CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: riccckyyy

Cerita-cerita Rakyat Melayu

[Copy link]
Post time 30-1-2006 04:04 PM | Show all posts
i)Tema dan Cerita

Cerita lipur lara mengisahkan pengembaraan (termasuk perjuangan) watak-watak tertentu yang biasanya terdiri daripada raja, anak-anak raja atau tuan-tuan puteri. Walau bagaimanapun, terdapat juga cerita yang menampilkan watak (wira) daripada kalangan pemuda kampung yang miskin yang pergi mengembara sebagaimana dalam cerita-cerita Awang Belanga (Mustafa Mohd.Isa,1984:66). Ini bermakna cerita utama atau tema cerita lipur lara ialah pengembaraan. Sehubungan itu, banyak pengkaji telah memberikan penjelasan, antaranya ialah:


Tema yang dibawakan (oleh cerita lipur lara ) adalah sebuah bentuk pencarian (quest) oleh sang wira yang mesti dilaksanakannya sehingga berjaya.
                                                            (Sahlan Mohd. Saman,1985:3)

Tema utama cerita lipur lara ialah pengembaraan anak-anak raja besar untuk mencari sesuatu. Mungkin yang dicari itu jodohnya atau barang-barang hikmat yang diperlukan untuk kejayaan.
                                                                (Abu Bakar Hamid,1974:12)

Cerita-cerita seperti ini (lipur lara)mengemukakan pelakon-pelakon manusia;dan selalunya adalah berkenaan dengan raja-raja,anak-anak raja,dan tuan-tuan puteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2006 04:17 PM | Show all posts
bawah ni hanyalah PETIKAN dari PROSA TRADISIONAL
"TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA"......


Maka Tuan Puteri Bongsu pun naik bersalin kain basahan, duduk di pintu Nenek Kebayan dengan percintaannya. Maka Nenek Kebayan pun turunlah ke tanah mendapatkan Malim Deman, menyuruh bersiram membalikkan rupa sedia kala itu. Maka Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram ke dalam taman itu beryang-yang mengamalkan sekalian ilmu hikmat. Setelah sudah, kembalilah rupanya seperti sedia kala, terlalu elok mejelisnya, lalu kembali ke rumah Nenek Kebayan, serta dipakainya baju layang dan kain layang Tuan Puteri Bongsu itu melalui dari pintu nenek yang tempat tuan puteri. Demi terpandang oleh Tuan Puteri Bongsu akan seorang laki-laki terlalu elok mejelisnya itu, maka berdebarlah hati tuan puteri, melayang roh semangatnya, jatuhlah hatinya kasih sayang yang tiada dapat diperikan lagi, melihatkan rupa cahaya gilang-gemilang itu. Maka tuan puteri pun segeralah menarik tudung ke atas hulunya berselubung mukanya lalu baring seraya bersabda memanggil Nenek Kebayan. 揂duhai nenek, kepala beta sangatlah ngilu rasanya:揚ening kepala bagai dibaji,Sakit hati bagai digunting.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 09:39 PM | Show all posts
Sesiapa tahu cerita Wan Empuk dan Wan Melini? Hami dah tak berapa ingatdah ceritanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2006 11:03 PM | Show all posts

"Bawang Merah and Bawang Putih"

Once upon a time,there was a family leave in a forest. The father and his first wife had already dead. The first wife had a daughter named Bawang Merah and the second wife's daughter named Bawang Putih. The second wife-Mak Fatimah treated Bawang Merah bad. Bawang Merah had to do all the works all by herself. But,Bawang Merah was a kindly girl. She did not against her step mother.

When Bawang Merah and Bawang Putih grew bigger, Bawang Merah became a pretty girl with snowy skin while Bawang Putih was ugly and fat since she did not work.

Mak Fatimah became jealous with Bawang Merah. She was more jealous when she knew that Bawang Merah had a beautiful gold fish as her friend, through, it was only a fish!

Mak Fatimah caught and cooked the fish. That day, she treated Bawang Merah well and served her the curry fish. Bawang Merah was so surprised for her step mother's kindness, so she ate the curry fish happily.

At night, Bawang Merah had a dream. Her mother, Mak Angsana told her about the incident.Bawang Merah became sad and felt guilty. Mak Angsana told her to buried the bone of the fish near the well which she washed the clothes. When Bawang Merah woke up,s he did as what her mother told.

The next day, Bawang Merah saw a large tree grew from where she buried the bone of the fish. And a gold swing on the branch of the tree. She quickly threw herself on the swing and became to sing. Her voice was so melodius and sweet-sounding.

A prince who was passing-by saw the beautiful Bawang Merah and fall in love with her. Bawang Merah quickly ran back home when she saw the prince. The prince followed her and entered her house. Mak Fatimah lay to prince that Bawang Putih was the girl. The prince didn't believe her as Bawang Putih was so ugly, not like the pretty Bawang Merah. Finally, Mak Fatimah told the truth and apologised to the prince. He forgave her.

The prince and Bawang Merah got married and they lived happily.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 30-1-2006 09:39 PM
Sesiapa tahu cerita Wan Empuk dan Wan Melini? Hami dah tak berapa ingatdah ceritanya.




ooo... citer ni asalnya dari kitab SEJARAH MELAYU ...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by my_3A at 2-2-2006 09:29 PM


ooo... citer ni asalnya dari kitab SEJARAH MELAYU ...  


Ia? Yang Hami ingat ada kena mengena dengan Bukit Siguntang dan dewa-dewi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 12:06 PM | Show all posts
Sumpah Sang Kelembai


BATU tergantung. Batu ini dipalu dengan batang tepus untuk mendapatkan pinggan mangkuk.
--------------------------------------------------------------------------------

Ketika berjalan mulutnya merapu-rapu, bukannya kerana mabuk, tetapi sudah menjadi kebiasaannya, apatah lagi jika ada sesuatu yang tidak kena dengan kerenah manusia. Sama ada sang kelembai itu manusia atau pari-pari tidaklah pula diketahui dengan jelas.

Orang Melayu sejak zaman dahulu lagi kenal dengan cerita dongeng Sang Kelembai. Namun tidak pula cerita itu dibukukan seperti orang barat membukukan cerita-cerita dongeng seperti Robin Hood yang terkenal di seluruh dunia.

Salahkah orang-orang Melayu membukukan cerita-cerita rakyat sedemikian? Sungguhpun dianggap dongeng, ada banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tersebut.

Kerana tertarik dengan cerita Sang Kelembai yang dikatakan pernah berlaku di kampung saya di Lenggung, Perak, saya mengambil kesempatan baru-baru ini untuk melawat tempat-tempat yang dikatakan pernah Sang Kelembai hidup berseorangan tanpa suami dan anak.

Menurut orang-orang kampung, Sang Kelembai bukan jenis manusia. Kalau bukan jenis manusia tentulah tergolong daripada jenis yang orang kampung saya panggil pari-pari. Saya pun tidak pasti mengapa dipanggil pari-pari.

Di muka gua Gunung Tasik berhampiran rumah saya ada batu tergantung yang besar. Menurut orang kampung batu tersebut mempunyai rahsia tersendiri.

Di zaman antah-berantah di mana Sang Kelembai memuja batu tersebut dan (ada baiknya juga Sang Kelembai itu) sesiapa yang hendak meminjam pinggan mangkuk untuk mengadakan majlis kenduri kahwin bolehlah memukul batu tersebut dengan batang tepus, dan berserulah beberapa banyak pinggan mangkuk yang hendak dipinjam. Dalam sekejap masa sahaja keluarlah pinggan mangkuk bertimbun-timbun dari batu tersebut.

Demikianlah baiknya Sang Kelembai yang dianggap makhluk yang serupa manusia tetapi luar biasa kerana buah dadanya panjang dan terpaksa disangkutkan di bahu.

Di suatu ketika seorang raja telah mengahwinkan puteranya di tempat yang bernama Hulu Jepai iaitu berdekatan dengan beberapa gua yang dijadikan istana.

Selepas kenduri sang raja yang telah meminjam pinggan mangkuk terlupa hendak memulangkannya sehinggalah beberapa tahun kemudian sang raja tersebut mengahwinkan pula seorang puterinya yang jelita.

Sang Kelembai marah dengan perangai raja yang mementingkan diri sendiri itu dan tidak pula suka menolong rakyatnya yang ditimpa kesusahan. Dia mengambil keputusan untuk melihat perayaan perkahwinan yang besar dan banyak menggunakan harta rakyat, lalu berjalan ke arah istana raja di Hulu Jepai itu.

Orang-orang besar istana lalu memberitahu raja bahawa Sang Kelembai telah berada di pintu gerbang istana dan tidak ada sesiapa yang berani menahannya. Raja sangat marah dengan kedatangan Sang Kelembai yang tidak diundang itu. Tetapi raja lupa bahawa pinggan mangkuk yang digunakan dalam istiadat perkahwinan itu dipinjam daripada Sang Kelembai dan tidak dikembalikan semula.

Sang Raja lalu menyuruh pengawal-pengawalnya menghalau Sang Kelembai dari dalam istana. Sang kelembai yang selama ini dianggap banyak menolong manusia yang susah tidak dapat menahan perasaan marahnya, lalu dia terus menyumpah Sang Raja.

Kerana sumpahan itu Sang Raja dan permaisuri serta seisi istana telah menjadi batu termasuk juga pinggan mangkuk, segala hidupan, katil, kelambu dan sebagainya.

Itulah sumpah Sang Kelembai terhadap raja yang mementingkan diri sendiri. Istana raja yang disumpah itu terkenal hingga sekarang dengan panggilan Gua Puteri.

Semasa saya kecil-kecil dahulu pernah saya melawat ke dalam gua Puteri bersama rombongan budak sekolah, iaitu kira-kira pada tahun 1948. Ketika itu saya dapati masih ada arca batu seperti orang bersanding, ada katil dan kelambu, ada pinggan mangkuk yang berisi ikan, siput dan sebagainya.

Pada lawatan saya baru-baru ini semuanya telah musnah. Para pelawat memecah-mecahkan arca-arca tersebut dengan mengetuknya hingga pecah termasuk batu-batu yang berbentuk manusia bersanding. Sayang sekali khazanah silam itu kian terhapus oleh perbuatan manusia sendiri.

Ketika keluar dari muka Gua Puteri itu, saya dengan tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan kerbau liar yang jumlahnya kira-kira 30 ekor. Kerbau-kerbau tersebut lalu menyerbu kami dan saya serta anak saya Hazrul terpaksa berlari dan memanjat pokok yang berdekatan.

Oleh: N.A. HALIM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 12:32 PM | Show all posts
best gak lepak sini.......

nanti wa cerita kisah pak pandir yg paling best...sampai sekaarng wa tak leh lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 02:58 PM | Show all posts
hikayat pak pandir.....

satu hari pak pandir jalan2 tetiba dia nampak taik  kat tgh jalan...dia akta macam taik...pastu dia pun ambik kayu dan cucuk2 objek tu.....kata dia emm..t ....macam taik....pastu dia tak puas hati dia cuit sikit...dan rasa dgn jari dia...emm tekstur dia pun cam taik......pastu utk kesahihan dia pun cium benda tu.... uweekk busuk bau taik....sah la taik ni....


"nasib baik aku tak pijak" kata dia......berlalu dgn bangga......

wakakakakak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:59 PM | Show all posts
banyak lagi rasanya kisah2 yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 10:36 PM | Show all posts

SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA


Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda.

     Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.

     Berkatalah Si Luncai,"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?"

     "Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu.

     Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi.

     "Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"

     Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. "

     Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!"

     Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.

     Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 11:02 PM | Show all posts

Si Luncai - Part 1

Al kisah, maka adalah sebuah negeri bernama Indera Pat, rajanya bernama Maharaja Isin. Maka negeri itu cukup lengkap seperti adat istiadat negeri yang lain-lain juga, tetapi baginda itu baru sahaja ditabalkan menggantikan paduka ayahanda dan bondanya, kerana baginda itu telah hilang keduanya. Maka isteri baginda itu bernama Tuan Puteri Bongsu, ada berputera seorang, namanya Tuan Puteri Lela Kendi, telah berumur sepuluh tahun.

Arakian, maka adalah dihujung negeri itu seorang anak miskin, yatim piatu, namanya disebut oleh sekalian kanak-kanak dengan gelaran Si Luncai, kerana perutnya besar dan punggungnya tonggek serta pula apabila ia berjalan itu menjemur dada. Ada pun hal kehidupan Si Luncai itu mengambil upah menumbuk dan menjemur padi serta menjual katu api, itulah sahaja kerjanya.

Sekali peristiwa Si Luncai terlalu amat ingin hendak masuk mengadap baginda. Maka ia pun pergilah dengan rupanya yang terlalu buruk itu. Maka tiadalah diterima oleh baginda akan masuk Si Luncai itu, hingga beberapa kali pun demikian juga. Hatta, kepada suatu hari Si Luncai pun bersiaplah memakai pakaiannya yang lain, iaitu berseluar ganjam puth sudah koyak-koyak, dan berbaju hitam buruk menggerebeng seperti sarang petola, serta memakai kain hitam bermancung cobak-cabik, dan bertengkolok batik seperti tali ayam. Setelah sudah memakai itu, Si Luncai pun pergilah mengadap, dan pada masa itu baginda pun hadir sedang bercukur hendak pergi sembahyang Jumaat. Maka Si Luncai pun naiklah kebalai penghadapan di bawah rembat balai itu, lalu ia menyembah pada baginda, seraya ditegur oleh baginda. Katanya Hai Luncai, apa maksudmu datang ini? Maka sembah si luncai, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, tiadalah apa-apa hasrat patik, hanya hendak mengadap kebawah dulu yang maha mulia sahaja.

Telah itu baginda pun diamlah. Maka baginda bercukur itu sudahlah. Apabila dilihat oleh Si Luncai ulu baginda itu bergundul tentang tengkuknya, maka ia pun menangislah dengan teramat sangat, tersenak-senak dan terisak-isak sehingga bercucuran air matanya. Maka titah baginda, Hai Luncai, apa engkau tangiskan ini? Maka sembah Si Luncai, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, tersangatlah besar dukacita bagi kalbu patik tanyakan, dan hendak pun patik sembahkan telah Tuan patik tanyakan, dan hendak pun patik sembahkan menakuti sangat-sangat dihati patik, siapa mengetahui kalau-kalau menjadi kemurkaan kebawah dulu tuanku.

Maka titah baginda, kabarkanlah olehmu tiada aku marah. Maka sembah Si Luncai, ampun tuanku beribu-ribu ampun, ada pun sebabnya patik menangis ini kerana patik lihat ulu Tuanku itu. Ampun-ampun daulatnya barang bertambah-tambah daulat, serupalah betul-betul dengan kepala pachal tua kebawah duli yang telah hilang itu, daripada dogol-dogol dan sulahnya itu sedikit pun tiada bersalahan lagi. Maka itulah sebabnya hiba dan rawan dihati patik. Pada perasaan pati, tambahan pila susuk gaya bayanya pun haruslah sebaya dengan tuanku juga.

Hatta, setelah baginda mendengarkan sembah Si Luncai, maka baginda pun murkalah terlalu amat, merah padam warna mukanya seraya bertitah, hai Luncai, sampailah engkau ini kanak-kanak lagi miskin, patutlah tiada mempunyai akal dan fikiran. Adakah sampai hemat engkau menyamakan sifat aku dengan bapa engkau yang sudah mampus itu? Ceh! Ceh! Tidak kusangka sekali-kali demikian berani engkau. Maka sekarang engkau ini derhaka kepada aku, tentulah engkau kubunuh.

Maka baginda pun memberi isyarat pada hulubalangnya menyuruh tangkap Si Luncai, serta diikat dan dimasukkan kedalam guni. Titah baginda kepada seorang pertanda menyuruh bunuh akan Si Luncai dan campakkan kedalam air dikuala sungai itu. Maka segeralah dikerjakan oleh petanda itu, dibawanya Si Luncai turun kesampan serta berkayuh kehilir.

Maka kata Si Luncai, wahai encik pertanda, mintalah hamba sebiji labu air hendak hamba peloki, seolah-olah ganti ibu hamba, kerana hamba hendak mati ini, bolehlah hamba marifatkan hamba mati bersama-sama dengan ibu hamba. Maka jawab pertanda itu, baiklah. Kerana ia pun belas juga melihatkan orang yang telah tentu mati itu, lalu disuruhnya ambil labu air tempat bekalan mereka didalam perahu itu, yang besar sekali, seraya dikeluarkan dan diuraikan ikatnya lalu diberikan labu itu kepada Si Luncai.

Maka dipeluk oleh Si Luncai, lalu menangislah ia dengan amat sangatnya di tengah-tengah perahu itu. Kemudian lalu ia berkata kepada segala pertanda itu, katanya ya mamak pertanda, hamba melihat tuan hamba berkayuh itu terlalulah kasihan di hati hamba oleh terlampau penatnya. Jika begitu, ada suatu nyanyi supaya boleh membuat pelalai berkayuh itu, kita perbuat beramai-ramai. Maka jawab pertanda itu, apa dia? Luncai, pelalai itu? Maka kata Si Luncai, buatlah demikian. Si luncai terjun dengan labu-labunya, jawabnya biarkan, biarkan. Maka pertanda itu semuanya membuatlah seperti yang diajarkan oleh Si Luncai itu beramai-ramai. Si Luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan, biarkan. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan.

Maka dengan hal yang demikian bernyanyi itu bersahut-sahut, Si Luncai pun terjunlah sungguh kedalam sungai seraya menyelam. Maka pertanda jurumudi itu beberapa kali telah menyatakan, Si Luncai sudag terjun dengan labu-labunya kedalam air, tetapi oleh sabor dengan nyanyinya itu tiadalah siapa yang menghiraukan. Kemudia lalu berkatalah pula jurumudi dengan bengisnya, hai kamu sekalian anak perahu, cubalah lihat kebelakang, Si Luncai sudah terjun.

Maka barulah masing-masing menoleh kebunyikan perahu. Sesungguhnya campaklah Si Luncai sudah terdiri ditepi tebing sebelah kiri sungai. Wah apatah lagi. Bergopogopohlah masing-masing mengayuh perahu mendapatkan Si Luncai kedarat, lalu ditangkapnya. Telah dapat, dimasukkan kedalam guni itu juga serta diikat, langsung berkayuh pula. Tidak berapa lamanya, dengan kuasa Allah, kedengarlah bunyi suara rusa bertempek di darat bertalu-talu. Maka kata Si Luncai, dari dalam guni itu, Ya Allah, sayangnya rezeki terbuanglah sahaja.

Maka kata pertanda itu, apa engkau kata Luncai? Maka jawab Si Luncai. Tidak ada. Itu bunyi rusa bertempek, sudah mengena agaknya jerat yang hamba tahan disitu dahulu, tetapi apalah daya hendak mengambilnya? Sahajalah binatang itu mati oleh kena jerat, tiada siapa mengambilnya. Maka kata pertanda itu sama sendiri. Mari kita singgah mengambil rusa yang telah kena jerat Si Luncai itu. Telah bersetuju muafakatnya, maka perahu itu pun disinggahkanlah lalu kedarat, sekalian pertanda itu mencari tempat jerat Si Luncai itu merata-rata hutan, dan dimana-mana kedengaran bunyi rusa bertempek, kesitulah dikejar oleh segala pertanda itu dengan tempek soraknya. Demi rusa itu mendengar suara manusia, ia pun makinlah jauh larinya.

bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 11:03 PM | Show all posts

Si Luncai - Part 2

Kelakian, tersebutlah perkataan Si Luncai tinggal diperahunya di dalam guni seorang dirinya. Dengan kuasa Allah ta`ala, lalulah seorang India menjual dagangan. Maka dilihat oleh Si Luncai tampak baying-bayangnya kilau-kilau dari dalam guni itu. Maka ia pun berseru-seru dengan nyaring suara, katanya, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, mohonlah patik, sekali-kali patik ta` mahu kahwin dengan paduka anakanda itu. Remaklah patik mati dibuangkan kedalam air ini.

Hatta, setelah didengar oleh saudagar India itu akan rungut Si Luncai, maka ia pun datang mendekati keperahu itu, seraya bertanya. Katanya, hai orang dalam guni, apa tuang ini macam? Siapa punya kerja ini? Maka sahut Si Luncai dengan tangisnya, Ada pun sebab hamba ini menjadi demikian kerana raja negeri ini hendak mengahwinkan hamba dengan puterinya, hamba tiada mahu. Inilah hendak dibunuhnya.

Setelah didengar oleh saidagar India akan kata Si Luncai itu, ia pun terlalu sukacita hendak kawin itu. Lalu katanya, apa? Kahwinkah? Saya banyak suka! Raja mahukah ganti sama saya kasi kahwin dia punya anak? Maka kata Si Luncai, kalau mamak mahu, raja tentu banyak suka. Sahaya yang miskin lalgi ia mahu, ini pula mamak orang kaya. Jika begitu, marilah bukakan saya, mamak menjadi ganti saya. Maka mamak India itu pun naiklah kedalam perahu lalu mengorakkan tali guni dan tali si Luncai. Setelah Si Luncai keluar mamak itu pun masuklah kedalam guni itu lalu diikat pula oleh Luncai akan tangan mamak dan mulut guni itu. Kemudian diajarnya mamak itu. Katanya, apabila, apabila datang hamba raja itu sekarang, mamak bilanglah kepada dia orang, saya mahu kawin dengan anak raja. Maka kata mamak India itu, baiklah.

Setelah sudah, Si Luncai pun menggalas bungkus kain mamak itu, lalu lari pulang kenegerinya. Arakian, tersebutlah perkataan sekalian pertanda yang pergi mencari bekas jerat Si Luncai itu. Telah tiada bertemu masing-masing oun pulanglah keperahu. Maka didengar oleh mereka itu Si Luncai berkata. Saya mau kawin sama raja punya anak, saya mau kawin sama raja punya anak. Berpuluh-puluh kali demikian juga katanya. Maka mereka sekalian pun heran seraya berkata, kena apa Si Luncai ini bermacam-macam pula lakunya? Ini doperbuatnya seperti suara orang India , dan katanya ia hendak kahwin dengan anak raja. Siapalah yang mahukan dia itu agaknya? Hai, hai Luncai, tadi sudah terjun dengan labu-labunya. Sekarang pun engkau hendak menipu kamikah juga? Walau macam mana sekali pun tidakkan kami lepaskan lagi. Matilah engkau sekali ini.

Maka kata mamak India itu, saya bukan Luncailah, saya orang India jual barang-barang kain baju. Luncai sudah pergilah, sekarang sayalah mahu kahwin sama raja punya anak. Maka kata pertanda itu, ya baiklah, Luncai . walau engkau jadi India sekali pun engkau mati juga. Lagi pun sekarang engkau sudah menjadi gila. Adakah patut layak macam engkau hendak kahwin dengan anak raja? Ceh, ceh tak malu.

Demi didengar oleh mamak India itu akan perkataan pertanda yang demikan, ia pun makinlah menangis tetapi tiadalah barangsiapa yang peduli akan dia, masing-masing berkayuh juga. Telah sampailah kekuala lalu dicampakkanlah guni India itu langsung tenggelam dan matilah ia. Maka pertanda itu pun kembalilah persembahkan segala hal ehwal itu kepada baginda. Maka baginda pun terlalu sukacitanya.

Sebermula, maka tersebutlah perkataan Si Luncai berjalan itu. Hari pun sudah malam, ia pun sampailah kerumahnya lalu tidur dan tiadalah ia berjalan dalam tujuh hari lamanya, kerana ia mencari akal tipu daya hendak membinasakan raja itu. Maka pada suatu hari Si Luncai pun memakailah segala serban jubah saudagar India yang ditipunya itu, serta sebuah tasbih panjangnya sedepa dan sebatang tongkat pula dibawanya. Maka ia pun berjalanlah dekat-dekat dengan balairung seri baginda itu. Dan kepada ketika itu baginda pun sedang dihadap oleh orang terlalu banyak, penuh sesak balai penghadapan itu. Maka baginda pun terpandanglah akan Si Luncai memakai pakaian cara haji itu. Maka diamat-amati oleh baginda, sahlah rupa Si Luncai.

Maka titah baginda, hai sekalian orang besar-besar, siapa itu? Beta lihat seakan-akan rupa Si Luncai. Maka sembah mereka itu sekalian, sebenarnyalah seperti titah dulu itu. Pada penglihatan patik-patik sekalian pun demikian juga. Maka titah baginda, cuba juga panggil Tuan Haji itu, bertanya dari mana datangnya. Maka menteri pun berserulah dengan nyaring suaranya, katanya wahai tuan hamba Tuan Haji mari juga singgah, titah di panggil. Hatta telah didengar oleh Si Luncai, maka ia pun singgahlah mengadap baginda serta memberi salam, katanya, Assalamu`alaikum, ya khalifatul mu`minin. Maka disahut oleh baginda, Wa`alaikumussalam, hai muslim, siapa engkau ini?

Maka sembah Si Luncai, ampun tuanku beribu-ribu ampun, barang bertambah-tambah daulat shah alam, bahawa patik inilah malaikat Si Luncai yang telah Tuanku bunuh dahulu. Ada pun patik ini sekarang sudah menjadi orang negeri akhirat, bukannya patik orang didalam dunia ini lagi. Setelah didengar oleh baginda dan segala orang besar-besar itu, masing-masing pun, sebenarnyakah sungguh engkau ini malaikat Si Luncai yang mati. Dan lihatlah oleh Tuanku rupa dan pakaian patik ini semuanya sudah berubah diberi oleh malaikat orang tua patik, kerana orang tua patik kedua-duanya dikurniai Allah ta`ala tempat kesenangan di negeri akhirat.

Maka titah baginda, jika demikian, adakah engkau mendengar kabar ayahanda dan bondaku yang telah mangat itu? Maka sembah Si Luncai, bukannya mendengar lagi tuanku, patik sendiri dibawa oleh malaikat orang tua patik itu mengadap ayahanda dan bonda itu. Patik lihat istana dan mahligai paduka ayahanda itu terlalu indahnya daripada tempat semayam tuanku ini.

Maka titah baginda, adakah ayahanda bonda bertanyakan aku in? maka sembah Si Luncai, adalah sangat, tuanku. Patik ceritakanlah kepada baginda itu dari awal hingga akhirnya serta pasal kematian patik itu. Maka demi didengarnya sebab kematian patik tuanku bunuh itu, wah baginda laki isteri pun terlalu murka akan tuanku. Titahnya, tiada patut sekali-kali diperbuat oleh anakku itu, sebab kesalahan engkau yang begitusedikit disurunya bunuh. Kemudian lalu disuruhnya hantarkan patik pada malaikat orang tua patik balik kedalam dunia in, kerana ajal patik belum sampai lagi katanya. Dan lagi titah paduka ayahanda bonda itu kepada patik minta persilakan tuanku pula berangkat bemain-main melihat negeri akhirat, kerana terlalu rindu paduka ayahanda dan bonda itu akan tuanku, dan jika tuanku berangkat kesana, pada fikiran patik telah tetaplah yang tuanku tiada sekali-kali berniat hendak balik kedunia ini oleh tersangat indah-indahnya negeri akhirat itu. Ada pun patik ini tiada berdaya lagi oleh terlampau digagahi paduka ayahanda kedua menyuruh sampaikan pesannya kebawah duli tuanku.

Dari sebab itulah patik balik juga persembahkan titah paduka ayahanda itu, takut kalau-kalau menjadi keberatan pula keatas patik kemudian hari. Akan tetapi jika sekiranya tuanku hendak melihat apa-apa hal paduka ayahanda dan bonda itu, bolehlah juga tuanku kita lihat dari atas dunia ini. Perbuatlah suatu bangun-bangunan yang tinggi boleh patik ajarkan. Ada suatu doa diamalkan, nescaya tampaklah apa-apa hal paduka ayahanda bonda itu dengan kemudahannya.

Tetapi jikalau barangsiapa tiada tampak, harapkan diampuni kebawah duli, alamat besarlah padahnya mereka itu, iaitu telah terjunamlah mereka bukannya daripada anak halal. Maka doa itu pun patik dapat dengan berkat pengajaran paduka ayahanda juga mengajar patik. Maka ada pun hal patik apabila patik rindua akan orang tua patik, maka patik bacakankanlah doa itu, nescaya tampaklah apa-apa halnya didalam kubur, serta sekalian isi negeri akhirat itu.

Hatta, setelah didengar oleh baginda serta sekalian yang mengadap itu masing-masing pun menerimalah pada akalnya serta dengan percayanya. Maka sabda baginda, hai malaikat Si Luncai, aku bertempohlah tujuh hari hendak membuat bangunan itu. Maka sembah Si Luncai, tuanku, daulat beribu-ribu daulat, seperti titah itu patik junjunglah. Maka Si Luncai pun menyembah baginda, mohon ampun pulang kerumah berdiam dirinya.

Arakian, maka baginda pun menitahkan perdana menteri perbuat bangun-bangunan itu dengan segeranya. Maka dikerjakan oranglah seperti titah baginda itu. Selang tiada berapa lamanya bangun-bangunan itu pun siaplah sekaliannya. Maka perjanjian Si Luncai pun genaplah. Ia pun lalu datang mengadap baginda. Telag itu baginda pun berangkatlah diiringkan oleh segala orang besar-besar dan menteri, hulubalang, rakyat sekalian serta dengan Si Luncai naik keatas bangun-bangunan itu.

Telah duduklah sekaliannya maka Si Luncai pun mengajarlah akan baginda serta dengan orang-orang besar akan doa pertunjukkan itu. Maka sembah Si Luncai, ampun tuanku beribu-ribu ampun, apabila sudah tuanku sekalian baca doa ini, jikalau tiada nampak akan paduka ayahanda bonda sekalian isi negeri akhirat, bahawa pada masa itu telah tentulah tuanku sekalian haram zadah.

Demikianlah sekali padahnya berkat titah ayahanda kedua-duanya juga mengajar akan patik doa ini. Maka titah baginda, mana-mana takdir daripada Allah, aku menerima syukur sahaja. Setelah baginda menerima pengajaran daripada Si Luncai maka sembah Si Luncai, persilakanlah tuanku ayahanda bonda itu.

Maka baginda serta dengan sekalian mereka yang belajar itu pun mendongak kelangit. Maka Si Luncai pun pura-puralah memandang sama-sama kelangit. Hatta sembah Si Luncai apa kabar tuanku? Adakah tampak ayahanda kedua-dua duduk diatas takhta kerajaan dengan aman sentosanya dihadapi oleh sekalian anak bidadari? Cubalah tuanku nyatakan kepada patik dengan sebenarnya.

bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 11:06 PM | Show all posts

Si Luncai - Part 3

Maka demi baginda mendengarkan sembah Si Luncai, termenunglah baginda sejurus panjang sambil berfikir didalam hatinya, hendak aku katakana tampak, tiada suatu apa pun yang ada, hanya awan saja yang aku lihat, tetapi kalau aku katakana tiada nampak, tetaplah aku dikatakan oleh si Luncai ini anak haram. Jika begitu, biarlah aku berdusta, asalkan jangan terkena nista oleh Si Luncai.

Maka baginda pun mengakulah mengatakan nampaklah sekalian hak ehwal. Sesudah titah baginda demikian itu maka masing-masing pun menurutlah seperti titah itu, semuanya mengatakan nampak belaka. Telah itu, maka sembah Si Luncai, sekiranya jika tiada puas lagi rasanya dikalbu tuanku, persilakanlah esok harinya patik bawa mengadap ayaganda bonda itu supaya lenyap rindu dendam tuanku yang selama ini akan dia dan boleh pula tuanku melihat sekalian perkara yang terlebih ajaib-ajaib serta indah-indah pula daripada yang tuanku lihat tadi. Maka titah baginda, baiklah esok bawalah aku pergi sendiri kepada ayahanda bondaku. Maka sekalian orang besar-besar itu pun berkehendak juga pergi masing-masing. Maka ujar Si Luncai kepada mereka itu, biarlah tuanku sahaja pergi dahulu, diperhamba bawa. Kemudian setelah diperhamba balik kedunia ini dengan baginda, barulah dato sekalian diperhamba bawa kesana.

Arakian, setelah sudah berkata-kata itu, maka baginda pun berangkat turun dari atas bangun-bangunan itu serta diiringikan oleh segala orang besar-besar dan Si Luncai kembali ke balai penghadapan, seraya baginda bertitah kepada Si Luncai, pagi-pagi besok pergilah kita Luncai dengan segeranya.

Maka sembah Si Luncai, silakan tuanku, tetapi hendaklah tuanku titahkan perbuat suatu mongkor kaca, serta perbuati berkisi-kisi luarnya, kemudian diberi bertali dan muatkanlah sekalian perkakasan tuanku serta berkelana sekali. Maka titah baginda, baiklah Luncai. Maka baginda pun segeralah menitahkan beberapa orang pandai dan utas perbuati mongkar seperti yang dikatakan oleh Si Luncai itu, hendak sudah pada malam itu juga dengan tiada boleh tidak. Maka dikerjakanlah oleh segala tukang itu pada malam itu juga. Telah baginda bertitah demikian, baginda pun berangkat masuk keistana mendapatkan adinda dan anakanda baginda, dan Si Luncai dengan segala orang besar-besar itu tidurlah dibalai, tiada kembali lagi.

Hatta, telah datang keesokan hari, baginda pun bangun bersiram ketiga puteranya. Sudah selesai lalu santap nasi dan peganan juadah. Setelah sudah, maka baginda pun bermohon kepada adinda baginda dan memeluk mencium puterinya itu, lalu berangkat kebalai penghadapan. Didapati baginda sekalian orang besar-besar dan menteri, hulubalang, rakyat semuanya telah hadir, dan mongkar itu pun sudah musta`id sekaliannya.

Maka baginda pun memandang kepada Si Luncai seraya bertitah, apa lagi kita Luncai? Maka sembah Si Luncai, silakanlah, Tuanku. Maka baginda pun berangkatlah diiringkan oleh segala menteri, hulubalang dan rakyat sekalian, dibawa oleh Si Luncai kepintu lubang suatu gua yang terlalu dalam, melainkan Allah jugalah yang mengetahuinya. Seketika berjalan sampailah ketempat itu. Maka Si Luncai pun mendatangkan sembah. Katanya ampun tuanku beribu-ribu ampun, bahawa inilah jalan patik keluar kedunia dahulu.

Maka titah baginda, jikalau begitu, turunlah kita segera, biar orang besar-besar tinggal menanti kita disini. Maka sembah Si Luncai, silakanlah tuanku masuk kedalam mongkor kaca ini dan biarlah patik duduk pada kisi-kisi diluar mongkor, kerana patik hendak membawa jalan keakhirat, iaitu sesudah dihilurkan oleh mereka ini sekalian kebawah.

Telah itu baginda pun masuklah dan Si Luncai berdiri diluar mongkor itu. Setelah musta`id, lalu dihulurkanlah sekalian menteri, hulubalang dan orang besar-besar akan baginda dengan Si Luncai kedalam lubang itu. Maka pada waktu hendak turun mongkor itu, Si Luncai pun bersedia sahajalah hendak berlepas dirinya. Dengan takdir Allah ta`ala, adalah pula suatu lubang yang lain, boleh naik kedunia balik. Apabila terpandang sahaja olehnya, makaa ia pun melompatlah keatas suatu batu ditepi lubang itu dengan pantasnya. Maka baginda tiadalah sempat hendak keluar lagi, oleh meraka yang diatas lubang itu dengan pantasnya. Maka baginda tiadalah sempat hendak keluar lagi, oleh tali mongkor itu terlalulah amat deras dihulurkan oleh mereka yang diatas lubang itu. Maka dilihat baginda makin lama makin gelap gulitalah, sehingga lemaslah baginda tak boleh bernafas lagi.

Maka dengan kudrat dan iradat allah ta`ala, mongkor itu pun terjatuh betul kedalam mulut seekor naga yang terlalu besarnya. Maka demi dirasanya sahaja, apatah lagi, langsung ditelannyalah. Maka baginda pun mangkatlah. Kelakian, tersebutlah perkataan Si Luncai. Telah dilihatnya baginda itu tiada dapat keluar dari dalam mongkor itu, dan langsung terus kebawah sahaja serta telah ghaiblah, maka ia pun berserulah dengan nyaring suaranya, katanya, hai sekalian menteri dan orang besar-besar serta hulubalangku, putuslah tali ini., kerana aku telah bertemu dengan ayahanda bonda, dan tiadalah diberinya aku berbalik lagi kedunia. Si Luncai sahaja aku titahkan balik akan ganti aku menjadi raja dinegeri, serta kahwinkan dia dengan puteriku Tuan Puteri Lela Kendi itu.

Setelah didengar oleh mereka itu masing-masing pun pulanglah keistana baginda, persembahkan seperti titah baginda itu kepada Puteri Bongsu dan anakanda baginda. Aduhai. Demi terdengar sahaja kepada Tuan Puteri keduanya perkabaran dan titah baginda demikian itu, hancur luhur, remuk rendamlah hati Tuan Puteri kedua, lalu menangis menghempaskan dirinya serta pula dengan segala dayang-dayang dan inang pengasuh, bagaikan bunyi orang beramuk didalam istana itu. Maka Tuan Puteri kedua pun lalu pengsan tiada sedarkan dirinya lalu, disirami oleh dayang-dayang sekalian dengan air mawar. Telah Tuan Puteri sedar daripada pengsannya itu, maka ia pun bertitah menyuruh berbuat kenduri akan baginda itu. Demikianlah perkabungan Tuan Puteri keduanya.

Shahdan maka tersebutlah perkataan Si Luncai. Telah tujuh hari tujuh malam ia didalam gua itu, dengan beberapa sengsaranya hendak mencari jalan keluar, dengan takdir Allah ta`ala, diikutnya juga pada jalan yang bercahayanya terang itu. Maka dapatlah selamat sempurnanya.

Hatta, pada keesokan harinya Si Luncai pun pura-pura berjalan kebalai penghadapan baginda. Telah dilihat oleh menteri, huluibalang dan orang besar-besar sekalian akan Si Luncai, masing-masing memberi hormat dan memimpin tangannya, dibawa naik keatas balai, didudukan dikerusi kerajaan baginda dan sekalian wazir, orang besar-besar pun duduklah dibawah mengadapnya.

Maka perdana menteri pun berserulah dengan nyaring suara, katanya ayuhai sekalian encik-encik dan taun-tuan, besar kecil, tua muda, laki-laki perempuan, hina mulia, ya`ni seisi negeri ini. Bahawa sekarang dengan titah Yang DiPertuan yang telah berangkat kenegeri akhirat itu, pada masa ini encik Luncai dengan anakanda baginda Tuan Puteri Lela Kendi itu.

Demi didengar oleh yang oleh yang hadir itu, maka terlalulah ta`jub mereka itu masing-masing, tetapi berdiam diri sahajalah, tiada berkata-kata. Maka Si Luncai bedebah itu pun berbuat pura-pura terkejut seraya mengucap, Astaghfiru`llah, apa sebabnya dato berkata demikian? Hamba taj` rela sekali-kali, kerana hamba tiada besarkan kebesaran dunia ini lagi, oleh hamba telah menjadi orang negeri akhirat sana .

Maka kata Perdana Menteri. Hamba tiada berani melalui titah baginda itu. Telah itu Si Luncai pun diamlah. Maka sabda Perdana Menteri, sekarang juga hendak beta kahwinkan raja dengan Tuan Puteri itu. Maka kadi pun tampillah menikahkan Si Luncai dengan Tuan Puteri Lela Kendi itu, tiada bekerja, hanya mengambil selamat sahaja.

Hatta, setelah sampai waktunya, maka Si Luncai pun masuklah keperaduan dengan Tuan Puteri. Maka Tuan Puteri Lela Kendi pun menangis oleh terlalu meluat ia melihat rupa Si Luncai itu. Beberapa pun dipujuk oleh inang pengasuhnya tiada ia mahu beradu oleh terkenangkan ayahandanya itu. Maka hari pun hampirlah dinihari. Si Luncai pun terlelaplah lalu tidur.

Maka fikir hati Tuan Puteri, sebab Si Luncai bedebah celaka ini, maka aku bercerai dengan bapaku. Jika begitu, baiklah aku bunuh akan dia. Maka Tuan Puteri mengambil sebilah keris ayahnya lalu menikam kerongkong Si Luncai. Maka ia pun mengeruhlah lalu mati. Maka Tuan Puteri pun larilah keluar mendapatkan bondanya berkabarkan hal ehwal itu. Maka Tuan Puteri Bongsu pun sangatlah ketakutan serta memanggil Perdana Menteri. Ia pun masuk kedalam istana. Sabdanya, apakah sebabnya tuan hamba bunuh akan suami tuan hamba ini?

Maka titah Tuan Puteri Lela Kendi, bahawasanya dari sebab Si Luncai celaka itulah beta bercerai dengan paduka ayahanda beta, entahkan ayahanda itu dibunuhnya, dikatakan pergi kenegeri akhirat. Yang beta sekali-kali tiada percaya akan kata Si Luncai itu. Jika sekiranya ia hidup lagi, tentulah mamak pun dibunuhnya juga, jangan syak lagi.

Setelah Perdana Menteri dan Permaisuri mendengarkan sabda anakanda itu terlalu sebal dan sesal keduanya akan segala perkara yang telah lalu itu, semuanya sudah terkena tipu oleh si Luncai. Masing-masing pun menangislah terkenangkan baginda, kerana kebodohan ia sekalian menurutkan kata Si Luncai bedebah itu. Maka mayat Si Luncai pun disuruh tanamkan dengan sepertinya.

Maka bermesyuaratlah sekalian menurutkan sekalian orang besar-besar menabalkan Tuan Puteri Lela Kendi ganti ayahandanya memerintahkan negeri, dipandu oleh memakanda Perdana Menteri menjalankan hukuman seperti istiadat yang dijalankan oleh ayahanda baginda dahulu dengan adilnya. Maka tersangatlah sukacita Tuan Puteri Bongsu oleh puterinya menjadi maharani itu. Maka keduanya pun berbuat amal ibadat akan Allah ta`ala pada setiap waktu serta tiadalah mahu keduanya bersuami lagi. Demikianlah diceritakan oleh orang yang empunya cerita ini.


http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/si_luncai.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 10:24 AM | Show all posts
ada sesiapa tahu full version of Hikayat Merong Mahawangsa?
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 28-3-2007 12:50 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


akmala This user has been deleted
Post time 28-3-2007 12:58 PM | Show all posts
Si Kancil dan Buaya

Suatu hari Si Kancil, binatang yang katanya cerdik itu, sedang berjalan-jalan di pinggir hutan. Dia hanya ingin mencari udara segar, melihat matahari yang cerah bersinar. Di dalam hutan terlalu gelap, karena pohon-pohon sangat lebat dan tajuknya menutupi lantai hutan. Dia ingin berjemur di bawah terik matahari. Di situ ada sungai besar yang airnya dalam sekali. Setelah sekian lama berjemur, Si Kancil merasa bahwa ada yang berbunyi di perutnya,..krucuk...krucuk...krucuk. Wah, rupanya perutnya sudah lapar. Dia membayangkan betapa enaknya kalau ada makanan kesukaannya, ketimun. Namun kebun ketimun ada di seberang sungai, bagaimana cara menyeberanginya ya? Dia berfikir sejenak. Tiba-tiba dia meloncat kegirangan, dan berteriak: "Buaya....buaya.... ayo keluar..... Aku punya makanan untukmu...!!" Begitu Kancil berteriak kepada buaya-buaya yang banyak tinggal di sugai yang dalam itu.

Sekali lagi Kancil berteriak, "Buaya...buaya... ayo keluar... mau daging segar nggak?"

Tak lama kemudian, seekor buaya muncul dari dalam air, "Huaahhh... siapa yang teriak-teriak siang-siang begini.. mengganggu tidurku saja." "Hei Kancil, diam kau.. kalau tidak aku makan nanti kamu." Kata buaya kedua yang juga muncul.

"Wah.... bagus kalian mau keluar, mana yang lain?" kata Kancil kemudian. "Kalau cuma dua ekor masih sisa banyak nanti makanan ini. Ayo keluar semuaaa...!" Kancil berteriak lagi.

"Ada apa Kancil sebenarnya, ayo cepat katakan," kata buaya.

"Begini, maaf kalau aku mengganggu tidurmu, tapi aku akan bagi-bagi daging segar buat buaya-buaya di sungai ini," makanya harus keluar semua.

Mendengar bahwa mereka akan dibagikan daging segar, buaya-buaya itu segera memanggil teman-temannya untuk keluar semua. "Hei, teman-teman semua, mau makan gratis nggak? Ayo kita keluaaaar....!" buaya pemimpin berteriak memberikan komando. Tak berapa lama, bermunculanlah buaya-buaya dari dalam air.

"Nah, sekarang aku harus menghitung dulu ada berapa buaya yang datang, ayo kalian para buaya pada baris berjajar hingga ke tepi sungai di sebelah sana," "Nanti aku akan menghitung satu persatu."

Tanpa berpikir panjang, buaya-buaya itu segera mengambil posisi, berbaris berjajar dari tepi sungai satu ke tepi sungai lainnya, sehingga membentuk seperti jembatan.

"Oke, sekarang aku akan mulai menghitung," kata Kancil yang segera melompat ke punggung buaya pertama, sambil berteriak, "Satu..... dua..... tiga....." begitu seterusnya sambil terus meloncat dari punggung buaya satu ke buaya lainnya. Hingga akhirnya dia sampai di seberang sungai. Hatinya tertawa, "Mudah sekali ternyata."

Begitu sampai di seberang sungai, Kancil berkata pada buaya, "Hai buaya bodoh, sebetulnya tidak ada daging segar yang akan aku bagikan. Tidakkah kau lihat bahwa aku tidak membawa sepotong daging pun?" "Sebenarnya aku hanya ingin menyeberang sungai ini, dan aku butu* jembatan untuk lewat. Kalau begitu saya ucapkan terima kasih pada kalian, dan mohon maaf kalau aku mengerjai kalian," kata Kancil.

"Ha!....huaahh... sialan... Kancil nakal, ternyata kita cuma dibohongi. Aws kamu ya.. kalau ketemu lagi saya makan kamu," kata buaya-buaya itu geram.

Si Kancil segera berlari menghilang di balik pohon, menuju kebun Pak Tani untuk mencari ketimun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 28-3-2007 12:59 PM | Show all posts
Kera Jadi Raja  

Sang Raja hutan "Singa" ditembak pemburu, penghuni hutan rimba jadi gelisah. Mereka tidak mempunyai Raja lagi. Tak berapa seluruh penghuni hutan rimba berkumpul untuk memilih Raja yang baru. Pertama yang dicalonkan adalah Macan Tutul, tetapi macan tutul menolak.

"Jangan, melihat manusia saja aku sudah lari tunggang langgang," ujarnya.

"Kalau gitu Badak saja, kau kan amat kuat," kata binatang lain. "Tidak-tidak, penglihatanku kurang baik, aku telah menabrak pohon berkali-kali."

"Oh卪ungkin Gajah saja yang jadi Raja, badan kau kan besar..", ujar binatang-binatang lain. "Aku tidak bisa berkelahi dan gerakanku amat lambat," sahut gajah.

Binatang-binatang menjadi bingung, mereka belum menemukan raja pengganti. Ketika hendak bubar, tiba-tiba kera berteriak, "Manusia saja yang menjadi raja, ia kan yang sudah membunuh Singa".

"Tidak mungkin," jawab tupai. "Coba kalian semua perhatikan aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 28-3-2007 01:01 PM | Show all posts
Kisah Singa, Serigala, dan Musang

Pagi yang cerah di sebuah hutan. Burung-burung berkicau menyanyi dengan riangnya. Tupai-tupai sedang asyik memakan biji-bijian. Sekumpulan kelinci sedang makan rumput dan ilalang. Hewan-hewan lainnya pun asyik bercanda ria dengan kawan-kawannya. Mereka semua nampak gembira dan tenteram.

Di sisi hutan yang lain seekor serigala berlari-lari mengejar angsa. Tetapi sayang tidak berhasil, karena angsa itu sudah keburu terjun ke sungai. Tubuh serigala itu kurus sekali, hanya nampak tulang-tulang yang dibalut oleh kulit. Sudah lima hari ini ia belum mendapatkan hewan mangsanya. Kembali ia masuk hutan untuk mencari mangsa yang lain. Namun
setelah berjalan jauh tak seekor hewan yang dapat ditemuinya. Nasib serigala memang kurang beruntung hari ini.

Tidak berapa lama datanglah seekor singa penguasa rimba. Singa juga sedang mencari-cari mangsa untuk santapannya. Beberapa hari ini singa juga belum mendapatkan mangsa. Nasib singa tak jauh berbeda dengan nasib serigala itu. "Hai serigala, sedang apa kau di sini?" sapa singa si Raja Hutan. "Ooh..., oh..., Raja Hutan!," jawab serigala gugup. "Aku sedang mencari mangsa, Tuan." "Kenapa mencari makan di sini? Apakah di hutan sebelah sana tidak ada hewan yang dapat dimangsa?" tanya si Raja Hutan lagi. "Betul Tuan, dimana-mana sulit sekali mendapatkan mangsa. Di hutan sebelah sana, seekor kelinci pun tidak nampak, Tuan," jawab serigala memberi penjelasan. "Ooo... begitu," singa mengangguk-angguk. "Lantas kemana perginya hewan-hewan itu? Apakah mereka sudah tidak betah lagi tinggal di hutan," Tanya singa. "Tidak tahu Tuan, mungkin juga demikian," Sahut serigala.

"erlu kau ketahui wahai serigala, akupun sudah tiga hari ini belum mendapatkan mangsa. Hewan-hewan mangsaku kelihatannya sudah pergi semua, entah kemana perginya..." tutur singa keheranan. "Kalau begitu, mari kita berburu bersama-sama Tuan. Mudah-mudahan dengan kita bekerja sama, kita bisa mendapatkan mangsa yang banyak, Tuan," serigala menyarankan. "Ke arah mana kita hendak berburu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 28-3-2007 01:02 PM | Show all posts
Singa, serigala dan musang berjalan meneruskan perburuannya. Ketika sampai di dekat telaga terlihat seekor anak rusa yang sedang meminum air telaga. Singa dan serigala mendekati anak rusa itu dengan mengendap-endap. "Serigala, kini tugasmu untuk menangkap anak rusa itu," bisik singa si Raja Hutan kepada serigala. "Ya Tuan, akan saya laksanakan tugas saya." Jawab serigala lalu bersiap-siap menerkam anak rusa. "Cepatlah, tetapi hati-hati jangan sampai buruan itu lari." Perintah si Raja Hutan. Setelah dekat, serigala mengambil ancang-ancang untuk menerkam anak rusa itu. Satu, dua, tiga... serigala berlari kencang dan menerkam anak rusa. "Happ!" Dengan mudahnya serigala mendapatkan mangsanya itu. Singa dan musang yang melihat dari kejauhan tersenyum dan bersorak gembira. "Bagus, bagus! Kerjamu bagus sekali," puji singa kepada serigala. "Bagaimana kalau anak rusa ini kita bagi bertiga Tuan?" tanya serigala kepada singa. "Jangan, jangan dulu. Kita tangkap seekor mangsa lagi. Setelah itu barulah hasil tangkapan kita bagi bersama-sama." Jawab si Raja Hutan. "Kenapa Tuan, bukankah hasil tangkapan kita sudah banyak?" sahut musang tidak menyetujui ucapan singa.

"Memangnya kenapa? Kalau kau tidak mau cepatlah pulang. Kau tidak usah ikut meneruskan perjalanan!" ujar singa yang marah bukan kepalang. "Tidak, tidak Tuan, aku hanya menyarankan. Kalau Tuan tidak setuju tidak apa-apa, aku juga mau meneruskan perjalanan kita." Jawab musang ketakutan. "Ya, mari kita segera meneruskan perjalanan kita. Jangan ada lagi yang membantah perintahku." Sahut singa yang ingin menunjukkan kekuasaannya.

Mereka bertiga kembali berjalan mencari mangsa sesuai dengan perintah singa si Raja Hutan. Sebenarnya serigala tidak setuju dengan usul singa, namun karena ia takut dengan singa yang mempunyai julukan si penguasa hutan dan paling berkuasa di belantara rimba.

Seekor babi hutan tiba-tiba muncul melintas di depan mereka. Singa kaget dan segera memerintahkan serigala untuk menangkapnya. Serigala keberatan mendapat perintah itu, namun ia teringat kata-kata singa saat memarahi musang tadi. Serigala akhirnya melaksanakan tugas dari si Raja Hutan. Dengan mudahnya serigala menangkap babi hutan. Setelah mendapat tiga ekor mangsa, serigala dan musang mengusulkan kembali kepada singa untuk membagi-bagi hasil tangkapan mereka. "Bagaimana Tuan, sekarang apakah kita bisa membagi-bagikan hasil tangkapan kita?" tanya serigala kepada singa. "Hhmm, baiklah mari kita bagi hasil tangkapan kita. Tetapi bagaimana cara pembagiannya yang adil." Tanya singa kemudian. "Begini Tuan, menurut hemat saya, bagaimana kalau ayam hutan untuk musang, anak rusa untuk saya, dan babi hutan untuk tuan. Apakah Tuan setuju?" seru serigala memberi saran. "Tidak, aku tidak setuju. Apa alasanmu membagi demikian?" singa tidak menyetujui usul serigala. "Begini Tuan, menurut saya yang kecil pantaslah kalau mendapat bagian yang kecil. Yang bertubuh sedang mendapat bagian yang sedang juga. Dan yang bertubuh besar sepantasnyalah mendapat bagian yang besar." Serigala menjelaskan.

"Tidak, itu tidak adil namanya," singa tidak menyetujui alasan serigala. "Kau musang, bagaimana menurut pendapatmu tentang pembagian yang adil?" Musang diam sejenak. Ia merasa usul dari serigala sudah cukup adil. Tetapi mengapa singa masih berpendapat pembagian itu tidak adil. "Oh ya, saya tahu maksud Tuan," ujar musang tiba-tiba. "Kalau menurut saya, ayam hutan ini sebaiknya untuk sarapan pagi, Tuan. Anak rusa itu untuk makan siang, Tuan. Sedangkan babi hutan untuk makan malam, Tuan. Saya rasa itu cukup adil bukan?" ujar musang. "Haa... haa... haa, itu baru adil." Singa tertawa terbahak-bahak. Serigala terheran-heran mendengarnya. Di mana keadilan yang dimaksud. Kalau demikian bukankah serigala dan musang tidak mendapatkan apa-apa. Padahal hewan-hewan itu adalah hasil tangkapan musang dan serigala.

"Baiklah, karena aku belum sarapan pagi. Sekarang aku ingin menyantap ayam hutan itu." Kata singa lalu melahap ayam hutan. Musang dan serigala melihat dengan perasaan sedih dan kecewa sekali. "Bagaimana, apakah kalian juga lapar?" tanya singa. Musang dan serigala diam tidak menjawab. Sebenarnya mereka lapar sekali. Tetapi apalah daya mereka, karena mereka takut kepada singa si Penguasa Rimba. "Wahai serigala dan musang, tolong bawakan anak rusa dan babi hutan itu ke tempat peristirahatanku!" perintah singa. "Baik Tuan, nanti akan kami bawakan. Tetapi karena babi hutan ini cukup berat, kami tidak dapat mengangkatnya sekaligus." Jawab serigala. "Ya Tuan, kami akan antarkan anak rusa dahulu. Setelah itu kami akan kembali lagi mengambil babi hutan ini." sahut musang. "Tidak apa, yang penting keduanya sampai di tempatku." Ucap singa. "Aku akan keliling hutan dulu, nanti aku tunggu di sana."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073653 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list