|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 7,902 kes (806,857 kes kumulatif, 84.8%);
Kes baharu : 11,985 kes (951,884 kes kumulatif);
Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);
Kes tempatan : 11,978 kes [10,445 warganegara (87.2%); 1,533 bukan warganegara (12.8%)];
Kes aktif : 137,587 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 927 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
Kes kematian : 199 kes (7,440 kes kumulatif, 0.78%; 173 warganegara, 26 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,329 kluster;
Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,398 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 931 kluster.
Daripada 11,985 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 65 kes (0.5 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 178 kes (1.5 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,847 kes (48.7 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 5,850 kes (48.9 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, hanya 2.4 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 97.6 peratus kes berada pada kategori 1 dan 2, iaitu pada mula didiagnosa. KKM telah mengambil pendekatan bagi kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai untuk di kuarantin/isolasi di rumah. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital. Kes-kes kategori 3 hingga 5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital, dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.
Melihat situasi jumlah kes harian yang kekal tinggi, sememangnya katil-katil di hospital terutamanya ICU adalah penuh dengan pesakit. Daripada laporan yang diterima CPRC Kebangsaan dan CPRC Perkhidmatan Hospital, kumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas.
Oleh itu, KKM ingin terus menyeru warga Malaysia terutamanya daripada kumpulan umur 18 hingga 59 tahun untuk mendaftar, mengikut temujanji yang ditetapkan, dan hadir mendapatkan vaksin COVID-19.
Sebanyak 199 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 84 kes di Selangor, 57 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Pahang, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes di Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 20 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 20 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.12. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Sabah (nilai RT 1.25), Kedah (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.23), Pulau Pinang (nilai RT 1.22), Johor (nilai RT 1.20), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.19), Selangor (nilai RT 1.15), Negeri Sembilan (nilai RT 1.14), Pahang (nilai RT 1.14), Perak (nilai RT 1.13), Melaka (nilai RT 1.12), Kelantan (nilai RT 1.10), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.08).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Julai 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 21 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 5,550 (3) 337,897
WP KUALA LUMPUR 1,174 (2) 101,926
JOHOR 644 (2) 80,991
SABAH 474 76,927
SARAWAK 261 72,213
NEGERI SEMBILAN 745 64,084
PULAU PINANG 362 40,118
KELANTAN 386 38,293
KEDAH 800 34,756
PERAK 274 32,142
MELAKA 453 26,288
PAHANG 603 19,839
TERENGGANU 171 13,158
WP LABUAN 35 9,503
WP PUTRAJAYA 51 3,117
PERLIS 2 632
JUMLAH KESELURUHAN 11,985 (7) 951,884
LAMPIRAN 3
Perincian 11,985 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 5,550 174 3,679 3 1,694
WP KUALA LUMPUR 1,174 202 529 2 441
KEDAH 800 92 480 – 228
NEGERI SEMBILAN 745 110 450 – 185
JOHOR 644 245 278 2 119
PAHANG 603 154 375 – 74
SABAH 474 82 227 – 165
MELAKA 453 203 190 – 60
KELANTAN 386 168 146 – 72
PULAU PINANG 362 108 128 – 126
PERAK 274 53 98 – 123
SARAWAK 261 71 115 – 75
TERENGGANU 171 32 123 – 16
WP PUTRAJAYA 51 6 25 – 20
WP LABUAN 35 7 22 – 6
PERLIS 2 – 1 – 1
JUMLAH KESELURUHAN 11,985 1,707 6,866 7 3,405
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 JULAI 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Jalan Langat Tempat Kerja Selangor Klang 40 92
2 Industri Jalan Jati Kiri Tempat Kerja Selangor Klang 55 115
3 Industri Anggerik Mokara 47 Tempat Kerja Selangor Klang 19 402
4 Industri Sungai Kayu Ara 32 Tempat Kerja Selangor Klang, Kuala Langat, dan Petaling 77 419
5 Industri Meranti Utama Satu Tempat Kerja Selangor Sepang 17 338
6 Jalan Seladang Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 22 54
7 Jalan Jelawat Satu Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 5 230
8 Industri Sungai Baong Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah 14 239
9 Tingkat Mak Mandin Lima Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 25 268
10 PLO Jalan Tembaga Tempat Kerja Johor Johor Bahru 14 143
11 Jalan Tanjong Puteri Tempat Kerja Johor Johor Bahru 10 54
12 Simpang Pinggiran Tongkang Tempat Kerja Johor Batu Pahat 19 215
13 Lorong Bukit Enam Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Cheras 95 115
14 Dah Tapak Bina Pauh Tempat Kerja Kedah Pendang dan Kuala Muda 18 46
15 Sawit Lung Tempat Kerja Sabah Beluran 15 40
16 Industri KKIP Selatan Tempat Kerja Sabah Kota Kinabalu dan Tuaran 12 66
17 Pengkalan Barat 2 Tempat Kerja Perak Kinta 9 140
18 Jalan Melor Ketereh Komuniti Kelantan Kota Bharu 19 32
19 Kampung Sireh Komuniti Kelantan Kota Bharu 9 25
20 Kampung Joh Komuniti Kelantan Machang 18 23
21 Jalan Melur Tangkak Komuniti Johor Tangkak 12 16
22 Jalan Paip Komuniti Johor Tangkak 12 13
23 Sungai Sebatu Komuniti Sarawak Meradong 33 99
24 Dah Kuala Jerlun Komuniti Kedah Kubang Pasu 30 37
25 Nabun Komuniti Pahang Lipis 21 25
26 Jalan Daud Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Titiwangsa 9 35
27 Lorong Ampang Dua Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Titiwangsa 25 29
28 Taman Sentosa Neram Keagamaan Terengganu Kuantan 27 43
29 Kampung Hujung Tanjung Keagamaan Kelantan Kota Bharu 11 23
30 Kampung Tengah Dalam Institusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar Dibawah KPM Johor Kluang 30 116
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 21 JULAI 2021
NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.31
SABAH 1.25
KEDAH 1.23
PULAU PINANG 1.22
JOHOR 1.20
WP PUTRAJAYA 1.19
SELANGOR 1.15
NEGERI SEMBILAN 1.14
PAHANG 1.14
PERAK 1.13
MELAKA 1.12
KELANTAN 1.10
WP KUALA LUMPUR 1.08
SARAWAK 0.95
WP LABUAN 0.75
PERLIS 0
MALAYSIA 1.12
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|