CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MaRLa

DragonFruit

[Copy link]
Post time 8-9-2006 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by nemoo at 8-9-2006 11:48 AM
hahahaha.......

sampai skrg masih belum berbuah ler .......
penah berbunga tapi tanak lekat ler....
tatau mcm mana nak kasi dia berbuah....
atau pokok masih muda kot...

nemoo,
Tak silap 9 bulan tanam dah berbuah kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 05:28 PM | Show all posts
mungkin juga.....nemoo sja2 tanam jer
tak berniat nak sampai berbuah pun
tapi kalau dia berbuah syukur laaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2006 07:41 PM | Show all posts
tu lah my problem nemo. pernah sekali pokok tu berbuah..punya lah excited...tangkap gambar ..buah yang warna putih tu...manis sungguh. sejak dari tangkap gambar ari tu tak nak berbuah lagi..pelik sungguh. then satu pokok lagi...3 kali dah berbuah..tapi tak lekat...nih satu kes pulak....frust giler . ader tengok kat area perumahan kat sini...orang tanam kat tepi pagar...senang jer berbunga/berbuah. .buah menjadi pulak. nih yang kita jaga penuh kasih sayang....lambat lak....isk..my mom punya pokok tak sampai 9 bulan... now mengeluar bunga pertama. tak nak excited sangat takut tak jadi.
pagi tadi i beli lagi pokok nih..warna putih, merah and warna kuning...hopefully next year bole makan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 08:02 PM | Show all posts
masa balik dari Bagan Lalang makan pepahat minggu lepas saya singgah beli dragon fruit tepi jalan..siap masuk dalam ladang dia lagi tengok cina petik buah.Yang merah memang manis dan sedap...harga pun lebih mahal berbanding yang putih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 12:20 AM | Show all posts
ari tu kak noor beli lah sebiji gragon fruit ni yg warnamerah.. tapi rasanya biasa sajaalah kot.. sekadar manis gitu.. to me nothing special.. but maybe khasiat dia kot yg org dok pandang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 12:49 PM | Show all posts
MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana
bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai
sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon
fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan
buah
epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua
dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada
keluarga 'cactacea' yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin
mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya
dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga
yang
isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut
pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah
mempunyai
lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan
potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk
kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan
penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah
kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang
boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma
dalam badan manusia.

"Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem
penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas
memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan
toksik dalam darah.

"Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain
mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa
sama
menurunkan kadar lemak dalam badan," katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang
mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung;
serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin
(kesihatan
mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan
tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1
(mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3
(menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan,
kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian
terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut
wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

"Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah
daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak
sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang," katanya.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran,
dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

"Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia
mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga
lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga
lain yang mekar berbulan-bulan.

"Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik
untuk kesihatan manusia," katanya.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam,
digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan
untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

"Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk
dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu
meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan," katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya
'Epiphytes' atau 'Pitaya' dan berasal dari Amerika Selatan digemari
kaum
Cina yang menggelarnya 'Paw Wang Fa Kor'.

"Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat
Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat
berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

"Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di
negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik,
termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula
buah daripada petani," katanya.

Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk
tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan
racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

"Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada
penggunaan
racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan," katanya.



KEBAIKAN

Tingkat daya tahan

Kurangkan metabolisma badan

Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah

Kurangkan tekanan emosi

Neutralkan toksik dalam darah

Cegah kanser usus

Cegah kandungan kolesterol tinggi

Turunkan kadar lemak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2006 02:00 PM | Show all posts
neisya suka makan buah ni...selalu letak dalam peti ais..pastu bila nak makan..belah dua..makan dengan camca...yummy yummy...sedap sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 04:30 PM | Show all posts
Assalamualaikum Neisya...lama tak masuk...petang ni boleh berbuka buah naga noo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 01:35 PM | Show all posts
waalaikumsalam pinatbate...a'a...lama jugak tak jengguk sini...ada la dekat 4 bulan kot....

pandai pinat teka...semalam lepas berbuka..memang neisya makan buah naga ni....sedap la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:16 PM | Show all posts
off topic jap..
hai neisya...lama tak nampak gi mana??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:34 PM | Show all posts
ff topik: tak ke mana puanseri?....ke bulan je...hihi...

neisya masuk kejab je ni....sibuk la lately puanseri...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 09:46 AM | Show all posts
kalau yg beli kat pasar raya..memang tawar..kalau beli dari ladang..memang manis giler..coz sebelum ni slalu beli kat pasaraya jer..tapi isi dia kurang manis...pastu terus stop beli dah..ada satu hari tu..kakak ipar saya bawak balik buah ni..kata nya fresh form ladang..saya pon makan la..hhhmmmm..memang manis giler...sodap...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 06:37 AM | Show all posts

salah satu species dragon fruit ?

betul ke tokey kedai pat saya beli kata pokok ni pokok dragon fruit? dragon fruit siam katanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 10:41 AM | Show all posts

Reply #93 chipsmore789's post

alamakkk...cantiknya...mana nak dapat tu...
nursery sini x dak la...berapa sepasu..tingin laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #93 chipsmore789's post

kecik nyer pokok......mesti buahnyer pun kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:38 AM | Show all posts
kepada mereka mereka yang belum pernah makan dragon fruit ni.....rasa nya memang sedap..... taklah manis sangat.....dan cara memotong buah ni pun mempengaruhi rasa dia.....buah ni manis pada bahagian tengah..... so kalu nak potong.....elok potong 4 macam botong buah orange.....pastu kupas kulit dia macam orange gak.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 08:25 PM | Show all posts
Kalau makan buah yang tawar tu, biasanya akak sekeluarga letak susu manis keatasnya dan makan dengan sudu. Yang tak manis pun jadi sedap sebab ada susu kat situ. Cuba lah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 01:44 PM | Show all posts
salam semua..

dah lama follow thread nih.. tapi x brani nak reply apa-apa masa tu.. sebab belum menjadi..

sekarang rasanya dah ok dah sikit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by hadif at 4-7-2007 01:44 PM
salam semua..

dah lama follow thread nih.. tapi x brani nak reply apa-apa masa tu.. sebab belum menjadi..

sekarang rasanya dah ok dah sikit...   memang buah naga nih banyak khasiat..sebab ...


hadif... nagamadu tu awak punya ker?

congrats :handshake::handshake::handshake:

memang best kan tengok dier masak....

ni tips terbaru, kulitnya jangan buang, bahagian dalamnya sapu kat muka, memang merah sikit tapi bila dah kering baru basuh....memang belum ada penyelidikan dibuat tapi kalu ikut logik buah ni kaya dengan vitamin C dan semestinya baik utk kulit, apalagi kita gunakan yang asli tanpa pengawet tanpa bahan tambahan.. cubalah.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 03:18 PM | Show all posts
other than kiwi, this is my mom favret's... tp naz tak suka buah ni pasal dia mcm berlendir... mama suka sgt, dia makan cam makan eskrem...korek pakai sudu...

tgk mama mkn cam sedap...tp bila naz rasa...walahhh... x menepati citarasa!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.486184 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list