Dimaklumkan KementerianPengajian Tinggi telah menyalurkan peruntukan khas kepada Universitiuntuk program Latihan Industri. Peruntukan tersebut merupakan bantuan (bukan elaun) daripada KPT dalam menjayakan program LI.
a.Universiti bersetuju bahawa peruntukan khas sebanyak RM500 disalurkanbagi setiap genab sebulan LI. Pelajar LI yang layak ialah mereka yangtelah menghantar ke Unit LI dengan sempurna perkara berikut:
(i) Borang SLI-Pengesahan Tempat LI; dan
(ii) Borang A1-Borang Lapor Diri sebaik melaporkan diri di industri (faks & pos); serta
(iii)Melengkapkan latihan selama 4 minggu pada bulan berkenaan. Cutirehat atau cuti sakit tidak akan dikira sebagai tempoh latihan.
b. Pelajar LI yang lewat/gagalmelaksanakan kewajipan menghantar Borang A1 tidak akan mendapatperuntukan bagi bulan-bulan yang telah lepas. Pihak Universiti hanyaakan membayar peruntukan tersebut mulai dari tarikh Borang A1 diterima oleh Unit LI.Pelajar LI perlu memastikan Borang A1 selamat diterima oleh Unit LIkerana penghantaran melalui faks & pos bukanlah bukti ia diterimadengan sempurna oleh Unit LI.
c.Untuk makluman, sekiranya terdapat baki peruntukan KPT pada semesterini, ia akan disalurkan kepada pelajar LI pada semester yang akandatang. (Diputuskan oleh Mesyuarat Jabatan PPA Bil. 2/2008)
d. Pelajar yang tidak layak (tarik diri/gagal/berhenti LI) sekiranya diberi peruntukan khas ini akan diminta memulangkan semula.
e.Pihak Bendahari juga memaklumkan bahawa bagi pelajar yang berhutangdengan Universiti, peruntukan tersebut akan dipotong terlebih dahulu.