cerita ni semua adakah TT yang mengalaminya sendiri...
kalau ya....mama tab ...

Eh x la Mamaezah, ini saya alih bahasa dari post reddit n English. Saya rasa tertarik utk berkongsi dalam forum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:14 PM | Show all posts
tak sabar tgu tt sambung...ilang ngantuk time puasa ni hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:39 PM | Show all posts
evilcooler replied at 13-6-2016 11:03 AM
Eh x la Mamaezah, ini saya alih bahasa dari post reddit n English. Saya rasa tertarik utk berkongs ...

bestnyaaaaa....cara Evil translate sangat kemasss!!!!!


kongsi lagi na...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:55 PM | Show all posts
nak lagi! nak lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 02:42 PM | Show all posts
**Bookmark**.
to TT, harap sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 03:02 PM | Show all posts
kipidab titi..nice..sementara nunggu berbuka..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 03:55 PM | Show all posts
lain dari yang lain...
saya suka.....saya suka....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 08:42 AM | Show all posts
masih menungguuuu,\...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.174455 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list