CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tizata

[MERGED] All About Vaginal Discharge

[Copy link]
Post time 8-12-2005 09:45 AM | Show all posts
utk hilangkan keputihan dan senggugut, cuba amalkan minum jus bidadari. memang berkesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2005 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 10-6-2004 02:41 AM
please NO jamu jamu  yer go straight to the specialist

gynae lah ok
kalau tak specialist in infectious disease ker
genitourinary medicine ker ..haper ker get it treated.okay..

bukan tak boleh amik jamu but please jumpa gynea dulu, buat pemeriksaan...kalau ubat doktor tak jalan, baru guna alternatif lain.

my own experience, berkali2 jumpa gynea tapi still benda datang balik...kalau part gatal tu jgn cakaplah...tak senang duduk dibuatnya...kalau boleh cabut my private part tu..memang saya cabut letak tepi jap... then saya cuba jamu nona roguy + minyak mustajab nona roguy. barulah reda all those dicharge and itchiness.

and now saya amalkan bidadari dan pyhto fiber ( to clear any toxin dlm badan)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 12:34 PM | Show all posts
me pun ader masalah keputihan, tp tak teruk sgt.. anyway, me olso worried la bout dat.. anyway thanx 4 ol d information.. i wil try d info dat i get from here.. thanx a lot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 05:27 PM | Show all posts

DISCHARGE - camne nak rawat?

Lately liz byk pulah discharge.

Bagaimana nak rawat yer.. tak comfortable la.

Dah pakai dah pad herba .. sama jer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 05:42 PM | Show all posts
liz, gi lah jumpa gynea buat pap smear... kritikal ke tidak discharge tu...
ada rasa gatal2 ke kat kawasan faraj?
maybe tindakbalas dari pemakaian pad herba tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 06:21 PM | Show all posts
Betul arysa, bila kena macam ni kita kena jugak jumpa gynea, krn selalunya doktor ni akan bagi ubat yg sesuai utk masalah ini atau boleh juga cuba makan pil manjakani..yg byk dipasaran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2006 03:42 PM | Show all posts
try lah jus pati kurma...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2006 04:09 PM | Show all posts

Jus Pati Kurma 3K

Jus Pati Kurma 3K boleh membantu:            
*Mengetatkan otot-otot pada bahagian sistem pembiakan wanita
*Menguatkan rangka tulang                       
*Mengembalikan kejelitaan, menambah tenaga dan melembutkan kulit
*Menangani masalah pra-menopous                                 
*Meringankan masalah yang berkaitan dengan semua penyakit uterus
*Meringankan masalah ketidakmampuan menahan kencing         
*Mengurangkan masalah keputihan                                          
*Mengembalikan keceriaan perkahwinan                           
*Meningkatkan kemesraan suami isteri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2006 04:45 PM | Show all posts

Reply #5 niki_iyda's post

boleh listkan bahan2 kandungan jus kurma ni?
thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2006 04:51 PM | Show all posts
"Jus Pati Kurma 3K, satu alternatif bagi golongan wanita mencapai kebahagian hidup.

Manjakani, Kurma, Kacip Fatimah dan Daun Serapat adalah tonik perubatan kaum Melayu dan India untuk menyelesaikan masalah kemaluan dan masalah organ seks dikalangan orang wanita. Ia merupakan perubatan tradisional wanita dari zaman dahulu hingga sekarang.

Menurut Dr. Ismail Mohd, bahagian specialist dan Penyalinan Negara Malaysia telah menyatakan bahawa Manjakani berupaya mengetatkan bahagian otot rahim dan mengurangkan pertumbuhan bakteria. Selain itu, ia juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri.

Kurma, Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Serapat lebih dikenali dengan gelaran "Herba-herba wanita" dikalangan masyarakat melayu. Ianya sejenis tonik kombinasi tradisional bagi menolong masalah yang berhubung dengan pramenopous dan mengetatkan otot-otot pada organ pembiakan wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 08:59 AM | Show all posts
discahrge jernih ke kuning2?kalo kuning2 tuh better check ngan dr cepat kot infection.lagik plak kalo gatal2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 09:31 AM | Show all posts
Discharge kuning. Tidak gatal tapi ada bau kurang menyenangkan. Seram la. Gynee mana nak pergi yer??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 09:31 AM | Show all posts
atau pun amalkan petua... basuh guna air rebusan daun sirih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 09:46 AM | Show all posts
gynae mana pun bleh rsnyer mix..ari mak kite ada gitu g panel klinik je..dia kasik ubat yg mskkan ikut tut tuh..pastu ok ah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 10:16 AM | Show all posts
KONGSI INFO :

Masalah discharge sering berlaku kepada wanita dan menyebabkan rasa tidak selesa di kalangan mereka yang mengalaminya :

*Kebanyakan wanita menghasilkan mukus pada pertengahan kitaran haid, iaitu lebih kurang dua minggu selepas haid habis. Ini bertepatan dengan waktu ovulasi (pengeluaran telur) dari ovari. Ini boleh menyebabkan sedikit kelembapan pada bahagian sulit wanita tersebut dan banyak bergantung kepada jumlah hormon oestrogen yang dikeluarkan.

*Semasa mengandung, cecair yang keluar mungkin lebih kerap dan banyak.

*Begitu juga, pengambilan pil perancang boleh menyebabkan anda mengalami cervical erosion dan merasa 'basah'. Pengguna alat IUD juga lebih terdedah kepada keputihan.

*Sewaktu wanita terangsang secara sexual dan waktu selepas hubungan kelamin juga didapati ada cecair vagina yang keluar.

*Keadaan yang sama boleh juga berlaku ketika menghadapi tekanan perasaan (stress).

*Wanita yang menghidap kencing manis lebih kerap mengalami masalah ini.

*Keputihan juga boleh berlaku bila vagina alahan kepada bahan-bahan seperti spermicides, pewangi dsb.


Pengeluaran ini adalah perkara yang normal. Selalunya cecair tersebut agak jernih (atau sedikit putih), lembut (licin) dan tidak berbau. Cecair ini berubah warna menjadi sedikit kuning bila terdedah kepada udara atau bila ia kering. Sebenarnya keadaan ini menyebabkan vagina sihat dan berupaya mengekalkan keasidan vagina.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 10:20 AM | Show all posts
Discharge yang tidak normal

Tanda yang mudah dilihat untuk menentukan cecair yang tidak normal ialah dengan adanya perubahan pada warna, jumlah dan bau cecair tersebut. Ia juga selalunya menyebabkan rasa gatal yang amat sangat, di samping vagina menjadi merah, rasa pedih atau rasa terbakar semasa kencing dsb.

Penyebab utama keputihan adalah jangkitan kuman bakteria, parasite atau kulat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2006 10:23 AM | Show all posts
DISCHARGE ni bukan perkara biasa ke bg pompuan?? atau ada pompuan yg x penah kena langsung:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 10:35 AM | Show all posts
Jangkitan kulat Candida (Thrush)

Ia adalah masalah yang paling kerap terjadi. Selalunya ia disebabkan oleh sejenis kulat yang dipanggil Candida seperti Candida albicans. Selalunya discharge yang dikeluarkan adalah pekat berwarna putih. Pesakit akan mengalami kegatalan di bahagian sulit di samping menghadapi masalah tidak selesa semasa membuang air kecil atau semasa mengadakan hubungan kelamin.

Kulat ini biasanya ada secara semulajadi di bahagian sulit wanita dan ia tidak menyebabkan apa-apa masalah. Ini adalah kerana pertumbuhannya dikawal oleh kuman bakteria yang juga menduduki tempat yang sama.

Masalah akan mula timbul contohnya, bila anda mengambil antibiotik yang membunuh bakteria tetapi tidak membunuh kulat. Ini menyebabkan kulat tersebut membiak dengan cepatnya kerana tiada lagi saingan daripada bakteria.

Ubat yang berkesan untuk masalah ini adalah ubat anti-kulat yang boleh diambil secara oral (melalui mulut) seperti Diflucan dsb. Ada juga dari jenis pessary (yang dimasukkan ke dalam vagina) seperti Canesten, Trosyd dsb. Ubat pessary hendaklah dimasukkan sedalam yang boleh - selalunya ia datang dengan alat khas - pada waktu malam sebelum tidur.



Jangkitan bakteria seperti Gardnerella

Ia sama seperti jangkitan kulat tetapi discharge selalunya berwarna putih atau kekuningan dan berbau seperti bau ikan. Antara rawatan yang kerap digunakan ialah penggunaan antibiotik jenis makan seperti Bactrim, Flagyl (metronidazole) atau pessary seperti Talsutin dsb.



Jangkitan disebabkan hubungan kelamin (STD)
Jangkitan yang disebabkan oleh hubungan kelamin memerlukan rawatan yang perlu dilakukan kepada kedua-dua pasangan (sama ada pasangan ada menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan atau tidak, dia tetap perlu dirawat). Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing dan juga kemandulan.

Antara penyebab STD ini ialah jangkitan parasite Trichomonas, Chlamydia, virus Herpes dan bakteria Gonorrhoea. Trichomonas dan Chlamydia menyebabkan rasa gatal dan pedih. Selain daripada itu, discharge tidak berwarna tetapi berbau busuk. Jangkitan kuman Gonorrhoea pula menyebabkan discharge yang berwarna kehijauan ataupun gelap.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 10:38 AM | Show all posts
Langkah-langkah pengawalan  

Kebersihan diri hendaklah diutamakan.
*Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh alat kelamin anda.

*Bagi yang tidak menggunakan air untuk mencuci selepas membuang air besar, sapu dari bahagian depan ke bahagian belakang. Sekiranya ia dilakukan dari belakang ke hadapan, ada kemungkinan jangkitan akan berlaku.

*Ambil probiotik setiap hari. Ia boleh didapati di dalam yogurt ataupun tablet / kapsul yang dijual di farmasi-farmasi. Pengambilan garlic (bawang putih) mungkin juga membantu.

*Kurangkan pengambilan gula dan karohidrat yang diproses. Oleh itu makanan seperti mee, roti, kek dsb hendaklah dikurangkan.

*Penggunaan vaginal douche seperti Lactacyd dsb. boleh dilakukan untuk memastikan kebersihan vagina. Penggunaan yang terlalu kerap tidak disyorkan kerana ia boleh membunuh 'bakteria baik' yang sedia ada di vagina anda. Douching tidak digalakkan semasa mengandung kerana ditakuti udara boleh masuk ke dalam sistem badan anda melalui vagina. Ini memberikan kesan yang buruk.

*Pengaliran udara di bahagian sulit dapat dikekalkan dengan penggunaan pakaian dari cotton ataupun pakaian yang tidak terlalu ketat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2006 10:40 AM | Show all posts
Sila dapatkan rawatan lanjut sekiranya :

*discharge disertai dengan rasa sakit perut. Kemungkinan berlakunya PID (pelvic inflammatory disease) perlu ditentukan.

*ia berlaku pada budak yang belum akil baligh lagi.

*ia disebabkan oleh pengambilan ubat terutamanya antibiotik.  

*tidak pulih dalam masa 2 minggu, atau ia menjadi semakin teruk.

*anda mengesyaki jangkitan kelamin.

*anda menggunakan IUD, kerana ada risiko jangkitan kuman.

*ada darah semasa membuang air kencing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051796 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list