Maybe Zam la tu. Zam ni bagus org nya mmg wa respect..tp mungkin ada cara dia yang tak disenangi sebab dia ni mmg kaki SocMed mmg semua dia cerita situ. Sapa yg kenai Zam ni tau la dia cam na..dia dari bawah kot..mmg humble laa..dia sanggup labur dit utk TRW tu bukan kecik anak oii...semua dia tanggung now. Maybe TMJ nak ..You prove it first, than we listen..and wa pun dah 10-20 kali propit kaunter yg dia duk hint..
Kuala Lumpur: Orang yang ada jawatan dan baru saja jadi pemilik ini semua hanya pandai bercakap.
Itu antara sindiran pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menempelak segelintir pihak hanya banyak bercakap namun sebenarnya tidak mempunyai 'isi' dalam industri bola sepak.
Tunku Ismail menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa individu berkenaan sebenarnya tidak memberi sebarang sumbangan atau membantu industri bola sepak negara berada pada tahap yang lebih baik.
Katanya, individu terbabit seharusnya bercakap apabila sudah mencipta kejayaan atau menyumbang sesuatu kepada industri sukan nombor satu dunia itu seterusnya berhak bersuara menyatakan pendapat atau mengkritik pihak lain.
"Tetapi seorang pun tak beri apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak. Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan.
"Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak sebab sekarang ini anda hanya bercakap kosong," katanya.
Selain itu, Tunku Ismail juga melihat industri bola sepak negara termasuk prestasi pasukan kebangsaan semakin meningkat terutama di peringkat antarabangsa.
"Semua pasukan sudah semakin kompetitif dan proaktif. Ranking pasukan kebangsaan akan semakin meningkat.
"JDT dan Kedah dalam AFC akan memberi sumbangan kepada ranking pasukan negara.Dulu hanya ada JDT sahaja dalam pertandingan AFC sekarang alhamdulillah ada Kedah dan Terengganu.
"Secara tidak langsung ranking akan naik, jadi yang ada ini nak publisiti dan tak tahu pasal bola baik diam saja," katanya.
Sementara itu, beliau juga memberikan nasihat dan pendapat kepada pihak berkaitan jika mahu memajukan bola sepak dan pasukan kebangsaan perlu fokus kepada kelab terlebih dahulu.
"Kelab membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun maka tinggi ranking pasukan kebangsaan.
"Sekarang ini duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini," katanya.
Walaupun kenyataan Tunku Ismail tidak merujuk atau menyatakan lebih jelas siapa individu berkenaan, sebelum ini pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mempersoalkan ranking skuad Harimau Malaya di kedudukan ke-153 dunia meskipun menampakkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.
Post time 26-1-2021 01:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cakal beriya mcm power pasal scene bola msia tp basic thing mcm ranking FIFA dgn ranking MA AFC pun x reti lagi
~sigh~
"Semua pasukan sudah semakin kompetitif dan proaktif. Ranking pasukan kebangsaan akan semakin meningkat.
"JDT dan Kedah dalam AFC akan memberi sumbangan kepada ranking pasukan negara.Dulu hanya ada JDT sahaja dalam pertandingan AFC sekarang alhamdulillah ada Kedah dan Terengganu"
Post time 26-1-2021 05:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
addved replied at 26-1-2021 02:29 PM
And you start from everything whilst many of us start from nothing but are able to do many things.
Mmg can not brain pemikiran TMJ ni.....bila org buat tu salah buat ni salah....
Xkan dia nk expect team TRW aka AL-BUDDUKI ni bleh jadi title contender under Zamsaham mcm yg dia buat masa amikalih JDT?
Approach pun dah berbeza, Zam ni terpaksa letgo star player yg xbleh terima offer gaji yg dia tawar sbb dia nk belanja ikut kemampuan, sedangkan JDT plak offer key player pasukan lain dgn gaji lumayan kaw2 then ditambah player import yg padu plak tu....
Bila team lain berbelanja besar utk jadi title contender mcm Kedah, Pahang dll dia kutuk kata belanja x ikut kemampuan....bila team yg diurus oleh genuine bisnesman mcm Zam ni belanja ikut kemampuan kewangan dia cabar utk buktikan kemampuan bersaing utk pencapaian....
Post time 26-1-2021 05:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
axl_bach replied at 26-1-2021 05:31 PM
Mmg can not brain pemikiran TMJ ni.....bila org buat tu salah buat ni salah....
Xkan dia nk exp ...
Dari dulu sampai skrg tmj ni butthurt betul dgn trw..trw naik, jdt pon nk naik jgk..lps puas dia jatuhkan trw pon masih belum move on lg dia ni...ke cinta dia kena tolak dgn mek2 budu dulo2 ??...