CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

final - Spore - Thailand

[Copy link]
Post time 31-1-2007 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by ulatbulu at 31-1-2007 10:17 PM
hmm.. naper nk spore kalah?

nope..

surprise surprise!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by fatz at 31-1-2007 06:05 PM
Malam ni singapore kalah...

tekaan kau salah..

power telek kau masih cetek
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 31-1-2007 10:13 PM
aiseyyyyy

singa menang siak!!!

tak pe...tak per.....next meeting kita tuka bomoh siam kita.:@ ...kita pakai bomoh import pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 09:09 AM | Show all posts
Sukan - Berita : 1 Februari 2007   

SEJARAH HITAM BERULANG
Thailand cuba pulaukan perlawanan selepas pertikai keputusan pengadil beri penalti

Oleh
Mohd Sani Ali

SEJARAH hitam Kejohanan Bola Sepak Asean yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger berulang lagi.

Andainya dalam kejohanan 1998 Thailand dan Indonesia menjaringkan gol ke gawang sendiri di Hanoi, Vietnam, kini di Stadium Negara, pertarungan akhir pertama dicemari pula oleh tindakan Thailand cuba memulaukan perlawanan.

Permainan terpaksa ditunda hingga 15 minit apabila para pemain Thai mempertikai keputusan pengadil Malaysia, C. Ravichandran, memberi tendangan penalti kepada Singapura pada minit ke-82.

Bagaimanapun, tindakan yang memaparkan tidak ada semangat kesukanan itu tidak menjejas harapan Singapura selaku juara bertahan untuk mendahului pasukan pelawat 2-1.

Kemenangan tipis itu dilihat sebagai belum selamat untuk dijadikan bekal oleh anak buah jurulatih nasional, Radojko 'Raddy' Avramovic, apabila berdepan Thailand di Bangkok dalam pusingan kedua pada hujung minggu ini.

Para pemain Singapura perlu meningkatkan tumpuan pada perlawanan yang dijangka berjalan lebih fizikal.

Namun, harapan 55,000 peminat menyaksikan Singapura menembusi kubu Thailand terkabul pada minit ke-17 hasil rembatan Mohd Noh Alam Shah, yang menewaskan penjaga gawang Thai, Kittisak Rawangpa, bagi meletakkan Singapura di depan.

Ia bermula daripada percubaan bertubi-tubi yang dimulakan oleh Indra Sahdan Daud, yang terkena pemain lawan, dan ini diikuti oleh Mustafic Fahrudin dan akhirnya bola melantun ke kaki Noh Alam Shah untuk me nyumbat gol ke-10nya dalam kejohanan ini.

Sementara itu, kegagalan Ravichandran mengawal tindak-tanduk pemain Thai, yang kelihatan sering melengah-lengahkan masa dan berpura-pura cedera untuk mendapatkan tendangan percuma, turut nmengundang laungan 'pengadil kayu!'

Malah, keputusannya melayangkan dua kad kuning kepada Fazrul Nawaz dan Mustafic Fahrudin membuat Raddy Avramovic melenting hingga diberi amaran.

Yang menjadi pertanyaan, mengapa Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tidak mengundang pengadil berkecuali, baik dari Jepun, Korea Selatan ataupun dari Timur Tengah untuk mengendalikan kejohanan ini?

Hasil serangan kilat, Pipat Thonkanya berhasil memanfaatkan peluang menyamakan kedudukan empat minit dalam separuh masa kedua apabila rembatannya gagal diselamatkan oleh Lionel Lewis.

Gol penyamaan itu menyemarakkan lagi serangan Thai dan jelas bekas juara Piala Tiger tiga kali mula menguasai perlawanan.

Bagaimanapun, siapa sangka, keputusan pengadil Malaysia memberi tendangan penalti selepas berlaku kekasaran dalam kawasan penalti Thailand mengundang keputusan di luar dugaan.

Para pemain Thailand, atas arahan jurulatihnya dan para pegawai yang lain, keluar meninggalkan padang beramai-ramai tanda memulaukan perlawanan.

Namun, Fahrudin, yang diberikan tugas mengambil tendangan penalti apabila permainan disambung semula, tidak tergugat dan berjaya meletakan Singapura 2-1.

Singapura: Lionel Lewis, Mohd Noh Rahman, Muhd Ridhuan Muhammad, Precious Emuejeraye, Aide Iskandar, Daniel Bennett, Mustafic Fahrudin, Shi Jia Yi, Mohd Noh Alam Shah, Indra Sahdan Daud (Khairul Amri), Fazrul Nawaz (Itimi Dickson).

Thailand: Kittisak Rawangpa, Suree Suksa, Jetsada Jitsawad, Niweat Siriwong, Nataporn Phanrit (Natthaphong Samana), Datsakorn Thonglao, Suchao Nutnum, Sutee Suksomkit, Sarayoot Chaikamdee, Nirut Surasiang, Pipat Thonkanya.

Mustafic Fahrudin (yg score penalty, utk singapore semalam, handsome

[ Last edited by  iansuryani at 1-2-2007 09:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 09:15 AM | Show all posts
Controversial penalty gives Lions win

The game took a surprise turn when Thai team trooped off the pitch for 15 mins to protest referee's decision to award an 83rd minute penalty to S'pore. -ST

kesian mamat no 5 tu...

[ Last edited by  blackmore at 1-2-2007 02:16 PM ]
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 1-2-2007 09:26 AM | Show all posts
the return leg....will be explosive
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2007 09:37 AM | Show all posts
mamat singapore tu sengaja arr jatuhkan diri....nak kata kena tarik, baju dia sikit pun tak tegang...patut kes mcm ni pengadil mesti consult dgn linesman  ......
tapi lita tengok kat tv ada benefit replay


nak menang punya pasal, nipu pun takper....




tu sebab i prefer main boling....jatuh tak jatuh, terang2 boleh nampak.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by fatz at 1-2-2007 09:37 AM
mamat singapore tu sengaja arr jatuhkan diri....nak kata kena tarik, baju dia sikit pun tak tegang...patut kes mcm ni pengadil mesti consult dgn linesman  ......
tapi lita tengok kat tv ada bene ...

nak cakap alam tipu pun tak boleh jugak.. siriwong & alam jatuh.. apsal referee kasi penalti?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2007 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 1-2-2007 09:41 AM

nak cakap alam tipu pun tak boleh jugak.. siriwong & alam jatuh.. apsal referee kasi penalti?..

pasal ref waktu tu berada sebaris dgn mereka...apa yg dia nampak hanya si alam tu jatuh so dramatic....
sepatutnya kes mcm ni  linesman yg angkat bendera dulu kalau dia nampak si alam tu jatuh kerana baju dia ditarik...

nanti tengok replay telecast...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 12:41 PM | Show all posts
sorry to hear Spore lost in the 1st leg...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 1-2-2007 12:41 PM
sorry to hear Spore lost in the 1st leg...   

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 1-2-2007 12:43 PM



Aiks! nape lak Browneyes ?

awak sokong Thais ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 1-2-2007 12:44 PM


Aiks! nape lak Browneyes ?

awak sokong Thais ekk...

ya, i support the thais

tapi akak ketawa pasal ayat kau kat atas tu
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 1-2-2007 02:03 PM | Show all posts
Thais tk professional..sungguh memalu kan..

whether Alam Shah di jatuhkan atau jatuh sendiri...Refere tetap nk kasi Penalti..& his decision is final...Thai players confirm bengang bt I c no reason nk delay the game..

Kalau main kt Bangkok...& Thai were given penalti...S'pore nk kena buat perkara yg sama ke???

Wat a SHAME to the THAIS!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 1-2-2007 09:15 AM


Controversial penalty gives Lions win

The game took a surprise turn when Thai team trooped off the pitch for 15 mins to protest refere ...


lah...apsal gambar ni pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 1-2-2007 02:14 PM


lah...apsal gambar ni pulak?


i took from ST nya latest news... mungkin gambar dah tukar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


guvnor This user has been deleted
Post time 1-2-2007 02:20 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 1-2-2007 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 1-2-2007 02:22 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 1-2-2007 02:24 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.315853 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list